Friday, July 26, 2013

Benda dah nak jadi...

Hari ni adalah hari cuti am nuzul quran bagi negeri pahang, jadi petang semalam abe pun bertolak balik selepas selesai kuliah jam 3.30 ptg. Kali ni abe nak balik senyap-senyap konon nak bagi surprise kat wife abe. Macam biasa sebelum bertolak abe tanam dalam hati nak bawak kereta dengan berhemah dan keadaan ini berlanjutan sehingga sampai pekan karak, tetapi apabila masuk jalan karak-kuala pilah, abe dah lupa dah, bawak kereta macam pelesit (tak laju sangat pun 80-90km/j jee..) Banyak juga kereta dan lori abe potong sehinggalah sampai di Simpang Pelangai. Apabila sampai situ di depan abe ada sebuah lori dan 3 buah kereta. Jalan double line dan ada sekolah kat tepi. Bila abe nampak jalan sebelah kiri, abe macam biasa terus nak potong kenderaan di depan tetapi tiba-tiba ada satu kereta tiba-tiba membelok ke kanan. Abe dah tak sempat buat apa-apa terus langgar kereta tu dan kereta abe macam terhoyong-hayang meluncur ke depan dan abe terus tekan brek. Lepas tarik hand brek, abe keluar daripada kereta dan pergi nak tengok kereta satu lagi. Pemandunya seorang perempuan datang ke arah abe tanya abe tak nampak ke dia bagi signak. Abe cakap abe mintak maaf abe tak nampak dan memang salah abe. Abe tengok keretanya terbabas ke sebelah kanan jalan dan tersadai tepi pagar orang. Alhamdulillah, abe perempuan tu dan anak-anak dia (4 orang) tak cedera cuma perempuan tu trauma menggigil. Abe walaupun takut cuba kawal perasaan. 

 Kemudian abe tengok kereta abe agak teruk juga bahagian hadapan kirinya remuk dan ada minyak mengalir keluar dari bahagian enjn rasanya minyak gear kot. Lepas tu abe tengok pulak kereta perempuan tu yang kemek sebelah kanan, tayarnya pecah. Masa tu abe pikir macam mana nak balik rumah. Abe teringat bengkel eng hup kat gentam tapi abe tak ada nombor dia. Kemudian abe teringat no auto assit insuran. Abe pun cal. Walau pun banyak benda yang remeh temah masa call tu akhirnya pihak insuran akan hantar trak tunda ke situ. Dalam masa yang sama orang ramai mula berkerumun termasuklah kaki-kaki trak tunda yang pujuk abe ambik trak tunda mereka. Abe bukan tak nak tapi lebih baik abe hantar bengkel dekat dengan tempat tinggal supaya senang kalau ada apa-apa urusan. Abe berkeras jugak tak mahu ambik truk mereka. 

Dalam masa tu polis pun sampai untuk ambik gambar tempat kejadian dan ambik maklumat kami. Waktu berbuka pun dah hampir tapi abe bukan kisah nak berbuka, pasal abe tak nak tinggalkan kereta abe pasal kereta masih di tengah jalan. Kereta langsung tak dapat gerak pasal kotak gear dah pecah, tolak pun dapat gerak sikit. Tak lama, ada seorang abang ni datang bawa juada utk abe bukak puasa. Abe pun hulurlah rm10 seorang utk 2 orang anak dia. Abe cuma teguk air mineral aje pasal tak ada selera nak makan. Dalam pada tu kaki-kai tow truk ni bukan main sibuk lagi pasal dia orang tak dapat duit utk tow truk mereka. Siap bagi nombor suruh call kalau tow truk abe dah sampai.  Trak tunda yang nak datang tu dari genting dan ikut plan boleh sampai dalam masa 45 minit tapi trak tu sampai jam 9 malam. Brader2 kaki tow truk tadi dah sampai awal, bila tow truk abe ni sampai, dorang runding nak duit sikit pasal kawasan ni konon kawasan mereka. Budak yang bawa tow trak ni tak dapat la nak bayar mereka, pasal dia cuma kerja saja. Last2 budak ni mintak abe bayar kat dorang sikit pasal konon kawasan tu kawsan mereka dan mereka dah tolong abe uruskan accident ni. Abe malas nak banyak cerita pasal nak selesaikan cepat, abe bagilah rm50. Lepas kereta naik truk, abe pegi balai polis mancis untuk buat report dan lepas tu terus balik ke kuala pilah tumpang tow truk tu. Kereta abe sekarang ada kat bengkel dan ikut perkiraan dalam sebulan jugak baru siap.

Sebaik saja kena, abe berkira-kira juga nak call wife abe, tapi abe takut dia risau gila, jadi abe biarkan dulu. Sampailah dia call dalam pukul 6 petang abe bagi taulah hal sebenar, tapi dia tetap jugak risau dan menangis.
Sekarang ni abe tengah fikir macam mana nak balik IAB untuk sambung kuliah minggu depan. Mungkin abe ambik teksi atau tumpang kawan2 nanti.


Monday, July 8, 2013

Dah jadi warga IAB

Hari ni hari kedua abe di IAB. Semalam abe bertolak dari Kp jam 3 petang dan sampai di sini pada jam 6 petang. Kelam kabut jugak abe pasal takut lambat. Bila dah register, dapat bilik tingkat 4. Bilik memang dok sorang tapi kongsi bilik air dengan orang bilik sebelah. Hari ni lepas breakfast, ada majlis perasmian dan seterusnya ada taklimat mengenai kursus ni taklimat ni macam ada sedikit ancaman, rasa macam nak tarik diri, tapi abe kuatkan semangat dengan anggapan orang lain pun sama dengan abe. Sebelah petang ada sesi ice breaking dan senamrobik. Lepas tu tengah berborak dengan seorang peserta, dia ajak pulak gi minum kat gohtong, ajak-ajak ayam aje, tapi abe ikut-ikut itik. malu jugak, tapi tebalkan muka la.


majlis perasmian oleh pengarah IAB

Esok sesi orientasi lagi, mungkin hari rabu dah mula kuliah kot..

Monday, July 1, 2013

pangilan dari iab

tanpa disangka2 pd minggu lps masa memandu balik dari sekolah, abe dpt panggilan telefon drp iab yg bg tahu abe berjaya interview baru2 ni untukmengikuti kursus npqel. abe agak terkejut jugak psl abe tak menaruh harapannpun akan berjaya dlm interviewtu tapi ada sikit berharap agar dpt mengikuti kursus tu. so si pemanggil nak tahu masa tu jugak sama ada abe setuju tak terima tawaran tu. abe tak dalat bg jwn masa tu psl abe pun kena dis uss dgn wife abe dan mintak pendapat dr bos abe. dia suruh tgk surat tawaran dlm portal iab. abe tanya wife abe dan dia galakan. esoknya abe bagi tahu boss dan dia pun takada halangan. maknanya abe akan berkursus di iab di genting selama sebulan. itu ialah bulan puasa. memang agak keberatan jugak tapi abe fikirkan inilah masa yang sesuai untuk abe ambik kursus ni. abe pun tak nak ambik awal gahun depan pasal abe tak nak ketinggalan apa2 kursus sepanjang tahun depan. abe nak pendedahan untuk post yang abe pegang sekarang ni. so tengah hari esoknya abe faxkan jwpn setuju terima untuk hadiri kursus tu. abe ambik kursus ni bukan semata2 nak jadi pengetua, tapi untuk mencari kelainan dlm kerjaya selain untuk menjadikanya sebagai nilai tambah dlm kerjaya abe. insyaallah ahad depan abe akan gi lapor diri di iab sri layang di genting highland.

Tuesday, June 11, 2013

Hong Kong Jun 2013: Hari Kedua

Selepas sarapan pagi di restoran halal berdekatan dengan hotel, kami telah di bawa melawat ke tempat-tempat menarik. Bukan tempat menarik sangat pun cuma kedai-kedai cederamata macam kedai jade, kedai herba cina dan kedai barangan buluh. Ingatkan melawat aje, rupanya selepas sesi penerangan dan lawatan, ada pulak sesi membeli-belah. Terbeli jugaklah barang-barang yang dijual macam kat kedai jade, abe beli batu macam dragon ball tu yang khasiatnya menyerap radio aktif, barangan buluh pun ada mcm tuala, selipar dan lain2 lagi. tapi yang paling terkesan ialah ubatan herba china utk buah pinggang abe yang harganya 900 duit malaysia. Hebat strategi orang cina ni. 

ni kedai jade, di dalam x dibenar ambik gambar..
Selepas tu kami makan tengahari di sebuah restoran lain yang agak besar iaitu cawangan restoran berdekatan dengan hotel tadi. Disebabkan dah tengahari, giude kami iaitu Tina  menguruskan tempat solat di restoran tu. Biliknya agak sempit, bergilir lah kami solat.

makan tengah hari..

bas kami dan depan bas tu giude kami Tina..

Lepas makan tengahari kami di bawa pula ke Louhu Mall, iaitu tempat shopping murah-murah. Tapi kat sini banyak jual barangan elektronik, beg, baju dan cenderamata lain. Abe tak beli apa2 kat sini pasal tak ada change dan takut jugak kena kongkalikong. Semasa abe pusing2 kat  Louhu Mall ni, terdengar juga sepatah dua perkataan bahasa Melayu daripada peniaga2 di sini. Ini mengingatkan abe semasa shopping kat Mekah dan Madinah.

Louhu Mall

Lepas 'shopping' di  Louhu Mall, kami di bawa pula ke tempat yang menarik iaitu di Window of The World. Seronok berada di tempat ni tapi malangnya waktu singkat sangat pasal hari dah petang lagi pun badan dah penat. Untuk mempercepatkan lawatan, kami naik trem mengelilingi taman ni. Agak terkilan jugak kerana tak dapat nak explore keseluruhan taman ni yang sepatutnya boleh dilakukan. Window of The World ni ialah taman yang ada monumen popular seluruh dunia, tapi abe tak jumpa pulak monumen atau mercu tanda Malaysia. Semua monumen atau mercutanda ni dibuat replika dalam bentuk yang kecil.

Window of The World.
Selepas melawat Window of The World, kami makan malam di restoran berdekatan dengan hotel, tetapi tak singgah hotel pun, tapi meneruskan perjalanan ke syurga beli belah iaitu Dongment Street. Dongment Street ni kalau kat tempat kita macam Petaling Street tapi tasanya lebih luas lagi. Kat sini pun aabe tak beli apa2 cuma beli key chain saja. Rasa takut jugak jalan2 sini pasal guide dah ingatkan berhati2 dengan penjual yang memberikan duit baki dengan duit palsu dan cara memaksa kita membeli barangan. Abe cuma pusing2 sekitar tapi tak explore semua takut sesat. dalam pukul 10 malam, kami berkumpul semula dan balik semula ke hotel untuk berehat.

Sunday, June 9, 2013

Trip to Hong Kong Jun 2013: Hari Pertama

Kebanyakan masa kami pada hari pertama ni habis dalam perjalanan ke destinasi pertama iaitu bandar Shenzhen, iaitu sebuah bandar di tanah besar. Dari airport Hong Kong kami di bawa menaiki bas ke bandar ni  selepas melalui 2 pemeriksaan imigresen iaitu di hong kong dan satu lagi untuk masuk ke tanah besar. Shenzhen ni sebuah bandar yang moden dan hitech. Penduduknya kaya-kaya kerana adanya kawasan perindustrian di sini. Boleh dikatakan tiada trafik jem dan lebuhrayanya tiada tol, semuanya ditanggung kerajaan setempat. kat sini kita tak akan berpeluang untuk melihat sebiji pun motosikal kerana kerajaannya tak benarkan penggunaan motosikal. Kalau adapun basikal elektrik. Keretanya mewah2 belaka. Setakat mercedes atau BMW mereka anggap murah, mereka beli lamborgini atau ferari.


kalau gian sgt nak merempit, ini ajelah yang ada. 10-20km/j boleh cecah kot..

Setelah melalui perjalanan yang panjang, kami telah di bawa ke satu-satunya masjid yang ada di Shenzhen ni untuk solat jamak zohor dan asar. bangunan masjidnya tak macam bangunan masjid kat tempat kita, Cuma yang menunjukkannya sebuah masjid ialah adanya menara tetapi bahagian dalam masjid ni luas dan selesa. Dari pemerhatian abe, masjid ni menjadi tempat komuniti muslim di sini berkumpul. 


satu-satunya masjid di shenzhen

Selepas tu kami di bawa pula untuk makan malam di sebuah restoran halal berdekatan dengan hotel penginapan kami. makanannya tentulah tak sama dengan apa yang ada di tempat kita, kena sesuaikan dirilah, nama lagi kat tempat orang. Masakannya ialah masakan cina, bagi abe tak ada masalah, asalkan halal, dan abe tak ragu2 pun. Dah dikatakan halal, mana lagi nak cari makanan halal kalau bukan yang ini. Ane tengok pun ahli rombongan lain tak ada masalah dan dapat makan macam biasa.

makanan tak sama dengan malaysia, tapi tak jauh bezanya..

Selepas makan malam, kami tak terus ke hotel, sebaliknya terus ke pertunjukan water screen yang terkenal. Pertunjukan memang menakjubkab tapi sayangnya masa kitorang sampai, pertunjukan dah hampir sampai ke penamat tapi memamg menakjubkan.Selepas tu sudah tentulah kami ke hotel selepas seharian dalam perjalanan. Hotel tempat kami menginap ialah Hotel Century. Dah jumpa bantal dan tilam, apa lagi tidur macam orang mati.

pertunjukkan water screen yang menarik..

Friday, June 7, 2013

Trip To Hong Kong: Jun 2013


Hong Kong: the city of no money no talk, no money no honey

Alhamdulillah, abe dah selamat kembali ke tanah air selepas bercuti selama 6 hari ke Hong Kong. Ane ke sana dengan travel agent Andalusia bersama kumpulan seramai 31 orang dalam 5 keluarga yang lain. Abe berangkat ke sana pada 1 Jun dengan penerbangan MAS MH0072 pada jam 9.15 pagi dan sampai di sana lebih kurang jam 2 petang. Waktunya sama dengan waktu Malaysia. Cuacanya sama dengan Malaysia. Abe datang pun masa musim panas, jadi pakaian sama dengan Malaysia. Sesampainya kami di airport Hong Kong, kami terus di bawa ke tanah besar iaitu ke bandar Szenzen. Hari pertama ni kebanyakan masa habis dalam perjalanan saja kecuali pada waktu malam sebelum chkeck-in ke  hotel, kami dibawa ke pertunjukan teater water scrin, apa nama tempat tu abe pun tak tahu, tapi best.

Hari pertama sehingga hari keempat kami berada di Shenzhen, di bawa ke tempat2 menarik, kemudian pada hari keempat kami di bawa masuk semula ke Hong Kong. Semasa di Hong Kong banyak tempat-tempat menarik terutamanya Disneyland yang menjadi destinasi utama manakala hari kelima kami berangkat balik ke malaya dengan penerbangan MAS jugak MH0073 bertolak jam 2.30 petang dan sampai di tanah air jam 6.30 petang.

Cerita selanjutnya abe akan tulis berdasarkan timeline tempat2 yang abe kunjungi di post-post yang akan datang.

Sesungguhnya hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik negara sendiri.

Sunday, May 26, 2013

Untuk 2 hari sahaja...

Alhamdulillah sekarang abe dah ada di kampung halaman abe iaitu di wakaf che yeh, my home town. Malam tadi naik bas di kuala pilah jam 10 malam dan sampai di Kota Bharu jam 7.30 pagi. Sebaik sampai, abe gi sarapan nasi berlauk dulu di gerai makan dekat pasar buluh kubu. Abe naik bas no 44 lebih kurang jam 8.15 dan sampai ke rumah lebih kurang jam 9.00 pagi. Bila sampai abe tengok emak abe agak bersbeza sikit daripada sebelum ni, kurus, pucat dan agak keletihan. Suara pun agak lemah. Dia sebenarnya tak sihat sejak seminggu lepas, katanya sakit punggung (sakit lama) dan cirit birit sikit tapi sekarang ni jam 4.50 petang keadaan dia dah nampak beransur baik.

Abe balik kelate ni sorang-sorang aje. Bukan merajuk dan bukan bawak diri.Abe memang windu nak balik kelate sejak 2 bulan lepas. Wife abe ada kelas musin cuti ni dan anak2 pun tak nak ikut abe, lebih suka ngan mak dia. So kalau sorang2 sorang abe ambik keputusan untuk balik dengan bas aje. Tiket abe ambik hari jumaat lepas sekali dengan tiket balik ke kuala pilah. Tiket balik ke kuala pilah abe beli dua ingat nak bawak mak abe balik sama ke kp, tapi memandangkan keadaan dia yang kurang sihat, nampak gayanya abe balik seoranglah dan tiket satu lagi kira burn.

Rasanya balik kali ni abe tak ke mana2 pasal masa pun singkat, kenderaan pun tak ada tapi kalau mendesak bolehlah pakai motor kat belakang tu. Malam besok abe balik semula pasal hari selasa ada mesyuarat memanah di balai gadang jpnns..

Thursday, May 23, 2013

Genap Sebulan..

Hari ni dah genap sebulan abe bertugas di sekolah baru dan dalam tempoh tu abe tak ada mengajar dan tak buat buku rekod mengajar. Ini memandangkan dah hampir ke penghujung penggal pertama dan peperiksaan penggal pertama pun tengah berjalan. Sepanjang tempoh sebulan tu jugak ada macam-macam peristiwa yang abe dah alami antaranya menjemput pelajar yang ponteng sekolah balik ke sekolah, mendengar aduan parent, menyain pelbagai dokumen semasa ketiadaan pengetua, mempengerusikan mesyuarat dan macam2 lagi. Sepanjang tempoh tu jugak abe dah mengenali sebahagian guru dan mungkin sedikit masa lagi akan dapat  mengenali keseluruhannya. Abe pun dah dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah baru ni walaupun masih dibayangi dengan suasana sekolah lama. Tapi semalam berlaku satu peristiwa yang agak melucukan apabila abe dan seorang cikgu boleh tertukar kasut. Masa nak balik semalam, abe sedar yang kasut abe tak ada, terpaksalah pakai yang ada kat situ. Hari ni cikgu tu kata baru pagi ni dia sedar kasut dah tertukar..

Esok dah mula cuti pertengahan tahun, bila bukak nanti menanti cabaran sebenar buat abe...

Tuesday, May 21, 2013

Guru Malaysia: 1 Aspirasi 1 Agenda

Sambutan hari guru tahun ni abe sambut di sekolah baru, lebih daripada tu, abe kena hadiri 2 acara hari guru iaitu majlis pelancaran hari guru peringkat negeri pada malam 15/5 dan majlis perasmian hari guru peringkat kebangsaan pada malam 16/5. Pada pagi tadi pulak abe dapat panggilan dari sekolah lama menjemput abe majlis jamuan hari guru agaknya pada 20/5 ni.

Sambutan hari guru disekolah bari ni agak meriah jugak di mana guru-guru diarak ke dewan sebelum ucapan hari guru oleh tuan pengetua, nyanyian lagu guru malaysia dan acara memotong kek. Selepas tu acara sukaneka dan perlawanan bola jaring dan futsal natara guru dan murid. Lepas tu disambung pulak dengan acara dewan di mana dilangsungkan persembahan pelajar dan guru serta penyampaian hadiah. Akhirnya ada jamuan guru dan acara bertukar-tukar hadiah di kalangan guru.

Malamya abe dan wife pergi ke sambutan hari guru peringkat negeri di padang majlis bandaran. Ada majlis makan malam, dapat jugak jumpa beberapa orang rakan guru.

Malam besoknya abe dan wife hadiri pulak majlis pelancaran hari guru peringkat kebangsaan di stadium tertutup nilai. Kat sini pun abe jumpa pengetua sekolah abe dan pegawai ppd. Sebaik sahaja selesai pengumuman tokoh guru tahun ini, abe pun baliklah.

Semalam pulak abe hadiri majlis jamuan sempena hari guru sekolah lama abe. Dapat jugak jumpa kawan-kawan lama tapi tak dapat borak sakan pasal kena duduk meja vip. Majlis tak lama dalam 45 minit gitu, selepas sesi bergambar, abe pon baliklah. Terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi jemput abe...

Saturday, May 4, 2013

Bertugas di tempat baru..

Alhamdulillah, abe dah lapor diri di sekolah baru pada 23/4 yang lalu, tetapi memandangkan gpk1 belum melapor diri dan ada penangguhan memulakan tugas di sekolah barunya, proses peralihan agak terbantut sikit. pk koko dan pk hem yang lama x dapat lagi berpindah ke post baru, jadi abe pun mintak penangguhan jugak sehingga 27/4. Abe pun dah kenal beberapa orang guru terutamanya guru lelaki, guru perempuan belum lagi cuma beberapa orang sahaja, Mereka ni muda-muda lagi, bertenaga dan bersemangat. Alhamdulillah, penerimaan mereka terhadap abe amat baik, dengan cepat abe dapat menyesuaikan diri di sini. Lagipun sekolah baru abe ni tak jauh beza dengan sekolah lama, sekolah felda, bilangan guru dan pelajar lebih krang sahaja bilangannya. Kemudian esoknya sampai jumaat, abe berada di sekolah lama, membereskan mana-mana tugasan yang belum selesai. Dalam masa tu abe diberi peluang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada semua pelajar dan diadakan juga majlis perpisahan pada hari khamis Pada hari jumaat, abe berpeluang bersalamandengan semua pelajar dan memberi pesanan kepada mereka. Pada hari sabtu abe terpaksa ambil crk pasal ada majlis anugerah cemerlang nurin di ssp. Pada minggu ni abe mula bertugas di sekolah baru tapi dari segi teknikalnya belum pasal gpk1 mula bertugas disekolah baru pada 6/5 ni.Semalam didakan majlis perpisahan untuknya. So abe buat-buatlah sibuk di sekolah baru ni.

Pada 2/4 lepas abe gi interview npqel di IAB ditemani oleh wife abe. Dia crk hari tu. Alhamdulillah sampai tepat pada masa dan abe dapat bilik temuduga no 3 giliran ke 5. Biasalah temuduga gabra giler tapi bila calon pertama dan kedua keluar, mereka bagitahu yang ditanya tentang peranan di sekolah, perasaan gabra kendur sikit. Walau bagaimanapun abe tak kisahlah dan tak mau fikir lagi pasal temuduga npqel nih.

Esok 5/4 ialah hari mengundi. Pada mulanya abe ingat malas nak gi memangkah memandangkan penggunaan dakwat kekal ni diwajibkan, tapi tah macam mana tengah hari tadi terbuka pulak hati nak gi mengundi esok pagi..opss, abe mungkin tak pergi pagi, mungkin belah petang kot untuk elak kesesakan (malas nak Q)...

Okay, walau apa-apa pun pilihan anda, selamat mengundi...

Monday, April 22, 2013

Begini ceritanya...

Pada 27 Februari yang lepas, abe dapat panggilan daripada pegawai PPD yang menawarkan abe untuk jadi GPK Koko di sebuah sekolah menengah di Palong. Pada mulanya abe agak keberatan untuk menerimanya pasal memikirkan jaraknya yang jauh. Tapi pegawai tu kata taklah jauh sangat berbanding dengan rumah abe dengan sekolah asal abe ni. Kemudian, abe mintak sikit masa untuk tanya pendapat wife abe. Wife abe suruh terima aje. Abe call balik pegawai tu dan nyatakan persetujuan. Dalam pada tu, pegawai ni cakap jangan berharap sangat pasal ada beberapa orang calon lagi. Abe pun tak kisahlah, kalau dapat rezeki namanya, kalau tak pun tak apalah. Abe ambik keputusan untuk diamkan perkara ni, tak nak heboh-heboh, nanti kalau tak dapat, mana nak sorok muka. Dua tiga hari kemudian pengetua abe panggil in person dan bagitahu berita ni yang abe dah tahu pasal pegawai ni tadi dah call dia maklumkan hal ni. Selepas beberapa hari, berita ni dah tersebar tapi abe tak cakap sepatah pun. Abe rasa berita ni tersebar dari seorang guru di sekolah lain yang juga dapat panggilan dari pegawai tadi yang menawarkan tempat abe padanya. Berbeza dengan abe yang suka diamkan, tapi cikgu ni dah heboh kononnya dia akan datang ke sekolah abe menggantikan abe. Ada beberapa orang cikgu sekolah abe yang dapat berita ni semasa pergi mesyuarat di luartanyakan hal ni pada abe, tapi abe diamkan saja. Kemudian abe dengar ada penyerahan watikah perlantikan di Jabatan dua minggu selepas tu, tapi tak ada pun panggilan untuk abe. Sehingga tiba hari penyerahan watikah, masih belum ada sebarang berita, jadi abe anggap tiada sebarang perlantikan untuk abe. Dua tiga hari lepas tu abe jumpa dengan seorang kawan. Masa berborak dengan dia, dia kata majlis penyerahan watikah tu hanya untuk daerah Kuala Pilah saja. Abe rasa lega sikit. Walau bagaimanapun dari hari ke hari perkara ni semakin lama semakin senyap. Abe dalam pada tu lega jugak pasal malas nak melayan pertanyaan yang abe tak mampu nak jawab. Dalam masa yang sama hari demi hari abe  berdoa supaya abe akan dapat berita gembira. Sehinggalah hari rabu lepas iaitu 18 April lepas, abe dapat pesanan telefon yang suruh abe hadiri majlis penyerahan watikah perlantikan pada 22 April (hari ni). Masa diberitahu tu abe cool aje, tapi dalam hati mengucapkan kesyukuran tak terhingga. Tetapi yang mengejutkan ialah seorang lagi guru sekolah abe pun diminta hadir ke majlis tersebut.

Hari ni abe sampai ke JPNS jam 8.30 pagi, bila masuk bilik mesyuarat, dah ada orang tapi tak ramai lagi. Cikgu yang kata nak gantikan tempat abe tak ada pun. Bila majlis berjalan, rupanya cikgu sekolah abe tu yang akan gantikan tempat abe dan cikgu tadi tak nampak batang hidung sampai sudah. Maknanya dia tak dapat tawaran ni. Masa sedang tunggu majlis mula, rupanya guru yang duduk sebelah abe ni ialah guru yang tempatnya abe akan gantikan, dia masih bertugas di tempat yang sama sebagai GPK HEM...

Abe di sekolah sekarang dah lama sangat. Masa mula-mula sampai sekolah ni, rasa terkejut bila tahu salah seorang cikgu ni dah 11 tahun di sekolah ni, tapi abe ni dah 14 tahun. Jadi abe rasa pertukaran ni memang sesuai dan patut sangat. Memang abe rasa nak pindah sejak dua menjak ni tapi takut abe akan mula dari kosong semula, takut kena buli. Lagipun abe perlukan suasana dan bidang kerja baru supaya semangat bekerja kembali pulih. Jaraknya kalau abe tengok google maps, dari rumah abe ada dalam 52km sehala. Jauh jugak tu. Sekolah sekarang ni jaraknya lebih kurang 37km. Abe memikirkan, abe dah biasa jarak jauh dan ada orang lain yang lagi jauh dari abe, so abe anggap ni sebagai cabaran, no pain no gain!!!

InsyaAllah, esok abe akan lapor diri di sekolah baru.

Jadi itulah kisahnya.....

Sunday, April 14, 2013

Si Mati Berjalan

merle, andrea, maggie, daryl, lori, rick, carl, t-dog, glenn, michone, governor


Musim ketiga drama bersiri Walking Dead di channel 413 Fox Movies telahpun berakhir minggu lepas. Abe mwrupakan salah seorang daripada berjuta-juta peminat siri tv ni di seluruh dunia. Abe mula menonton cerita ni kira2 dua tahun lepas dan sampai sekarang abe tak pernah pun miss satu siri pun cerita ni (awal-awal dulu miss jugaklah tapi dah cover...hehehe). Cerita ni mengisahkan sekumpulan survivor yang terselamat daripada ancaman mayat hidup yang digelar sebagai walker atau biter dalam kalangan mereka. dalam cerita ni satu wabak telah menyerang manusia menyebabkan mereka yang mati akan hidup semula disebabkan satu virus yang menguasai otak mereka. Mayat2 hidup ini hanya boleh dihapuskan dengan memusnahkan otak mereka. Mereka yang digigit oleh walker ini akan mengalami demam panas yang membawa kepada kematian dan akan bertukar kepada walker. Walker ini sentiasa dahagakan daging manusia yang hidup. Kumpulan survivor ini diketuai oleh seorang syeriff yang memimpin kumpulan untuk meneruskan kehidupan mereka. Pelbagai peristiwa yang menarik berlaku spanjang cerita ini yang sudahpun selesai 3 musim. Musim yang akan datang kalau tak silap akan bermula bulan oktober nanti...lama lagi tuu..

Bagi abe, tarikan cerita ni bukanlah mayat-mayat hidup tu semata-mata tetapi jalan ceritanya yang menarik. Cerita ni banyak bermain dengan emosi. Cerita ni memberi gambaran apa yang akan terjadi kepada manusia apabila mereka tidak lagi dikawal oleh undang2. Nilai0nilai persahabatan, kekeluargaan dan kemansiaan memang jelas ditonjolkan dalam cerita ni. Bagipeminta tegar macam abe ni, dah kenal dan terasa dekat dengan watak-watak dalam cerita ni: Rick, Carl, Daryl, Lori, Andrea, Harshel, Michone, Maggie, Shane, Dale, T-Dog, Glen, Carol: masing-masing ada perwatakan tersendiri.

Setakat ni abe ada simpan DVD untuk dua musim awal iaitu musim 1 dan 2 dan tengah tunggu kemunculan dvd musim ke-3.

Musim 1: shane, dale, lori, rick, t-dog, carl, andrea, glenn, sofea, daryl, carol, jarom

Musim 2: rick, sofea, carol, lori, carl, t-dog, glenn, andrea, dale, daryl, shane

Musim 3: lori, carl, daryl, carol, t-dog, beth, hershel, rick, maggie, glenn,
governor, walker, michone,walker  andrea


Sunday, April 7, 2013

Batu karang lagi...

Isnin dan selasa minggu lepas abe ambik mc untuk gi checkup dengan dr yoong di KPJ Seremban. Dua tiga hari sebelum tu abe dah rasa berdenyut-denytut dan sengal-sengal kat pinggang bahagian belakang. Ini tanda-tanda ni. Pagi isnin tu abe pergi chek dan memang sah ada batu karang dalam buah pinggang dan dalam pundi kencing. Doktor bagi pilihan sama ada nak wasuk wad atau makan ubat aje. Dah tentulah abe nak makan ubat, kalau masuk wad banyak benda pulak nak pikir. Dr Yoong kata batu yang ada dalam buah pinggang ialah batu yang kecil-kecil, lebihan batu masa rawatan yang latest dulu. Adalah dalam 4-5 biji kiri dan kanan. Doktor bagi ubat dan dia suruh datang jumpa dia lagi dalam dua minggu lagi. Keesokannya, dengan kuasa Allah masa abe kencing, keluarlah sebiji batu yang sebesar melukut atau sebesar mata pensel (gambar di bawah). Abe rasa abe pun dah lali dengan batu karang ni. Cutu lepas adalah masa terbaik nak gi jumpa bomoh kat Melaka tapi masa tu abe tak terlintas langsung. Tengoklah cuti akan datang abe akan cuba usaha untuk ke sana..


Saturday, April 6, 2013

Jenama punya pasal..

Awal bulan lepas abe ada beli pemain dvd jenama philips untuk abe letakkan di rumah baru. Kat rumah tu abe tak masukkan astro pasal cuma tinggal pada hujung minggu saja. Jadi untuk hiangkan boring abe belikan player tu untuk hilangkan boring bila berada di sana. Bila bawak balik dan cuba pasang, ada masalah apabila disc tak dapat main, screen tunjuk no disk. abe agak mungkin pasal cd kot (maklumlah bukan ori pun). Kemudian ane tutup jap dan selang satu jam abe cuba play cd dan okay pulak. Lepas tu abe tak gi rumah tu dalam 2 minggu pasal sibuk. Then 2 minggu lepas abe pergi semula dan cuba pasang cd pakai player tu, okay jugak, dapat jugak tengok filem residen evil tapi lepas tu dah tak boleh pasang lagi. Banyak kali cuba tak dapat jugak, so abe ambik keputusan nak hantar kedai tempat abe beli iaitu Giant Senawang. Bila dorang test, pun tak dapat jugak so kenalah hantar servis centre yang entah kat mana. Yang spoilnya kalaulah abe hantar awal hari tu, dorang kata boleh tukar baru dalam tempoh seminggu beli, masa abe hantar dah masuk dua minggu. Sekarang dah masuk dua minggu dan abe belum terima apa2 panggilan dari dorang tentang palyer tu. Tunggu dulu kalau dah sebulan abe akan cuba kontek tanya khabar. Mulanya abe ingat hari tu nak beli player yang sempoi aje, tapi tgk yang brand Philips ni harga tak jauh beza, abe pun belilah yang philips ni..

Wednesday, March 27, 2013

Avanza tahun kelapan

Dalam dua minggu lepas avanza abe disondol dari belakang oleh sebuah iswara aeroback yang cuba memotong dari sebelah kiri kat trafiik light ampang tinggi. Masa tu wife abe bawak masa dia balik dari kerja. Masa tu dah petang sangat dah dekat pukul 6 petang. Kerosakan pada kereta abe taklah teruk sangat, cuma bumper belakang sebelah kiri terkopek sikit dan masih boleh berjalan, tetapi kereta yang melanggar tu agak teruk jugak, rabak jugaklah sisi kiri hadapan dan tak boleh jalan pasal brek dia jem. Kedua2 individu tidak mengalami apa-apa kecederaan. Abe dan wife masa tu cuma berhubung melalui telefon, pasal abe rasa keadaan tak teruk sangat. Mula-mula wife abe mintak org tu setlle kat balai polis memandangkan dia perempuan, tapi bila sampai balai polis, tunggu punya tunggu orang tu tak jugak nmuncul, abe suruh wife abe pergi semula kat tempat kejadian dan orang tu masih ada situ. Dia tak dapat gi balai pasal kereta dia tak boleh jalan. Kemudian abe suruh settle kat situ tanpa libatkan polis, suruhlah orang tu bayar RM200 atau RM300 tapi orang tu tak ada cash. Dia minta wife abe hantar bengkel, dah ambik no hp dan snap gambar kereta orang tu, wife abe pun balik, lagi pun hari dah petang sangat. Dalam pada tu abe kat rumah ni rasa tak senang duduk, ambik keputusan nak gi ke tempat kejadian, tapi tak jauh keluar pintu pagar, wife abe dah sampai.

Dua tiga hari lepas tu, brader ni telefon suruh hantar kereta abe ni ke bengkel dekat gentam, pasal dia pun dah hantar kereta situ. Dia suruh cina bengkel tu anggarkan kos kerosakan kereta abe. Hari selasa berikutnya, abe pun hantar kereta untuk dilihat oleh cina bengkel. Dalam 2-3 hari lepas tu, wife abe dapat call dari brader tu tanya kenapa tak hantar lagi kereta pasal kereta dia dah siap repair. Abe bukan tak nak hantar, tapi kereta tu abe pakai nak gi kerja. So kebetulah cuti sekolah tiba, sabtu lepas abe hantar kereta tu ke bengkel dan janji dengan cina tu nak ambik hari ni. Lepas breakfast pagi tadi abe gi ambik dan bumper tu pun dah dibaiki. So hal tu dah settle.

Lepas ambik kereta, abe hantar pulak kereta ke bengkel ah fook suruh dia tolong tengok bunyi yang mengganggu abe bila bwk kereta ni. Tengok punya tengok, chek punya chek, akhirnya melayang jugak RM20 tapi problem tak settle.... abe redha ajelah dengan bunyi tu, lagi pun dah 7 tahun lebih abe pakai kereta tu..

Saturday, March 2, 2013

Peristiwa berdarah di sabah

rasanya semua dah tahu tentang pencerobohan ltentera lanun keturunan kesultanan sulu di sabah. tak sangka pulak benda ni boleh berlarutan sehingga jadi macam sekarang di mana 2 komando kita telah terkorban dan lebih 10 orang lanun2 tu mampus. Betul jugak kata orang, peristiwa ni macam seboleh2nya diminimakan daripada pengetahuan orang awam, abe pun ingat bila keluar paper kata rundingan dah tamat dan berjalan baik, ingat lanun2 tu dah keluar dari sabah, rupa2nya masih ada lagi dan 'tempoh akhir tu berlanjutan berhari-hari lamanya.

pada abe peristiwa ni adalah kemuncak isu pendatang haram ke sabah di mana rakyat Philipine dengan sewenang-wenangnya keluar masuk ke sabah tanpa sebarang dokumen atau permit. sedar tak yang isu lanun masuk sabah ni muncul sebaik sahaja isu pemeberian IC kepada pendatang haram di sabah pada tahun 90an dulu dan kalau sesiapa pernah ke sabah tentu pernah pergi ke pasar philipine. Di sabah rakyat Philipine dah tak terkira. Jadi abe rasa bila timbul isu IC mereka agaknya naik panik takut kena halau kelaur dari sabah. Dari apa yang abe tahu, lanun yang sejumlah 180 orang ini masuk ke sabah secara beransur2, bukannya terus selambak 180 orang. mereka dah ada saudara-mara di sabah dan dah tinggal sini lama dah. Cumanya kali ini mereka bawak senjata. Bila bawak senjata, barulah kehadiran mereka ni dipandang serius. Itu baru pendatang dari Philipine, macam mana pulak pendatang2 dari negara jiran yang jumlahnya hampir 5 juta orang tu??

Apa-apapun abe mengucapkan takziah atas kematian dua anggota komando kita yang terkorban tu, moga roh mereka dicucuri rahmat.

Friday, March 1, 2013

Birthday Adib

26/2 yang lepas adalah birthday Adib. Kiorang tak dapat sambutnya pasal wife abe ada outstation di KL selama 3 hari mula selasa sampai khamis. Semalam, bila wife abe dah balik dia belikan sebiji kek dan malam tu kitorang celebrate la empat beranak. Semasa makan-makan kek tu, adib beritahu, cikgu dia ada nyanyi happy birthday untuknya semasa dalam kelas. Abe rasa kagum dan sikit terharu dengan cara cikgu sekolah adib melayan murid2nya. Patutlah adib pernah kata kat abe yang dia rasa seronok berada di sekolah menengah berbanding dengan sekolah rendah kerana katanya cikgunya baik2. Abe harap bukan sahaja cikgunya baik2 tetapi juga kawan2 adib pun baik2 dan menerima dia dengan seadanya. Setakat ni abe belum perna dengar dia kena buli ke apa dan abe tengok kawan2 dia pun okay aje. abe pun dapati perkembangan adib sejak sekolah menegah ni agak mengagumkan. Dia pernah cerita yang dia buat penerangan tentang pita pengukur di depan kelas semasa kelas KH. Alhamdulillah..

Saturday, February 23, 2013

Kisah abe masa praktikal....

Ini kisah abe praktikal pada tahun 1994 sebelum abe jadi cikgu. dah dekat 20 tahun dah tuuu... Abe telah ditempatkan di SMK Sungai Rawang, iaitu berhampiran pekan Sungai Pelek. Jarak sekolah ni dengan pekan ni lebih kurang 10km kot. Abe tinggal di rumah sewa di Sungai Pelek bersama 3 orang lagi coursemate abe yang semuanya merupakan xteacher. Salah seorangnya iaitu cikgu Hasibsama praktikal dengan abe di SMK Sungai Rawang dan dua orang lagi (nama dah lupa) praktikal di SMK Sungai Pelek. Abe berulang ke sekolah tu dengan motor kapchai abe, honda fame WBF9297 dan jadang-kadang tumpang kereta cikgu Hasib kalau dia bawak kereta. Abe praktikal kat sekolah tu selama tiga bulan dalam suku pertama tahun tu.



teman2 serumah abe

teman2 serumah abe..


Rumah sewa abe ni sebenarnya dah dicari oleh dua orang cikgu tu, jadi kami tumpang sekakilah, kongsi bayar sewa, rasanya dalam RM150 masa tu. masa mula-mula abe sampai kat rumah tu, ada abe tinjau2 kat dalam rumah tu, semua okay kecuali dalam kolah yang masih ada air, ada satu bangkai tikus. Selain daripada tu, abe dapat tahu kat belakang rumah tu ada tanah perkuburan. Masa first time sampai tu abe cuma nak hantar barang sahaja supaya mudah nanti. kali yang kedua abe sampai kat rumah tu, hari dah gelap dan dah pun ada kawan-kawan abe kat rumah tu pasal mereka sampai awal. memandangkan hampir maghrib dan abe pun belum solat asar, abe pun cepat-cepat ambil wudhuk kat kolah tadi. Pada ingatan abe, kolah tu tentulah sudah dibersihkan oleh kawan abe yang sampai lebih awal. Abe tak nampak apa-apa dalam kolah tu kerana mentol lampu bilik air belum dipasang. kawan abe tadi pun nampak macam pelik dengan tindakan abe yang dengan selambanya ambik wudhuk dengan air dalam klah tu. keesokan aharinya bila abe masuk bilik air tu, abe terkejut besar bila tengok dalam kolah tu, bangkai tikus masih ada. Rupanya kawan2 abe pun semalam baru sampai, tak sempat nak bersihkan kolah tu. Tak tergambar rasa dan perasaan abe masa tu. rasa geli tekak tapi tak lah termuntah.

Pekan sungai Pelek ni tak la besar sangat (pada masa tu). Kedai-kedainya tu di kiri-kanan sepanjang jalan. Rumah sewa abe sebelah kiri sebaik sahaja lepas selekoh ke arah Pantai Bagan Lalang. Sungai Pelek nilah tempat asal pelakon yang selalu berlakon dengan Yusof Haslam selalu jadi gengster, badan besar, muka macam cina, rambut selalu toncang, lupa nama dia, kalau tak silap dia jadi stuntman sekarang. Masa tu dia belum jadi pelakon, tapi dia ada restoran kat sungai pelek, ada sekali dua abe makan kat situ, tu yang perasan dia bila tengok muka kat tv. Sekolah abe pulak terletak dalam kawasan Kampung Bukit Bakong. Kawasan ni pemastautin majoritinya orang jawa dan orang asli. jadi sekolah abe ni ada lah jugak murid2 orang asli. Kedua2 orang jawa dan orang asli ni baik2 belaka.

Masa abe praktikal di SMKSR ni pengetuanya bernama En Zulkifli, cikgu2 lain abe dah lupa namanya. Abe mengajar di tingkatan 4 dan tingkatan 1. Umur budak2 ditingkatan 4 tu sekarang agaknya dah 36 tahun dan tingkatan 1 mungkin dah 33 tahun. Nama mereka pun abe dah lupa. Bersama kitorang praktikal ada 2 orang guru pelatih dari MPI bangi yang masuk ke situ kemudian daripada abe, kalau tak salah namanya mariani dan nasriah
menyampaikan hadiah bg acara guru masa
kejohanan sukantara

bersama guru pelatih MPI, mariani dan nasriah

Yang menariknya masa hujung minggu. Kebiasaannya housemate abe yang tiga orang tu akan balik kampung maklumlah masing2 dah kawen, tengok anak isteri, bayar bil air dan sebagainya ;-) jadi tinggallah abe keseorangan di rumah tu. Untuk ingatan tadi abe ada bagitahu di belakang rumah sewa tu ada tanah perkuburan. So bayangkan kalau rumah tu yang dah lama tinggal kosong, ada pulak kubur kat belakang dan tinggal pulak keseorangan. Nak tak nak abe kena lalui jugak. Jadi apa yang abe lakukan ialah mula dari waktu maghrib, abe dah selesai makan dan mandi semua, abe lepak ajelah atas tilam tak beralih2 sampai lah ke pagi esoknya. Itulah yang abe buat tiap kali housemate balik kampung. Sekarang ni abe terfikir pulak kenapalah abe tak gi tumpang tidur rumah kawan2 yang tinggal berdekatan yang sama praktikal? Ada jugak kawan berbual.
atas tilam nilah abe tak beralih sejak maghrib sampai
 pagi besoknya kalau member2 serumah balik kampung..

Ada satu perkara yang abe tak boleh lupa sampai sekarang. Masa abe praktikal ni, rumah sewa masa study kat UPM abe serahkan dekat junior yang terdiri daripada cikgu2 jugak. Sampai satu masa dorang siap bagi notis suruh kami keluarkan barang dari rumah tersebut. Abe dengan kawan2 yang lain cukup terasa hati dengan tindakan dorang ni. sedangkan kamilah yang ajak dorang ambik rumah ni daripada kitorang (transition). Lagipun salah seorang daripada mereka memang sewa dengan kami sebelum ni. Ada sekali tu, masa abe datang hujung minggu untuk siapkan tesis dorang buat tak layan dan cikgu yang sama duduk dengan abe tu pun buat tak layan, sakitnya hati. Diberi bunga dibalas tahi... abe pun ada juga jahatnya, masa dorang balik kampung, tinggal salah seorang cosmate abe yang masih stay kat rumah tu, abe ambik pasir, curah kat tempat minyak hitam motor salah seorang, padan muka.

kisah wakaf che yeh lagi...

Cuti raya cina yang lepas abe & wife ambik keputusan untuk balik kelate. kali ni kami balik ikut Triang, Temerloh. jaraknya lebih kurang sama saja nak tukar angin. Abe bertolak agak lewat jugak dalam jam 11 pagi dan sampai di kelate dalam jam 8 malam. Trafik di wcy macam biasa, bila abe sampai di trafik light simpang batu 4, dah jem, so abe ikur jalan pasir hor, masuk lorong masjid padang enggang.

Abe balik kali ni selama 5 hari, tapi yang sebenarnya ada di wcy cuma 3 hari, dua hari lagi untuk perjalanan pergi dan balik. Dalam tempoh lima hari tu, dapat jugak jumpa kawan-kawan masa sekolah dulu dan yang selebihnya masa dihabiskan dengan window shopping sekitar KB.

Thursday, February 7, 2013

Pertimbangan untuk Ijazah Kedoktoran

Memang dulu sebaik sahaja habis buat master, abe langsung tak terfikir dan tak mahu meneruskan pengajian ke peringkat PHD, tetapi bak kata orang sekali air bah sekali pasir berubah. Dalam tempoh setahun yang lepas, terlintas pulak difikiran abe nak meneruskan pendidikan ke peringkat PHD, tapi bukanlah terdesak sangat pun, cuma lintasan fikiran sahaja. Lagipun abe dah ada sedikit bosan bekerja di sekolah ni, dah muak kata orang, nak tukar angin pulak, tapi tak ada peluang.

Namun begitu banyak pertimbangan yang perlu difikirkan kalau nak ambil PHD. Salah satunya umur abe pun dah lebih 40 tahun, tak ada sesiapa lagi nak support abe lagi, cuma yang mungkin dapat ialah cuti belajar, kos tanggung sendiri. Keduanya, ambik PHD ni perlukan tumpuan 100% yang kemungkinan besar tak terdaya abe lakukan. Kemudian bab nak interview, proposal ni jugak satu masalah pasal abe pun tak cekap berbicara terutama dalam bahasa Inggeris. Lagi pun apa permasahalahan pun abe tak tahu nak buat PHD ni. Okaylah, kalau pun dah diterima belajar PHD, macam mana pulak sesi penilaian akhir?? Dah penat spent masa, duit dan sebagainya, tiba2 tak diluluskan, macam mana??

Abe dah banyak dengar pelajar PHD ni banyak yang sangkut tengah jalan, krisis dengan penyelia, tukar tajuk berkali-kali, bertahun-tahun tak selesai jugak. Lagipun ijazah sarjana yang abe ada sekarang ni pun tak bawak abe ke mana-manapun. Dah 10 tahun usia master abe. Khabar berita nak berikan kenaikan gaji kepada pemegang master dan PHD kedengaran sejak dulu lagi, tapi sampai sekarang habuk pun tarak. Jadi biarlah abe dengan master sains pentadbiran pendidikan yang abe ada sekarang ni...

Tuesday, February 5, 2013

Abe & Batu Karang

Bukan sebarang batu karang dan bukan batu karang kat dalam laut tu tapi batu karang kat dalam buah pinggang. Abe sedar abe ada batu karang bila abe kencing tak lawas dan rasa sikit pedih kat pintu keluar. Air kencing pun ada sikit bercampur darah, tapi itu lama dulu, hampir 10 tahun lepas. Dan selama tu, rasanya dah 4 kali abe kena serangan sakit batu karang ni. Sakitnya tuhan sahaja yang tahu. Sesiapa yang pernah kena tahulah macam mana rasanya. Sebelum abe kena serangan sakit batu karang ni (dah tentu berguling-guling dan berpeluh menahan sakit), kesihatan abe agak merosot, selalu saja sakit selain daripada tanda2 yang abe cakap sebelum ni. Bila jumpa doktor, doktor syak batu karang, dia berikan ubat lawas kencing. Serangan pertama abe masa kat kelantan, masa tu terus pergi hospital dan doktor cocok terus baik (tak sakit). Bila tak sakit terus lupa nak berubat ke apa. Kemudian serangan kedua tak tertahan, wife abe bawak gi hospital colombia seremban. Kat sinilah abe terima rawatan pertama daripada Doktor Yoong. Satu salur tiub dimasukkan ke dalam saluran kencing abe menyambungkan pundi kencing dan buah pinggang supaya abe boleh kencing macam biasa. masa tu batu karang tersekat di saluran kencing, jadi dr yoong tolak balik batu karang tu ke dalam buah pinggang. Dalam masa yang sama abe buat appointment utk operation hancurkan batu karang tu. Operation ni tak dilakukan di Hospital Colombia tetapi dibuat di southern Hospital di Melaka pasal masa tu Colombia tak ada kemudahan untuk tembak batu karang tu. Mulanya prosedur ni tak sakit, tapi makin lama makin sakit sampai abe termuntah. Orang kata prosedur ni tembak laser, tapi sebenarnya dia pakai ultra sound. Dia letak alat macam belangan kat pinggang, lepas tu ditembak pakai bunyi. Sepanjang rawatan batu karang ni, proses nilah yang paling sakit, tapi hasilnya batu karang dapat dihancurkan jadi macam debu. Selesai rawatan ni, abe ditempatkan kejap dalam bilik store (kesian), kami tak ambik ward untuk jimatkan kos. Kos masa tu adalah sekitar RM6000. Masa tu pakai duit sendiri, habis simpanan tabung haji wife abe. THANKS TO HER. Lepas dah ok sikit, wife abe yang drive balik Kuala Pilah. Seminggu selepas tu, abe pergi lagi ke colombia untuk keluarkan tiub dalam salur kencing tadi dan lepas tu kencing abe keluar macam air terjun. Cerita masukkan tiub ke dalam salur kencing ni abe akan ceritakan secara detail kemudian.

batu yg keluar dengan kencing abe..


Serangan kedua berlaku lagi semasa abe tengah tahlil di surau waktu maghrib. Tak tertahan sungguh sakitnya sampai berguling-guling  dan berpeluh2, Abe tak tunggu lama suruh wife abe hantar abe ke hospital, tapi bukan lagi Colombia tetapi KPJ Seremban pasal Doktor Yoong dah pindah ke KPJ.  Sampai di KPJ, abe hampir pengsan kerana menahan sakit. Lepas daftar, abe minta doktor inject pasal tak tahan sakit sangat dah. Dalam pada tu pihak hospital hubungi dr Yoong. Bila Doktor Yoong sampai, dia terus cam dan ingat lagi kita orang ( mana taknya, masa nak bayar first time dulu sekepuk duit rm6k bagi kat dia). Dr Yoong ni baik dan friendly sangat. Di KPJ ni abe ditahan selama beberapa hari dan ada saudara mara terdekat dari kelantan datang melawat. Yang ini ada abe ceritakan dalam post yang terdahulu. Pada masa ni abe hampir nak menjalani rawatan nak tembak batu ni lagi sekali, tapi bila x-ray, batu dah bergerak menghampiri tulang punggung. Doktor pun serba salah nak tembak, jadi dia cadangkan supaya tunggu dulu, manalah tahu batu tu keluar sendiri. Memang betul batu tu keluar sendiri ikut air kencing bila abe dah balik rumah.

Serangan ketiga berlaku juga masa abe kat rumah, pun abe tak tunggu lama terus minta wife abe hantar hospital, lepas injek, abe ingat nak tinggal di wad, tapi malangnya wad penuh, dorang suruh datang esok pagi. Sakit pun dah hilang, abe pun balik. Semasa dalam perjalanan balik, sakit datang lagi. Abe suruh wife abe singgah di hospital kuala pilah. Masa kat sini abe rasa sakit sangat sampai termuntah2 dan terpaksa inject 2-3 kali. Bila dah siang, abe pergi lagi ke KPJ dan masuk wad 2-3 hari, batu pun masih tak keluar walaupun ada pergerakan. Abe dibenarkan balik kerana doktor yakin batu tu akan keluar. Memang benar batu tu keluar semasa abe kencing sebaik sahaja sampai rumah!!


latest punya..


Tadi abe cerita pasal saluran tiub dimasukkan ke dalam salur kencing abe. Prosedurnya ikut lubang hadapan. Memang betul tak sanggup, tapi dalam keadaan abe masa tu, abe dah tak kisah, sakit punya pasal, abe relakan buatlah apa sahaja asalkna sakit hilang. Masa nak mula prosedur ni, macam biasa abe pakai baju pesakit dan diusung ke dalam bilik bedah. Misinya perempuan, sebelum doktor sampai, misi ni bukak kain abe dah diusap2nya angrybird abe. Memang rasa malu tapi tak kisahlah, lagipun abe angap dia pro (muda lagi orangnya, rasa muda daripada abe). Masa dia dok tengah usap2 mahkota dewa abe tu, kawan dia tah dari mana terus saja buka pintu bilik bedah dan anda boleh bayangkan apa yang terhidang depan mata dia. Tapi masa tu aiman dah tak kisah dah. Abe dipengsankan semasa dimasukkan saluran tiub tu tetapi masa nak buang tu abe diberi bius tapi masih sedar.

Tadi abe ada cerita abe ada singgah kat hospital kuala pilah. Bila terima rawatan sini, abe dibuat temujanji berkala untuk pemeriksaan batu karang ni sedangkan masa yang sama abe buat rawatan di KPJ. Dalam salah satu sesi pemeriksaan, lubang belakang abe telah dijolok dengan jari oleh doktor. Doktor tu bangsa India, muda lagi. Apa yang dia nak cari abe pun tak tahu sedangkan abe dah cakap abe ada history penyakit batu karang ni. Apa nak buat, bak kata abe, nak buat apa pun buatlah asal sakit sembuh. Ada lagi satu peristiwa yang kelakar masa buat rawatan di hospital Kuala Pilah ni. Sesi ni scan pakai ultra sound, doktor tak nampak batu pun tapi keesokkannya sebutir batu karang keluar masa abe kencing... memang kelakar.

Itulah pengalaman abe sepanjang2 mengidap penyakit batu karang ni. Sekarang abe ada pakai kad kesihatan, jadi tak risau sangat pasal kos rawatan. Untuk pengetahuan, pengidap batu karang ni pantang dia ialah makanan laut dan kekacang, jangan tahan kencing dan kena kerap minum air. Penyakit batu karang ni akan berulang-ulang tengok pada amalan gaya hidup kita. Abe hanya sekali sahaja terima rawatan tradisional,  itu pun masa sakit, bila dah sihat lupa, malas nak buat rawatan susulan. Sekrang nipun pinggang dah mula rasa sengal2, tu tanda2 serangan tu... mulalah sibuk nak cari ubat....

Wednesday, January 2, 2013

Cerita kat Jerantut

Selepas puas berehat dari trip USS, kami pun bertolak ke jerantut kira-kira jam 4 petang dan sampai di sana  dah nak hampir maghrib. Tiba di jerantut kami disambut oleh cikgu mansur iaitu ketua pasukan wife abe. dialah yang tolong bookingkan hotel untuk kami. kami book untuk 2 hari tapi dengan bayaran rm80 sehari tapi moyang luas bilik kami inap ni tak berbaloi dengan rm80 berbanding dengan satu hotel di bangi yang kami inap dulu dgn bayaran rm95 tapi cuma muat katil saja, nak kebilik air kalau berselisih, sorang kena naik atas katil.

lepas berehat, kami pun pergi ke rumah cikgu mansur pasal dia ada buat jamuan makan malam untuk cikgu2 di bawahnya. malam tu dapatlah abe kawan-kawan baru yang datang dari tempat berbeza. tak rsmai, tapi adalah dalam 5-6 keluarga. Bila dah selesai kami balik bilik sajalah kerana badan masih penat lagi.

Esoknya wife abe tumpang rakan pemeriksanya untuk ke tempat bermesyuarat. Abe pun tak kemana2 pasal anak2 pun masih tidur keletihan dan abe cuma turun sekejap untuk beli sarapan. sambil2 tu, abe uploadkan gambar2 yang abe snap kat FB dan blog ni. belah tengahari kami bersiap kerana malam tadi dah janji nak makan tengahari sama macam malam tadi. kat sinilah abe dapat rasa gulai ikan patin masak tempoyak yang moyang sedapnya. Rancang sebelah petang cikgu mansur nak bawak kami semua masuk gunung senyum tapi mesyuarat berlanjutan sampai lewat petang. Dalam pada tu abe pun turun jalan-jalan kat bandar jerantut sorang-sorang pasal anak2 tak mau ikut.

Sebelah petangnya kami keluar lagi untuk gi pasar malam. Kat sinilah abe jumpa kawan-kawan lama antaranya ismail (x-student abe), cikgu azizan (rakan setugas), cikgu basri (rakan setugas). Rasa macam tak percaya dapat jupa dorang terutamanya cikgu azizan dan cikgu basri pasal dah lama sangat tak jumpa. Rupa-rupanya ramai jugak kawan abe di Jerantut ni. Kemudian sebelah malamnya, sekali lagi cikgu mansor ajak kami kerumahnya pasal dia buat BBQ. Menu baru abe jumpa iaitu ikan panggang tempoyak.

Kesookan harinya sepatutnya ada acara ke gua senyum, tapi kami x dapat join psl cikgu basri dah call abe awal2 lagi nak breakfast sama. Cikgu mansur pun ada ajak untuk nikmati air tebu ori lepas check out tapi abe dah ada temujanji pulak dengan schoolmate abe yang tinggal kat jerantut ni. lagi pun gerai air tebu ori tu 15km dari jerantut. jadi lepas check out, abe terus ke rumah kawan abe tu. kami dah lama tak jumpa adalah kira-kira 15-16 tahun tapi kami still ingat la.. Seronok dapat jumpa dan kami dihidangkan dengan makan tengahari yang best dan dapat layanan yang mesra dari tuan rumah. dalam perjalanan balik, kami singgah pula di rumah ustaz khairuddin iaitu ustaz di sekolah abe dulu. kami sampai rumah dah nak maghrib.

bagi abe, kunjungan abe ke Jerantut amat bermakna sangat kerana selain mesyuarat wife abe tu, kami dapat makan angin di Jerantut yang kami tak pernah sampai. bagi abe, jerantut adalah sebuah bandar yang outstanding atau tersendiri. bandarnya tidak tertumpu pada satu tempat sahaja, sebaliknya semua tempat jadi tumpuan. Kedai2 ada di mana2 sahaja dan boleh berniaga dengan baik.. semoga kami dapat berkunjung lagi ke jerantut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...