Tuesday, March 15, 2011

KLCC weh!!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Lepas breakfast pagi tadi, abe gi celcom centre nak tanya pasal broadband abe yang tak dpt connect. Rupa-rupanya broadband abe dah kena blok pasal lambat bayar bil. So abe jelaskanlah. tap satu yang abe tak puashati jugak pasal celcom charge bil braodband untuk next month, tapi kalau dah blook, macamana nak pakai sedangkan dorang dah caj penggunaan awal2 lagi??? Tapi tak daat abe nak argue pasal ni dgn staff kat kaunter tu pasal abe tak jumpa detail carge tu kat bil masa tu.

lepas tu kitorang naik bas ke kl, berenti kat hentian jalan hang tuah lepas tu berjalan ke stesen sentral. Lepas tu kitorang naik monorail ke klcc. Ingat nak masuk petrosains, tapi rupanya hari isnin tutup. Nasib baik jugak aquaria kat bawah bukak. Lepas pusing-pusing kat aquaria tengok ikan, kitorang terus balik seremban naik komuter sampai lebih kurang jam 7 mlm. masa naik komuter nilh abe tgk betapa cekalnya hati rakyat malaysia ni, bukan saja sanggup berdiri lama dalam komuter yang sesak tetapi jugak pada penumpang yang sanggup tengok saja kanak-kanak berdiri (termasuk anak-anak abe) tanpa ada yang menawarkan tempat duduk untuk budak-budak ni. nasib baik jugak ada satu couple yang tawarkan anak abe tempat duduk, itu pun pasal sebelum ni dorang tertidur. Bila sedar dan namapak anak abe berdiri, terus dorang tawarkan tempat duduk. Tengoklah betapa cekalnya hati rakyat malaysia.
semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...