Thursday, March 3, 2011

Kita merancang Tuhan menentukan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sejak dari semalam lagi punyalah resah abe memikirkan apalah karangan nak diajar kat budak-budak tingkatan 4 dan 5 untuk hari ni. Masalah abe yang utama budak2 4F ialah dorang tak menyiapkan tugasan karangan yang abe bagi. Lagi pun abe walaupun dah dekat 15 tahun mengajar bahasa melayu, masih lagi teraba-raba cara yang terbaik nak ajar budak-budak menulis karangan. Macam mana nak tunjukkan cara yang paling senang menulis karangan dan yang paling utama sekali nak suruh mereka menulis. Kadang-kadang dorang tak menulis langsung. Abe dah tunjukkan cara2 nak buat pendahulua karangan, kembangkan isi dan buat penutup tapi macam tak berkesan. Lalu pagi tadi abe bercadang nak buat surat kiriman rasmi. Tapi bila tiba di sekolah, abe dapat tahu pelajar2 tingkatan 5 perlu ke dewan pasal ada ceramah motivasi tapi cikgunya kena tunggu di dewan. terlepas satu masalah. tapi abe kena lagi masuk tingkatan 4. Seperti yang dijangkakan, budak2 masih tak menyiapkan karangan 2 minggu lepas. ada yang tinggal buku. Abe rasa abe tak boleh tunggu dorang. Abe pun ambil keputusan untuk tukar strategi. Abe tak ajar surat kiriman rasmi, sebaliknya abe tunjukkan cara membina perenggan dengan cara yang mudah. Sebaik abe terangkan dan dorang menyalin, cikgu maznita pulak datang bagi tahu yang dia memerlukan budak2 kelas abe ni di dewan untuk ikuti sama ceramah motivasi kerana jumlah pelajar tingkatan 5 sikit sangat. Abe dengan tangan terbuka melepaskan budak2 tu tapi abe puas hati jugak pasal dapat jugak mengajar sikit.

Sepatutnya hari ni abe kena kemas pentas di dewan, tapi sampai sekarang ceramah tu belum habis. Habis camno?? Esok la nampak gayanya.....

Lepas abe tunggu di dewan tadi, abe kena pulak masuk mesyuarat pengurusan sampai jam 12 tengahari. Bila selesai mesyuarat, abe diberitahu oleh fazilah bahawa cina yang abe tempah frame telefon, katanya belum dapat bayaran. terkejut jugak abe, macam mana nak bayar, barang belum ambil. Abe pon call cina tu tanya apa sebenarnya berlaku. Rupa-rupanya dia dah tersalah orang. Ada seorang cikgu za'ba pon buat frame situ, dah mabil barang dia, so dia ingat abe yang ambil. Kelakaunya....

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok impian..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...