Saturday, February 23, 2013

Kisah abe masa praktikal....

Ini kisah abe praktikal pada tahun 1994 sebelum abe jadi cikgu. dah dekat 20 tahun dah tuuu... Abe telah ditempatkan di SMK Sungai Rawang, iaitu berhampiran pekan Sungai Pelek. Jarak sekolah ni dengan pekan ni lebih kurang 10km kot. Abe tinggal di rumah sewa di Sungai Pelek bersama 3 orang lagi coursemate abe yang semuanya merupakan xteacher. Salah seorangnya iaitu cikgu Hasibsama praktikal dengan abe di SMK Sungai Rawang dan dua orang lagi (nama dah lupa) praktikal di SMK Sungai Pelek. Abe berulang ke sekolah tu dengan motor kapchai abe, honda fame WBF9297 dan jadang-kadang tumpang kereta cikgu Hasib kalau dia bawak kereta. Abe praktikal kat sekolah tu selama tiga bulan dalam suku pertama tahun tu.



teman2 serumah abe

teman2 serumah abe..


Rumah sewa abe ni sebenarnya dah dicari oleh dua orang cikgu tu, jadi kami tumpang sekakilah, kongsi bayar sewa, rasanya dalam RM150 masa tu. masa mula-mula abe sampai kat rumah tu, ada abe tinjau2 kat dalam rumah tu, semua okay kecuali dalam kolah yang masih ada air, ada satu bangkai tikus. Selain daripada tu, abe dapat tahu kat belakang rumah tu ada tanah perkuburan. Masa first time sampai tu abe cuma nak hantar barang sahaja supaya mudah nanti. kali yang kedua abe sampai kat rumah tu, hari dah gelap dan dah pun ada kawan-kawan abe kat rumah tu pasal mereka sampai awal. memandangkan hampir maghrib dan abe pun belum solat asar, abe pun cepat-cepat ambil wudhuk kat kolah tadi. Pada ingatan abe, kolah tu tentulah sudah dibersihkan oleh kawan abe yang sampai lebih awal. Abe tak nampak apa-apa dalam kolah tu kerana mentol lampu bilik air belum dipasang. kawan abe tadi pun nampak macam pelik dengan tindakan abe yang dengan selambanya ambik wudhuk dengan air dalam klah tu. keesokan aharinya bila abe masuk bilik air tu, abe terkejut besar bila tengok dalam kolah tu, bangkai tikus masih ada. Rupanya kawan2 abe pun semalam baru sampai, tak sempat nak bersihkan kolah tu. Tak tergambar rasa dan perasaan abe masa tu. rasa geli tekak tapi tak lah termuntah.

Pekan sungai Pelek ni tak la besar sangat (pada masa tu). Kedai-kedainya tu di kiri-kanan sepanjang jalan. Rumah sewa abe sebelah kiri sebaik sahaja lepas selekoh ke arah Pantai Bagan Lalang. Sungai Pelek nilah tempat asal pelakon yang selalu berlakon dengan Yusof Haslam selalu jadi gengster, badan besar, muka macam cina, rambut selalu toncang, lupa nama dia, kalau tak silap dia jadi stuntman sekarang. Masa tu dia belum jadi pelakon, tapi dia ada restoran kat sungai pelek, ada sekali dua abe makan kat situ, tu yang perasan dia bila tengok muka kat tv. Sekolah abe pulak terletak dalam kawasan Kampung Bukit Bakong. Kawasan ni pemastautin majoritinya orang jawa dan orang asli. jadi sekolah abe ni ada lah jugak murid2 orang asli. Kedua2 orang jawa dan orang asli ni baik2 belaka.

Masa abe praktikal di SMKSR ni pengetuanya bernama En Zulkifli, cikgu2 lain abe dah lupa namanya. Abe mengajar di tingkatan 4 dan tingkatan 1. Umur budak2 ditingkatan 4 tu sekarang agaknya dah 36 tahun dan tingkatan 1 mungkin dah 33 tahun. Nama mereka pun abe dah lupa. Bersama kitorang praktikal ada 2 orang guru pelatih dari MPI bangi yang masuk ke situ kemudian daripada abe, kalau tak salah namanya mariani dan nasriah
menyampaikan hadiah bg acara guru masa
kejohanan sukantara

bersama guru pelatih MPI, mariani dan nasriah

Yang menariknya masa hujung minggu. Kebiasaannya housemate abe yang tiga orang tu akan balik kampung maklumlah masing2 dah kawen, tengok anak isteri, bayar bil air dan sebagainya ;-) jadi tinggallah abe keseorangan di rumah tu. Untuk ingatan tadi abe ada bagitahu di belakang rumah sewa tu ada tanah perkuburan. So bayangkan kalau rumah tu yang dah lama tinggal kosong, ada pulak kubur kat belakang dan tinggal pulak keseorangan. Nak tak nak abe kena lalui jugak. Jadi apa yang abe lakukan ialah mula dari waktu maghrib, abe dah selesai makan dan mandi semua, abe lepak ajelah atas tilam tak beralih2 sampai lah ke pagi esoknya. Itulah yang abe buat tiap kali housemate balik kampung. Sekarang ni abe terfikir pulak kenapalah abe tak gi tumpang tidur rumah kawan2 yang tinggal berdekatan yang sama praktikal? Ada jugak kawan berbual.
atas tilam nilah abe tak beralih sejak maghrib sampai
 pagi besoknya kalau member2 serumah balik kampung..

Ada satu perkara yang abe tak boleh lupa sampai sekarang. Masa abe praktikal ni, rumah sewa masa study kat UPM abe serahkan dekat junior yang terdiri daripada cikgu2 jugak. Sampai satu masa dorang siap bagi notis suruh kami keluarkan barang dari rumah tersebut. Abe dengan kawan2 yang lain cukup terasa hati dengan tindakan dorang ni. sedangkan kamilah yang ajak dorang ambik rumah ni daripada kitorang (transition). Lagipun salah seorang daripada mereka memang sewa dengan kami sebelum ni. Ada sekali tu, masa abe datang hujung minggu untuk siapkan tesis dorang buat tak layan dan cikgu yang sama duduk dengan abe tu pun buat tak layan, sakitnya hati. Diberi bunga dibalas tahi... abe pun ada juga jahatnya, masa dorang balik kampung, tinggal salah seorang cosmate abe yang masih stay kat rumah tu, abe ambik pasir, curah kat tempat minyak hitam motor salah seorang, padan muka.

kisah wakaf che yeh lagi...

Cuti raya cina yang lepas abe & wife ambik keputusan untuk balik kelate. kali ni kami balik ikut Triang, Temerloh. jaraknya lebih kurang sama saja nak tukar angin. Abe bertolak agak lewat jugak dalam jam 11 pagi dan sampai di kelate dalam jam 8 malam. Trafik di wcy macam biasa, bila abe sampai di trafik light simpang batu 4, dah jem, so abe ikur jalan pasir hor, masuk lorong masjid padang enggang.

Abe balik kali ni selama 5 hari, tapi yang sebenarnya ada di wcy cuma 3 hari, dua hari lagi untuk perjalanan pergi dan balik. Dalam tempoh lima hari tu, dapat jugak jumpa kawan-kawan masa sekolah dulu dan yang selebihnya masa dihabiskan dengan window shopping sekitar KB.

Thursday, February 7, 2013

Pertimbangan untuk Ijazah Kedoktoran

Memang dulu sebaik sahaja habis buat master, abe langsung tak terfikir dan tak mahu meneruskan pengajian ke peringkat PHD, tetapi bak kata orang sekali air bah sekali pasir berubah. Dalam tempoh setahun yang lepas, terlintas pulak difikiran abe nak meneruskan pendidikan ke peringkat PHD, tapi bukanlah terdesak sangat pun, cuma lintasan fikiran sahaja. Lagipun abe dah ada sedikit bosan bekerja di sekolah ni, dah muak kata orang, nak tukar angin pulak, tapi tak ada peluang.

Namun begitu banyak pertimbangan yang perlu difikirkan kalau nak ambil PHD. Salah satunya umur abe pun dah lebih 40 tahun, tak ada sesiapa lagi nak support abe lagi, cuma yang mungkin dapat ialah cuti belajar, kos tanggung sendiri. Keduanya, ambik PHD ni perlukan tumpuan 100% yang kemungkinan besar tak terdaya abe lakukan. Kemudian bab nak interview, proposal ni jugak satu masalah pasal abe pun tak cekap berbicara terutama dalam bahasa Inggeris. Lagi pun apa permasahalahan pun abe tak tahu nak buat PHD ni. Okaylah, kalau pun dah diterima belajar PHD, macam mana pulak sesi penilaian akhir?? Dah penat spent masa, duit dan sebagainya, tiba2 tak diluluskan, macam mana??

Abe dah banyak dengar pelajar PHD ni banyak yang sangkut tengah jalan, krisis dengan penyelia, tukar tajuk berkali-kali, bertahun-tahun tak selesai jugak. Lagipun ijazah sarjana yang abe ada sekarang ni pun tak bawak abe ke mana-manapun. Dah 10 tahun usia master abe. Khabar berita nak berikan kenaikan gaji kepada pemegang master dan PHD kedengaran sejak dulu lagi, tapi sampai sekarang habuk pun tarak. Jadi biarlah abe dengan master sains pentadbiran pendidikan yang abe ada sekarang ni...

Tuesday, February 5, 2013

Abe & Batu Karang

Bukan sebarang batu karang dan bukan batu karang kat dalam laut tu tapi batu karang kat dalam buah pinggang. Abe sedar abe ada batu karang bila abe kencing tak lawas dan rasa sikit pedih kat pintu keluar. Air kencing pun ada sikit bercampur darah, tapi itu lama dulu, hampir 10 tahun lepas. Dan selama tu, rasanya dah 4 kali abe kena serangan sakit batu karang ni. Sakitnya tuhan sahaja yang tahu. Sesiapa yang pernah kena tahulah macam mana rasanya. Sebelum abe kena serangan sakit batu karang ni (dah tentu berguling-guling dan berpeluh menahan sakit), kesihatan abe agak merosot, selalu saja sakit selain daripada tanda2 yang abe cakap sebelum ni. Bila jumpa doktor, doktor syak batu karang, dia berikan ubat lawas kencing. Serangan pertama abe masa kat kelantan, masa tu terus pergi hospital dan doktor cocok terus baik (tak sakit). Bila tak sakit terus lupa nak berubat ke apa. Kemudian serangan kedua tak tertahan, wife abe bawak gi hospital colombia seremban. Kat sinilah abe terima rawatan pertama daripada Doktor Yoong. Satu salur tiub dimasukkan ke dalam saluran kencing abe menyambungkan pundi kencing dan buah pinggang supaya abe boleh kencing macam biasa. masa tu batu karang tersekat di saluran kencing, jadi dr yoong tolak balik batu karang tu ke dalam buah pinggang. Dalam masa yang sama abe buat appointment utk operation hancurkan batu karang tu. Operation ni tak dilakukan di Hospital Colombia tetapi dibuat di southern Hospital di Melaka pasal masa tu Colombia tak ada kemudahan untuk tembak batu karang tu. Mulanya prosedur ni tak sakit, tapi makin lama makin sakit sampai abe termuntah. Orang kata prosedur ni tembak laser, tapi sebenarnya dia pakai ultra sound. Dia letak alat macam belangan kat pinggang, lepas tu ditembak pakai bunyi. Sepanjang rawatan batu karang ni, proses nilah yang paling sakit, tapi hasilnya batu karang dapat dihancurkan jadi macam debu. Selesai rawatan ni, abe ditempatkan kejap dalam bilik store (kesian), kami tak ambik ward untuk jimatkan kos. Kos masa tu adalah sekitar RM6000. Masa tu pakai duit sendiri, habis simpanan tabung haji wife abe. THANKS TO HER. Lepas dah ok sikit, wife abe yang drive balik Kuala Pilah. Seminggu selepas tu, abe pergi lagi ke colombia untuk keluarkan tiub dalam salur kencing tadi dan lepas tu kencing abe keluar macam air terjun. Cerita masukkan tiub ke dalam salur kencing ni abe akan ceritakan secara detail kemudian.

batu yg keluar dengan kencing abe..


Serangan kedua berlaku lagi semasa abe tengah tahlil di surau waktu maghrib. Tak tertahan sungguh sakitnya sampai berguling-guling  dan berpeluh2, Abe tak tunggu lama suruh wife abe hantar abe ke hospital, tapi bukan lagi Colombia tetapi KPJ Seremban pasal Doktor Yoong dah pindah ke KPJ.  Sampai di KPJ, abe hampir pengsan kerana menahan sakit. Lepas daftar, abe minta doktor inject pasal tak tahan sakit sangat dah. Dalam pada tu pihak hospital hubungi dr Yoong. Bila Doktor Yoong sampai, dia terus cam dan ingat lagi kita orang ( mana taknya, masa nak bayar first time dulu sekepuk duit rm6k bagi kat dia). Dr Yoong ni baik dan friendly sangat. Di KPJ ni abe ditahan selama beberapa hari dan ada saudara mara terdekat dari kelantan datang melawat. Yang ini ada abe ceritakan dalam post yang terdahulu. Pada masa ni abe hampir nak menjalani rawatan nak tembak batu ni lagi sekali, tapi bila x-ray, batu dah bergerak menghampiri tulang punggung. Doktor pun serba salah nak tembak, jadi dia cadangkan supaya tunggu dulu, manalah tahu batu tu keluar sendiri. Memang betul batu tu keluar sendiri ikut air kencing bila abe dah balik rumah.

Serangan ketiga berlaku juga masa abe kat rumah, pun abe tak tunggu lama terus minta wife abe hantar hospital, lepas injek, abe ingat nak tinggal di wad, tapi malangnya wad penuh, dorang suruh datang esok pagi. Sakit pun dah hilang, abe pun balik. Semasa dalam perjalanan balik, sakit datang lagi. Abe suruh wife abe singgah di hospital kuala pilah. Masa kat sini abe rasa sakit sangat sampai termuntah2 dan terpaksa inject 2-3 kali. Bila dah siang, abe pergi lagi ke KPJ dan masuk wad 2-3 hari, batu pun masih tak keluar walaupun ada pergerakan. Abe dibenarkan balik kerana doktor yakin batu tu akan keluar. Memang benar batu tu keluar semasa abe kencing sebaik sahaja sampai rumah!!


latest punya..


Tadi abe cerita pasal saluran tiub dimasukkan ke dalam salur kencing abe. Prosedurnya ikut lubang hadapan. Memang betul tak sanggup, tapi dalam keadaan abe masa tu, abe dah tak kisah, sakit punya pasal, abe relakan buatlah apa sahaja asalkna sakit hilang. Masa nak mula prosedur ni, macam biasa abe pakai baju pesakit dan diusung ke dalam bilik bedah. Misinya perempuan, sebelum doktor sampai, misi ni bukak kain abe dah diusap2nya angrybird abe. Memang rasa malu tapi tak kisahlah, lagipun abe angap dia pro (muda lagi orangnya, rasa muda daripada abe). Masa dia dok tengah usap2 mahkota dewa abe tu, kawan dia tah dari mana terus saja buka pintu bilik bedah dan anda boleh bayangkan apa yang terhidang depan mata dia. Tapi masa tu aiman dah tak kisah dah. Abe dipengsankan semasa dimasukkan saluran tiub tu tetapi masa nak buang tu abe diberi bius tapi masih sedar.

Tadi abe ada cerita abe ada singgah kat hospital kuala pilah. Bila terima rawatan sini, abe dibuat temujanji berkala untuk pemeriksaan batu karang ni sedangkan masa yang sama abe buat rawatan di KPJ. Dalam salah satu sesi pemeriksaan, lubang belakang abe telah dijolok dengan jari oleh doktor. Doktor tu bangsa India, muda lagi. Apa yang dia nak cari abe pun tak tahu sedangkan abe dah cakap abe ada history penyakit batu karang ni. Apa nak buat, bak kata abe, nak buat apa pun buatlah asal sakit sembuh. Ada lagi satu peristiwa yang kelakar masa buat rawatan di hospital Kuala Pilah ni. Sesi ni scan pakai ultra sound, doktor tak nampak batu pun tapi keesokkannya sebutir batu karang keluar masa abe kencing... memang kelakar.

Itulah pengalaman abe sepanjang2 mengidap penyakit batu karang ni. Sekarang abe ada pakai kad kesihatan, jadi tak risau sangat pasal kos rawatan. Untuk pengetahuan, pengidap batu karang ni pantang dia ialah makanan laut dan kekacang, jangan tahan kencing dan kena kerap minum air. Penyakit batu karang ni akan berulang-ulang tengok pada amalan gaya hidup kita. Abe hanya sekali sahaja terima rawatan tradisional,  itu pun masa sakit, bila dah sihat lupa, malas nak buat rawatan susulan. Sekrang nipun pinggang dah mula rasa sengal2, tu tanda2 serangan tu... mulalah sibuk nak cari ubat....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...