Saturday, March 5, 2011

Kisah Nabi Muhammad (saw) yang tak pernah kita dengar..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Malam tadi abe hadiri majlis sambutan maulidur rasul di surau kampung titian teras (kampung sebelah). Biasalah sambutan maulidur rasul akan ada ceramah berkaitan dengan maulidur rasul, tetapi malam tadi ustaz yang bagi ceramah ceritakan satu kisah yang abe rasa tak pernah kita dengar lagi. Okaylah, kalau cerita menegenai Nabi Muhammad (saw) dan para sahabat lapar sehingga terpaksa mengikat batu pada perut kita mungkin dah biasa dengar di mana Nabi Muhammad (saw) didatangi oleh para sahabat semasa perang khandak yang memberitahu Nabi Muhammad (saw) bahawa sahabat-sahabat sejalian sedang kelaparan. Kata nabi (saw), "macam mana lapar kamu itu?" lalu sahabat membuka baju dan menunjukkan seketul batu yang diikat pada perut sahabat tadi. Lalu Nabi Muhammad (saw) membuka pula bajunya dan menunjukkan dua ketul batu yang diikat pada perut. kita juga pernah dengar berita Nabi Muhammad (saw) bertanyakan seorang sahabat adakah di rumahnya terdapat makanan? Lalu seorang sahabat menjemput Nabi Muhammad (saw) seorang sahaja ke rumahnya untuk memberi makan Nabi Muhammad (saw), tetapi Nabi Muhammad (saw)datang bersama dengan seribu orang sahabat. makanan yang sedikit mencukupi untuk dimakan oleh seribu orang sahabat.

Cerita yang abe dengar malam tadi sungguh menakjubkan dan memang abe sendiri tak pernah dengar dan ustaz tu sendiri kata cerita ini tak pernah diceritakan dan sengaja disembunyikan oleh pihak yahudi dan pihak barat yang ingin menyembunyikan keistimewaan nabi (saw). Kisahnya macam ni...

           Semasa peperangan khandak, tentera Islam pimpinan Nabi Muhammad (saw) telah dikepung oleh tentera musyrikin seramai 10000 hingga 15000 sehinggakan Nabi Muhammad (saw) dan para sahabat seramai 1000 hingga 1500 orang berada dalam kelaparan. lantas Nabi Muhammad (saw) bertanya kepada seorang sahabat namanya Jabir:
"wahai jabir, adakah kamu sihat?"
"Sihat, ya rasulullah," jawab jabir.
"Adakah di rumahmu terdapat makanan yang Jabir?"
"Tiada ya Rasulullah tetapi dirumah saya ada seekor anak kambing yang masih kecil lagi," jawab jabir.
"wahai Jabir, kamu pergilah sembelih anak kambing itu kerana sahabat-sahabat kita sedang lapar," ujar rasulullah.
Jabir merupakan seorang yang sangat mengasihi rasulullah sehinggakan kasih sayangnya kepada Nabi Muhammad (saw)melebihi kasih sayangnya terhadap kedua ibu bapaya. Setelah mendengar perintah Nabi Muhammad (saw), jabir tidak berlengah lagi lalu segera pulang ke rumahnya untuk menyembelih kambing tersebut. setelah jabir selesai menyembelih anak kambing tadi, dia segera menyiapkan dapur untuk memasak kambing tadi. Jabir mempunyai dua orang anak lelaki yang amat dikasihinya. Perbuatan Jabir menyembelih anak kambing itu disaksikan oleh kedua orang anaknya tadi lantas kedua-duanya ingin meniru perbuatan ayah mereka menyembelih tadi. salah seorang anaknya lalu mengambil sebilah pisau dan menyembelih seorang lagi yang sedia berberbaring. Apabila melihat yang disembelih tadi mengeluarkan darah yang banyak dan tidak bergerak lagi, anak yang meyembelih tadi ketakutan dan segera berlari ke arah ayahnya yang telah pun menghidupkan api dalam dapur untuk memasak kambing tadi. Dengan takdir Allah, anak yang berlari tadi terlah terjatuh ke dalam dapur yang sedang marak apinya itu. Dengan perasaan yang amat sedih jabir segera memangku kedua-dua anaknya yang telah meninggal dunia itu lalu diletakkan di dalam rumahnya. "wahai anak-anakku, kau tinggallah di sini dahulu kerana aku ingin menyiapkan makanan rasulullah. Selepas semuanya selesai aku akan uruskan kamu wahai anak-anakku" lantas jabir meninggalkan anaknya dan segera menyiapkan hidangan untuk rasulullah.

Apabila Jabir selesai memasak daging kambing itu beliau segera berlari kepada rasulullah memberitahu bahawa hidangan sudah siap.
"kau pulang dulu wahai Jabir, nanti aku menyusulmu. Jabir pun pulang. Tidak lama kemudian rasulullah datang ke rumah jabir bersama-sama dengan tentera muslimin lain yang seramai 1000 orang itu.
"Wahai jabir, rumahmu ini kecil tidak dapat memuatkan semua sahabat kita. Mahukah kamu membesarkan rumah kamu ini?" ujar nabi.
"Wahai rasulullah, aku menyayangimu melebihi aku menyayangi kedua orang tuaku, kau buatlah apa yang kau mahu wahai rasulullah. Lantas Nabi Muhammad (saw) menepuk keempat-empat dinding rumah jabir sambil berkata,
"besar, besar, besar". Sejenak itu juga kempat-empat dinding bergerak sendiri menjadikan ruang rumah jabir boleh memuatkan semua hadirin.

"Wahai jabir, kemari kamu makan bersama denganku," kata rasulullah.
"tak apalah rasulullah, kau makanlah dahulu," jawab jabir.
"Tidak wahai jabir, aku tidak akan makan selagi kau tidak duduk makan bersama denganku". Jabir terpaksa akur dengan kehendak rasulullah.
"Ya, jabir, aku mendapat tahu bahawa engkau mempunyai 2 orang anak lelaki. di manakah dia, bawa mereka kemari makan bersama denganku," kata rasulullah.
"ya, rasulullah, mereka sedang tidur yang panjang ya rasulullah, kau makanlah rasulullah, jangan pedulikan mereka.
"demi Allah aku tidak akan makan selagi mereka tidak makan bersamaku. Apa nama mereka ya Jabir?" lantas jabir menberitahu nama kedua-dua anaknya (saya terlupa nama kedua anaknya). Lantas rasulullah memanggil nama kedua-dua anaknya itu. Sekonyong-konyong itu juga kedua-dua anak lelaki jabir tadi datang berlari ke arah rasulullah. melihatkan hal ini, air mata jabir berhamburan keluar.
"wahai jabir sesungguhnya aku sudah mengetahuinya sebelum engkau mengetahuinya lagi," ujar rasulullah. "wahai rasulullah, mengapakah aku diberikan nikmat sebegini besar oleh Allah?" tanya jabir. Rasulullah menjawab, "engkau begitu memuliakan aku ya jabir, engkau selalu berselawat ke atasku, maka beginilah nikmat yang dikurniakan Allah kepadamu."

Subhanallah begitu kecintaan sahabat nabi terhadap baginda sehingga Allah mengurniakan nikmat yang tidak terjangkau oleh akal kita. marilah kita sentiasa berselawat ke atas rasulullah, keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok impian..

1 comment:

Anonymous said...

terima kasih kerana berkongsi kisah Rasulullah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...