Monday, April 22, 2013

Begini ceritanya...

Pada 27 Februari yang lepas, abe dapat panggilan daripada pegawai PPD yang menawarkan abe untuk jadi GPK Koko di sebuah sekolah menengah di Palong. Pada mulanya abe agak keberatan untuk menerimanya pasal memikirkan jaraknya yang jauh. Tapi pegawai tu kata taklah jauh sangat berbanding dengan rumah abe dengan sekolah asal abe ni. Kemudian, abe mintak sikit masa untuk tanya pendapat wife abe. Wife abe suruh terima aje. Abe call balik pegawai tu dan nyatakan persetujuan. Dalam pada tu, pegawai ni cakap jangan berharap sangat pasal ada beberapa orang calon lagi. Abe pun tak kisahlah, kalau dapat rezeki namanya, kalau tak pun tak apalah. Abe ambik keputusan untuk diamkan perkara ni, tak nak heboh-heboh, nanti kalau tak dapat, mana nak sorok muka. Dua tiga hari kemudian pengetua abe panggil in person dan bagitahu berita ni yang abe dah tahu pasal pegawai ni tadi dah call dia maklumkan hal ni. Selepas beberapa hari, berita ni dah tersebar tapi abe tak cakap sepatah pun. Abe rasa berita ni tersebar dari seorang guru di sekolah lain yang juga dapat panggilan dari pegawai tadi yang menawarkan tempat abe padanya. Berbeza dengan abe yang suka diamkan, tapi cikgu ni dah heboh kononnya dia akan datang ke sekolah abe menggantikan abe. Ada beberapa orang cikgu sekolah abe yang dapat berita ni semasa pergi mesyuarat di luartanyakan hal ni pada abe, tapi abe diamkan saja. Kemudian abe dengar ada penyerahan watikah perlantikan di Jabatan dua minggu selepas tu, tapi tak ada pun panggilan untuk abe. Sehingga tiba hari penyerahan watikah, masih belum ada sebarang berita, jadi abe anggap tiada sebarang perlantikan untuk abe. Dua tiga hari lepas tu abe jumpa dengan seorang kawan. Masa berborak dengan dia, dia kata majlis penyerahan watikah tu hanya untuk daerah Kuala Pilah saja. Abe rasa lega sikit. Walau bagaimanapun dari hari ke hari perkara ni semakin lama semakin senyap. Abe dalam pada tu lega jugak pasal malas nak melayan pertanyaan yang abe tak mampu nak jawab. Dalam masa yang sama hari demi hari abe  berdoa supaya abe akan dapat berita gembira. Sehinggalah hari rabu lepas iaitu 18 April lepas, abe dapat pesanan telefon yang suruh abe hadiri majlis penyerahan watikah perlantikan pada 22 April (hari ni). Masa diberitahu tu abe cool aje, tapi dalam hati mengucapkan kesyukuran tak terhingga. Tetapi yang mengejutkan ialah seorang lagi guru sekolah abe pun diminta hadir ke majlis tersebut.

Hari ni abe sampai ke JPNS jam 8.30 pagi, bila masuk bilik mesyuarat, dah ada orang tapi tak ramai lagi. Cikgu yang kata nak gantikan tempat abe tak ada pun. Bila majlis berjalan, rupanya cikgu sekolah abe tu yang akan gantikan tempat abe dan cikgu tadi tak nampak batang hidung sampai sudah. Maknanya dia tak dapat tawaran ni. Masa sedang tunggu majlis mula, rupanya guru yang duduk sebelah abe ni ialah guru yang tempatnya abe akan gantikan, dia masih bertugas di tempat yang sama sebagai GPK HEM...

Abe di sekolah sekarang dah lama sangat. Masa mula-mula sampai sekolah ni, rasa terkejut bila tahu salah seorang cikgu ni dah 11 tahun di sekolah ni, tapi abe ni dah 14 tahun. Jadi abe rasa pertukaran ni memang sesuai dan patut sangat. Memang abe rasa nak pindah sejak dua menjak ni tapi takut abe akan mula dari kosong semula, takut kena buli. Lagipun abe perlukan suasana dan bidang kerja baru supaya semangat bekerja kembali pulih. Jaraknya kalau abe tengok google maps, dari rumah abe ada dalam 52km sehala. Jauh jugak tu. Sekolah sekarang ni jaraknya lebih kurang 37km. Abe memikirkan, abe dah biasa jarak jauh dan ada orang lain yang lagi jauh dari abe, so abe anggap ni sebagai cabaran, no pain no gain!!!

InsyaAllah, esok abe akan lapor diri di sekolah baru.

Jadi itulah kisahnya.....

Sunday, April 14, 2013

Si Mati Berjalan

merle, andrea, maggie, daryl, lori, rick, carl, t-dog, glenn, michone, governor


Musim ketiga drama bersiri Walking Dead di channel 413 Fox Movies telahpun berakhir minggu lepas. Abe mwrupakan salah seorang daripada berjuta-juta peminat siri tv ni di seluruh dunia. Abe mula menonton cerita ni kira2 dua tahun lepas dan sampai sekarang abe tak pernah pun miss satu siri pun cerita ni (awal-awal dulu miss jugaklah tapi dah cover...hehehe). Cerita ni mengisahkan sekumpulan survivor yang terselamat daripada ancaman mayat hidup yang digelar sebagai walker atau biter dalam kalangan mereka. dalam cerita ni satu wabak telah menyerang manusia menyebabkan mereka yang mati akan hidup semula disebabkan satu virus yang menguasai otak mereka. Mayat2 hidup ini hanya boleh dihapuskan dengan memusnahkan otak mereka. Mereka yang digigit oleh walker ini akan mengalami demam panas yang membawa kepada kematian dan akan bertukar kepada walker. Walker ini sentiasa dahagakan daging manusia yang hidup. Kumpulan survivor ini diketuai oleh seorang syeriff yang memimpin kumpulan untuk meneruskan kehidupan mereka. Pelbagai peristiwa yang menarik berlaku spanjang cerita ini yang sudahpun selesai 3 musim. Musim yang akan datang kalau tak silap akan bermula bulan oktober nanti...lama lagi tuu..

Bagi abe, tarikan cerita ni bukanlah mayat-mayat hidup tu semata-mata tetapi jalan ceritanya yang menarik. Cerita ni banyak bermain dengan emosi. Cerita ni memberi gambaran apa yang akan terjadi kepada manusia apabila mereka tidak lagi dikawal oleh undang2. Nilai0nilai persahabatan, kekeluargaan dan kemansiaan memang jelas ditonjolkan dalam cerita ni. Bagipeminta tegar macam abe ni, dah kenal dan terasa dekat dengan watak-watak dalam cerita ni: Rick, Carl, Daryl, Lori, Andrea, Harshel, Michone, Maggie, Shane, Dale, T-Dog, Glen, Carol: masing-masing ada perwatakan tersendiri.

Setakat ni abe ada simpan DVD untuk dua musim awal iaitu musim 1 dan 2 dan tengah tunggu kemunculan dvd musim ke-3.

Musim 1: shane, dale, lori, rick, t-dog, carl, andrea, glenn, sofea, daryl, carol, jarom

Musim 2: rick, sofea, carol, lori, carl, t-dog, glenn, andrea, dale, daryl, shane

Musim 3: lori, carl, daryl, carol, t-dog, beth, hershel, rick, maggie, glenn,
governor, walker, michone,walker  andrea


Sunday, April 7, 2013

Batu karang lagi...

Isnin dan selasa minggu lepas abe ambik mc untuk gi checkup dengan dr yoong di KPJ Seremban. Dua tiga hari sebelum tu abe dah rasa berdenyut-denytut dan sengal-sengal kat pinggang bahagian belakang. Ini tanda-tanda ni. Pagi isnin tu abe pergi chek dan memang sah ada batu karang dalam buah pinggang dan dalam pundi kencing. Doktor bagi pilihan sama ada nak wasuk wad atau makan ubat aje. Dah tentulah abe nak makan ubat, kalau masuk wad banyak benda pulak nak pikir. Dr Yoong kata batu yang ada dalam buah pinggang ialah batu yang kecil-kecil, lebihan batu masa rawatan yang latest dulu. Adalah dalam 4-5 biji kiri dan kanan. Doktor bagi ubat dan dia suruh datang jumpa dia lagi dalam dua minggu lagi. Keesokannya, dengan kuasa Allah masa abe kencing, keluarlah sebiji batu yang sebesar melukut atau sebesar mata pensel (gambar di bawah). Abe rasa abe pun dah lali dengan batu karang ni. Cutu lepas adalah masa terbaik nak gi jumpa bomoh kat Melaka tapi masa tu abe tak terlintas langsung. Tengoklah cuti akan datang abe akan cuba usaha untuk ke sana..


Saturday, April 6, 2013

Jenama punya pasal..

Awal bulan lepas abe ada beli pemain dvd jenama philips untuk abe letakkan di rumah baru. Kat rumah tu abe tak masukkan astro pasal cuma tinggal pada hujung minggu saja. Jadi untuk hiangkan boring abe belikan player tu untuk hilangkan boring bila berada di sana. Bila bawak balik dan cuba pasang, ada masalah apabila disc tak dapat main, screen tunjuk no disk. abe agak mungkin pasal cd kot (maklumlah bukan ori pun). Kemudian ane tutup jap dan selang satu jam abe cuba play cd dan okay pulak. Lepas tu abe tak gi rumah tu dalam 2 minggu pasal sibuk. Then 2 minggu lepas abe pergi semula dan cuba pasang cd pakai player tu, okay jugak, dapat jugak tengok filem residen evil tapi lepas tu dah tak boleh pasang lagi. Banyak kali cuba tak dapat jugak, so abe ambik keputusan nak hantar kedai tempat abe beli iaitu Giant Senawang. Bila dorang test, pun tak dapat jugak so kenalah hantar servis centre yang entah kat mana. Yang spoilnya kalaulah abe hantar awal hari tu, dorang kata boleh tukar baru dalam tempoh seminggu beli, masa abe hantar dah masuk dua minggu. Sekarang dah masuk dua minggu dan abe belum terima apa2 panggilan dari dorang tentang palyer tu. Tunggu dulu kalau dah sebulan abe akan cuba kontek tanya khabar. Mulanya abe ingat hari tu nak beli player yang sempoi aje, tapi tgk yang brand Philips ni harga tak jauh beza, abe pun belilah yang philips ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...