Saturday, June 25, 2011

Hujung Minggu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni sepatutnya abe ada kat SSP Cyberjaya, tengok sukan, tapi semalam nurin call kata tak payah datang hari ni, datang je esok. Kata dia kalau datang hari ni tak dapat jumpa psl sibuk uruskan sukan. Jadi kitorang tukar jadual, esoklah kitorang datang cyberjaya. Hari ni macam hari sabtu yang sebelum-sebelum ni tak ada apa sangat aktiviti. Abe sebenarnya tak suka kalau hari cuti mcm ni tak ada apa nak dibuat. Rasa rugi masa saja. Tadi kitorang gi kenduri, ada jugak la aktiviti. Petang ni abe ingat nak mesin rumput la sikit, tak buat apa pun boring jugak.

Semalam lepas hantar adib pegi KAP, abe gi pilah renew lesen memandu. Abe ambik 3 tahun, mula nak 5 tahun, tapi bayar rm150, over budget tu, abe ambik je 3 tahun, RM90. Pas tu abe gi potong rambut kat kedai sugu. Ada sikit bengkek psl ada satu org tua cross line abe. Orang mcm ni abe anggap pening sikit la pasal tak tau ikut giliran. Lepas tu abe teringat yang no plat depan avanza dah patah. Abe pegi kat kedai no plate dan buat plat baru. Okaylah harganya RM40, depan aje.

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...