Saturday, December 29, 2012

Trip To Universal Studio Singapore

Hari rabu lepas, selesai saja mesyauarat kukrikulum, abe terus bergegas balik untuk bersiap ke Johor Bharu. nasib baik mesyuarat habis jam 2 petang. Perjalanan ambik masa agak lama jugak, sampai sana dah nak dekat maghrib. Walaupun abe pakai GPS tapi sesat la juga sikit. tapi yang agak kelakarnya abe gi sana ikut hiway dan pakai touch n go, tapi bila sampai tol keluar, kad abe tu kurang 50 sen, tak sempat rasa panik, tiba2 budak jurutol keluar dari pondok tol sebelah dan settlekan masalah abe. member abe, zulazhan dah sampai awal lagi (kita orang pakat trip bersama). Lepas rehat sekejap, kitorang turun untuk makan malam pasal perut dah tersangat lapar. kami turun makan dekat restoran ikan bakar dekat dengan hotel. sambil tu abe text zulazhan suruh turun join sama. kebetulan kami pun order lauk banyak dan zulzhan pun suruh wife dia turun sama. Masa bayar makan ni satu lagi perkara kelakar berlaku. Abe bayar ajelah tanpa banyak soal berapa yang cashier tu caj, konon-konon tak kisah la berapa pun tapi adalah dalam rm150 lebih jugak. lepas bayar tu kami lepak2 kejap kat lobby hotel. Abe pun tengoklah bil makan tadi. Eh, ini bukan bil abe. Bila pulak abe order ikan jenahak dan ikan merah. dah sah salah bil. Abe ajak wife gi balik kat restoran tadi dan nak claim kesilapan tu. Memang abe salah bayar bil. Bila kira semula abe dipulangkan semula lebihan bayaran dalam RM38 ringgit (banyak tuuu..). Tapi yang agak slack sikit tauke restoran tu bikin sikit kecoh dengan staff dia, bukan ada apa pun, nak betulkan kesilapan aje.. Lepas dah settle, kitorang naik bilik dan tidor pasal esok pagi ada agenda penting.

Esoknya hari rabu kami dah bersiap awal-awal pasal 7.30 kena tunggu di lobby hotel untuk naik bas ke USS. Biasalah bas bertolah jam 8.00 pagi dan kami sampai di USS dalam jam 10 pagi.  agak bengang jugak masa kat kastam singapore ambik masa lama sangat nak cop pasport. masa mula sampai agak terkial2 jugak mana nak ambil tiket yang kami dah book memalui online, tapi alhamdulillah, berbanding dengan beli secara biasa yang kena tunggu lama dan berbaris lama, kami tak perlu berbaris pun. Pada mulanya bila masuk saja USS tu, keluarga abe dengan keluarga kawan abe zulazhan masih boleh bersama-sama tapi bila lepas lunch kitorang dah terpisah. so abe ambik keputusan bergerak sendiri2 la. Mula-mula kitorang masuk tresure hunt, punyalah berbaris panjang dekar sejam tapi bila dapat, ride dia cuma 5 minit aje, tapi demi anak2 ikutkan ajelah.  Banyaklah jugalah aktiviti lain yang kami masuk. Nurin dan adib naik roller coaster transformer dan battlestar galactica. abe n wife tak sanggup naik tu pasal nampak gayanya berpusing2 360 darjah. Abe naik jugak roller coaster mummy, itu pun macam nak gugur jantung. Tapi yang best ialah pertunjukkan Shreck 4D   dan masuk studio pemggambaran ribut.  Alhamdulillah selama beberapa jam kat dalam tu, walaupun tak semua kami dapat masuk tapi semua tema yang ada dalam USS tu dapat jelajah semua. Abe, wife dan anak-anak sempat beli t-shirt sebagai tandamata. Dalam pukul 7.15 malam, kami pergi semula ketempat tunggu bas sebagaimana yang dijanjikan. Bas sampai dalam pukul 7.15 malam. tapi yang slacknya kawan abe zulazhan dan keluarganya tak nampak batang hidung lagi, Driver bas dah resah, kami pun sama. Bising jugak driver bas tapi dalam 7.35 malam zulazhan dan family dia muncul...fuh, bas terus memecut balik ke tune hotel JB. Tapi bila abe inform kat zulazhan pasal kelewatan dia tu, dia cakap dia masuk roller coater tranformer. Tunggu nak masuk sejak 5.30 ptg, pukul 7.00 malam baru boleh masuk. Betul jugak dia kata, masa nak bertolak pagi tadi janjinya 7.30, tapi jam 8.00 pagi baru tolak.


Sampai di Hotel, kitorang gi makan dulu kat satu warung di danga bay ni dengan mata yang merah keletihan. Abe pekena sup gear box....fuh...terangkat. lepas jamu selera, kami terus balik hotel untuk berehat dan tidur pasal esok pagi kami terpaksa check out awal. jam 4.30 pagi kami bertolak balik. sampai di Kuala Pilah jam 8.00 pagi sebelum pergi daftar adib tingkatan satu. Lepas hantar adib, abe ambik peluang berehat. Masyaallah baru terasa penatnya. dalam pukul 4 petang kami bertolak pula untuk ke Jerantut untuk urusan mesyuarat stpm wife abe.

Wednesday, December 19, 2012

Terus Cemerlang

Nurin (tengah) dengan kawan2.
Hari ni result PMR diumumkan dan alhamdulillah nurin dapat 8A sama macam kawan-kawannya yang lain. pagi-pagi lagi kami anak beranak bangun untuk gi ambik result di cyberjaya. Tapi abe tak dapat gi sama pasal ada mesyuarat SPM tak habis lagi. Dalam pukul 11 pagi abe dapat sms dr wife abe bagitahu keputusan tu. Syukurlah walaupun berdebar jugak nak tahu kepurusannya tapi sebenarnya result nurin ni mmg dah dijangka dan abe pun tak ada risau sangat pun. Bersama dengan nurin, ada lagi sepupunya yang ambik result, jija pun dapat 8A, Izwan 7A 1B, Erin 8A 1B (best student...hehehe). Cuma abe harap kecemerlangan ini akan berterusan. 

TAHNIAH YIN!!!!

Thursday, December 13, 2012

Abe@Kelate

Alhamdulillah, setelah merentasi jarak perjalaman lebih kurang 500km, akhirnya abe selamat sampai di tanah serendah sekebun bunga, tanah tumpahnya darahku, kelate. kali ini abe rasa lebih cepat sampai walaupun bertolak lebih kurang jam sebelas pagi, abe sampai di wcy jam 7.30 ptg semalam. Tapi yang peliknya elok saja kami sampai sini, sebelum ni dikatakan tak ada hujan, malam tadi hujan turun mencurah. sekrang ni pun tengah hujan. Nampak gayanya tak dapatlah nak keluar shopping kat Pasar Borong Wakaf Che Yeh malam ni. 

Tadi sedang shopping kat Tesco Kota Bharu, abe dapat call dari Mahmud yang nak pasang tiles rumah abe di Seremban. Dia suruh datang tengok tiles yang kami pilih itu hari. memandangkan abe dan wife ada di Kelate, abe suruh dia terus pasang ajalah, nak tunggu kami balik Ahad ni lamalah pulak. Mahmud ambik kontrak pasang tiles tu dalah RM32k, plus itu, plus ini adalah dalam RM33k kot. Rasanya tak dapat abe nak pegi tengok dia pasang tiles tu dalam seminggu dua ni pasal yang pertamanya abe ada di kelate ni dan keduanya sebaik saja balik dari kelate abe kena sambung mesyuarat SPM sampai khamis. yang dia pulak kata boleh siapkan pasang tiles keseluruhan rumah dalam masa 2 minggu saja. Abe nak tengok dia pasang tiles, proses tu...seronok. Dalam masa yang sama result PMR pun akan diumumkan pada 19/12 kata orang. Abe ingat nak mintak excuse dari boss pada hari tu supaya dapat gi putrajaya tengok result PMR Nurin. 

Antara misi abe balik kelate kali ni ialah abe ingat nak belikan mak abe sebuah tv memandangkan masa balik raya haji ituhari tv macam dah rosak, tapi tak sempat nak beli masa tu memandangkan abe balik sekejap sangat dan banyak kedai tutup termasuk Tesco. Abe jugak berhajat nak masukkan astro kat rumah ni, memandangkan reception tv agak tidak memuaskan. Tetapi bila abe sampai semalam, abe tengok tv lama tu dah diganti dengan tv baru (selamat duit abe....haishh..), so tengah hari tadi masa kat tesco, abe isi borang untuk langgan astro pakej asas dan installer akan datang pasang dalam seminggu dua ni. 

yalahai..pihak astro baru call untuk confirmation.... ada ka dia binti kan aku??

Tuesday, December 11, 2012

..............

Hari ni dah kira masuk pertengahan disember. Maknanya dah tinggal lebih kurang 2 minggu lagi berakhirnya tahun 2012 secara tak langsung cuti akhir tahun pun akan berakhir. Insyaallah esok barulah abe akan balik ke kelate selepas selesaikan beberapa tugasan. Ada beberapa agenda lagi belum tertunai iaitu balik kelate (esok), meeting spm ke2, mesyuarat sekolah, misi ke USS, beli belah baju sekolah anak2 dan ada beberapa perkara lain yang perlu diselesaikan sebelum berakhirnya cuti. Abe dapat bayangkan sesi persekolahan akan datang akan lebih mencabar drp sebelum2 ini. Nak tak nak kena bersedia...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...