Monday, April 26, 2010

Abe beli jam baru..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam lepas selesai kerja2 plumbing, abe anak beranak gi seremban. Tujuan utama nak bayar hutang kereta dan kad kredit. Tapi sebab dah nak masuk petang, kitorang terus gi jusco untuk lunch kat pizza hut. Punyalah ramai orang, terkial2 abe cari petak parking. Kitorang makan pon tak selesa sangat psl baby sakit bontot, dia ceret beret. Dia ajak gi klinik, so kitorang cepat2 makan dan try lekakan dia. Abe sempat tinjau2 kedai jam sementara wife abe masuk pasaraya nak beli barang2 kering. Mata abe tersangkut pulak kat satu jam ni. Lepas ditilik2, dikira2, abe ambiklah jam tu. Bayangkan pada usia 40 tahun, barulah abe betul2 ada jam tangan, sebelum ni pon bukan abe tak ada jam, jam abe sebelom ni dah hilang, yg lain2 tu mcm nak tak nak je. Abe ambik keputusan nak beli jam ni memmandangkan abe selalu curios about time, selalu tanya2 orang, so abe belilah. Lagi pon baru2 ni abe dpt duit menanda spm, dari duit tu habis mcm tu aje, baik abe gunakan untuk beli barang yg abe boleh nampak...kenang-kenanganlah katakan.


SEIKO wak...RM5++...gitu..

Dan dalam masa dok pusing2 tu jugak, abe nampak kat kedai video speedy tu, VCD Avatar. Abe sebelom ni tak berkesempatan nak tgk filem tu sebelom ni, so abe tangkap satu. harganya tak mahal, cuma rm24.90 je.. DVDnya pulak mahal, dalam rm120 jugaklah.. tapi abe musykil jugaklah, bila pulak abe nak tgk VCD tu??

Projek selesai sepenuhnya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Lepas gi pasar semalam, abe sambung lagi kerja2 plumbing abe. Sebelum tu abe beli dulu brg2 yang tak cukup. Mula2 abe gantikan batang pelampung yng patah. Lepas tu abe sambungkan paip2 PVC yang abe dah siap potong, Abe gi kat sinki pasang paip dan saluran air buangan sinki. Akhir sekali abe test kalau ada yang bocor... Mula-mula semuanya nampak ok, tak ada sebarang kebocoran pada paip dan sambungan, cuma pelampung tadi abe salah pasang, lepas abe betulkan, semua ok... Tak lama kemudian abe dpt kesan air keluar sikit dari lubang outlet tangki. So, abe stop air dulu, dan keluarkan air dalam tangki. Masa ni abe dpt kesan dasar tangki dah melendut ke bawah pasal abe tak lapik tangki tu betul2. Cemas jugak abe, wife abe cadangkan pospon dulu. Tapi abe nak selesaikan hari tu jugak. Otak abe ligat cari jalan. Abe gi ambik papan pagar yang lebih hari tu dalam empat keping. Abe mintak tolong wife abe buang air yang lebih dlm tangki, lepas tu dia pon turut sama tolong letak papan tadi kat bawah tangki. Bila semua dah settle, abe bukak balik connector kat outlet tangki dan pasang getah baru kat situ. Abe ketatkan dan pasang air semula. Alhamdulillah, sampai air penuh, tak ada lagi sebarang kebocoran dan masa balik dari  Seremban, paip sinki tambahan ni boleh digunakan pasal air kat sinki dapur dah tak keluar...

Belanja nak tambah tangki ni semua abe rasa tak sampai RM500. Tak pe, nanti abe tgk balik...

Saturday, April 24, 2010

Projek dah mula...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam abe dah mulakan projek tangki air tambahan. Abe mulakan dengan menebuk lubang kat siling untuk masukkan batang paip. Lepas tu abe masuk dalam bumbung buat sambungan paip tadi. Kemudian abe tebuk pulak lubang inlet dan outlet kat tangki dan pasang injapnya. Hari ni abe akan beli beberapa barang lagi dan insyaalah dpt siapkan. Abe risau satu je: takut berlaku kebocoran pada penyambung2 paip.

Projek disambung..
Petang tadi lepas solat asar, abe panjat lagi bumbung sambung kerja2 semalam. Kali ni abe bukak batang paip besi ke tangki mesin basuh, kemudian abe abe gantikan L connector dgn T connector. Pas tu abe pasang batang paip besi ke tangki. Dalam masa dok memasang paip ke tangki tu, lengan pelampong pulak patah, lepas tu, air meleleh keluar dari btg paip lalu menitik ke atas meja makan. So abe terpaksa tutup paip utama dan bukak paip2 lain agar lebihan air keluar. Disebabkan cahaya lampu emergency light pon dah malap dan kelengkapan tak cukup, abe stop dulu dan nak sambung esok...

Tuesday, April 20, 2010

Jumpa Kawan2 Lama...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semenjak dua menjak ni, abe agak sibuk jugalah. Selain sibuk psl urusan surau tu, abe pon sibuk jugak main facebook. Dalam seminggu dua yang lepas, abe ada create satu group kat facebook khas untuk kawan2 masa study kat UPM dulu. Tak sangka pulak ramai kawan sama2 belajar dulu join group tu. Meriah sungguh group kitorang sampai abe tak sempat nak tengok semua komen2 dari dorang. Walau bagaimanapun abe bersyukur kerana dapat jumpa semula dengan dorang di mana sebelum ni abe anggap macam mustahil nak jumpa balik ngan dorang. Sekarang ni kitorang dok tengah bincang2 nak buat reunion la pulak konon. Tapi setakat ni cuma student yang fresh saja yang join, yang exteacher cuma sorang je. tapi abe harap tak lama lagi, semua coursemate dapat join group ni...

Sunday, April 18, 2010

Minggu yang sibuk..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Agak lama juga abe tak update blog ni. Bukannya dah fedup berblog nih, tapi tak ada bahan nak dipostkan. Lagi pon abe sibuk dok layan facebook psl ramai kengkawan abe masa kat upm dulu dapat kontek balik. Hari tu abe wujudkan group untuk PBMP 1990/1994, tak sangka member lama dapat jumpa balik dlm group nih..
Semalam gi ambik nurin. Kali ni agak lambat juga kitorang gi, sampai sana dalam pukul 4.30 petang. Biasa sampai tengahari, orang ramai, tapi semalam dah petang, tak ramai orang kejap je dah boleh balik..

Sekarang ni adib tak sihat, macam deman dan cirit-birit. Bagi makan ubat dia muntahkan balik. Sejak semalam lagi dia tak selera makan. Balik ambik nurin semalam pon tak dapat nak jalan2 mcm biasa, dia ajak balik kerana tak selesa, tapi sempat dia beli B-daman yang dia beli pakai duit yg dia kumpul. Abe harap dia tak apa-apa.

Hari ni kitorang buat sambutan maulidur rasul kat surau ulu naling, persiapan bukan main, tapi hadirin pon boleh tahan jugak. Dari pagi lagi abe dah keluar dgn kwn2 surau gi bahau cari bahan2 untuk masak. Tolong2 mana yg patut sampai la ke petang. Malam pulak start maghrib sampai pukul 10 malam dok kat surau. Lepas solat maghrib, selawat, then dengar ceramah. Lepas tu solat isyak dan last sekali for sure tentulah makan2...

Esok kena kemas2 kat surau then maybe petang kot kitorang hantar nurin balik semula ke SSP. Rasa tak puas la bersama dengan yin kali ni pasal ayah sibuk, adib pon x sihat...

Tuesday, April 13, 2010

Servis NCH...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam lepas balik sekolah abe gi pilah hantar motor abe servis. Servis ni untuk 1000km atau sebulan, walaupun dah sebulan pakai, mileage dia baru 100km. Abe tak ke mana2 pon, cuma pakai moto tu buat gi surau je, kadang2 ambik adib dari sekolah petang. Minyak yang abe isi penuh lepas ambik moto dari kedai masa mula2 beli dulu pon baru setengah tangki. Tak kisahlah kalau gitu caranya, abe hantar jelah... lagi pon bukan kena bayar mahal sgt pon, cuma rm16 je, tu pon harga minyak hitam je..  Lepas servis (tukar minyak hitam je - minyak pon tak sempat hitam), abe dapat rasa sedap sikit bwk moto nih dan enjin pon tak sangkut2 atau mudah mati. Abe pon rasa abe dah makin serasi bwk moto ni. Masa mula2 beli dulu rasa kekok juga, tak tahu brek belah mana, kelas belah mana, maklumlah dah dekat 5-6 tahun dah abe tak bwk moto..

Sunday, April 11, 2010

Kursus Umrah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam abe ngan wife atttend kursus umrah kat rayha seremban. sebenarnya kursus ni khas untuk group yg akan gi minggu depan, tapi kitorang ambik kesempatan untuk hadir sama, maklumlah pengetahuan ttg umrah ni zero. Tak ramai yg hadir, rasa tak sampai pon 20 orang. Alhamdullillah, lepas dapat penerangan serba sedikit, abe rasa lebih yakin sikit, dan insyaallah dapat tunaikan umrah ni dengan baik.

Sebelum gi seremban, sebelah pagi lepas bfast kat pilah, abe n wife gi kedai hardware beli tangki air dan sinki. Air paip kat sini kejap ada, kejap tak ada. So abe cadang nak tambah lagi satu tangki dan letak lagi satu sinki kat luar. Paip lain tak terjejas kalau tak ada air pasal ada tangki, tapi untuk sinki basuh pinggan, bila air tak ade, susah jugak psl airnya terus dari paip utama. Abe ingat nak buat sendiri kerja2 paip ni. tak kisahlah, kalau tak jadi pon setakat basah je la... Abe tengah berkira2 nak letak tangki tu dalam bumbung rumah dan tgh berkira2 mana nak sambung punca air masuk tangki tu. tak dapatlah nak siapkan sehari dua ni, tengoklah seminggu dua lagi...

Wednesday, April 7, 2010

Pelangi Petang 4 April

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pelangi Petang


engkau tiba bagaikan pelangi
tak bercahaya namun kau berseri
tapi cukup menghiburkan hati ini....
....seharian waktu bersamamu,
tak terasa saat yang berlalu,
bagai pelangi petang
kau kan pasti
pergi jua

Tuesday, April 6, 2010

CRK..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam abe cuti rehat. Nak tak nak terpaksa ambik pasal abe nak buat pasport. Lama jugaklah abe menunggu dari jam 11 pagi, pukul 4 baru selesai. lepas tu abe gi pejabat rayha yang uruskan umrah kitorang dan bayar deposit sekali. Kalau confirm, abe dan wife akan gi umrah pada 8 hingga 19 Jun 2010, lebih kurang 12 hari. Wife abe ambik satu bilik untuk 2 orang. Jarak dengan masjidil haram lebih kurang 50 meter. Banyak jugak kena bayar lebih kurang rm15k. InsyaAllah semuanya berjalan akan berjalan lancar.

Sebelum gi seremban, abe gi rumah mak hairul dulu pasal water filter mak dia mcm bocor, abe ambil water filter tu bwk balik rumah. Balik dr seremban baru abe bukak, abe tukar injap je tapi tak tau jadi ke tak pasal tak boleh nak test kat paip sinki abe. Tengok macam mana pulak hari ni...

Kesian kat adib semalam, dia pergi kelas KAP (kelas agama petang), tapi bila sampai kelas tak ada. dia nak balik dah tak boleh psl pak andak dah balik. Dia cuba call rumah tapi tak ada orang angkat. So daripada pukul 2 tu sampai jam 5, dia tunggu je kat bus stop tu. Abe pon silap jugak tak bagi no hp abe dan wife, kalau tak boleh dia call. hari tu abe nak jugak ajar dia naik bas tapi belum ada peluang lagi. Abe tanya dia nape tak jalan kaki balik, jauh katanya. Tak apalah lain kali abe harap benda ni tak jadi lagi.

Monday, April 5, 2010

Outing...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam gi outing ngan nurin, jalan-jalan dekat alamanda, tapi tak best sangat pasal dia mcm risau je psl kerja sekolah byk tak siap lagi. Dalam pukul 4, dia dah balik semula ke asrama. Abe pon kdg2 rasa sedih jugak, anak yg dok ngan kita selama ni dah tinggal berjauhan, dpt jumpa pon sekejap aje. Tapi apa boleh buat, tu sume kena hadapi.

Semalam pon abe dah ambik gambar utk buat pasport dan visa. Hari ni pulak abe terpaksa ambik cuti kerana nak gi buat pasport. Wife abe pon sama. Insyaallah rancangan kami nak gi umrah cuti pertengahan tahun ni. Abe pon rasa gementar jugak psl tak ada persediaan dr segi mental dan fizikal. Tapi sementara ada peluang ni, abe fikir baik pegi jelah, nanti esok2 masa kita nak pergi sangat, dah tak ada peluang lagi.

Thursday, April 1, 2010

Syukur alhamdulillah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

alhamdulillah, abe dah pon semakin sihat. tak ada rasa pening2 lagi cumanya ada sikit lagi batuk2. Abe rasa syukur sgt psl abe tak terjebak dengan penyakit2 spt gastrik, darah rendah/tinggi, kencing manis, jantung dan sebagainya. Lepas ni abe akan jaga makan dan tak akan skip makan. abe akan amalkan jadual makan abe yang abe dah buat sebelum ni. Berat abe sekarang ni 84kg. Abe memang target 80kg tahun ni dan abe sedar bukan mudah nak turunkan walaupon sekilo, ambik masa yang lama. Siapa tak ghairah nak turunkan beratkan. Tak penah abe turun berat sampai 6 kilo dan abe akan usahakan lagi sampai berat abe ideal. Abe target 2 tahun untuk tu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...