Thursday, December 29, 2011

Hari Keempat di Sabah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Abe sambung semula catatan hari keempat di sabah iaitu hari terakhir kami sebelum berangkat balik semula ke Semenenjung. Selepas sarapan, kitorang gi ronda2 ke arah Likas, iaitu ke bangunan yayasan sabah, kemudian ke UMS seronok dapat masuk ke museum dan aquarium di situ. kemudian kami ke One Borneo. lepas tu kami balik hotel, berkemas kemudian terus check-out dan terus ke air port. Kereta yang abe sewa, abe tinggalkan di airport sebagaimana diminta oleh tuannya. kami berlepas jam 4 ptg dan sampai KL jam6.30 ptg. Khlalil jemput dan lepas makan kami terus balik ke rumah.
semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Saturday, December 24, 2011

Hari Ketiga di Sabah.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Agaknya jeran dgn peristiwa semalam, hari ketiga kami di sini kami cuma keluar ronda2 di sekitar KK sahaja. Selepas sarapan, kami ke Pasar Filipina, cari barang-barang buah tangan untuk di bawa balik. Abe temankan saja wife abe tgk2 mutiara dan beli makanan laut kering. Panasnya bukan main, sapu tanga abe sampai boleh diperah2. Dalam pada dok tunggu wife abe shopping, abe didatangi beberapa org lelaki yang jual hanphone, mcm2 jenis ada dan sudah tentulah barang tiruan. iPhone 4S pon ada, bila abe tanya harganya Rm600. Saja tanya, agaknya kalau Rm200 ke mau jugak abe ambik. Lepas pasar filipin abe drive masuk Centre Point untuk lunch, ramai betul umat di sini, nak sampai ke sini punyalah jem, mengalahkan KL. Lepas tu kami balik hotel, pasal masing2 dah letih. Petangnya kami tak kemana2 cuma abe dan wife keluar kejap ke Water Front depan hotel, ambik2 gambar.

Sebelah malam, kosmate abe datang jemput abe minum2 dekat satu tempat yang saya sendiripun tak tahu nama tempatnya. banyak juga perkara kami borakkan, tapi taklah lama sangat pasal jam walaupun baru pukul 9 mlm, tapi suasananya sudah 10 malam. Sepatutnya abe jumpa Zaidi malam sebelumnya, tapi dek kerana stranded dekat jalan Ranau Tamparuli semalam, terpaksa tunda. Alhamdulillah, dapat jumpa jugak..

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Thursday, December 22, 2011

Sabah 2011. 2nd Day.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selesai sarapan hari kedua di sini, kani bertolak ke arah Kota Belud dengan tujuan untuk berkunjung ke rumah kak kasma yang menjaga nurin dulu, kemudian kami nak singgah sekejap di SMK Narinang tempat abe first mengajar dulu, lepas tu kalau boleh nak ke Simpang Mengayau (Tip of Borneo) di Kudat dan selepas itu kami nak gi ke Ranau. Macam yang abe katakan sebelum ni, jalan di sini dah banyak berubah, jadi susah jugak abe nak cari jalan ke Kota belud, papan tanda yang tertulis Kota Belud, langsung tak kelihatan. Abe redah jugaklah dan ikut papan tanda yang menunjukkan ke arah itu. Akhirnya abe sampai jugak ke KB, tapi dalam 500m sebelum masuk ke KB, traffik dah stuck kerana telalu banyak kereta. Bandar cowboy ni dah banyak berubah, abe pusing2 sekejap nak tgk sekitar bandar, then abe gi pulak Hospital KB nak tengok tempat Nurin dilahirkan. Kemudian abe gi ke rumah sewa abe dulu di Kampung Pirasan dan akhirnya abe ke rumah Kak Kasma. Alhamdulillah, mereka masih ingat kami, cumanya Kak Kasma dan Kent saja yang ada di rumah, tapi masa kami menjamu makan tengahari di pekan, Pendi pulak datang dari KK katanya. Memang tak sangka dapat jumpa mereka semua.

Memandangkan hari dah masuk petang, kanselkan untuk ke Kudat, sebaliknya nak gi Ranau sahaja, kerana Kak kasma bagitahu yang jalan ke Ranau dari SMKN sudah diturap. Selepas makan kami terus ke Narinang. Di sini kami tinjau2 sekolah sekejap dan dapat juga jumpa seorang kawan lama. Niat abe nak gi rumah cikgu japit tak ke sampaian kerana hari pun dah sangat petang dan tak dapat jumpa rumahnya. Kami terus ke Ranau dan sampai di sana haripun sudah petang sangat, kira-kira sudah jam 5.00 ptg. Selepas solat, kami terus bertolak pulang ikut jalan Tamparuli. Beberapa kilometer lagi sebelum sampai Tamparuli, trafik dah stop, jalan dah jem pasal ada  kemalangan bas terbabas langgar pokok. Dekat 2 jam juga kami stranded di situ. Trafik bergerak bila bas tu dialih dari situ. Sampai hotel dah jam 9 malam, kami semua kepenatan dan makan saja apa yang ada kerana kebanyakan kedai sudah ditutup, nak cari restoran kami tak tahu dan tak terdaya lagi. janji nak jumpa Zaidi jam 8 malam terpaksa ditangguh malam esoknya.

Peristiwa hari  ni mengajar kami agar buar perancangan kalau nak ke sesuatu tempat kerana banyak masa terbuang dalam perjalanan begitu saja.

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Tuesday, December 20, 2011

Sabah: Selepas 12 tahun.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
alhamdulillah, jam 1.30 petang semalam, abe selamat sampai di bumi Sabah. Perkara pertama yang abe nampak perubahan ialah airportnya yang sangat berbeza dengan yang dulu, ada kelas. Selepas abe ambik teksi dan dibawa ke hotel, sepanjang2 perjalanan mmg sangat asing bagi abe, kerana sangat berlaianan drp dulu, jalan ke airport dah ada 6 lane, sekelilingnya langsung abe tak cam. Lepas sampai hotel, kami rehat sekejap sebelum keluar ronda2 sekitar KK dengan kereta yang kami sewa. Abe drive je tapi tak tahu ke mana hala. Ada singgah kat satu shopping kompleks, rasa2nya di luar bandar KK. Kat situ abe jumpa kawan masa kat Narinag dulu, iaitu Cikgu Nordin Insun, berborak kejap tapi ruginya tak sempat nak bergambar. Masa balik ke hotel hari dah malam, jem teruk boleh dikatakan semua jalan dalam bandar KK ni. Ingat nak park je kereta kat hotel dan keluar ronda2 jalan kaki, tapi wife pun dah penat, dia pun nak mark paper lagi, so kami stay je kat hotel wp hari masih awal.

Masa kat KLIA, kami nyaris tak dapat departure pasal dokumen tak bawak adib dan nafisah . Wife abe panjang je akal dia terus call ofis mintak fakskan dokumen2 tu yang dia telah submit kat opis. Dapatlah jugak kami terbang semalam, kalau tak kenalah delay...huhu..

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Saturday, December 17, 2011

@Hotel Equatorial bangi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, hari Khamis lepas abe dan wife dah selesai shopping pakaian dan kelengkapan persekolahan anak-anak untuk tahun depan, cuma ada beberapa barang lagi belum beli. dalam pada tu jugak kami dah ambik satu lagi pakej celcom broadband RM98 dan beli satu router wifi rm 399. kami ambil langkah ni pasal area ruma dah ada liputan celcom 3G. Mula bawak balik pening jugak kepala abe ejas menatang tu pasal wireless tak dapat akses ke laptop. Semalam masa wife abe dengar taklimat skim gaji abru, abe bawak wireless tu ke kedai dan suruh staff kedai tu tlg tengokkan, oakaylah tapi bila samapai bangi ni, masalah sama berulang, abe pun penat la, malas nak ejas lagi. tapi tadi bila abe try, dapat pulak, tapi akses tak lajulah.. Walau bagaimanapun abe harap pelaburan abe ni (beli router & tambah pakej) berbaloi2.

Semalam lepas check-in kat hotel ni, kitorang naik komuter gi LOw Yatt nak cari power adaphter untuk handycam abe yang rosak sejak setahun lepas. Power adaphter tak ada, kena order, pastu mahal pulak. Abe beli charger bateri dan satu lagi bateri. Alhamdulillah, handycam abe tu dah boleh beroperasi mcm biasa. Thanks to my wife n kids.

Abe buat apa kat bangi ni? Sebenarnya wife abe ada meeting penandaan paper stpm, abe ikutla sekali..

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Sunday, December 11, 2011

Cuti, cuti dan cuti...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada saat ini abe tengah menanggung sakit gigi. gigi mana pun abe tak pasti, banyak sangat yang dah rosak. Abe makan ubat pun tak dapat nak menghilangkan rasa sakit. Memang betullah orang kata kalau sakit gigi semua benda tak jadi, mood dan selera makan pun hilang. masa sakit gigi ni punyalah berazam kalau dah hilang sakit, nak gi cabut, tapi itu masa sakit, bila dah hilang sakit lupa apa yang dijanjikan.

Ada satu perkara yang abe nak share kat sini iaitu  kat tempat abe ni dah ada liputan 3G Celcom. jadi nak surf internet tu laju sikitlah dari sebelumnya. Broadband ni memanjang aje lampunya warna biru. Abe dan wife pun rancang nak upgradekan broadband dan nak beli router wifi, boleh pakai ramai2 dalam satu masa, insyaAllah.

Esok abe dah mula  mesyuarat keduapenandaan SPM. Sebenarnya abe dah siap tanda hari selasa lepas lagi, selesaikan cepat2 takut ada hal lain yang akan datang, tapi insyaallah semuanya dah selesai, cumanya claim saja yang belum print takut nnt ada apa2 perubahan.

Cuti hujung tahun kali ni boleh dikatakan penuh dgn aktiviti dan terisi jugaklah, pasal sebelum cuti, abe dan wife dah buat perancangan, alhamdulillah tak ada yang clash. tapi satu je spoil, abe sakit gigi, tak dapat nak enjoy sangat cuti ni (nasib baik dah habis tanda kertas.)

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Tuesday, November 22, 2011

Ulasan Best dari TV3

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tahniah Buat Skuad Harimau Muda
22/11/2011 10:29:00









Tahniah buat skuad bola sepak Sukan Sea, diterajui jurulatih Ong Kim Swee, yang benar-benar membuatkan kita bangga.
Perlu diingat, acara bola sepak Sukan Sea di tanah Jakarta, Palembang bukan sebarang pingat..
Ia dianggap 'ibu' kepada semua pingat emas.
Malah, tidak keterlaluan jika kita katakan, meskipun Indonesia bergelar juara keseluruhan Sukan Sea edisi ke-26 kali ini, kejayaan mereka sebenarnya "cacat".
Ia gara-gara "berputih mata", emas berprestij lagi penuh tradisi daripada acara bola sepak yang "terlepas", dikalung ke leher pemain Malaysia.
Biarpun dimulakan dengan provokasi keterlaluan di luar padang, "Harimau Muda" beraksi penuh semangat lagi garang untuk mempertahankan pingat emas selepas menundukkan tuan rumah, 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti.
Pada aksi permainan sebenar 90 minit, serta tambahan masa, kedua-dua pasukan terikat satu sama dalam aksi penuh klasik serta mendebarkan di lokasi yang kini sudah "luntur" keramatnya, Stadium Gelora Bung Karno.
Beraksi di stadium utama Gelora Bung Karno yang dibanjiri lebih 100 ribu penyokong lautan merah putih, Indonesia terlebih dahulu merentap semangat Malaysia.
Apa tidaknya, hanya selepas lima minit sepak mula, Indonesia sudah di depan menerusi tandukan kencang Gunawan Dwi Cahyo minit ke lima yang mengegar jaring, sekaligus menyemarakkan semangat penyokong tuan rumah.
Minit ke-16, skuad negara dikejutkan lagi dengan jaringan kedua, mujur pengadil dari Jepun, Tojo Minoru menafikan jaringan Titus Bonai yang 'offside'.
Kesempatan terbaik Malaysia untuk membolosi gawang lawan muncul pada minit ke-19 tetapi sepakan deras Mohd Irfan Fazail berjaya dibaca penjaga gol Indonesia, Kurnia Meiga.
Skuad Harimau Muda terpaksa menanti hingga minit ke 38 sebelum kegigihan ketua pasukan Baddrol Bakhtiar yang kemudian mengumpan bola untuk disambut Asrarudin Putra Omar dengan tandukan rendah untuk gol penyamaan.
Satu sama tamat separuh masa, aksi terus rancak pada babak kedua.
Namun kedua-dua pasukan gagal menyudahkan beberapa peluang terhidang yang dimiliki.
Tamat 90 minit, aksi masa tambahan 30 minit juga tidak dapat menentukan pemenang memaksa perlawanan berakhir menerusi tendangan penalti.
Juga berlangsung penuh mendebarkan apabila pemain Indonesia, Gunawan, dan Fakri Saarani buat Malaysia, gagal menyempurnakan tendangan.
Peluang tiba apabila Khairul Fahmi Che Mat menafikan tendangan terakhir Ferdinand Srinaga.
Dan Badrol muncul wira apabila tendangannya meleret mencecah jaring meskipun sedaya upaya ditampan penjaga gol lawan.
Kemenangan ini memberikan pingat emas ke- 59 buat kontijen Malaysia.

Link:  http://www.tv3.com.my/beritatv3/sukan/Tahniah_Buat_Skuad_Harimau_Muda.html


semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Garuda Tersungkur di Bumi Sendiri

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 
 
Akhirnya pasukan harimau muda berjaya membenamkan keeogoan dan keangkuhan seluruh warga indon dalam perlawanan akhir bola sepak sukan sea ke 26 malam tadi. puas hati abe bila team harimau muda memberikan tentangan sengit kepada team indon hingga ke sepakan penalti yang berkesudahan malaysia menang denggan membenamkan kesombongan team indon 4-3. Kalau goblok2 itu semua letak maruah mereka pada sebiji bola dan boleh ditendang dan disepak dengan kaki, maka terimalah bagaimana maruah kamu sebagi sebuah negara telah tersungkur sama dengan tersungkurnya penjaga gol imdon malam tadi yang abe tgk kulit mukanya mcm tak berdarah masa menunggu sepakan dari hero2 malaya.

Para warga indon seharusnya mengambil iktibar dan pengajaran bahawa kesombongan dan keangkuhan mereka tidak membawa apa-apa faedah. Kejayaan Malaysia malam tadi membuktikan kata-kata "kebenaran akan terbukti akhirnya" tapi abe rasa kalau dah dasar indon mcm tu, dorang tak akan terima kenyataan, akan ada saja salah silap Malaysia yang akan dijadikan sebab untuk warga2 indon memprotes Malaysia.
syabas lasykar garuda, kalian kalah lagi...

Satu perkataan saja yang sesuai buat seluruh warga indon yang sombong, bodoh dan dungu iaitu "padan muka".

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Sunday, November 20, 2011

Sah sampai..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
alhamdulillah, abe dah ada dah kat kampung setelah berada di jalan raya selama 9 jam. Kepala pun mcm beralun lagi ni rasa mcm ada dalam kereta. Cuaca kat sini agak muram, ni pun tgh hujan lebat, biasalah bulan 11 ni dah musim dia. Katak pun tgh bersahut-sahutan panggil hujan. Balik cuti kali ni agak special psl dpt tgk cucu baru (cucu sudara).

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Wednesday, November 16, 2011

Ibadat haji

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Kerja Siapa??

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semalam dalam dok sedih2 telefon oppss iphone hilang, masa buka pintu nak gi sekolah, abe sekeluarga terkejut tengok 2 ekor anak kucing dah mati, sekor dah tak ada cuma tinggal tali perut saja. Seekor saja yang tinggal. Abe pun rasa frust jugak, pasal anak2 kucing tu comel2 (hehehe). Abe syak ibu kucing tu yang makan anak dia, pasal ibu kucing yang kitorang panggil "Lia" ni suka makan tangkap dan makan ayam mertua abe. Tapi musykil jugak pasal nampak dia sayang dan pandai jaga anak. Ada member2 cakap yang makan anak kucing ni biasanya kucing jantan. Ada jugak kebenarannya, pasal ada sekor kucing jantan ni asyik datang rumah abe aje. Yang sekor ni abe bawak masuk dalam rumah dan nampak dia sayang anak yang tinggal sekor ni. Abe rasa ralat jugak, pasal sebelum ni Lia nia beria2 nak letak anak dia dalam rumah. Abe tak bagi pasal Lia ni suka menyelongkar. Lia ni jugak asyik mintak makan saja, rimas abe dibuatnya (hehehe). Tapi tulah, biarlah yang tinggal sekor ni letak dalam rumah, nnt besar sikit letak luar la...hehehe.

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Ralat..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ralat pasal tak dapat buat apa2 bila buat call ke hp abe, nada dering ada tapi tak ada sapa jawab. Macam tgk orang tengah lemas bergelut dengan maut tapi kita tak dapat tolong pasal tak tau berenang. Ya, iphone abe tu dah hilang hari ahad lepas masa abe gi  kenduri. Balik dari kenduri jam 2 ptg, terus tido.Abe sedar hp dah tak ada masa nak gi Bahau lepas bangun tidur kira2 jam 5 ptg, tapi tunggu dulu kot2 salah letak kat dalam rumah. Nak gi cari kat tempat kenduri rasanya sia-sia saja. malam telefon tuan rumah tempat kenduri kot2 orang yang jumpa tu budiman bagi kat tuan rumah simpan, tapi x ada. Abe keep calling sampailah pagi selasa, nada dering dah tak ada.Nada dering ada sampai hari isnin, pagi selasa dah tak ada, cuma mail box saja. Petang semalam abe gi celcom mintak SIM baru (ofkos kena rm10). Semak baki cuma tinggal 14 sen dari RM9 lebih. Maknanya ada orang jumpa dan simpan.  Yalah, iphone tu pun bukan mahak sangat (hehehe), credit pun kurang RM10, tapi dosa org mengambil tu tertanggung sampai bila2..

dalam kenangan.. T-T

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Monday, October 24, 2011

cewekku ke indon..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
wife abe gi indon dgn kwn2 seopis dia, hari khamis baru balik. First day kat rumah dah suram, anak-anak awal2 lagi dah tido. Baby pukul 6 ptg dah lelap, adib pulak maghrib dah lelap sampai pagi ni nak gi sekolah.

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Friday, October 21, 2011

Lewat lagi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pegi tadi abe lewat lagi sampai sekolah. kalau semalam abe terpaksa turn balik ke rumah wp dah suku jalan pasal bateri spectra wife abe weak, kali ni ada pulak treler bawak turbin ke tangki air besar, trafik jadi perlahan, kereta berbaris panjang. Patut dorang kena faham time macam tu org nak gi kerja, stop dulu mana-mana, lepas pukul 8 ke sambung balik..
nasib baik bos x ada.



semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Internet di Hujung Jari

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

alhamdulillah, iphone 3GS abe akhirnya dapat jugak surf internet. Dalam dok godek2 itu hari, tak sangka pulak dapat. Setakat ni abe surf mana2 web page, alhamdulillah dapat.

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Thursday, September 22, 2011

Khabar duka dari kampung..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dah lama abe tak menulis kat sini, banyak yang berlaku dalam tempoh tu, tapi tak mampu abe nak ceritakan semuanya, nantilah kalau ada masa terluang dan ditambah dengan ada mod atau rajin ke, abe akan ceritakan sikit2.

Semalam abe call mak abe di kelate. Dah lama abe nak call tapi tak kesempatan dan asyik lupa saja. Mak abe pon ada call 2-3 malam lepas tapi masa tu abe dah tido (miss call). Esoknya abe pon ingat nak call dia jugak tapi terlupa. Masa call mak abe tu dia bagi tahu yang Mak Su Minah dah meninggal dunia pada hari dia call tu, kalau tak silap hari ahad. Yalah, abe pun x terkejut sangat pun pasal MakSu Minah tu ada sakit kencing manis. Dulu dia pernah terlantar teruk, tapi umur masih panjang. Walau bagaimanapun yang mengganggu fikiran abe ialah mengenai mak abe. Abe tak dapat nafikan saat tu pasti datang jugak, itu yang paling abe takut sangat. Abe terfikir kalau boleh abe nak berada bersama mak abe ni sementara dia masih ada, nak jaga dia, tapi memandangkan jarak jauh mustahil jugak. Patutnya masa sekarang, abe ada bersama dengan mak abe. Orang kata sementara mak masih ada, luangkan masa dan berbakti sebanyak yang mungkin.

Sebelum tu pun, kat tempat abe tinggal ni pun ada yang meninggal. Itulah sorang demi sorang pergi meninggalkan kita. Nasib mereka dah tentu, nasib kita ni entah macam mana pulak.
semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Saturday, June 25, 2011

Hujung Minggu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni sepatutnya abe ada kat SSP Cyberjaya, tengok sukan, tapi semalam nurin call kata tak payah datang hari ni, datang je esok. Kata dia kalau datang hari ni tak dapat jumpa psl sibuk uruskan sukan. Jadi kitorang tukar jadual, esoklah kitorang datang cyberjaya. Hari ni macam hari sabtu yang sebelum-sebelum ni tak ada apa sangat aktiviti. Abe sebenarnya tak suka kalau hari cuti mcm ni tak ada apa nak dibuat. Rasa rugi masa saja. Tadi kitorang gi kenduri, ada jugak la aktiviti. Petang ni abe ingat nak mesin rumput la sikit, tak buat apa pun boring jugak.

Semalam lepas hantar adib pegi KAP, abe gi pilah renew lesen memandu. Abe ambik 3 tahun, mula nak 5 tahun, tapi bayar rm150, over budget tu, abe ambik je 3 tahun, RM90. Pas tu abe gi potong rambut kat kedai sugu. Ada sikit bengkek psl ada satu org tua cross line abe. Orang mcm ni abe anggap pening sikit la pasal tak tau ikut giliran. Lepas tu abe teringat yang no plat depan avanza dah patah. Abe pegi kat kedai no plate dan buat plat baru. Okaylah harganya RM40, depan aje.

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Wednesday, June 15, 2011

Di Hospital Colombia lagi..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini tibalah hari yang dijanjikan. Hari ni anak abe, amni nafisah buat opretion buang tonsil yang menggangu pernafasan dia sejak sekian lama. Kemuncaknya pada minggu sebelum cuti sekolah itu hari di mana dia demam teruk dan abe dengan wife ambik keputusan untuk buat operation untuk buang tonsil tu. Habis je cuti di kelate, wife abe buat appointment dengan doktor gilbert iaitu doktor yang sama buat operation adib dulu. Hari ni pun abe terpaksa ambik cuti dan nampak gayanya esok pun sama. kami sampai hospital jam 7.40 pagi tadi. lepas register, wife abe temankan amni sampai bilik bedah. dalam pukul 1 lebih pembedahan selesai dan alhamdulillah berjalan dengan lancar. baby pun dah okay dan dah boleh makan. Walau bagaimana pun tadi wife abe ada sms kata dia muntah tapi sekarang dah tidur semula. Abe harap tak apa-apa dan semuanya akan berjalan lancar, insyaallah. Sekrang ni abe ada kat hotel oakland, hotel budget je. Dulu masa opretaion adib, abe tido dalam kereta aje. tapi kali ni tak boleh la pasal abe bwk adib sama. Insyaallah esok discaj. Abe tak risau sangat pembedahan ni psl ada pengalaman dengan adib dulu..

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Monday, June 6, 2011

Memori Kawan-kawan Lama

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

alhamdulillah, Abe balik cuti kelate kali ni berpeluang jumpa teman-teman masa sekolah menengah dulu. Ada sesetengah tu dah tak pernah jumpa sejak habis sekolah tahun 1987. Ada yang abe langsung dah tak ingat siapa orangnya dan ada yang abe ingat nama tapi dah tak cam orangnya. kepada kawan-kawan yang abe tak ingat tu mohon maaf banyak. Bila dah tengok gambar2 lama abe mula la ingat sikit-sikit. Mereka ni sebenarnya dah lama dan dah banyak kali buat perjumpaan dan abe pun baru join mereka ni.


perjumpaan pada 3 Jun 2011 lalu

Kelas Tingkatan 2X1 tahun 1984



semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Saturday, June 4, 2011

Panasnyaaa...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Dah dua hari abe berada di kampung halaman dan cuacanya masyallah panasnya tak boleh tahan. Boleh dikatakan sepanjang masa abe asyik berpeluh satu badan walaupun kipas berputar ligat. Disebabkan cuaca panas juga abe rasa senang sangat mata nak lelap, pantang letak kepala atas bantal, mesti lelap punya. Walaupun mata lelap tapi berpeluh satu badan, habis basah bantal. 

Hari ni abe berpeluang jumpa dengan rakan-rakan sekolah dulu. Kami buat jamuan kecil kat rumah salah seorang dari kami. Ada sesetengahnya sudah berbelas tahun tak jumpa. Ada sesetengahnya pula abe tak ingat dan tak kenal langsung. Tak hairanlah pasal abe ni bukan yang berkawan sangat. Di sini abe dapat tengok betapa hubungan tetap erat walaupun dah berbelas tahun. Kami juga bercadang nak tubuhkan koperasi yang ahlinya terdiri dari kita semua. insyaallah berjaya.


semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Tuesday, May 31, 2011

Cuti datang lagi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Cuti pertengahan penggal tahun dah pun mula sejak Jumaat lepas dan saya masih lagi terkial-kial kat sini. Biasanya kalau mula saja cuti, cikgu-cikgu terutamanya yang bujang petang Jumaat tu jugak mereka bertolak balik kampung pasal barang-barang dah siap packing malam tadi tapi kalau orang macam abe ni yang dah berkeluarga dan wife pulak tak sama masa kerja, terpaksalah balik lewat sikit. Nurin pun dah ada kat rumah. Lepas congak-congak, abe rancang nak bertolak balik ke kelantan esok hari (1 Jun). Sebenarnya kalau ikutkan, abe tak berpeluang pun untuk balik kelate cuti ni pasal ada beberapa perkara. Cuba bayangkan cuti selama dua minggu mula 27/5 sampai 12/6. Wife abe kena siapkan marking kertas exam dan submit markah selewatnya 1/6. Abe kena bertugas 8/6. Dan pulak kat sini ada kenduri aqiqah pada 4/6. Dan dalam masa yang sama sebelum cuti itu hari baby pulak demam secara tiba-tiba, masuk wad kat columbia, walaupun dia dah okay dan dah kelaur wad, tapi ada pulak temu janji dengan doktor pada 3/6. Kalau abe ikutkan semua tarikh tu, alamatnya tak dapatlah abe balik kelate. Kelate tu jauh woiii...satu hari perjalan pergi dan satu hari lagi untuk jalan balik. kalau pun balik, takkan nak stay 2 atau 3 hari saja, tak berbaloi bro!!! lagi pun dah lama abe tak kelik kelate, rindu sangat2 hehehe.....angin pantai, dingin mencengkam, ombak laut mengajak pulang...oh, syahdunya. So untuk merealisaikan cuti balik kelate, abe terpaksa gugurkan dan pejamkan mata beberapa perkara, iaitu temujanji dengan doktor dan kenduri aqiqah tu..... nak buat camno!!!

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Friday, May 20, 2011

First Impression??

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sudah menjadi kebiasaan, apabila kita berpindah atau bertukar ke tempat baru, sedikit sebanyak kita akan buat tinjaun tentang suasana tempat baru. Kita akan tanya tentangorang-orang setempat. melalui survey ni kita akan dapat gambaran sedikit supaya kita dapat menyesuaikan diri dan  supaya kita tak mengalami kejutan budaya. Gambaran-gambaran sebegini merupakan first impression kita terhadap seseorang ditempat tersebut. Bagaimana pula jika gambaran yang diberikan itu adalah negatif? Saya rasa akan selamanyalah tanggapan buruk itu akan melekat dalam minda kita jika first impression begitu yang kita dapat. Seorang pentadbir barudilantik 2-3 minggu yang lepas. Dalam mesyuarat  pentadbir ada bagi impression tentang seorang kakitangan  yang digambarkan tidak begitu bagus. Persoalannya, bagaimanakah dia boleh menilai seseorang itu bagus atau tidak sedangkan dia hanya beberapa hari sahaja berada di pejabat sejak bertugas di sini kerana dua minggu pertama dia berkursus?? Sedangkan kakitangan tersebut banyak membantu dalam kerja-kerja am di sekolah apabila diminta walaupun dia hanya pembantu makmal. Tambahan pula tidak sewajarnya kita melabelkan seseorang itu bagus atau tidak kerana semua manusia ada kelemahan dan kekurangan. Ini semua adalah kerana gambaran awal yang diberikan oleh orang-orang tertentu kepada pentadbir menyebabkan beliau melabelkan kakitangan itu sedemikian rupa.  Apalah agaknya gambaran yang diberikan oleh orang-orang tertentu ini tentang kakitangan yang lain? Tidak sepatutnya orang-orang tertentu ini memberi gambaran buruk individu tertentu kepada orang lain. Biarlah orang itu sendiri yang membuat tafsiran dengan bergaul dari masa ke semasa dan bukannya dalam masa yang singkat membuat tafsiran yang bukan-bukan. Mungkin benar sebagaimana yang digambarkan, tetapi kita tidak boleh menghukum seseorang dengan memberi gambaran buruk. Berilah peluang seseorang itu berubah. Mungkin pentadbiran baru sesuai dengan individu tersebut dan boleh menjadikannya berkhidmat dengan lebih baik, siapa tahu?? Bukan tugas kita menilai peribadi seseorang. Apa kata jika orang yang digambarkan itu tidak redha?? Dituntut haknya diakhirat kelak.

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Monday, May 9, 2011

rakan duet 17 tahun lalu..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam semasa abe sedang menolong-nolong masak-masak kat rumah orang kenduri di selaru, abe dapat panggilan telefon dari cikgu Jidin, iaitu coursemate abe masa kat upm dulu. Dia kata dia ada kat pilah. Abe apa lagi terus ajak jumpa. tak lama lepas tu dia call lagi kata dia dah ada kat matrikulasi. Abe apa lagi terus start motor terus cabut ingat nak tunggu kat bus stop biru tu, tapi masa lalu kat jalan bengkak-bengkok selepas selaru, abe selesih dengan dia. Dia pun bila nampak abe, terus berentikan kereta dia dan abe pun terus berentikan cagiva abe dan abe terus ajak dia ikut abe balik rumah. Bila dah berborak, terselak baliklah lembaran-lembaran kenangan lama, kisah kawan2 terutama kisah nyanyian dalam bilik air di KK2 dulu Itu dah hampir 17 tahun. Tak sangka dapat jumpa lagi Cikgu Jidin ni.



semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Thursday, May 5, 2011

Plan baru

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

semalam abe dah tukar plan xpax abe dari 15pax ke xpax baru. abe rasa plan baru ni lebih jimat dan lebih kebebasan. cuba tengok perbandingan kadar panggilan dan sms antara kedua-duanya.

15pax:

Panggilan
celcom ke celcom (15 teman istimewa) = rm0.14 sen seminit
celcom ke talian lain (15 teman istimewa) =rm0.14 sen seminit

SMS
celcom ke celcom (15 teman istimewa) = rm0.05 (1/2 sen)
celcom ke talian lain (15 teman istimewa) = rm0.6 (6 sen)


Xpax Baru:

Panggilan
celcom ke celcom (semua nombor) = rm0.28/10 minit
celcom ke talian lain (semua nombor) = rm0.28/5 minit

SMS
celcom ke celcom (semua nombor) = rm0.01 (1 sen)
celcom ke talian lain (semua nombor) = rm0.05 (5 sen)

dulu abe buat call seminit setengah, caj 24 sen, terhad 15 nombor saja tapi sekarang dah BEBAS!!!

**tapi kena bayar yuran pertukaran rm5.00


semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Saturday, April 30, 2011

Baru nak tukar...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi tadi abe gi hantar adib ke batu kikir untuk test upgrading tali pinggang TKD. Elok aje kami sampai dorang dah aturkan budak2. Test mula jam 9 pagi. Group adib giliran ke-3. Pada mulanya bila dah start group pertama, abe dah start kereta ke bahau nak tukar tayar kereta, tapi bila pertengahan jalan abe pusing balik kereta balik semula ke dewan anak yatim tu, lepas campur tolak, abe tak nak ketinggalan peluang tgk adib test grading. Sebaik abe sampai group kedua dah nak selesai. Fuh, abe rasa keputusan abe U-turn tak sia2. Tak lama, group adib dah kena panggil. Sempat abe rakam dengan handphone masa dia test tu. Abe rasa kalau abe tak U-turn tadi, mesti lama jugak adib tunggu abe nnt. Lepas selesai, adin tgk satu group lepas dia buat test then lepas tu kitorang terus gi bahau tukar tayar.

kat kedai tayar, orang tak ramai, terus abe diserve. Tengah2 tunggu, cina tu datang bagi tahu yang 3 buah rim kereta abe bengkok (memang pun) dan dia offer rim baru dengan harga RM300 dengan trade-in rim lama. Abe apa lagi setujulah. Memang teringin nak tukar rim, tapi tgk harganya seribu ke atas, pakai ajelah mana yang ada. Tayar rm400+rim rm300+alignment rm30= rm730. So, masa balik tadi sedaplah sikit bawak kereta tu..
semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Thursday, April 28, 2011

Jadi ahli la pulak...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semalam abe hantar adib ke kelas tambahan training TKD di Kompleks Sukan rakan Muda kat Melang pasal Sabtu ni dia ada ujian upgrading belt. Biar pun badan penat, abe sekeluarga pergi jugak hantar dia dan temankan dia sampai habis.

Sementara tunggu dia training, abe dengan wife bukak laptop untuk isi tafsiran cukai. Alhamdulillah, selesai bab cukai. Kalau isi kat rumah susah jugak pasal internet tak laju. Sedang abe dok ralit mengisi-ngisi borang cukai, abe ternampak gimnasium kat situ. Wah, ini sudah bagus. memang dah lama abe nak join trianing kat gimnasium tapi tak tahu pulak kat pilah ada gym. Dulu pun abe dah tanya, tapi dorang cakap kat kompleks ni tak ada. Selesai aje abe sisi borang cukai dan submit, abe ajak wife pergi tanya2 untuk jadi keahlian. mang ai senang sangat, terus dihulur aje borang keahlian dek abang sasa tu. Abe pon terus isi dan terus bayar wang pendaftaran, tak banyak RM28 aje. Tapi dalam kepala dok fikir jugak, bila masa pulak abe nak gi training kat situ, masa bukan ada sangat. Tak kisahlah asalkan dah daftar dan kalau ada masa luang nanti bolehlah datang. Syoknya, dapat 2-3 kali seminggu pun okaylah, yang penting dapat exercise pakai treadmill dengan sit up sikit2...hehehe.
semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Saturday, April 23, 2011

"Ayah Yang Kuat"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
baby beritahu yang dia ada mimpi malam semalam . Mimpinya macam ni: masa dok berjalan-jalan kat alamanda, tiba-tiba dia ditumbuk oleh seorang lelaki. Lepas tu ayahnya (abe la) menumbuk lelaki tersebut. Kemudian lelaki tersebut bersama dengan empat lagi kawan-kawannya membelasah abe, tapi dia kata abe tak rasa sakit pun (wah, mcm filem tamil). Abe pun membelasah keempat-empat lelaki itu sampai mati. Itu sebab dia panggil abe 'ayah yang kuat'. Terkekek-kekek abe dengan wife dengar cerita dia...

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Monday, April 18, 2011

Buat kecoh lagi..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi tadi lepas temankan wife abe gi pasar, kitorang singgah jap kedai mamak kat pilah ni nak beli roti canai buat breakfast. Mula abe pesan 4 keping roti kosong dan nak tambah mee goreng tapi mee goreng belum sedia lagi. Abe pun order lagi 2 keping roti telur. Tunggu punya tunggu belum jugak dapat lagi, sedangkan ada seorang perempuan yang dah order 10 keping selepas abe dah dapat. mula lah abe naik hot. sabar lagi. fahamlah pasal roti telur lama sikit nak masak banding dengan roti kosong. dalam pada tu datang pulak satu family makan roti jugak pun dah dapat. Abe pun bangunlah tengok dalam kuali ada tak roti telur dia buat. terkejut jugak abe pasal tak ada pun roti telur dia tgh masak. Abe pon sound la "roti telur mana??" Dia boleh tanya balik "roti telur satu ka??" . Abe tak jawab, cuma kata "haiyoooo".menyirap jugak darah abe. lepas tu india tu pandang kawan dia. kawan dia kata kat abe. tadu awak order 6 roti kosong sekarang mau telur. Abe terus jawab, okay kalau macam tu mana dia 6 roti kosong tu?? dia aje india tu. Tapi dia geramlah sambil baling tepung roti yang nak diuli tu atas meja. semua orang dalam kedai pandang abe. Abe pon terfikir: alamak, apa aku dah buat ni. Abe pon diam aje lah. Bukan takut, tapi nak mententeramkan suasana. Lepas tu tak lama abe dapatlah roti canai macam yang abe pesan.Yang abe geram pasal mamak-mamak ni bila kita order dia dengan dengar dengan tidak aje. Abe tak kisah lambat, tapi jangan potong Q, bagi dulu katorang lain yang dtg kemudian. itu yang abe hot tu. tapi sebenarnya abe pun segan jugak dengan peristiwa ni. abe ni bukan jenis yang baran sangat dan bukan  jenis yang kaki bising. Fuh!
semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Sunday, April 17, 2011

Plumbing n wiring..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dah hampir seminggu abe dok mengusahakan memasang water heater kat bilik air tetamu rumah abe ni. Water heater tu abe nak pasang pasal kunci shower rosak. Dari tak pakai, abe fikir baik pasang water heater kat shower tu. Abe dah siap wiring dah dah lekatkan waterheater tu kat dinding bilik air. Yang tinggal cuma plumbing dan nak connect letrik je lagi. Abe kena selesaikan plumbing dulu baru nak connect elektrik. Dalam 2-3 hari ni abe dok siapkan paip pvc pasal sebelum ni abe pakai paip fleksibel tapi buruk benau rupanya, tapi dalam abe dok potong pvc dan dok fitkan paip pvc tu, tiba-tiba aje abe beralih semula kepada paip fleksible tu. Rasa kelakau pun ada. Cumanya kali ni abe fix betul-betul dan letak cable pin kat dinding. sia-sia aje abe sediakan paip pvc dan segala macam connectornya. la ni cuma tingga nak connect elektrik aje lagi. Itu kerja esok pagi.
semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Sunday, April 3, 2011

Lokasi dikenal pasti..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Spek mata aku..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alamak, spek mata hitam yang abe dah pakai sejak bertahun-tahun dulu dah hilang semalam. semalam abe pakai spek tu untuk sembur racun kat kebun abe. lepas meracun, abe konon letak kejap spek tu kat viper spectra sementara abe tukar persalinan, tapi terus lupa nak ambik. tengah hari tu wife abe pakai spectra tu gi ambik mentua abe kat senaling. masa nak makan tengahari baru abe ingat spek tu. Abe gi tengok dah tak ada. Sekitar halaman rumah pun tak ada. Abe pon start moto pegi tinjau sampai senaling tapi langsung tak ada kesan. abe redha je la. mungin setakat itu aje rexeki abe dengan spek tu. Spek tu abe dah beli lama, rasa 6-7 tahun adalah. kedai yang jual spek ni pun dah tutup. harganya tak mahal cuma 240 saja, tapi tahan sampai sekarang. kenalah abe pakai satu lagi spek rayban tapi yang ni murah sikitlah 150 je..
semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Wednesday, March 30, 2011

Ikan Patin weh...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

abe sekarang ada kat temerloh. abe kursus kat sini dari hari isinin lagi. hari ni dah nak balik dah. kursusnya okay aje.  ada jugak diselitkan dengan solat subuh berjemaah (lelaki sahaja) dan ceramah agama pada sebelah pagi dari. termerloh ni kononnya terkenal dgn ikan patin. agaknya itu sebablah hotel seri malaysia ni tipa kali makan tengahari dan makan malam asyik masakan ikan patin aje hidangannya, tapi tak a  asalkan masyuk dan sodap. Abe baru aje balik dari solat subuh berjemaah ni dan selepas selesai solat, ustaz lokman bagi satu tazkirah. dalam tazkirah ni dia ceritakan satu sirah nabi Muhammad (saw) berkenaan dengan solat berjemaah, dimana diwajibkan seorang muslim itu solat berjemaah di masjid atau surau. Suatu masa seorang sahabat nabi yang bernama Abdullah yang buta kedua-dua matanya telah bertanya kepada (nabi Muhammmad (saw) bolehkah dia hanya bersolat di rumah memandangkan kesukarannya untuk ke masjid kerana keadaannya yang buta. Nabi kata boleh, maka senanglah hati Abdullah tadi. Sampai separuh jalan, nabi memanggil kembali Abdullah dan bertanya kepadanya, "wahai abdullah, jika kamu dengar laungan azan bilal, kamu datanglah berjemaah di masjid, jika tidak tidak mengapa jika kau bersolat dirumah. Abdullah, mengiyakan dan patuh kepada kata-kata nabi. keesokkannya apabila terdengar azan, abdullah keluar dari rumahnya untuk berjemaah di surau. Dalam perjalanannya dia telah tersepak batu lalu terjatuh. dahinya telah terhantuk batu dan berdarah. Walau bagaimanapun belaiu bangun dan meneruskan perjalanan ke masjid. Keesokan harinya apabila beliau terdengar azan, beliau ke masjid seperti biasa tetapi pada kali ini ada seorang lelaki telah menunggunya dan menghulurkan bantuan untuk memimpinnya ke masjid. Abdullah intin mengetahui siapa lelaki yang menolong nya itu, tetapi lelaki itu sejadar menjawab dia adalah sahabatnya dan ingin membantunya ke masjid. keadaan ini berlaku sekian lama sehingga pada suatu hari Abdullah merentap tangannya daripada lelaki itu dan memaksa lelaki itu memberitahu siapa dirinya. Setelah didesak berulang kali akhirnya lelaki itu bertanya kepada Abdullah sama ada dia masih ingat peristiwa dia terjatuh pada hari pertama dia ingin ke Masjid. Abdullah menjawab "ya, aku masih ingat". Untuk pengetahuanmu wahai Abdullah, ketika kau terjatuh untuk bersolat di masjid, seluruh malaikat telah berdoa kepada Allah (SWT) agar dosa-dosa engkau diampunkan dan Allah telah mengampunkan separuh dari dosa-dosamu. Aku ini ialah IBLIS yang datang memimpinmu ke masjid agar engkau tidak terjatuh lagi. Jika aku engkau terjatuh nescaya lagi separuh lagi dosamu tentu didoakan oleh malaikat dan diampunkan oleh Allah (awt).
Subhanallah..
semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Thursday, March 24, 2011

For Your Eyes Only!!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Today is my 41th birthday. Sehubungan dengan itu ambo nak share gambar2 yang ada dalam iphone ambo. Ekslusif ni, jarang dapat peluang cam ni...

(p/s: Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan memetik atau mencetak kembali mana-mana bahagian dalam post ini dalam bentu apa jua dan dengan cara apa pun baik secara elektronik, fotologi, mekanik, rakaman atau yang lain-lain sebagainya sebelum mendapat keizinan dari ambo!!)



baby masa try telekung solat..

biasa je..

tgh dengar raja lawak beri ceramah masa sambutan maulidurasul

baby tgh test drive honda civic kat jusco

ontah keta sapa, tapi aku nak highlight
bangunan kat belakang tu...


yin...boring menunggu order yang x sampai2.
at last kitorang cabut gi mkn tempat lain

terminal 1 seremban, balik dari rayau2 kl.

meja tempat ambo cari makan.

ni bukan airport kat batu berendam tu..

tarian singa kat jusco

layan adib naik benda alah ni kat funfair pilah

cari umbut untuk kenduri bang mi

majlis akad nikah anak bang mi (yang mcm minah arab tu..)

dato' hassan malik dtg melawat tempat masak
kenduri bang mi

gotong royong baiki jambatan ulu naling
yang roboh dek hujan lebat

adib, nurin & baby main buai tempat rehat
bandar muktafibillah shah, dlm perjalanan balik kelate.

masa kenduri menantu bang mi di shah alam

titik putih tu ialah bulan sabit pada suatu senja..
baby di toys section seremban parade.

ujian tali pinggang kuning tae kwon do adib..

adib di persiaran tasik cyberjaya

burung hantu yang tersesat masuk dalam kelas..

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Alia.....alia...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

wah,wah,wah... alia semakin mengada2 ngan abe. abe hulur je tangan gamit, terus dia datang gesel2 kat tangan abe. Tapi bila dia cium2 tangan adib dan baby, terus dia lari. Wah, kuatnya penangan makanan kucing yang wife abe beli tu, kucing liar terus jadi jinak...

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Monday, March 21, 2011

ALIA...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni dah mula sekolah semula. Liatnya nak bangun pagi, punyalah sedap tido, tapi bangun tetap bangun. Sekolah sampai mcm biasa walaupun agak lewat bertolak dari rumah. kat sekolah suasana mcm biasa jugak walaupun 1 April nanti khabarnya timbalan menteri pelajaran nak datang melawat sekolah abe.

hari ni abe dapat berita gembira dari wife abe. dia sms kata dia dah confirm dg48 mula bulan 3 2009. Abe pun tumpang gembiralah. Cumanya abe agak rasa cuak juga hari ni tentang satu perkara yang akan abe ceritakan nanti. Bila balik rumah, satu peristiwa yang tak disangka terjadi. Kucing liar yang dah lama menumpang rumah kami pada hari ni dah boleh dibelai2. dia pun gesel2 badan dia kat tangan abe. kucing ni dah lama datang rumah ni tapi susah sangat nak didekati. kalau didekati pasti dia lari. itu sebabnya kita orang panggil dia LIAR. abe panggil dia ALIA. hari tu dia dah beranak 3 ekor, tapi semua mati dek kerana si liar ni tak bagi menyusu. Tapi hari ni hairan pulak abe, tiba2 aje manja lebih2 pulak. Agaknya di ucapkan terima kasih kot belikan makanan yang best2 kat dia kot???

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Saturday, March 19, 2011

ptg jumaat yang mendung..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
alhamdulilah, dapat jugak abe beli batu paver untuk pasang kat laluan garaj kereta, rasanya nak pasang dalam masa cuti ni dah tak sempat, tinggal 2 hari lagi. tak apalah, batu tu bukannya boleh basi pun kalau lambat pasang, tengoklah bila ada masa lapang.

Semalam lepas makan tengah hari, kami dapat berita isteri salah seorang sepupu kami meninggal dunia. rumah dia di kepong selangor. alamak, macam mana nak pegi?? abe haram tak tahu jalan nak ke sana. tapi tak lama abang ipar abe kata dia tahu jalan. So dalam 3.30 ptg kitorang bertolak dan dalam perjalanan dapat pulak konvoi dgn sorang lagi abang ipar abe.

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Wednesday, March 16, 2011

jalan-jalan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

alhamdulillah abe dah ada kat rumah semula selepas bercuti 3 hari kat seremban (jauh tuuu...). masyaallah, penatnya mcm baru balik dari berkhemah. sepanjang tiga hari bercuti tu, kami sebenarnya banyak berjalan guna kaki. masa gi kl naik bas tu asyik berjalan aje. bayangkan dari suria klcc nak gi aquaria tu mcm bersa'ie pulak. Semalam sebelum balik kitorang sempatlah tinjau2 rumah-rumah contoh yang ada kat sekitar seremban, umang ai, harga masing2 dekat setengah juta wp jauh dari pusat bandar, tapi ada satu rumah yang abe dgn wife berkenan sangat. Ini yang abe nak risik2 kelayakan goverment loan untuk abe beli rumah ni. walau apapun kena fikir masak2 pasal nnt takut berlaku defisit pulak kat poket abe ni. rumah tu abe tengok akan melambung harganya dalam 3-4 tahun lagi. insyaallah, kalau ada joki adalah kudanya..

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Tuesday, March 15, 2011

KLCC weh!!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Lepas breakfast pagi tadi, abe gi celcom centre nak tanya pasal broadband abe yang tak dpt connect. Rupa-rupanya broadband abe dah kena blok pasal lambat bayar bil. So abe jelaskanlah. tap satu yang abe tak puashati jugak pasal celcom charge bil braodband untuk next month, tapi kalau dah blook, macamana nak pakai sedangkan dorang dah caj penggunaan awal2 lagi??? Tapi tak daat abe nak argue pasal ni dgn staff kat kaunter tu pasal abe tak jumpa detail carge tu kat bil masa tu.

lepas tu kitorang naik bas ke kl, berenti kat hentian jalan hang tuah lepas tu berjalan ke stesen sentral. Lepas tu kitorang naik monorail ke klcc. Ingat nak masuk petrosains, tapi rupanya hari isnin tutup. Nasib baik jugak aquaria kat bawah bukak. Lepas pusing-pusing kat aquaria tengok ikan, kitorang terus balik seremban naik komuter sampai lebih kurang jam 7 mlm. masa naik komuter nilh abe tgk betapa cekalnya hati rakyat malaysia ni, bukan saja sanggup berdiri lama dalam komuter yang sesak tetapi jugak pada penumpang yang sanggup tengok saja kanak-kanak berdiri (termasuk anak-anak abe) tanpa ada yang menawarkan tempat duduk untuk budak-budak ni. nasib baik jugak ada satu couple yang tawarkan anak abe tempat duduk, itu pun pasal sebelum ni dorang tertidur. Bila sedar dan namapak anak abe berdiri, terus dorang tawarkan tempat duduk. Tengoklah betapa cekalnya hati rakyat malaysia.
semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Sunday, March 13, 2011

Return to Royal Bintang..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Disebabkan tak tahu nak ke mana lagi cuti sekolah ni (pasal wife abe ada kuliah khamis ni, nak balik kelate atau pergi cuti ke tempat2 rasa tak sempat), kami pakat2 bermalam kat royal seremban ajelah selama 2 malam. Rancang nak ronda2 seremban dan settlekan apa yang boleh disettlekan...

common view of seremban town from window of room 616, royal bintang.
semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Friday, March 11, 2011

Cuti lagi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dah 2-3 hari abe tak dapat acces internet pakai celcom broadband abe.Ini pun abe pakai broadband wife abe. tak tahulah pasal modem tu dah rosak ke atau laptop yang buat hal atau mmg susah nak dapat line. yang ini pun berjanggut abe menunggu download selesai. Permulaan cuti pertengahan semester hari ini dimulai dengan hujan renyai-renyai tengah hari tadi. Sejuknya usah cakaplah. Cuti ni nama saja cuti tapi banyak kerja2 yang nak dilangsaikan. Tapi bagus jugak tu, sekurang-kurangnya masa terluang terisi jugak. Cuti ni abe ada projek nak buat, iaitu abe nak pasang batu paver kat laluan kereta ke porch. Sekarang ni kan musim hujan, laluan tu dah jadi becak, buruk benar kalau laman becak kalau rumah macam rumah abe ni...ehem.

Sebenarnya dah lama abe dok mencari-cari stiker nama abe yang abe buat 2-3 tahun lepas. Habis segenap tempat di rumah dan sekolah abe dah selongkar cari benda alah tu tapi tak jumpa. Puas abe fikir mana abe letak, sampai satu-satu tempat tu 2-3 kali jugak abe belek dan selongkar tapi tak jumpa jugak. Dah tak jumpa tu, abe anggap abe dah buang dan bakar stiker tu dengan envelop2 yang lain. Pagi semalam abe teringat satu beg yang abe gunakan untuk isikan dokumen gi umrah itu hari. Abe pun bukaklah beg tu, masyaallah, rupanya sticker tu ada kat situ. Buku tabung haji abe yang hilang dulu tu, dalam beg tulah abe simpan. Sampai abe kena beli stem hasil utnuk bukak buku baru. Sticker tu banyak lagi abe tak pakai, ada dalam 70 keping lagi. Ada satu benda lagi yang abe masih tercari2, iaitu gugusan kunci abe. Tak tahulah ada tersorok kat mana2. Tapi dah puas abe selongkar kat meja sekolah. Kat rumah ni usah cakaplah. Tapi biasa abe jarang letak kunci ni merata2. kalu tak ada sini,esti ada tempat lain yang biasa abe letak. tak tahulah esok lusa jumpa la tu kot. Biasa kalau kita dok mencari, haram tak jumpa, tapi kalau cari benda lain, benda lain pulak yang jumpa.

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Saturday, March 5, 2011

Kisah Nabi Muhammad (saw) yang tak pernah kita dengar..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Malam tadi abe hadiri majlis sambutan maulidur rasul di surau kampung titian teras (kampung sebelah). Biasalah sambutan maulidur rasul akan ada ceramah berkaitan dengan maulidur rasul, tetapi malam tadi ustaz yang bagi ceramah ceritakan satu kisah yang abe rasa tak pernah kita dengar lagi. Okaylah, kalau cerita menegenai Nabi Muhammad (saw) dan para sahabat lapar sehingga terpaksa mengikat batu pada perut kita mungkin dah biasa dengar di mana Nabi Muhammad (saw) didatangi oleh para sahabat semasa perang khandak yang memberitahu Nabi Muhammad (saw) bahawa sahabat-sahabat sejalian sedang kelaparan. Kata nabi (saw), "macam mana lapar kamu itu?" lalu sahabat membuka baju dan menunjukkan seketul batu yang diikat pada perut sahabat tadi. Lalu Nabi Muhammad (saw) membuka pula bajunya dan menunjukkan dua ketul batu yang diikat pada perut. kita juga pernah dengar berita Nabi Muhammad (saw) bertanyakan seorang sahabat adakah di rumahnya terdapat makanan? Lalu seorang sahabat menjemput Nabi Muhammad (saw) seorang sahaja ke rumahnya untuk memberi makan Nabi Muhammad (saw), tetapi Nabi Muhammad (saw)datang bersama dengan seribu orang sahabat. makanan yang sedikit mencukupi untuk dimakan oleh seribu orang sahabat.

Cerita yang abe dengar malam tadi sungguh menakjubkan dan memang abe sendiri tak pernah dengar dan ustaz tu sendiri kata cerita ini tak pernah diceritakan dan sengaja disembunyikan oleh pihak yahudi dan pihak barat yang ingin menyembunyikan keistimewaan nabi (saw). Kisahnya macam ni...

           Semasa peperangan khandak, tentera Islam pimpinan Nabi Muhammad (saw) telah dikepung oleh tentera musyrikin seramai 10000 hingga 15000 sehinggakan Nabi Muhammad (saw) dan para sahabat seramai 1000 hingga 1500 orang berada dalam kelaparan. lantas Nabi Muhammad (saw) bertanya kepada seorang sahabat namanya Jabir:
"wahai jabir, adakah kamu sihat?"
"Sihat, ya rasulullah," jawab jabir.
"Adakah di rumahmu terdapat makanan yang Jabir?"
"Tiada ya Rasulullah tetapi dirumah saya ada seekor anak kambing yang masih kecil lagi," jawab jabir.
"wahai Jabir, kamu pergilah sembelih anak kambing itu kerana sahabat-sahabat kita sedang lapar," ujar rasulullah.
Jabir merupakan seorang yang sangat mengasihi rasulullah sehinggakan kasih sayangnya kepada Nabi Muhammad (saw)melebihi kasih sayangnya terhadap kedua ibu bapaya. Setelah mendengar perintah Nabi Muhammad (saw), jabir tidak berlengah lagi lalu segera pulang ke rumahnya untuk menyembelih kambing tersebut. setelah jabir selesai menyembelih anak kambing tadi, dia segera menyiapkan dapur untuk memasak kambing tadi. Jabir mempunyai dua orang anak lelaki yang amat dikasihinya. Perbuatan Jabir menyembelih anak kambing itu disaksikan oleh kedua orang anaknya tadi lantas kedua-duanya ingin meniru perbuatan ayah mereka menyembelih tadi. salah seorang anaknya lalu mengambil sebilah pisau dan menyembelih seorang lagi yang sedia berberbaring. Apabila melihat yang disembelih tadi mengeluarkan darah yang banyak dan tidak bergerak lagi, anak yang meyembelih tadi ketakutan dan segera berlari ke arah ayahnya yang telah pun menghidupkan api dalam dapur untuk memasak kambing tadi. Dengan takdir Allah, anak yang berlari tadi terlah terjatuh ke dalam dapur yang sedang marak apinya itu. Dengan perasaan yang amat sedih jabir segera memangku kedua-dua anaknya yang telah meninggal dunia itu lalu diletakkan di dalam rumahnya. "wahai anak-anakku, kau tinggallah di sini dahulu kerana aku ingin menyiapkan makanan rasulullah. Selepas semuanya selesai aku akan uruskan kamu wahai anak-anakku" lantas jabir meninggalkan anaknya dan segera menyiapkan hidangan untuk rasulullah.

Apabila Jabir selesai memasak daging kambing itu beliau segera berlari kepada rasulullah memberitahu bahawa hidangan sudah siap.
"kau pulang dulu wahai Jabir, nanti aku menyusulmu. Jabir pun pulang. Tidak lama kemudian rasulullah datang ke rumah jabir bersama-sama dengan tentera muslimin lain yang seramai 1000 orang itu.
"Wahai jabir, rumahmu ini kecil tidak dapat memuatkan semua sahabat kita. Mahukah kamu membesarkan rumah kamu ini?" ujar nabi.
"Wahai rasulullah, aku menyayangimu melebihi aku menyayangi kedua orang tuaku, kau buatlah apa yang kau mahu wahai rasulullah. Lantas Nabi Muhammad (saw) menepuk keempat-empat dinding rumah jabir sambil berkata,
"besar, besar, besar". Sejenak itu juga kempat-empat dinding bergerak sendiri menjadikan ruang rumah jabir boleh memuatkan semua hadirin.

"Wahai jabir, kemari kamu makan bersama denganku," kata rasulullah.
"tak apalah rasulullah, kau makanlah dahulu," jawab jabir.
"Tidak wahai jabir, aku tidak akan makan selagi kau tidak duduk makan bersama denganku". Jabir terpaksa akur dengan kehendak rasulullah.
"Ya, jabir, aku mendapat tahu bahawa engkau mempunyai 2 orang anak lelaki. di manakah dia, bawa mereka kemari makan bersama denganku," kata rasulullah.
"ya, rasulullah, mereka sedang tidur yang panjang ya rasulullah, kau makanlah rasulullah, jangan pedulikan mereka.
"demi Allah aku tidak akan makan selagi mereka tidak makan bersamaku. Apa nama mereka ya Jabir?" lantas jabir menberitahu nama kedua-dua anaknya (saya terlupa nama kedua anaknya). Lantas rasulullah memanggil nama kedua-dua anaknya itu. Sekonyong-konyong itu juga kedua-dua anak lelaki jabir tadi datang berlari ke arah rasulullah. melihatkan hal ini, air mata jabir berhamburan keluar.
"wahai jabir sesungguhnya aku sudah mengetahuinya sebelum engkau mengetahuinya lagi," ujar rasulullah. "wahai rasulullah, mengapakah aku diberikan nikmat sebegini besar oleh Allah?" tanya jabir. Rasulullah menjawab, "engkau begitu memuliakan aku ya jabir, engkau selalu berselawat ke atasku, maka beginilah nikmat yang dikurniakan Allah kepadamu."

Subhanallah begitu kecintaan sahabat nabi terhadap baginda sehingga Allah mengurniakan nikmat yang tidak terjangkau oleh akal kita. marilah kita sentiasa berselawat ke atas rasulullah, keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok impian..

Thursday, March 3, 2011

Kita merancang Tuhan menentukan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sejak dari semalam lagi punyalah resah abe memikirkan apalah karangan nak diajar kat budak-budak tingkatan 4 dan 5 untuk hari ni. Masalah abe yang utama budak2 4F ialah dorang tak menyiapkan tugasan karangan yang abe bagi. Lagi pun abe walaupun dah dekat 15 tahun mengajar bahasa melayu, masih lagi teraba-raba cara yang terbaik nak ajar budak-budak menulis karangan. Macam mana nak tunjukkan cara yang paling senang menulis karangan dan yang paling utama sekali nak suruh mereka menulis. Kadang-kadang dorang tak menulis langsung. Abe dah tunjukkan cara2 nak buat pendahulua karangan, kembangkan isi dan buat penutup tapi macam tak berkesan. Lalu pagi tadi abe bercadang nak buat surat kiriman rasmi. Tapi bila tiba di sekolah, abe dapat tahu pelajar2 tingkatan 5 perlu ke dewan pasal ada ceramah motivasi tapi cikgunya kena tunggu di dewan. terlepas satu masalah. tapi abe kena lagi masuk tingkatan 4. Seperti yang dijangkakan, budak2 masih tak menyiapkan karangan 2 minggu lepas. ada yang tinggal buku. Abe rasa abe tak boleh tunggu dorang. Abe pun ambil keputusan untuk tukar strategi. Abe tak ajar surat kiriman rasmi, sebaliknya abe tunjukkan cara membina perenggan dengan cara yang mudah. Sebaik abe terangkan dan dorang menyalin, cikgu maznita pulak datang bagi tahu yang dia memerlukan budak2 kelas abe ni di dewan untuk ikuti sama ceramah motivasi kerana jumlah pelajar tingkatan 5 sikit sangat. Abe dengan tangan terbuka melepaskan budak2 tu tapi abe puas hati jugak pasal dapat jugak mengajar sikit.

Sepatutnya hari ni abe kena kemas pentas di dewan, tapi sampai sekarang ceramah tu belum habis. Habis camno?? Esok la nampak gayanya.....

Lepas abe tunggu di dewan tadi, abe kena pulak masuk mesyuarat pengurusan sampai jam 12 tengahari. Bila selesai mesyuarat, abe diberitahu oleh fazilah bahawa cina yang abe tempah frame telefon, katanya belum dapat bayaran. terkejut jugak abe, macam mana nak bayar, barang belum ambil. Abe pon call cina tu tanya apa sebenarnya berlaku. Rupa-rupanya dia dah tersalah orang. Ada seorang cikgu za'ba pon buat frame situ, dah mabil barang dia, so dia ingat abe yang ambil. Kelakaunya....

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok impian..

Tuesday, March 1, 2011

Suratan @tau Kebetulan???

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini pelbagai perkara berlaku menyebabkab saya kadang-kadang tersenyum sendiri. Macam-macam perasaan ada, marah, geram, gelihati dan kadang kala ada juga perasaan hairan dan terkejut. Pertamanya pagi tadi semasa saya sampai di sekolah. Ketika saya ingin menulis nama kehadiran, saya terpandang senarai kehadiran semalam. Saya ternampak nama saya berada di bawah garisan merah. Sedangkan nama sebelum saya pun tercatat masa sampai 7.25 pagi, kenapa pula nama saya diletakkan di bawah garisan merah? Adakah saya tiba pada jam 7.25:05 saat??
Masa balik pula terjadi satu peristiwa. Apabila sampai di simpang keluar sekolah, saya pasti sudah tiada sebarang kenderaan di kiri atau kanan jalan, lalu saya pun keluar ke jalan utama, tetapi kira-kira dalam 20 meter, saya tengok cermin sisi. Saya namapak macam ada sedikit kekecohan. Ada penunggang dan pembonceng motosikal memandang saya dengan pandangan tidak puas hati. Alamak!! Adakah saya tidak nampak mereka semasa di simpang tadi?? Dalam hati rasa was-was jugak, tapi saya teruskan memandu. Dulu pun pernah terjadi peristiwa di mana saya tidak nampak sebuah kereta mahu masuk di simpang yang sama, nasib baik kereta iru perlahan, tidak sempat berlanggar.

Bila saya sampai di kuala pilah, saya ambil kesempatan untuk membayar bil-bil bulanan saya serta menghantar sedikit wang untuk emak saya di kelantan. Di pejabat pos tu ramai orang, selepas saya mengambil nombor giliran, saya terus keluar untuk ke maybank bagi membatalkan kad kredit saya. Selepas itu saya kembali semula ke pejabat pos. Giliran saya akan tiba selang 3 orang lagi. Nampak gaya kerani di kaunter tidak begitu cekap melakukan kerja. Selepas menyerahkan bil-bil, kerani tersebut mula melunaskan bil-bil saya. Saya agak terkejut juga kerana jumlah bayaran kurang sedikit dari jumlah asal yang telah saya jumlahkan sebelum ini, tetapi saya diamkan. tak lama lepas tu barulah dia sedari yang dia tersalah kira, tetapi yang hairanya dia tidak pula minta saya menambahkab bayaran. Selepas itu saya hulurkan pula borang kiriman wang untuk emak saya. ketika kerani itu sedang memasukkan maklumat ke dalam komputer, tiba-tiba bekalan elektrik terputus selama beberapa minit. Apabila bekalan elektrik kembali pulih, komputer terpaksa dihidupkan semula dan terpaksa menunggu beberapa lama. Saya tak dapat bayangkan perasaan orang lain yang menunggu giliran masing-masing. Selepas beberapa lama urusan saya selesai dan kebetulan pula seorang kakitangan pos sedang menunggu di pintu pejabat pos. Apabila dia ternampak saya sedang memegang sampul pos ekspress, terus dia meminta sampul itu untuk diposkan kerana ketika itu jam sudah hampir jam lima petang. Saya rasa lega juga kerani tadi tidak meminta bayaran lebih kerana wang yang saya khaskan untuk membayar bil sudah tak ada lagi...entahlah siapa yang silap pun tak tahu...
semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok impian..

Sunday, February 27, 2011

Happy Birthday Adib

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


gambar lama..

Semalam, Sabtu 26 Februari 2011 ialah harijadi adib yang ke 11 tahun. Tengok, dalam diam tak diam, pejam celik pejam celik, rupa-rupanya anak saya Muhammad Adib Nuqman sudah pun berusia 11 tahun. Tetapi kami sekeluarga agak terkilan juga kerana tidak berkesempatan untuk meraikannya kerana sibuk dengan kenduri jiran sebelah, tetapi ucapan selamat hari jadi tidak kami lupakan. Mungkin kami akan meraikannnya dalam masa terdekat dengan membelikan kek harijadi. Walau bagaimanapun malam tadi kami telah membawanya untuk makan diluar.

Selamat Hari Jadi Adib, semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapa, keluarga, bangsa, negara dan agama.


semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok impian..

Kenduri 26 Februari

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam berlangsungnya majlis perkahwinan ain iaitu anak jiran saya abang azmi. Seawal jam 6.30 pagi saya sudah ada di perkarangan rumahnya untuk tolong memasak. Masa saya sampai, sudah ada beberapa orang di situ. Lantas saya diarahkan menghidupkan api untuk memasak rendang ayam. Saya diberikan sehelai tuala muka (ada istilah lain, tapi saya lupa). Pada kain tersebut ditulis nombor untuk cabutan bertuah. saya dapat nombor 026. Kebetulan agaknya kerana semalam tarikhnya 26/2 dan kena pulak tarikh lahir anak lelaki saya, Adib. Alhamdulillah dia sudah 11 tahun. Pada masa yang sama, di rumah datuk perdana, kumpulan yang lain pula sedang melapah lembu dan lebih kurang jam 8.00 pagi daging lembu pun sampai. Disebabkan ramai juga yang datang membantu, kerja jadi senang dan ringan. Kerja-kerja memasak selesai lebih kurang jam 10.30 pagi.

Alhamdulillah, cuaca semalam baik sekali, walaupun malam tadi hujan turun dengan lebat sekali. Kasihan saya tengok abang azmi masa hujan turun tu, takut keadaan yang sama akan berlaku pada keesokannya. Tapi alhamdulillah, cuaca baik sehingga petang wlaupun masa saya keluar dari rumah subuh semalam, ada sedikit rintik-rintik hujan, dan awan mendung berarak sebelah pagi. Majlis berjalan lancar bila mana tetamu mula makan lebih kurang jam 11.30 pagi. Ketika tetamu menjamu selera, Datok Hassan Malik, Ahli Parlimen Kuala Pilah tiba dan beliau diberi penghormatan untuk melakukan cabutan nombor bertuah. Memang bertuahlah agaknya, nombor saya naik dan disampaikan pula oleh YB Datok.

Satu peristiwa yang agak melucukan berlaku apabila saya dan beberapa orang lagi diminta untuk membantu menolak sebuah kereta yang tersekat dalam lumpur. Semasa menolak, habis seluar saya terkena tanah apabila pemandunya menekan minyak. Selepas kereta itu berjaya dinaikkan, saya terus pulang ke rumah dan datang semula pada sebelah petangnya untuk membantu mengemas.

Hari ini pula, saya akan menyertai rombongan pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki di Shah Alam. Rombongan kami akan bertolak lebih kurang pukul 10.00 pagi ini.

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok impian..

Wednesday, February 23, 2011

Bawak lori la pulakkk..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi tadi dah berlangsung sukan sekolah. Abe bertugas sbg pengurus peserta, buatlah apa yg patut. Semalam abe ada tolong2 cg Jamal pasang khemah, wp abe bukan ajk khemah, tapi kesian jugak dia dgn cg rusli dok terkial2 pasang khemah dan hari ni pon abe tak terus balik lepas habis sukan, tapi abe tolong jugak lagi ncg jamal bukak khemah tu semula. Tak ramai yg datang tolong. Tak sampai hati tgk dia dgn budak2 QM dok bukak khemah tu. Cg rosman yg ajk khemah ni pon langsung tak turun tolong, rasa muka dia pon x nampak sepanjang sukan berlangsung. Tapi yang menariknya hari ni, buat pertama kalinya abe bwk lori cg jamal gi hantar barang2 kat dewan, tapi mcm okay je..

Balik aje dari sekolah, abe terus ke balai polis kp nak bayar saman, kena jugak beratur psl ada 4-5 org yang tunggu nak bayar. Abe ambik kesempatan discount 50%. Sebenarnya semua saman abe dah jelas bulan januari hari tu, tapi yang ni saman motor WBF9297 yang abe pakai masa di UPM dulu. Motor ni ayah abe dah jual tapi tak tukar nama. Motor ni kena saman tapi abe yang kena. nak tak nak, sementara ada discount ni abe bayar ajelah. Harap2 lepas ni motor ni tak ada saman lg. Saman ni pon tahun 2005.

balik rumah tadi abe ingat ada gotong royong nak sediakan tempat parking kereta kenduri nnt tapi tunggu punya tunggu tak ada pulak org datang, terpaksa tangguh esok,tapi sempat jugak gi ambik pinggan kat kp. Nampak esok abe dapat jugak ikut dorang carik umbut kelapa pasal mesyuarat sivik esok cg rusli sanggup ganti.
semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok impian..

Tuesday, February 22, 2011

Kenduri lagi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nampaknya hujung minggu ni masa abe akan penuh terisi. Apa taknya, jiran abe akan adakan kenduri kawin anaknya. Sebenarnya kerja2 persiapan dah mula 2 bulan lepas. Mula dengan pasang khemah untuk masak2. Masa tu kitorang pasang jugak khemah tu walaupun dalam hujan. Tak lama lepas tu kitorang berkumpul lagi nak buat pulak khemah tempat sediakan makanan dan tempat basuh pinggan. Esok pulak rancang nak sediakan tempat parking kereta dan nak pegi ambik pinggan dekat pilah. Kemudian hari khamis pulak nak carik umbut kelapa sawit sebagai sebahagian hidangan. Hari Jumaat akan dilangsungkan akad nikah sebelah petang, tapi sebelah pagi dah nak mula kerja2 masak memasak untuk jamuan selepas akad nikah. Hari Sabtu pulak hari langsung. Hari Ahad pulak abe nak ikut rombongan ke rumah pengantin lelaki di Shah Alam. Jiran terdekat kenalah terlibat sedikit sebanyak. Kebetulan pulak abe pon sibuk jugak dengan hal sekolah. Semalam ada acara akhir sebelum sukan. Esok acara sukan akan berlangsung, kemudian petang khamis pulak nak kena gi mesyuarat panitia sivik. Hari Sabtu asalnya ada LDP tapi nasib baik ditunda, kalau tak abe mesti excuse punya. Kawan2 abe kat sini semua dah mohon cuti hari Jumaat ni khas untuk kenduri tu. Abe mulanya nak apply cuti jugak, tapi fikir balik, hari jumaat separuh hari saja, rugi jugak. Abe tak dapat nak bayangkan hari Isnin minggu depan mcm mana keadaan abe kat sekolah nnt, mesti flat habis..

..semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...