Saturday, April 30, 2011

Baru nak tukar...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi tadi abe gi hantar adib ke batu kikir untuk test upgrading tali pinggang TKD. Elok aje kami sampai dorang dah aturkan budak2. Test mula jam 9 pagi. Group adib giliran ke-3. Pada mulanya bila dah start group pertama, abe dah start kereta ke bahau nak tukar tayar kereta, tapi bila pertengahan jalan abe pusing balik kereta balik semula ke dewan anak yatim tu, lepas campur tolak, abe tak nak ketinggalan peluang tgk adib test grading. Sebaik abe sampai group kedua dah nak selesai. Fuh, abe rasa keputusan abe U-turn tak sia2. Tak lama, group adib dah kena panggil. Sempat abe rakam dengan handphone masa dia test tu. Abe rasa kalau abe tak U-turn tadi, mesti lama jugak adib tunggu abe nnt. Lepas selesai, adin tgk satu group lepas dia buat test then lepas tu kitorang terus gi bahau tukar tayar.

kat kedai tayar, orang tak ramai, terus abe diserve. Tengah2 tunggu, cina tu datang bagi tahu yang 3 buah rim kereta abe bengkok (memang pun) dan dia offer rim baru dengan harga RM300 dengan trade-in rim lama. Abe apa lagi setujulah. Memang teringin nak tukar rim, tapi tgk harganya seribu ke atas, pakai ajelah mana yang ada. Tayar rm400+rim rm300+alignment rm30= rm730. So, masa balik tadi sedaplah sikit bawak kereta tu..
semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Thursday, April 28, 2011

Jadi ahli la pulak...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semalam abe hantar adib ke kelas tambahan training TKD di Kompleks Sukan rakan Muda kat Melang pasal Sabtu ni dia ada ujian upgrading belt. Biar pun badan penat, abe sekeluarga pergi jugak hantar dia dan temankan dia sampai habis.

Sementara tunggu dia training, abe dengan wife bukak laptop untuk isi tafsiran cukai. Alhamdulillah, selesai bab cukai. Kalau isi kat rumah susah jugak pasal internet tak laju. Sedang abe dok ralit mengisi-ngisi borang cukai, abe ternampak gimnasium kat situ. Wah, ini sudah bagus. memang dah lama abe nak join trianing kat gimnasium tapi tak tahu pulak kat pilah ada gym. Dulu pun abe dah tanya, tapi dorang cakap kat kompleks ni tak ada. Selesai aje abe sisi borang cukai dan submit, abe ajak wife pergi tanya2 untuk jadi keahlian. mang ai senang sangat, terus dihulur aje borang keahlian dek abang sasa tu. Abe pon terus isi dan terus bayar wang pendaftaran, tak banyak RM28 aje. Tapi dalam kepala dok fikir jugak, bila masa pulak abe nak gi training kat situ, masa bukan ada sangat. Tak kisahlah asalkan dah daftar dan kalau ada masa luang nanti bolehlah datang. Syoknya, dapat 2-3 kali seminggu pun okaylah, yang penting dapat exercise pakai treadmill dengan sit up sikit2...hehehe.
semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Saturday, April 23, 2011

"Ayah Yang Kuat"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
baby beritahu yang dia ada mimpi malam semalam . Mimpinya macam ni: masa dok berjalan-jalan kat alamanda, tiba-tiba dia ditumbuk oleh seorang lelaki. Lepas tu ayahnya (abe la) menumbuk lelaki tersebut. Kemudian lelaki tersebut bersama dengan empat lagi kawan-kawannya membelasah abe, tapi dia kata abe tak rasa sakit pun (wah, mcm filem tamil). Abe pun membelasah keempat-empat lelaki itu sampai mati. Itu sebab dia panggil abe 'ayah yang kuat'. Terkekek-kekek abe dengan wife dengar cerita dia...

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Monday, April 18, 2011

Buat kecoh lagi..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi tadi lepas temankan wife abe gi pasar, kitorang singgah jap kedai mamak kat pilah ni nak beli roti canai buat breakfast. Mula abe pesan 4 keping roti kosong dan nak tambah mee goreng tapi mee goreng belum sedia lagi. Abe pun order lagi 2 keping roti telur. Tunggu punya tunggu belum jugak dapat lagi, sedangkan ada seorang perempuan yang dah order 10 keping selepas abe dah dapat. mula lah abe naik hot. sabar lagi. fahamlah pasal roti telur lama sikit nak masak banding dengan roti kosong. dalam pada tu datang pulak satu family makan roti jugak pun dah dapat. Abe pun bangunlah tengok dalam kuali ada tak roti telur dia buat. terkejut jugak abe pasal tak ada pun roti telur dia tgh masak. Abe pon sound la "roti telur mana??" Dia boleh tanya balik "roti telur satu ka??" . Abe tak jawab, cuma kata "haiyoooo".menyirap jugak darah abe. lepas tu india tu pandang kawan dia. kawan dia kata kat abe. tadu awak order 6 roti kosong sekarang mau telur. Abe terus jawab, okay kalau macam tu mana dia 6 roti kosong tu?? dia aje india tu. Tapi dia geramlah sambil baling tepung roti yang nak diuli tu atas meja. semua orang dalam kedai pandang abe. Abe pon terfikir: alamak, apa aku dah buat ni. Abe pon diam aje lah. Bukan takut, tapi nak mententeramkan suasana. Lepas tu tak lama abe dapatlah roti canai macam yang abe pesan.Yang abe geram pasal mamak-mamak ni bila kita order dia dengan dengar dengan tidak aje. Abe tak kisah lambat, tapi jangan potong Q, bagi dulu katorang lain yang dtg kemudian. itu yang abe hot tu. tapi sebenarnya abe pun segan jugak dengan peristiwa ni. abe ni bukan jenis yang baran sangat dan bukan  jenis yang kaki bising. Fuh!
semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Sunday, April 17, 2011

Plumbing n wiring..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dah hampir seminggu abe dok mengusahakan memasang water heater kat bilik air tetamu rumah abe ni. Water heater tu abe nak pasang pasal kunci shower rosak. Dari tak pakai, abe fikir baik pasang water heater kat shower tu. Abe dah siap wiring dah dah lekatkan waterheater tu kat dinding bilik air. Yang tinggal cuma plumbing dan nak connect letrik je lagi. Abe kena selesaikan plumbing dulu baru nak connect elektrik. Dalam 2-3 hari ni abe dok siapkan paip pvc pasal sebelum ni abe pakai paip fleksibel tapi buruk benau rupanya, tapi dalam abe dok potong pvc dan dok fitkan paip pvc tu, tiba-tiba aje abe beralih semula kepada paip fleksible tu. Rasa kelakau pun ada. Cumanya kali ni abe fix betul-betul dan letak cable pin kat dinding. sia-sia aje abe sediakan paip pvc dan segala macam connectornya. la ni cuma tingga nak connect elektrik aje lagi. Itu kerja esok pagi.
semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Sunday, April 3, 2011

Lokasi dikenal pasti..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Spek mata aku..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alamak, spek mata hitam yang abe dah pakai sejak bertahun-tahun dulu dah hilang semalam. semalam abe pakai spek tu untuk sembur racun kat kebun abe. lepas meracun, abe konon letak kejap spek tu kat viper spectra sementara abe tukar persalinan, tapi terus lupa nak ambik. tengah hari tu wife abe pakai spectra tu gi ambik mentua abe kat senaling. masa nak makan tengahari baru abe ingat spek tu. Abe gi tengok dah tak ada. Sekitar halaman rumah pun tak ada. Abe pon start moto pegi tinjau sampai senaling tapi langsung tak ada kesan. abe redha je la. mungin setakat itu aje rexeki abe dengan spek tu. Spek tu abe dah beli lama, rasa 6-7 tahun adalah. kedai yang jual spek ni pun dah tutup. harganya tak mahal cuma 240 saja, tapi tahan sampai sekarang. kenalah abe pakai satu lagi spek rayban tapi yang ni murah sikitlah 150 je..
semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...