Monday, May 9, 2011

rakan duet 17 tahun lalu..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam semasa abe sedang menolong-nolong masak-masak kat rumah orang kenduri di selaru, abe dapat panggilan telefon dari cikgu Jidin, iaitu coursemate abe masa kat upm dulu. Dia kata dia ada kat pilah. Abe apa lagi terus ajak jumpa. tak lama lepas tu dia call lagi kata dia dah ada kat matrikulasi. Abe apa lagi terus start motor terus cabut ingat nak tunggu kat bus stop biru tu, tapi masa lalu kat jalan bengkak-bengkok selepas selaru, abe selesih dengan dia. Dia pun bila nampak abe, terus berentikan kereta dia dan abe pun terus berentikan cagiva abe dan abe terus ajak dia ikut abe balik rumah. Bila dah berborak, terselak baliklah lembaran-lembaran kenangan lama, kisah kawan2 terutama kisah nyanyian dalam bilik air di KK2 dulu Itu dah hampir 17 tahun. Tak sangka dapat jumpa lagi Cikgu Jidin ni.



semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...