Monday, July 6, 2015

Siap Jugak Uniform Kite...

Sebagai menyahut saranan pihak JPn agar guru-guru khususnya pemimpin sekolah memakai uniform mengikut unit uniform masing-masing, abe sejak tahun lepas lagi dah usahakan untuk pakai uniform setiap hati Rabu. Sebagai pentadbir abe kena pakai uniform KRS. Buat permulaan, abe mula beli seragam KRS sejak tahun lepas lagi tapi abe segan nak pakai. Seragam yang abe beli tu ialah seragam no 3 yang terdiri dari baju dan accesorinya tetapi x dapat pakai buat beberapa lama kerana seluarnya tak ada. Abe hanya dapat pakai seragam ni pada awal tahun ni lepas abe beli seluarnya di KB semasa abe balik Kelantan pada tahun lepas. tetapi dalam masa yang sama abe dah merancang nak memiliki uniform no 2. Dari risikan abe, kos untuk buat seragam no 2 ni kosnya sekitar RM500. Waduh mahal tu. Nak dapat pakai dalam masa yang singkat tak dapat pasal masalah kewangan tapi abe berazam jugak nak milikinya. Abe dengar pulak ada satu kedai jahit di Gemas yang upah buatnya tak mahal dalam 150-160 aje tapi kain kita sendirilah. Kedai tu tak ada kain tapi dia pandai jahit. So sejak tu abe cuba gi kedai-kedai kain yang abe tahu cari kain yang sesuai tapi tak ada sehinggalah baru-baru ni abe ikut wife gi kedai salaim aziz beli kain raya  masa balik  kampong barubaru ni. Balik aje N9, abe terus ke kedai jahit tu. Dalam masa 10 hari boleh siap kata cina tu. So lepas 10 hari abe gi ambik pasal kalu boleh abe nak pakai esok pagi hari Rabu. Lepas ambik abe gi kedai accesori kat Pilah tapi tak cukup pulak. So tertangguhlah nak pakai esok. Kebetulan pulak hari isnin minggu berikutnya abe ada mesyuarat di Seremban. Abe gi awal2 dan cari kedai accesori di Oakland (bukan accesori kereta tau tapi accesori nak pasang kat uniform no2 tu). Puas jugak mencari tak jumpa, tapi dengan bantuan kawan2 sejawat, dapat juga abe jumpa kedai tu dan beli apa yang patut. Tapi tinggal satu masalah lagi, iaitu tempat pasang pangkat kat bahu tak ngam pasal tukang jahit cuma buat cangkuk aje bukannya lidah, pasal pangkat KRS cuma balut aje kat lidah tu. Satu kerja pulak abe nak pegi kedai jahit tu untuk oter. Cuti hari Rabu minggu yang sama yang abe ambik untuk hantar Nurin ke Melaka, abe ambik kesempatan untuk gi Gemas lepas hantar Nurin. Cina tu sanggup oter tanpa apa2 bayaran. Dalam setengah jam, lidah kat bahu tu pun siap. Balik rumah abe terus pasang accesori itu ini. Memang cantik dan ngam cumanya abe belum dapat pakai betul2 lagi..... unggu hari rabu minggu ni....

Tuesday, June 9, 2015

Balik Tengok Emak

Alhamdulillah, setelah sekian lama abe tunggu saat ni, akhirnya tiba jua. Sejak mak abe masuk hospital kira-kira sebulan lepas, hati abe memang meronta-ronta nak balik tengok keaadaan mak. Mak masuk hospital kerana pening dan sakit kepala, muntah2 dan badan terlalu lemah. Sebelum tu mak dah jalani operation membuang sedikit usus pada bahagian hujung (rektum) kerana kata doktor ada kanser pada bahagian tu. Jadi mak terpaksa memakai beg pada bahagian perut untuk membuang air besar.

Sebelum masuk hospital, mak abe dah kena periksa oleh dua doktor yang dibawa ke rumah kerana mak tak terdaya untuk ke klinik. Jadi kami adik beradik sepakat untuk panggil ambulan untuk hantar mak ke hospital kota bharu. Sekurang-kurangnya di hospital dioktor akan masukkan air bagi tenaga pasal mak tak selera nak makan, kalau makan pun muntah balik. Mak sebelum ni buat operation di Hospital Perdana KB. Abe rasa sungguh tak senang hati bila adik beradik cerita keadaan mak yang lemah sangat. Tak dapat berdiri mahu pun berjalan, nak kemana2 terpaksa dibantu dan dipapah. Tambah pulak dengan doktor bagitahu ni maybe lanjutan dari yang sebelumnya.

Abe hanya berpeluang balik ke KB hanya pada hari Rabu minggu pertama cuti pasal wife abe ada mesyuarat tanda kertas stpm dan adib pun ada tusyen. Tak tahu kenapa abe boleh sampai awal pulak hari tu biasa kalau tolak jam 10-11 pagi biasa sampai jam 8-9 malam tapi boleh pulan sampai 7 malam. Tu pun banyak melilau kat tengah jalan. Bila abe sampai, turun kereta terus abe gi tengok mak. Salam dan cium mak. Mak nampak happy dan sihat. Memang mak tak mampu jalan dan berdiri lagi tapi dia dah dapat makan sikit dan nampak sihat. Suka hati abe kerana bukan main mak bercerita pada kami sepanjang dia tak sihat ni. Terima kasih kepada kedua-dua kakak abe yang tak jemu2 jaga mak yang mungkin abe sendiri pun tak mampu buat. Kakak sulung abe yang jaga makan minum mak dan tidur dekat mak kalau2 tengah malam mak nak kencing ke apa. Kakak kedua yang cuci dan salin beg najis mak tu. Abe sungguh cakap tak mampu nak buat semua tu. Masuk hari ketiga, abe dengan wife gi KB beli wheel chair buat mak supaya senang mak bergerak uk appointment dengan doktor, kalau tak mak terpaksa berpapah. Tapi pada hari abe beli wheelchair tu, mak sebenarnya dah mampu berdiri dan berjalan pelan2 dengan tongkat. Dan esoknya mampu pulak bantu kakak2 abe masak nasi dagang.

Abe pun ambil peluang untuk bawak mak buat kad GIRO BSN semalam untuk mudahkan dia keluarkan duit dia di bank kalau memerlukan duit. Tapi punyalah ramai umat kat bank tapi apa boleh buat, tapi nampak mak dapat bertahan.

Abe ingat nak duduk lama sikit kat kampung cuti ni. Wife abe pun dah balik awal naik flight pagi tadi kerana dia ada mesy kedua. Anak-anak pun ikut sama, tapi hari ni dapat pulak mesej dari sekolah suruh kembali kerana ada interview unuk cikgu2 naik pangkat. Jadi tepaksa pulang 2 hari lebih awal. Jadi nampaknya Jumaat abe akan berada semua di negeri sembilan.

Thursday, May 21, 2015

Bercerita Pasal Nurin Lagi...

Pada 18/5/2015 lepas abe dan wife telah ambik cuti rehat untuk hantar Nurin ke  INTEC, Seksyen 17 Shah Alam untuk menghadiri taklimat biasiswa tajaan JPA.  Taklimat sehari itu bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Selesai sahaja taklimat , abe terus berkejar pula ke Ayer Keroh Resort untuk hantar Nurin ke KYS. Alhamdulillah setakat ini perjalanan lancar, di mana Nurin berjaya dapat tajaan biasiswa JPA untuk kursus accounting di New Zealand. dia akan jalani kursus foundation dulu di KYS selama 2 tahun sebelum meneruskan pengajian ke New Zealand selama 2 tahun lagi. Abe sedikit lega kerana tempoh 2 tahun tu taklah lama sangat. Abe ingatkan 5-6 tahun juga di New Zealand. Untuk 2 tahun ini, tempat pengajiannya tidakllah jauh sangat dari tempat tinggal kami sekarang. Nurin pun dah sebulan lebih berada di KYS. Semoga perjalanan seterusnya berjalan lancar dan dipermudahkan Alla Suhana wa Taala.. Amin.

Saturday, March 28, 2015

Nurin dan SPM 2014

Dah agak lama abe tak buat sebarang post dalam blog ni, sibuk sangat la tu. okaylah dalam post kali ni abe nak cerita tentang keputusan SPM nurin yang diumumkan pada 3 mac yang lalu. Pada hari tersebut abe telah ambik cuti rehat untu sama-sama  ambik result dia di SSP, Cyberjaya. Seperti yang abe jangkakan, Nurin berjaya dapat 9A bersama-sama dengan 51 lagi kawan-kawannya yang lain. Dia dapat 7A+, 1A dan 1A-. Alhamdulillah, berkat kerja kerasnya selama ini, diiringi doa kami terutama wife abe, akhirnya dengan izin ALLAH, nurin berjaya mendapat keputusan yang diinginkannya. Selepas mengambil result, kami bersama-sama dengan mak ayah Fatin (kaan nurin sejak sekolah rendah) sama-sama meraikan kejayaan tersebut di restoran nasi arab di Cyberjaya. Fatin pun turut dapat result 9A.

dalam 3-4 hari selepas result diumumkan, Nurin berjaya dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke New Zealand melalaui Kolej Yayasan Saad. Kalau tak silap abe, 2 minggu sebelm result keluar, dia dah pergi temuduga di KYS. Ini bermakna dia dah berjaya dalam temuduga tersebut. Dalam masa yang sama dia terpaksalah memohon pembiayaan untuk pengajian tersebut. Pada Khamis yang lepas, dia dah dipanggil temuduga untuk Biasiswa JPA-MARA pada sebelah paginya dan pada sebelah petang mendafttar  untuk kursus persediaan di KYS selama 2 tahun. Harap=harap segala yang dirancang berjalan seperti yang diharapkan, insya Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...