Tuesday, May 31, 2011

Cuti datang lagi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Cuti pertengahan penggal tahun dah pun mula sejak Jumaat lepas dan saya masih lagi terkial-kial kat sini. Biasanya kalau mula saja cuti, cikgu-cikgu terutamanya yang bujang petang Jumaat tu jugak mereka bertolak balik kampung pasal barang-barang dah siap packing malam tadi tapi kalau orang macam abe ni yang dah berkeluarga dan wife pulak tak sama masa kerja, terpaksalah balik lewat sikit. Nurin pun dah ada kat rumah. Lepas congak-congak, abe rancang nak bertolak balik ke kelantan esok hari (1 Jun). Sebenarnya kalau ikutkan, abe tak berpeluang pun untuk balik kelate cuti ni pasal ada beberapa perkara. Cuba bayangkan cuti selama dua minggu mula 27/5 sampai 12/6. Wife abe kena siapkan marking kertas exam dan submit markah selewatnya 1/6. Abe kena bertugas 8/6. Dan pulak kat sini ada kenduri aqiqah pada 4/6. Dan dalam masa yang sama sebelum cuti itu hari baby pulak demam secara tiba-tiba, masuk wad kat columbia, walaupun dia dah okay dan dah kelaur wad, tapi ada pulak temu janji dengan doktor pada 3/6. Kalau abe ikutkan semua tarikh tu, alamatnya tak dapatlah abe balik kelate. Kelate tu jauh woiii...satu hari perjalan pergi dan satu hari lagi untuk jalan balik. kalau pun balik, takkan nak stay 2 atau 3 hari saja, tak berbaloi bro!!! lagi pun dah lama abe tak kelik kelate, rindu sangat2 hehehe.....angin pantai, dingin mencengkam, ombak laut mengajak pulang...oh, syahdunya. So untuk merealisaikan cuti balik kelate, abe terpaksa gugurkan dan pejamkan mata beberapa perkara, iaitu temujanji dengan doktor dan kenduri aqiqah tu..... nak buat camno!!!

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Friday, May 20, 2011

First Impression??

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sudah menjadi kebiasaan, apabila kita berpindah atau bertukar ke tempat baru, sedikit sebanyak kita akan buat tinjaun tentang suasana tempat baru. Kita akan tanya tentangorang-orang setempat. melalui survey ni kita akan dapat gambaran sedikit supaya kita dapat menyesuaikan diri dan  supaya kita tak mengalami kejutan budaya. Gambaran-gambaran sebegini merupakan first impression kita terhadap seseorang ditempat tersebut. Bagaimana pula jika gambaran yang diberikan itu adalah negatif? Saya rasa akan selamanyalah tanggapan buruk itu akan melekat dalam minda kita jika first impression begitu yang kita dapat. Seorang pentadbir barudilantik 2-3 minggu yang lepas. Dalam mesyuarat  pentadbir ada bagi impression tentang seorang kakitangan  yang digambarkan tidak begitu bagus. Persoalannya, bagaimanakah dia boleh menilai seseorang itu bagus atau tidak sedangkan dia hanya beberapa hari sahaja berada di pejabat sejak bertugas di sini kerana dua minggu pertama dia berkursus?? Sedangkan kakitangan tersebut banyak membantu dalam kerja-kerja am di sekolah apabila diminta walaupun dia hanya pembantu makmal. Tambahan pula tidak sewajarnya kita melabelkan seseorang itu bagus atau tidak kerana semua manusia ada kelemahan dan kekurangan. Ini semua adalah kerana gambaran awal yang diberikan oleh orang-orang tertentu kepada pentadbir menyebabkan beliau melabelkan kakitangan itu sedemikian rupa.  Apalah agaknya gambaran yang diberikan oleh orang-orang tertentu ini tentang kakitangan yang lain? Tidak sepatutnya orang-orang tertentu ini memberi gambaran buruk individu tertentu kepada orang lain. Biarlah orang itu sendiri yang membuat tafsiran dengan bergaul dari masa ke semasa dan bukannya dalam masa yang singkat membuat tafsiran yang bukan-bukan. Mungkin benar sebagaimana yang digambarkan, tetapi kita tidak boleh menghukum seseorang dengan memberi gambaran buruk. Berilah peluang seseorang itu berubah. Mungkin pentadbiran baru sesuai dengan individu tersebut dan boleh menjadikannya berkhidmat dengan lebih baik, siapa tahu?? Bukan tugas kita menilai peribadi seseorang. Apa kata jika orang yang digambarkan itu tidak redha?? Dituntut haknya diakhirat kelak.

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Monday, May 9, 2011

rakan duet 17 tahun lalu..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam semasa abe sedang menolong-nolong masak-masak kat rumah orang kenduri di selaru, abe dapat panggilan telefon dari cikgu Jidin, iaitu coursemate abe masa kat upm dulu. Dia kata dia ada kat pilah. Abe apa lagi terus ajak jumpa. tak lama lepas tu dia call lagi kata dia dah ada kat matrikulasi. Abe apa lagi terus start motor terus cabut ingat nak tunggu kat bus stop biru tu, tapi masa lalu kat jalan bengkak-bengkok selepas selaru, abe selesih dengan dia. Dia pun bila nampak abe, terus berentikan kereta dia dan abe pun terus berentikan cagiva abe dan abe terus ajak dia ikut abe balik rumah. Bila dah berborak, terselak baliklah lembaran-lembaran kenangan lama, kisah kawan2 terutama kisah nyanyian dalam bilik air di KK2 dulu Itu dah hampir 17 tahun. Tak sangka dapat jumpa lagi Cikgu Jidin ni.



semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Thursday, May 5, 2011

Plan baru

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

semalam abe dah tukar plan xpax abe dari 15pax ke xpax baru. abe rasa plan baru ni lebih jimat dan lebih kebebasan. cuba tengok perbandingan kadar panggilan dan sms antara kedua-duanya.

15pax:

Panggilan
celcom ke celcom (15 teman istimewa) = rm0.14 sen seminit
celcom ke talian lain (15 teman istimewa) =rm0.14 sen seminit

SMS
celcom ke celcom (15 teman istimewa) = rm0.05 (1/2 sen)
celcom ke talian lain (15 teman istimewa) = rm0.6 (6 sen)


Xpax Baru:

Panggilan
celcom ke celcom (semua nombor) = rm0.28/10 minit
celcom ke talian lain (semua nombor) = rm0.28/5 minit

SMS
celcom ke celcom (semua nombor) = rm0.01 (1 sen)
celcom ke talian lain (semua nombor) = rm0.05 (5 sen)

dulu abe buat call seminit setengah, caj 24 sen, terhad 15 nombor saja tapi sekarang dah BEBAS!!!

**tapi kena bayar yuran pertukaran rm5.00


semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...