Friday, March 11, 2011

Cuti lagi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dah 2-3 hari abe tak dapat acces internet pakai celcom broadband abe.Ini pun abe pakai broadband wife abe. tak tahulah pasal modem tu dah rosak ke atau laptop yang buat hal atau mmg susah nak dapat line. yang ini pun berjanggut abe menunggu download selesai. Permulaan cuti pertengahan semester hari ini dimulai dengan hujan renyai-renyai tengah hari tadi. Sejuknya usah cakaplah. Cuti ni nama saja cuti tapi banyak kerja2 yang nak dilangsaikan. Tapi bagus jugak tu, sekurang-kurangnya masa terluang terisi jugak. Cuti ni abe ada projek nak buat, iaitu abe nak pasang batu paver kat laluan kereta ke porch. Sekarang ni kan musim hujan, laluan tu dah jadi becak, buruk benar kalau laman becak kalau rumah macam rumah abe ni...ehem.

Sebenarnya dah lama abe dok mencari-cari stiker nama abe yang abe buat 2-3 tahun lepas. Habis segenap tempat di rumah dan sekolah abe dah selongkar cari benda alah tu tapi tak jumpa. Puas abe fikir mana abe letak, sampai satu-satu tempat tu 2-3 kali jugak abe belek dan selongkar tapi tak jumpa jugak. Dah tak jumpa tu, abe anggap abe dah buang dan bakar stiker tu dengan envelop2 yang lain. Pagi semalam abe teringat satu beg yang abe gunakan untuk isikan dokumen gi umrah itu hari. Abe pun bukaklah beg tu, masyaallah, rupanya sticker tu ada kat situ. Buku tabung haji abe yang hilang dulu tu, dalam beg tulah abe simpan. Sampai abe kena beli stem hasil utnuk bukak buku baru. Sticker tu banyak lagi abe tak pakai, ada dalam 70 keping lagi. Ada satu benda lagi yang abe masih tercari2, iaitu gugusan kunci abe. Tak tahulah ada tersorok kat mana2. Tapi dah puas abe selongkar kat meja sekolah. Kat rumah ni usah cakaplah. Tapi biasa abe jarang letak kunci ni merata2. kalu tak ada sini,esti ada tempat lain yang biasa abe letak. tak tahulah esok lusa jumpa la tu kot. Biasa kalau kita dok mencari, haram tak jumpa, tapi kalau cari benda lain, benda lain pulak yang jumpa.

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...