Saturday, April 18, 2020

Post Baru, Tanggung jawab baru..

Semalam abe telah dipanggil oleh unit naik pangkat bg penyerahan watikah sebagai gpk pentadbiran di sekolah semasa bagi menggantikan cg amai yg telah dilantik menjadi pengetua di star gemas. Walau sedar berat tanggung jawab ni, abe terima (tak terima mcm mana pulakkan?). Kalau dicongak, tempoh abe menjawat jawatan gpk hem genap2 setahun (13 November 2017 - 12 November 2018) mengakhiri pelbagai spekulasi yang bertiup dengan bermacam2 versi. Sebelum ni pun abe ada usaha dan mintak bantuan kawan2 yang ada pengaruh sikit untuk abe dapat pindah ke sekolah yang dekat sikit dengan rumah di kuala pilah ni. Ramalan abe akan dapat smk juasseh, tapi meleset. Walau bagaimanapun abe tak regret sangat psl abe pun suka perpatih ni, guru-guru sedia membantu setiap masa. Lagi pun abe dah ada rumah persinggahan iaitu rumah gotng royong berhampiran sekolah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...