Saturday, February 27, 2010

Maling?? Siapa maling??

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni surat khabar ada siarkan ttg PBSI kena denda dengan AFC psl penyokong Indonesia tak berdiri masa lagu negaraku dinyanyikan malah menyanyikan lagu indonesia raya. Pada abe, abe tak hairan psl hormat tak hormat ni, psl orang malaysia sendiri ada jugak tak hormat bila lagu negaraku berkumandang. Yang abe nak katakan kat sini ialah psl org2 indon yang tuduh malaysia sebagai maling (pencuri). Siapa yang maling sebenarnya?? Malaysia curi tarian pendet tu ke?? tarian yang macam orang terencat akal tu malaysia nak curi?? Tak payahlah. Kebudayaan malaysia pon tak terjaga, manakan pulak nak curi budaya orang yang tah apa2 tu. Tapi siapa yang maling?? Siapa yang datang malaya ni dengan cara sah ke tak sah, kemudian bawak lari anak dara orang sedangkan mak ayahnya masih sihat walafiat?? Siapa yang maling?? Siapa yang datang malaya ni kemudian masuk rumah orang sapu bawak lari harta benda orang bawak balik indon?? Siapa yang maling?? Abe memang setuju kalau orang kata bangsa indonesia ni memang tak sedar diri dan tak tau diuntung. Bunga dipetik, perdu dikencing. Macam beruk dapat bunga..

Abe ambik moto la pulak..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Lepas banyak kali tangguh, pagi tadi lepas gi pasar, abe gilah booking moto city 100 kat kedai tk wong kat pilah. Harganya masuk roadtax ngan insuran adalah dalam rm3680.00. Abe bayar cash aje, tak nak bayar ansur psl takut lari budget bulan2. Abe bayar dulu deposit rm580. Tengoklah next week bolehlah dapat motor tu... Kebetulan abe bwk baby, cina tu bagi helmet kat dia.. hehehe...mmg abe nak beli helmet utk dia pegi balik sekolah nnt...

Servis 80,000km

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam abe gi servis spectra untuk 80 ribu km. Mulanya abe suruh tengok sekali bearing tayar belakang psl masa jalan bunyi bukan main, tapi bukan bearing sebaliknya brake pad yg dah haus, so tukarlah brake pad, memang pon patut tukar pasal hari tu lagi patut tukar. Tayar pon nampak dah kena makan sebelah, nak kena gi allignment la tu.. So sume sekali adalah dalam RM6++.++ . Wife abe yg sponsor, tapi rasa mmg patut jugak dia yang sponsor psl dia jugak yg pakai keta tu, hehehe.. Next nak servis avanza pulak untuk 110,000km. Next week kot.. 

Friday, February 26, 2010

Birthday Adib

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni Adib dah 10 tahun, sama pulak dengan maulidur Rasul. Kitorang belikan kek buah je sebijik utk dia nyanyi2 dan tiup. present tak adalah, cuma wife aku belanja dia belikan permainan bidaman yang dia nak sejak 2 minggu lepas. Happy birthday adib semoga jadi anak yang baik, rajin belajar dan dapat banggakan mak dan ayah. Kita semua sayang adib..

kek buah dengan sebatang lilin besar..

baby pon nak tiup sama..

Thursday, February 25, 2010

Line clear..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam abe saja nak kenakan cikgu sementara yang asyik datang lambat tiap hari. Abe buat satu line lepas jam 7.30 pagi kat buku register kedatangan guru. Memanglah nama cikgu tu kena kat bawah line tu, tapi bawah nama dia pulak ada nama 2nd bos abe. Aduuuu... terkena pulak. Hari ni abe keluar la awal2 takut nama abe ada kat bawah line pulak. Tengok tadi ada pulak 2nd bos abe tu buat line lepas jam 7.30 pagi.. dan orang lain pulak kena...hehehe...

Saturday, February 20, 2010

Suspect denggi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam abe gi kilinik baiduri, konon nak ambik ubat dan surat cuti sekali, alih2 doktor juita suruh gi buat blood test kat hospital. Dia suspect abe kena denggi. Wife abe pon pegilah hantar. Dalam kepala abe, kalau betul2 abe kena denggi, mesti abe kena tahan wad. Lepas dorang ambik darah dan buat test, abe kena masuk air lagi. Dalam pada tu abe susah hati jugak pasal soalan ujian selaras abe tak buat lagi. Tapi nasib baik, result ujian darah abe normal. Hari ni pon abe rasa lemah lagi, tapi lebih baik dari semalam. Abe pon risau lagi ni, nurin esok dah nak balik asrama, kalau abe masih mcm ni, nampak wife abe la yang kena hantar.

Thursday, February 18, 2010

Abe cuti hari ni..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Abe gi jumpa doktor semalam. Doktor bagi ubat biasa je. Cuti pon dapat satu hari je. Badan abe ni penuh dengan ruam, tapi taklah gatal sangat. Tengok macam mana, kalau esok tak de perubahan, abe mintak lagi cuti lagi satu hari..

Wednesday, February 17, 2010

Tak sihat..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Abe rasa tak sihat sejak hari ahad hari tu lagi. Nak kata deman tak jugak, badan tak panas sangat tapi dua2 belah mata abe ni merah mcm bijik saga. Badan lemah2. Kepala sakit dan pusing2.Abe ingat kejap lagi abe nak gi klinikm kalau dapat mc esok dan lusa lagi bagus.

Monday, February 15, 2010

Tak faham...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam abe gi kenduri kawin bekas anak murid abe tu. Semalam bukan main banyak kenduri kawin, abe tak tahulah kebetulan cuti raya cina ke, atau cuti hujung minggu ke atau saja2 nak buat pasal semalam jatuh pulak 14 Februari, Valentine day la konon. Semalam ada dua kejadian yg buat abe hangin. Masa nak isi minyak, ada ke patut satu kereta ni siap parking cantik kat pam minyak lepas tu pulak dengan senang hati dia gi shopping kat dalam kedai petronas. Kereta banyak berbaris nak isi minyak. Dia dengan selamba bodohnya buat mcm tak ada2 apa. Kalau kereta tak banyak okaylah, tapi faham2 ajelah cuti2 gini orang nak gi kenduri ke apa. Sebelum abe sampai pon ade satu kereta belakang dia yang dah beralih pegi ke pam lain. Abe pon pegi la belakang dia tunggu punya tunggu tak jugak dtg2. Abe hon jugaklah, tapi no respon. Abe ikut jejak langkah keta tadi, gi ke pam sebelah. Abe ingat dalam keta tu tak ade orang, rupanya ada, diam je dia dalam keta tu buat tak tahu. Tak lama, datang si pemandu baru nak isi minyak. Entah apa punya jenis orang...

Masa sampai kat tempat kenduri pulak, abe parkinglah kat kawasan rumah guru psl tak ade parking lagi terpaksa jalan jauh jugaklah. Bila dah selesai kat kenduri, abe balik ke kereta. Tengok ada satu kereta ni pon parking cantik betul2 depan lorong masuk kwsan rumah guru tadi. Abe pon tak tahu nak cakap apa. Terpaksalah kitorang tunggu psl tak dapat nak keluar. Nasib baik tak mlama. Tak sampai 5 minit tuan kereta datang. Abe ape lagi hon la. Abe pon heran, takkan dia tak nampak lorong masuk ke kawasan rumah guru tu. abe pon kadang2 terfikir orang2 macam ni memang bodoh ke atau buat2 bodoh supaya orang boleh kata dia bodoh? Ke saja2 nak menunujkkan kebodohan??

abe: fikir logik la sikit...

Saturday, February 13, 2010

Rentas Desa Sekolah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam kitorang buat acara rentas desa. Walaupun student tak ramai, tapi kemeriahan tu tetap ada. Budak2 semua nampak mcm excited sangat. Lepaskan budak2 berlari dalam pukul 9 pagi, dalam pukul 11 pagi semua dah selesai. Abe pon tak tahu apa salah rumah hijau ni, agaknya terkena sumpahan kot asyik dapat tempat corot je. Apa pon tak kisahlah, janji enjoy.

Lelaki bawah 18 tahun


                                                            Lelaki bawah 15 tahun


Perempuan bawah 18 tahun


Perempuan bawah 15 tahun

abe: tukang tangkap pemenang je..

Yin dah balik...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Lepas solat jumaat semalam, kitorang terus gi ambik yin kat sekolah dia. Sampai sana dalam pukul 4 lebih. Dah tak ramai budak2 yang tinggal. Pihak sekolah dah lepaskan student balik pukul 11.30 pagi lagi. Masa abe sampai blok asrama dah dikunci. Budak2 yang tinggal melepaklah mana2 yang boleh lepak. Nurin tengah tidur kat surau masa kitorang sampai. Abe rasa tak puas hati jugak dengan pihak sekolah. Masa taklimat hari tu cakap, kalau nak bawak anak balik rumah kena datang lepas pukul 2.30 petang. Abe terkejut jugak bila yin bagi tau 11.30 dah boleh ambik. Abe pon stick to the plan, pasal dah dua minggu abe tak gi solat jumaat.

Lepas tu kitorang terus balik. Sebelum sampai hentian nilai, hiway dah jem sampailah sebelum sampai hentian seremban. Abe ingat jem psl orang balik raya cina, tapi rupanya ada accident, tak teruk sangat, cuma sondol buntut je tapi jemnya ngalahkan lori balak terbalik. Kitorang singgah kat jusco jamu nurin pizza hut. Kitorang tak jalan2 sangat psl masing penat terutama abe la (hehehe) yg drive sejak balik dari sekolah pukul 12.00 lagi. Sampai rumah, masing2 tak tunggu lama, letak kepala ke bantal, terus tak sedar apa2 lagi...

abe: miss solat subuh..

Monday, February 8, 2010

Adib dapat sijil..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bila abe sampai rumah hari ni, abe rasa seronok sangat bila tengok atas meja ada sekeping sijil. Hari ni sebenarnya adib gi program menangani gejala disiplin murid kat sekolah menengah. So dia dapatlah sekeping sijil penyertaan. Bukan main seronok kitorang. Dah darjah 4 ni baru dapat sekeping sijil.

abe: adib dapat sijil ape pon tak kisah, janji sijil.

Satu lagi Celcom Broadband

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Balik sekolah tadi abe singgah kat kedai celcom. Abe tanya boleh ke abe apply celcom braodband utk wife abe, dia kata boleh. Abe memang bawak copy ic wife abe. So, abe bayar deposit rm100 and dapat satu stick modem. Abe ambik yang basic je dengan kontrak setahun. Abe guna nama wife abe psl bband yang ada sekarang guna nama abe, so nnt kitorang dua-dua dapat pelepasan cukai.

abe: ade ke patut staff kat kedai celcom tu panggil abe 'pak cik'. huhuhu...

You can translate my blog!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

I just add a google translate to my blog. So from now on you can enjoy my blog with any language you like. Just click the language you want then click 'translate' at the translate bar at the top of my blog. Of course the translation is not 100%  correct, but at least you can understand what i'm writing. Enjoy...

abe: me and my bad english..

Saturday, February 6, 2010

Further medical checkup...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Early this morning me and my wife went to kpj seremban for further medical checkup. After taking an x-ray, i go to see dr yoong and thanks god, my gallstone has gone. Dr yoong sugest me to drink a lot of water and come to see him after 6 month from now. After that we go to celcom branch to take another celcom broadband, but unluckyly the modem was out of stock. Unbelievable, last time when my wife go there last Thurday, they still have one, but the staff told us that the modem out of stock from last monday already...i'm very confuse. But i dont mind. Then my wife want me to accompany her to go to jusco to buy acer netbook at the price rm1299. I think she deserve to get it one because her job need her to use that thing. At the meantime, my son adib call us and told us that there was a snake in our house. Its make me really worried. IM afraid the snake will wandering in our house. My house such a mess, easy to the snake to hide. When i reach at home, of course the snake was not at the place where adib saw it. So, i just beware and hope that the snake has went out of my house....insyaAllah.

abe: this is the first time a snake enter my house but the cartepillar already several time... (belasah ajelah..)

Friday, February 5, 2010

Suka hati aku lah..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Abe sejak masuk hospital itu hari, abe hanya minum air kosong saja. Pagi tadi lepas minum kat kantin mak cik kantin bising pasal abe tak nak minum lagi minuman panas. "makin jimatlah cikgu," katanya. Bunyi mcm perli. Abe rasa, apa abe nak minum, apa abe nak makan, suka hati abelah, duit abe. Lagi pon selama nih abe order minuman bancuh pon psl nak jaga hati dorang. Kali ni abe tak nak pikir lagi orang lain, abe nak pikir diri abe, kesihatan abe je..

abe: kat rumah pon abe minum air kosong je..

Thursday, February 4, 2010

Akhirnya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selepas hampir 2 minggu abe anak beranak tidor atas lantai mcm kat pusat pemindahan banjir, akhirnya katil yang wife abe order 3 minggu lepas sampai jugak petang tadi. Walaupun abe ada sikit rasa hangin satu badan pasal lambat sampai, tapi akhirnya terubat jugak pasal katil tu sangatlah cantik dan abe laki bini sangat puas hati dengan katil tu. Katil divan king size. Tambah menyejukkan hati abe ni ialah yang tukang hantar tadi salah seorang ialah bekas anak murid abe. Rupa2nya dia nak kahwin minggu depan. Dijemputnya abe datang majlis kahwin dia nanti, insyaAllah sampailah abe nanti...

Abe: makin sedap tido...

Wednesday, February 3, 2010

88kg

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Abe timbang berat abe kat sekolah tadi. Nampaknya dah turun 2 kg dari 90kg. Abe tak taulah turun 2kg tu psl abe sakit itu hari ke atau mmg betul2 turun. Abe pon semenjak duamenjak ni ada juga jaga makan minum. Abe pon rasa teruja jugak bila dah jadi 88kg nih, jadi mcm pendorong utk abe berusaha lebih giat lagi. Abe nak targetlah biar hujung tahun ni abe dapat kurangkan 10kg ke...

abe: 1kg sebulan??

maxis broadband

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari isnin lepas abe ngan wife gi sign up untuk maxis broadband. Abe ambik 2 broadband pasal wife abe pon nak pakai sama. So yang kali ni abe ambik maxis broadband mana tau laju sikit dari celcom. Dia punya pakej pon boleh tahan, rm78 sebulan untuk penggunaan 3gigabite. Bila abe balik test, rupanya coverage dia lagi teruk dari celcom. Dah lah lambat, blog langsung tak dapat bukak, kalau dapat pon mesti sangkut. Lepas banyak kali cuba, abe decided untuk terminate maxis broadband nih. Dia ada tempoh percubaan seminggu. So, nnt hari khamis atau jumaat, wife abe akan gi maxis centre dan terminate. Dan abe cadang nak ambik pulak celcom broadband satu lagi sabtu nih. Abe kenalah ambik wireless broadband psl kat rumah abe ni coverage utk streamyx dan wimax tak ada. Tak bila kat sini dapat coverage tu semua, tak dapat nak koba...

Monday, February 1, 2010

Ucapan Terima Kasih

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Di sini abe nak ucapkan terima kasih kepada semua yang ambik berat pasal abe semasa abe terlantar kat KPJ hari tu: (appearing order)

1. Wife abe yang sentiasa berada di sisi abe, anak-anak abe, walaupon tak faham sangat, tetapi nampak mcm faham.

2. Mentua abe yang mengurut sakit abe pada malam abe kena dan andak yang jauh2 datang KPJ.

3. Dr Yoong yang telah merawat abe dulu, kini dan maybe akan datang...

4. Bang Chek dan Kak Jun yang sanggup datang tengah2 malam tengok abe di KPJ bila dapat tahu abe kat situ. Tima kasih bagi pinjam baju dan tuala.
5. Mak abe, kak Jarah, Kak Som, abg leh, Eni, Madi, Mat Him ngan wife, abg rosli dan kak midah yang sanggup datang melawat walaupon dah tengah malam. Abe tau mak abe nak temankan abe malam2 tapi abe rasa elok mak balik pasal kalau teman pon abe tido je sampai pagi. Abe mampu lagi uruskan diri abe. Tima kasih mak.
6. Uda, kak su dan anak2 dorang: Yaya, Jija, Sya dan Emil. susah2 datang dari jauh tengok abe..

7. Angah dan kak ngah pon dari jauh tengok abe. (p/s: Ngah, tima kasih RM50/- tu ye...)

8. Ka teh, abg norman, kak lang dan bang lang yang berkirim salam dan bertanya khabar dari jauh, thanks.

9. Nasbi, Hairul, Yussaini dan Cg Norma yang sms tanya khabar.

10. Kawan2 surau yang datang melawat kat rumah tadi: Bang Mi, Abg Zarin, Abg Bakar, Abg Jali, Abg Ali dan anak, Datok Baharin dan isteri, Rafi, Suman dan anak, Bang Lang, Adik dan Ayie.

Kawan2 surau datang melawat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Abe tak sangka sungguh masa maghrib tadi, kawan2 abe kat surau ramai2 datang ziarah abe. terkejut sungguh. Dengan rumah bersepah, belasah je la. Pengerusi surau pon ada datang. Dorang datang sekejap aje, tak sempat minum ape pon. Abe pon ape lagi, kelaurkanlah x-ray yang buat masa rawatan 2-3 hari lepas. Riuh rendah rumah dibuatnya. Seronoknya, rasa kelakar pon ada... terima kasih semua.

Seri Cempaka, Katil 418

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

28-01-2010:
Malam jumaat lepas masa tengah tahlil lepas solat maghrib, tiba2 je pinggang abe ni rasa sakit. Makin lama makin sakit. Belum sempat abis tahlil, abe terus cabut balik rumah sebab abe tahu kalau tunggu lama2 lagi, sure makin tambah sakit. Sampai rumah je abe terus menggelumpur pasal sakit sangat sampai berpeluh2. Wife abe dan anak2 abe pun terkejut tengok abe balik awal. Dorang pon tak tau nak buat apa. Last2 sekali abe suruh wife abe panggil mentua abe. Lepas dia urut dan jampi sikit2, barulah rasa lega. Abe terus mintak wife abe anta abe gi hospital kpj kat seremban. Tapi nak menyampaikan kat kpj tu, fuh! sakitnya toksah nak cerita, sakit tapi rasanya taklah mcm org nak bersalin.

Sampai je kat kpj, abe terus masuk emergency room. Dorang terus bagi inject, dorang cakap setengah jam baru ubat tu berkesan. Tapi nak menantikan ubat tu jalan, umang ai, sakiiiiit. Lepas tu abe pon terlelap kejap agaknya penat menahan sakit tadi. Abe terjaga bila Doktor Yoong sampai. Dia pon cam lagi abe dgn wife abe. So malam tu abe tido kat wad. Bang chek ngan Kak Jun datang walau pon masa tu dah lewat malam. Malam tu wife abe tak balik, pasal dah lewat malam, dia tido sebelah abe kat katil abe tu. Sampai pagi tak ade sakit.

29-01-2010:
Esoknya, abe gi x-ray biasa ngan scan city. x-ray biasa tak nampak sangat mana letak batu karang, tapi bila buat scancity, baru nampak. Ada dua bijik, satu terlekat kat saluran kencing dan satu lagi ada dlm batu karang. Doktor boleh tembak time tu jugak tapi insuran belum keluarkan GL. So kenalah tunggu sampai GL aprrove. Petang tu abe tido je la dan wife abe gi Cyberjaya ambik nurin kat Seri Puteri. Sejak semalam wife abe tak tukar baju. Petang tu uda sekeluarga datang ziarah, tapi tak lamalah psl dorang ada hal kat KL. Lepas maghrib wife abe anak beranak pon baliklah. Malam tu pulak abe tak sangka sungguh, keluarga abe dari kelantan datang melawat. Sebenarnya dorang datang sini pasal ada kenduri anak sedara abe kat rembau. Bila dapat tahu abe masuk wad terus dia datang. Mak, kak Jarah, kak Som, abe leh, abg rosli, kak midah, eni, madi, mat him dgn bini dia. Abe pon tak dapat nak layan sgt dorang psal penat dan sakit. Lagipon dah tengah malam. Pukul 12 lebih baru dorang balik. Terima kasih semua.

30-01-2010:
Pagi esoknya doktor kata GL dah lulus dan boleh tembak dalam pukul 12 tgh hari. Wife abe pon dah sampai dengan anak2 semua, mertua abe, andak dan angah dengan kak ngah. Pon abe tak dapat nak layan sangat pasal sakit, penat dan boring. Terima kasih dan sori semuanya. Dalam dok menunggu abe, dorang gi rumah bang chek kat seremban 2, lepak2 kat sana. Tunggu doktor panggil, tapi jam 2.30 ptg baru doktor bawak ke bilik mesin tembak tu. Masa nak tembak, tak nampak pulak batu tu, kena pulak x-ray lagi sekali. Rupa2nya batu dah jatuh ke bawah, dekat dah dengan pundi kencing. So nak tembal susah jugak takut kena tulang. Abe pon decided tunggu dulu, mana tau batu boleh turun masuk dalam pundi kencing dan keluar. Doktor pon setuju, psl abe pon dah tak sakit lagi, makan ubat jelah. Minggu depan datang lagi untuk x-ray tengok kedudukan batu. Maknanya esok abe boleh keluar wad. Petang tu family abe dtg lagi melawat, mak, kak jarah, kak som, abe leh dan abg rosli. Abe tak dapat layan sangat psl sakit datang balik. Sori sangat2.

Sebelah malam, abe tak ade buat ape2. wife abe pon dah balik. Abe tengok tv kejap, 10.00 malam abe tidor sampai pukul 7 pgi besok.

31-01-2001
Hari ahad, abe bersiap2 nak keluar wad. Then pihak kpj call kata bil dah siap. Tapi wife abe belum sampai, kena tunggu dia dulu. Dalam pukul 1ptg, abe keluar wad. Pas tu abe hantar nurin balik seri puteri, then gi rumah abang rosli psl mak dan kak jarah nak gi tidor rumah abe satu malam. Semua orang terkejut tengok abe sihat walafiat boleh drive lagi...hehehe...

Bila abe sampai rumah, abe kencing, keluarlah seketul batu-kecik je, besar biji beras. Abe ambik dan simpan nanti nak tunjuk kat Dr Yoong. Tulah dia, sampai sekarang tak adalah sakit teruk2 macam 2-3 hari lepas.

01-01-2001:
Pagi tadi abe gi seremban lagi hantar mak abe dengan kak jarah ke rumah abg rosli psl dorang nak balik naik flight malam esok. Sampai seremban, abe ambik wife abe dulu then gi hantar dorang. Pas tu abe dan wife abe selesaikanlah urusan bayar-membayar segala bil. Dalam pada tu abe ajak wife abe gi maxis and angkat maxis broadband. Pas tu kitorang gi lunch kat kenny rogers kat Seremban Parade. Kitorang berdua je masa tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...