Thursday, June 23, 2016

Trip to Surabaya

Trip ke Surabaya ni boleh dikatakan dah lama kami group npqel rancang. Daripada hampir 20 orang yang nak ikut, last-last tinggal 10 orang sahaja. Masing-masing bawak badan kecuali abe bawa sekali wife dan anak abe amni dan adib. Trip ni sebenarnya dah berlalu iaitu pada 28 Mei hingga 31 Mei lepas. Keseluruhan trip ni diuruskan oleh salah seorang ahli group iaitu Raja Azhar yang dah biasa menguruskan trip ke Surabaya. Trip ni lebih kepada trip reunion kami graduan npqel ambilan 2/2013. Banyak jugak tempat menarik yang dikunjungi sepanjang 4 hari di sana antaranya Gunung Bromo (abe tak ikut, penat, gayat, takut, moody), Kompleks Makam Wali Songo iaitu Sunan Ampel, Ladang Apel dan satu Masjid yang dikatakan di bina oleh jin, siap satu malam dan yang paling menarik membuat lawatan penanda aras di sebuah sekolah di sana iaitu SMA Negeri Malang 5. Abe dan kawan2 cukup kagum dengan prasarana dan sistem persekolahan di situ, rasa Malaysia jauh ketinggalan berbanding mereka. Nak cerita panjang pun tak tahu, tapi tengoklah gambar2 yang akan abe upload tak tahu bila nanti...

Wednesday, June 22, 2016

Lagi Dua Batang

Malam tadi abe sakit gigi lain dari biasa. Kebiasaannya sakitnya tak lama tapi kali ni dari jam 9 malam sampai jam 1 pagi belum habis lagi. Macam-macam cara abe buat. Gosok gigi entah berapa kali. Sapu ubat gigi dekat gusi pun tak tahu berapa kali, kumur dengan colgate plak pun sama, kejap aje bertahan, lepas tu sakit balik. Sambil menahan sakit abe goyang2 la gigi2 yang sakit tu, miracle, sakit hilang tapi sekejap sajalah, dapat juga hilangkan sakit. Entah pukul berapa abe terlelap sampai wife kejut bangun sahur. Dalam pada menahan sakit, abe berkira2 untuk cuti keesokannya untuk gi klinik gigi pilah dan abe nekad untuk cabut sekurang2 2 batang yang sakit ni. Sebenarnya yang sakit ni tiga batang. kalau nak cabut tiga, maksudnya lapanglah bahagian depan, pasal salah satunya ialah gigi kacip bawah. Gigi kacip bawah tinggal 2 saja lagi dan yang dua tu pun dah beralih dr posisi dia. Jadi hari ni abe MC dan lepas sahur abe tido kejap nak cover yang malam tadi. Dalam jam 9.30 pagi abe bersiap dan pegi ke klinik gigi pilah. Orang tak ramai sangat, lepas tunggu hampir 15 minit abe dipanggil masuk. Sebelum apa2 abe bincang dulu dengan doktor tu macam mana kes abe ni. Abe tak kisah hilang gigi pasal banyak gigi dah rosak sebenar-benarnya pasal kuman dah banyak kat akar gigi. Silap abe jugak kurang rigid pasal penjagaan gigi. Jadi abe setuju cabut 2 batang geraham atas dan bulan depan datang untuk buat bahagian depan. Walaupun dah banyak kali dah cabut gigi tapi rasa gementar dan gigil tetap ada, lebih-lebih lagi cabut gigi geraham tapi x sampai keluar air mata macam sebelum ni. 


Settle dua batang gigi, abe terus ke kedai accesori kereta untuk pasang tinted kancil abe. Semua cermin RM240. Okaylah dalam range budget abe tu. Katanya siap dalam dua jam. So cina tu bagi pinjam moto dia kasi abe balik dulu then bila dan siap dia akan call. Dalam perjalanan balik ada pulak polis buat roadblock, tapi herannya dia tak tahan motor, kereta saja banyak soalnya. Abe tak kisah pasal cina tadi dah pesan road tax ada bawah seat motor. So sekarang tengah tunggu call cina tu... Abe pasang tinted pasal bila abe bwk kancil tu especially waktu malam, silaunya tak tahan. Mulanya nak pasang depan aje, dah harga boleh bawak, pasanglah semua sekali...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...