Monday, April 18, 2011

Buat kecoh lagi..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi tadi lepas temankan wife abe gi pasar, kitorang singgah jap kedai mamak kat pilah ni nak beli roti canai buat breakfast. Mula abe pesan 4 keping roti kosong dan nak tambah mee goreng tapi mee goreng belum sedia lagi. Abe pun order lagi 2 keping roti telur. Tunggu punya tunggu belum jugak dapat lagi, sedangkan ada seorang perempuan yang dah order 10 keping selepas abe dah dapat. mula lah abe naik hot. sabar lagi. fahamlah pasal roti telur lama sikit nak masak banding dengan roti kosong. dalam pada tu datang pulak satu family makan roti jugak pun dah dapat. Abe pun bangunlah tengok dalam kuali ada tak roti telur dia buat. terkejut jugak abe pasal tak ada pun roti telur dia tgh masak. Abe pon sound la "roti telur mana??" Dia boleh tanya balik "roti telur satu ka??" . Abe tak jawab, cuma kata "haiyoooo".menyirap jugak darah abe. lepas tu india tu pandang kawan dia. kawan dia kata kat abe. tadu awak order 6 roti kosong sekarang mau telur. Abe terus jawab, okay kalau macam tu mana dia 6 roti kosong tu?? dia aje india tu. Tapi dia geramlah sambil baling tepung roti yang nak diuli tu atas meja. semua orang dalam kedai pandang abe. Abe pon terfikir: alamak, apa aku dah buat ni. Abe pon diam aje lah. Bukan takut, tapi nak mententeramkan suasana. Lepas tu tak lama abe dapatlah roti canai macam yang abe pesan.Yang abe geram pasal mamak-mamak ni bila kita order dia dengan dengar dengan tidak aje. Abe tak kisah lambat, tapi jangan potong Q, bagi dulu katorang lain yang dtg kemudian. itu yang abe hot tu. tapi sebenarnya abe pun segan jugak dengan peristiwa ni. abe ni bukan jenis yang baran sangat dan bukan  jenis yang kaki bising. Fuh!
semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...