Friday, May 20, 2011

First Impression??

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sudah menjadi kebiasaan, apabila kita berpindah atau bertukar ke tempat baru, sedikit sebanyak kita akan buat tinjaun tentang suasana tempat baru. Kita akan tanya tentangorang-orang setempat. melalui survey ni kita akan dapat gambaran sedikit supaya kita dapat menyesuaikan diri dan  supaya kita tak mengalami kejutan budaya. Gambaran-gambaran sebegini merupakan first impression kita terhadap seseorang ditempat tersebut. Bagaimana pula jika gambaran yang diberikan itu adalah negatif? Saya rasa akan selamanyalah tanggapan buruk itu akan melekat dalam minda kita jika first impression begitu yang kita dapat. Seorang pentadbir barudilantik 2-3 minggu yang lepas. Dalam mesyuarat  pentadbir ada bagi impression tentang seorang kakitangan  yang digambarkan tidak begitu bagus. Persoalannya, bagaimanakah dia boleh menilai seseorang itu bagus atau tidak sedangkan dia hanya beberapa hari sahaja berada di pejabat sejak bertugas di sini kerana dua minggu pertama dia berkursus?? Sedangkan kakitangan tersebut banyak membantu dalam kerja-kerja am di sekolah apabila diminta walaupun dia hanya pembantu makmal. Tambahan pula tidak sewajarnya kita melabelkan seseorang itu bagus atau tidak kerana semua manusia ada kelemahan dan kekurangan. Ini semua adalah kerana gambaran awal yang diberikan oleh orang-orang tertentu kepada pentadbir menyebabkan beliau melabelkan kakitangan itu sedemikian rupa.  Apalah agaknya gambaran yang diberikan oleh orang-orang tertentu ini tentang kakitangan yang lain? Tidak sepatutnya orang-orang tertentu ini memberi gambaran buruk individu tertentu kepada orang lain. Biarlah orang itu sendiri yang membuat tafsiran dengan bergaul dari masa ke semasa dan bukannya dalam masa yang singkat membuat tafsiran yang bukan-bukan. Mungkin benar sebagaimana yang digambarkan, tetapi kita tidak boleh menghukum seseorang dengan memberi gambaran buruk. Berilah peluang seseorang itu berubah. Mungkin pentadbiran baru sesuai dengan individu tersebut dan boleh menjadikannya berkhidmat dengan lebih baik, siapa tahu?? Bukan tugas kita menilai peribadi seseorang. Apa kata jika orang yang digambarkan itu tidak redha?? Dituntut haknya diakhirat kelak.

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...