Tuesday, May 31, 2011

Cuti datang lagi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Cuti pertengahan penggal tahun dah pun mula sejak Jumaat lepas dan saya masih lagi terkial-kial kat sini. Biasanya kalau mula saja cuti, cikgu-cikgu terutamanya yang bujang petang Jumaat tu jugak mereka bertolak balik kampung pasal barang-barang dah siap packing malam tadi tapi kalau orang macam abe ni yang dah berkeluarga dan wife pulak tak sama masa kerja, terpaksalah balik lewat sikit. Nurin pun dah ada kat rumah. Lepas congak-congak, abe rancang nak bertolak balik ke kelantan esok hari (1 Jun). Sebenarnya kalau ikutkan, abe tak berpeluang pun untuk balik kelate cuti ni pasal ada beberapa perkara. Cuba bayangkan cuti selama dua minggu mula 27/5 sampai 12/6. Wife abe kena siapkan marking kertas exam dan submit markah selewatnya 1/6. Abe kena bertugas 8/6. Dan pulak kat sini ada kenduri aqiqah pada 4/6. Dan dalam masa yang sama sebelum cuti itu hari baby pulak demam secara tiba-tiba, masuk wad kat columbia, walaupun dia dah okay dan dah kelaur wad, tapi ada pulak temu janji dengan doktor pada 3/6. Kalau abe ikutkan semua tarikh tu, alamatnya tak dapatlah abe balik kelate. Kelate tu jauh woiii...satu hari perjalan pergi dan satu hari lagi untuk jalan balik. kalau pun balik, takkan nak stay 2 atau 3 hari saja, tak berbaloi bro!!! lagi pun dah lama abe tak kelik kelate, rindu sangat2 hehehe.....angin pantai, dingin mencengkam, ombak laut mengajak pulang...oh, syahdunya. So untuk merealisaikan cuti balik kelate, abe terpaksa gugurkan dan pejamkan mata beberapa perkara, iaitu temujanji dengan doktor dan kenduri aqiqah tu..... nak buat camno!!!

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...