Saturday, June 25, 2011

Hujung Minggu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni sepatutnya abe ada kat SSP Cyberjaya, tengok sukan, tapi semalam nurin call kata tak payah datang hari ni, datang je esok. Kata dia kalau datang hari ni tak dapat jumpa psl sibuk uruskan sukan. Jadi kitorang tukar jadual, esoklah kitorang datang cyberjaya. Hari ni macam hari sabtu yang sebelum-sebelum ni tak ada apa sangat aktiviti. Abe sebenarnya tak suka kalau hari cuti mcm ni tak ada apa nak dibuat. Rasa rugi masa saja. Tadi kitorang gi kenduri, ada jugak la aktiviti. Petang ni abe ingat nak mesin rumput la sikit, tak buat apa pun boring jugak.

Semalam lepas hantar adib pegi KAP, abe gi pilah renew lesen memandu. Abe ambik 3 tahun, mula nak 5 tahun, tapi bayar rm150, over budget tu, abe ambik je 3 tahun, RM90. Pas tu abe gi potong rambut kat kedai sugu. Ada sikit bengkek psl ada satu org tua cross line abe. Orang mcm ni abe anggap pening sikit la pasal tak tau ikut giliran. Lepas tu abe teringat yang no plat depan avanza dah patah. Abe pegi kat kedai no plate dan buat plat baru. Okaylah harganya RM40, depan aje.

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Wednesday, June 15, 2011

Di Hospital Colombia lagi..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini tibalah hari yang dijanjikan. Hari ni anak abe, amni nafisah buat opretion buang tonsil yang menggangu pernafasan dia sejak sekian lama. Kemuncaknya pada minggu sebelum cuti sekolah itu hari di mana dia demam teruk dan abe dengan wife ambik keputusan untuk buat operation untuk buang tonsil tu. Habis je cuti di kelate, wife abe buat appointment dengan doktor gilbert iaitu doktor yang sama buat operation adib dulu. Hari ni pun abe terpaksa ambik cuti dan nampak gayanya esok pun sama. kami sampai hospital jam 7.40 pagi tadi. lepas register, wife abe temankan amni sampai bilik bedah. dalam pukul 1 lebih pembedahan selesai dan alhamdulillah berjalan dengan lancar. baby pun dah okay dan dah boleh makan. Walau bagaimana pun tadi wife abe ada sms kata dia muntah tapi sekarang dah tidur semula. Abe harap tak apa-apa dan semuanya akan berjalan lancar, insyaallah. Sekrang ni abe ada kat hotel oakland, hotel budget je. Dulu masa opretaion adib, abe tido dalam kereta aje. tapi kali ni tak boleh la pasal abe bwk adib sama. Insyaallah esok discaj. Abe tak risau sangat pembedahan ni psl ada pengalaman dengan adib dulu..

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Monday, June 6, 2011

Memori Kawan-kawan Lama

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

alhamdulillah, Abe balik cuti kelate kali ni berpeluang jumpa teman-teman masa sekolah menengah dulu. Ada sesetengah tu dah tak pernah jumpa sejak habis sekolah tahun 1987. Ada yang abe langsung dah tak ingat siapa orangnya dan ada yang abe ingat nama tapi dah tak cam orangnya. kepada kawan-kawan yang abe tak ingat tu mohon maaf banyak. Bila dah tengok gambar2 lama abe mula la ingat sikit-sikit. Mereka ni sebenarnya dah lama dan dah banyak kali buat perjumpaan dan abe pun baru join mereka ni.


perjumpaan pada 3 Jun 2011 lalu

Kelas Tingkatan 2X1 tahun 1984



semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Saturday, June 4, 2011

Panasnyaaa...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Dah dua hari abe berada di kampung halaman dan cuacanya masyallah panasnya tak boleh tahan. Boleh dikatakan sepanjang masa abe asyik berpeluh satu badan walaupun kipas berputar ligat. Disebabkan cuaca panas juga abe rasa senang sangat mata nak lelap, pantang letak kepala atas bantal, mesti lelap punya. Walaupun mata lelap tapi berpeluh satu badan, habis basah bantal. 

Hari ni abe berpeluang jumpa dengan rakan-rakan sekolah dulu. Kami buat jamuan kecil kat rumah salah seorang dari kami. Ada sesetengahnya sudah berbelas tahun tak jumpa. Ada sesetengahnya pula abe tak ingat dan tak kenal langsung. Tak hairanlah pasal abe ni bukan yang berkawan sangat. Di sini abe dapat tengok betapa hubungan tetap erat walaupun dah berbelas tahun. Kami juga bercadang nak tubuhkan koperasi yang ahlinya terdiri dari kita semua. insyaallah berjaya.


semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...