Wednesday, September 30, 2009

Start balik

Alhamdulillah... dah selamat sampai balik kat ulu senaling.....home sweet home... tolak dr wcy dalam 9.30 pg and sampai ulu naling dalam 6.15 ptg... jalan agak clear psl sume owg dah mula keje.. ops raya pon dah abis...ada pecut juhak sikit2...hehehe.. malam tu mak sampai jam 7.15 gitu....bila mak sampai kita salam n cium pipi..huhuhu... tapi yg kelakar diorang exciting bukannya mak balik tapi mcm lebih nak tgk apa brg yg mak bwk balik...berebut2...masing2 rembat mana yg berkenan n mana yg dpt capai...gilo... aku dpt la kopiah sebuah...

Balik sini adib pulak sakit perut. malam tu kitorang makan luar je, adib makan sampai 2 jenis: nasi goreng cina (his favourite) dan mee sup (also his favourite). malam sebelum tido, nafisah yg muntah, n pagi esoknya (semalam) adib pulak yang muntah.. malam td g klinik psl sakit perut dia belum baik...semalam ngan hari ni doktor bagi mc..3 hari la x gi sekolah. Harap adib cepat sembuh...

Petang semalam, dapat la tanam pokok pinang yang dah dua minggu beli...daun dia pon dah turn kuning. Aikk...nampak cantik lak bila dah ada pokok kat laman...mintak2 hidup la pokok2 tu...hrp jgn jd mcm pokok lain2...tgn aku ni panas agaknya....antara hidup atau kalau hidup pon bantut...

Sunday, September 27, 2009

Fisah tindik telinga...




At last tercapai jugak hajat anak bongsu aku sorang ni, walau baru umo 3 tahun, dah nak bertindik telinga mcm kakak dia nurin. Puas aku takutkan dia, tp dia nak jugak. Cucuk ngan paku la, sakit la..tapi x jalan, dia nak jugak..Bukan apa, aku takut dia x tahan sakit...kecik benar lagi...masa g KB Mall hari tu, bwk dia g kedai emas, n suruh cina tu tindikkan. Awak ni berdebar kan main, tapi dia cool je.. dan alhamdullillah, dia tak apa2 n tak sakit.. RM15. Bukan main suka dia...

Esok Sambung Cuti....

Petang semalam mak call ckp dah sampai KL, dia bg tau jgk naik flight ke KB jam 6.30. aku igt 6.30 pg...tgk2 jam 6.30 ptg...nampak gaya kena ambil lagi satu hari CRK...huhuhu...cuti aku tinggal lagi 2-3 hari lagi...nampaknya tahun ni x dpt kumpul cuti...nak amik golden handshake la kot...hehehe... So esok la aku bertolak..takkan la tak jumpa mak kot dah alang-alang sampai sini... Tapi hari ni ada sikit boring la psl asik dok umah je..nak kua rs dah tak lalu, tak tau nak g mana lagi.. Tapi keta pon dah x banyak kat jln. Smlm kami kua dah tak jem lagi...

Hohoho...kisah semalam, konon nak g beli sampin kat pasar siti khadijah, nak singgah la kat bangunan Kelantan Trade Center, ada pakson lagi tu... parking dalam bangunan, tingkat atas....umang ai, jalan dia macam roller coaster...curaaam...aku rasa ada la 50-60 darjah kot...kecut perut masa naik n nak turun...sumpah aku tak parking lagi kat atas tu...sapa punya engineer la tu, agaknya nak jimat la...so sape2 nak adventure kat tgh2 bandar KB, ada satu tarikan lagi la selain dari jalan yg sesak spanjang masa (kerajaan negeri x terfikir ke nak buat flyover kat jln2 utama supaya jem dpt diatasi?).

Saturday, September 26, 2009

Masih di kelate lagi..




Hari ni sabtu...aku masih di wcy lagi. esok balikla...pukul berapa, tgk keadaan dulu, kalau mak aku sampai awal, awal la sikit bertolak balik. Dijangka mak aku sampai belah pagi, pasal dia sampai kl petang. Hingga hari ni, dah byk da pegi jalan, pasar malam 2x, pasar tani pon dah pegi. Tak ade apa sgt yang menarik...sama je dgn tempat lain cuma sini lagi besar. DVD pon da dpt tapi dvd transformer dapat pulak versi panggung. Aku dah mintak anak sedara carikan yang versi master punya. Tgk la kejap lagi ade ke x. And sorang lagi anak sedara aku bg tau ada kedai dvd kat jalan hamzah. nnt nak g tengok..

Hari tu pd 23/9 ialah birtday nafisah, beli kek buah je and sambut bertfday nurin sekali untuk esoknya (24/9). Nurin dah 12 tahun n fisah dah 4 tahun. Beli kek sebijik n suruh anak sedara beli ayam goreng. Nurin pon dah nak kena buat IC pulak...Alahai dah besar anak kau sorang ni... tgh nak isi borang ke sekolah berasrama penuh...huhuhu.

Balik raya kali ni penuh kejutan. Anak sedara aku sporang tu tiba-tiba je dah ada anak pulak daaah. Kahwin bulan lima ari tu, tapi aku tak tahu langsung, tiba-tiba je hari tu nak buat majlis cukur jambul. terkejut badak pakcik!!! Aku langsung x dibagitahu..Iye la kalaupon perkahwinan luarbiasa, at least bagi tau la.. Pasal ni nnt aku cerita kemudian.

Thursday, September 24, 2009

Aidilfitri 2009

Alhamdulillah, sampai jgk kat kelantan jam 10.00 mlm td. lambat sikit dr biasa, tolak pon lambat dr senaling, lbh krg jam 12 tghari. berenti 2 kali mkn n solat.. biasa la tu..standard 9 jam jer..hehehe..

Masa dlm perjalanan jumpa satu accident, penunggang superbike terlentang atas jalan. belum jauh lagi dekat serting tengah simpang g bandar seri jempol..motor dia aku tgk ada dlm parit..hmm tak tau nak ckp apa. tapi kalau naik moto musim raya ni kena hati2 la... lagikan keta boleh kena, inikan pulak moto, kita nak cepat, org pon nak cepat jugak.... sempat jugak aku snap gambar..tapi angle x baik sgt la...




















Thursday, September 17, 2009

Corner Sofa Court Mammoth..








Dalam bulan 6 lepas kitorang ada order set sofa sudut kat court. harganya pon boleh tahan. Masa order, dorang ckp kena tgg sebulan, wife aku kata ok la, bukan nak kejar apa pon... So dalam sebulan, sofa tu sampailah. Masa tu aku x de kat umah, gi mesyuarat kat manatah, dah x igt. wife aku pon sain la watikah penerimaan..hehehe.. tapi dalam pd tu dia pon bingung mcm mana nak psg sofa tu, mcm pelik je...so dia tgg aku balik. Bila aku balik, nak cuba susun mcm yang court iklankan, tak dpt...aku perasan stu seat tu dia bagi 2 dan seat yg kedua tak ada. So lepas tu kitorang gi bg tau court siap gambar sekali (yang kat atas tu). Diorang pon janji akan ambil perhatian, tapi siap tanya lagi, kalau dah tanda tangan penerimaan, susah sikit la, tapi diorang janji nak cuba tolong. 2-3 minggu senyap je, kitorang pegi lg sekali nak follow up. Ok diorang tgh usahakan. Then seminggu lepas tu dorang call kata sofa tu dorang salah hantar, yg dorang hantar tu set sofa yg lebih mahal, patut kitorang untung la...kata dia. then diorang akan dtg lepas raya nnt nak tlg susun. Ok lah, kotirang tgg je. tapi aku rasa dorang nak temberang, aku pasti set sofa ni dorang silap anta. saatu unit dorang tak bagi, tapi tersalah bagi 2 unit yg sama. korang tgk sendirilah, orng rabun pon boleh tahu. And aku dah cari n simpan keratan iklan dalam suratkhabar bulan 6 dulu tu.. Agaknya dorang nak lepas tangan.. Aku tunggu dorang dtg..

Raya..

Tak berapa hari lagi nak raya. Esok sekolah cuti, hari ni tak tau balik awal ke mcm biasa. hari ni ada penyampaian wang sumbangan utk anak-anak yatim, depa yg selalu ponteng pon datang nak kutip duit raya last day nih.. Semalam lagi kelakar. Masa aku masuk relief satu kelas ni, ada sorang budak tgh menguyah chewing gum, aku pangge dia terus sepak kat pipi 2x, then ketuk kepala berkali2. bodoh, bangang... pas tu pagge pulah guru disiplin ditambah sebijik lagi...padan muka...budak2 sekarang tak tau malu, selamba je makan depan org. Ada tu siap bwk mercun lagi, dibakarnya kat sekolah nih...hawau tol..

Kelas aku sekarang ada 4 org saja, ramai x dtg. tadi masuk 4f, 3 orang je dtg. Tido la apa lagi...baik pulak dorang datang dah last day nih...(apa la cikgu ckp cenggitu).

Celcom Broadband


Aku dah stahun lebih da pakai cbb ni.. dulu penah dah amik tapi masa tu tak de modem lagi...masa tu ingat langgan je cbb ni terus celcom bagi modem, ropanya bagi sim kad je...melilau kepala nak pakai hp buat modem tp tak dpt2...pas tu aku stop je la...2 bulan byr free je kat celcom. masa tu modem bb ni mahal 1k lebih jgk.. paling murah pon rm 999. pas tu bila harga modem ni murah sikt...tak murah jugak dalam rm499 la...aku amik balik cbb ni...ok la dapat la surf internet...byk bantu buat kerja...maklumlah sebelum ni pakai dial-up tmnet tu...punyolah lombab, internet x pat tapi duit disedutnya... Tapi kebelakangan ni CBB ni dah makin slow.. umah aku n tempat kerja ni tak ada 3G, so lombab...pakai line EDGE je...rasa geram n marah psl ada kadang2 stgh jam pon belum dpt apa2 lagi... n kdg2 rasa mcm nak karate je laptop nih... igt nak stop je CBB nih..tapi wife aku tak nak...biar je....so, dari buang duit asyik bayar bulan2 kat celcom tu, aku bagi je wife aku pakai, dia keje seremban, so ada coverage 3G, boleh dia pakai... n aku pon boleh la pakai sekali-sekala. kalau tak, aku tamatkan saja CBB nih..sakit hati je.. Sekarang ni pon aku tukar cabel modem nih pakai yang panjang sikit, dapatlah coverage banyak sikit.. boleh surf la..tu pon x byk, kalau nak upload atau download bhn size besar...mintak maap la... senang betol orang buat duit zaman sekarang nih...promote bukan main, tapi hampeh...

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari raya

Uiiih...dah lama sgt pakcik tak post kat sini... tak apalah..nanti pakcik post la apa-apa yg patut yo..
Hmmmm....puasa tinggal lagi 5 hari....pastu raya la...alhamdullillah setakat ni puasa pakcik tak tinggal lagi.. tapi yang sedihnya tak dapat buat tarawikh psl kat surau tu x de org tau buat....so lepas solat isyak, kitorang borak2 sambil minum2 je la....huhuhu...

Baju raya dah beli??? dah beli dah hari sabtu lepas....sume org dah dapt. nurin, adib n nafisah dah dapt baju raya masing2. Adib dpt kasut ben10 harganya rm60...fuh...pas tu dia ngendeng2 pulak keta remote....sib baik rega dia rm20 je.. shina x beli apapun cuma kasut sepasang...ropanya dia dah gi anta jahit tah brp lai pulak la tu.... AKU??? hehehhe...aku ambik 2 pasang baju melayu taun ni, satu warna biru muda sedondong satu family, n selai lagi warna merah hati jenama alain delon konon...hai beraya sakan la....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...