Wednesday, September 26, 2012

Lawatan Kedua

sebelum ni abe ada cerita abe gi kedai honda tengok2 kereta. minggu depannya abe dan wife pergi lagi dengan bawa dokumen2 yang sepatutnya. macam ni lah biasanya, kalau dah buat lawatan ke kedai apa2, terus jadi beli. dalam lawatan kedua ni abe dan wife abe berpeluaang test drive honda civic 2.0 sedangkan kami ambik 1.8. boleh tahan jugak kereta ni. jadi kami kira jadi ambik honda civic 1.8 wp mulanya wife abe nakkan accord lepas tu beralih kepada civic hybrid dan last sekali ambik jugak civic 1.8. spectra abe tu kira tolak kat kedai honda tu lah dengan harga yang abe sebut sebelum ni. kereta jangka dapat pertengahan oktober dan dalam masa yang sama abe pun lepaskan spectra tu. abe ambik keputusan untuk let go sahaja kereta tu, wp masih sayang tetapi sepanjang-panjang abe dengan kereta tu banyak masalah abe hadapi, so lepas fikir panjang dan atas pandangan dan nasihat kawan2, abe ambik keputusan untuk lepaskannya...

Wednesday, September 19, 2012

..a monster in my mouth..

a monster in my mouth... tiba-tiba saja terlintas di kepala abe frasa tu semasa dok membelek2 gigi abe malam semalam. banyak konotasi yang boleh ditimbulkan dari frasa tu. mungkin juga tengah sakit gigi, mulut berbau, susunan gigi tak betul dan menakutkan. boleh juga ditafsirkan dengan tutur kata yang tidak sopan yang keluar dari mulut, boleh jadi juga sikap pelahap bila menjamu selera. tapi tak semua perkara yang abe senaraikan tu berkaitan dengan mulut abe, beberapa perkara sahaja. :-P

Monday, September 17, 2012

Now or Never..

Dalam tak sedar, hari raya dah sebulan berlalu, bakal haji pun dah mula berangkat ke tanah suci. Adib pun dah selesai ambik UPSR minggu lepas. Harap Adib dapat keputusan yang baik dan memuaskan.


Hari sabtu lepas abe gi seremban bawak family window shopping dan singgah kat kedai honda di Senawang. Saja nak tengok model honda lagipun rasa dah tiba masa nak tukar pasal dah lama tak tukar2 ni. Wife abe berkenan pada accord tapi abe kurang suka pasal besar sangat, abe suka pada city paling tak pun civic. Lepas dengar penerangan dari jurujual tu,rasa2nya kami afford jugak la dengan accord atau civic. kemuadian tanya jurujual tu untuk trade in spectra abe tu yang tinggal setahun lagi untuk settle loan. honda sanggup ambik dalam 12-13k sahaja sedangkan balance loan abe kat spectra tu pun dalam jumlah tu jugak. Abe pun rasa serba salah jugak nak trade in pasal sebelum ni abe ingat nak simpan kereta tu dan pakai sampai bila2. Abe rasa tak boleh tunggu lama nak let go spectra ni pasal makin lama, harganya makin merosot. Itu yang abe pening kepala sama ada nak simpan atau lepaskan saja. situasi ni abe ingat lagi masa mula2 nak ambik spectra ni. masa tu dia tangah promosi dengan tagnya 'now or never' @ 'inilah masanya'. Tapi bila tanya pendapat kawan2, ramai yang syorkan lepaskan saja spectra tu sementara harganya masih ada. lagipun sepanjang memiliki spectra ni, mcm2 masalah abe hadapi, rosak yg teruk2 tak pernah la, calar2 dan geser tu biasalah. So abe ambil keputusan untuk let go sahaja kereta tu.

ni gambar masa mula2 ambik 6 tahun lepas..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...