Tuesday, December 20, 2011

Sabah: Selepas 12 tahun.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
alhamdulillah, jam 1.30 petang semalam, abe selamat sampai di bumi Sabah. Perkara pertama yang abe nampak perubahan ialah airportnya yang sangat berbeza dengan yang dulu, ada kelas. Selepas abe ambik teksi dan dibawa ke hotel, sepanjang2 perjalanan mmg sangat asing bagi abe, kerana sangat berlaianan drp dulu, jalan ke airport dah ada 6 lane, sekelilingnya langsung abe tak cam. Lepas sampai hotel, kami rehat sekejap sebelum keluar ronda2 sekitar KK dengan kereta yang kami sewa. Abe drive je tapi tak tahu ke mana hala. Ada singgah kat satu shopping kompleks, rasa2nya di luar bandar KK. Kat situ abe jumpa kawan masa kat Narinag dulu, iaitu Cikgu Nordin Insun, berborak kejap tapi ruginya tak sempat nak bergambar. Masa balik ke hotel hari dah malam, jem teruk boleh dikatakan semua jalan dalam bandar KK ni. Ingat nak park je kereta kat hotel dan keluar ronda2 jalan kaki, tapi wife pun dah penat, dia pun nak mark paper lagi, so kami stay je kat hotel wp hari masih awal.

Masa kat KLIA, kami nyaris tak dapat departure pasal dokumen tak bawak adib dan nafisah . Wife abe panjang je akal dia terus call ofis mintak fakskan dokumen2 tu yang dia telah submit kat opis. Dapatlah jugak kami terbang semalam, kalau tak kenalah delay...huhu..

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...