Monday, March 21, 2011

ALIA...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni dah mula sekolah semula. Liatnya nak bangun pagi, punyalah sedap tido, tapi bangun tetap bangun. Sekolah sampai mcm biasa walaupun agak lewat bertolak dari rumah. kat sekolah suasana mcm biasa jugak walaupun 1 April nanti khabarnya timbalan menteri pelajaran nak datang melawat sekolah abe.

hari ni abe dapat berita gembira dari wife abe. dia sms kata dia dah confirm dg48 mula bulan 3 2009. Abe pun tumpang gembiralah. Cumanya abe agak rasa cuak juga hari ni tentang satu perkara yang akan abe ceritakan nanti. Bila balik rumah, satu peristiwa yang tak disangka terjadi. Kucing liar yang dah lama menumpang rumah kami pada hari ni dah boleh dibelai2. dia pun gesel2 badan dia kat tangan abe. kucing ni dah lama datang rumah ni tapi susah sangat nak didekati. kalau didekati pasti dia lari. itu sebabnya kita orang panggil dia LIAR. abe panggil dia ALIA. hari tu dia dah beranak 3 ekor, tapi semua mati dek kerana si liar ni tak bagi menyusu. Tapi hari ni hairan pulak abe, tiba2 aje manja lebih2 pulak. Agaknya di ucapkan terima kasih kot belikan makanan yang best2 kat dia kot???

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...