Wednesday, May 23, 2012

Sambutan Hari Guru di Seremban

Malam tadi abe gi Majlis Sambutan Hari Guru di Seremban. Abe bertolak dari rumah jam 6.30pm. sampai sana dalam 7.30pm. Lepas solat maghrib di Masjid negeri, abe terus ke khemah acara. Kat situ dah ada beberapa orang guru sekolah abe. Pada sambutan kali ini, sekolah abe menerima anugerah lonjakan saujana spm 2011. Seronok juga. Majlis berakhir jam 11.30 malam dan abe sampai rumah 12.30 mlm. Tengoklah beberapa keping gambar yang sempat disnap.


ust shahyar, abe, saiful



aida, kak shimah, aida sab, ust, abe.



sambut mb


ni la yg hadir


jamal ada...


adira ada..

cek rm10k.



ada bunga api...


 
mb..


Friday, May 18, 2012

Yang ditunggu dah tiba...

Alhamdulillah, agaknya rezeki hari guru. Pada malam menteri pelajaran umum kenaikan pangkat guru-guru pada 16 Mei lepas, abe pun tengok kat internet ada ke tidak nama abe, dan tanpa disangka nama abe keluar dan berjaya mendapat kenaikan pangkat dari dg44 ke dg48. Sebelum ni pun abe dah chek banyak kali, tapi tiada maklumat. Terus abe inform kat wife, dia pun bukan main suka. Alhamdulillah, bersyukur kerana penantian abe selama ni dah berakhir. Terubat juga perasaan abe dan macam dapat semangat baru pulak. Beberapa hari sebelum tu para PK-PK dah dipanggil untuk disampaikan watikah perlantikan ke dg48, abe pun rasa sikit frust, tapi rezeki kita Allah dah atur dengan sebaik-baiknya. Maknanya abe berada di trek yang betul. Alhamdulillah sekali lagi..



Thursday, May 10, 2012

Man of the House

hari ni masuk hari keempat wife abe gi kursus di langkawi. abe berada di rumah dengan anak-anak. esok baru wife abe balik. lima hari kalau dihitung lama jugak. mana boleh berpisah lama-lama. tapi nak buat macam mana, dah terpaksa, jadi abe kena biasakan dirilah. rumah tak apa abe boleh uruskan. makan minum alhamdulillah mentua abe sediakan tapi kalau dia tak sediakan pun, tak jadi masalah, abe boleh masaka yang simple-simple. dan nasib baik jugak anak-anak tak banyak ragam wp baby masa mak dia nak pergi isnin lepas menangis bukan main tak nak mak dia pergi.. tapi tak boleh dinafikan memang abe terasa ketiadaan wife abe... sepanjang ketiadaan dia, baby tidur dengan wan dia. abe tido dgn adib. tak kisahlah asalkan baby tak meragam. abe tak suka berpisah lama-lama, rasa tak lengkap hidup... hahaha itu lah ragam org berkelamn ni ye tak???

Wednesday, May 9, 2012

Budak-budak punya hal...

Semalam terjadi dua peristiwa yang memang mencabar kesabaran abe; pertama abe dengar ada budak merokok dengan selambanya di kantin, lepas tu ada pulak 4-5 orang budak keluar sekolah dengan motor dengan selambanya selepas waktu rehat. dua perkara ni memang mengganggu otak abe. Sampai sedar dari tidur pagi tadi pun abe masih memikirkannya. dalam ahti abe bertekad nak ambil tindakan terhadap budak2 ni. Abe nak lempang, ambik kunci motor dan rotan. Itu kalau tak ada cikgu lain ambil tindakan. Pagi tadi lepas selesai perhimpunan, tak ada cikgu2 yang panggil budak2 ni, so abe panggil la, tapi tak ada yang keluar ke depan. So, abe pegi pelempang budak2 yang dah di kenal pasti. Abe mintak kunci motor, tapi sorang saja yang bawak motor. Abe ingat tak nak tanya apa2 dah, terus rotan aje, tapi dalam nak merotan tu bersoal-jawab, marah abe pun kendur (kesian pun ada), pandai budak2 ni mengayat. dapat rotan seorang saja dan yang lain abe bagi amaran. Cikgu2 yang brutal kat sekolah abe ni dah tak ada, tu yang budak2 naik mua, nak menguji cikgu, sikit2 boleh la, tapi ni dah melampau, buat macam sekolah tak ada undang2. Yang merokok tu abe nampak dia macam cakap benar dan abe buat kesimpulan budak yang tgk dia merokok tu mungkin salah pandang kot, tapi tak apa, amaran, dengar lagi abe sebat betul2... hehehehe...

Sunday, May 6, 2012

sebutir lagi

Alhamdulillah, sebutir lagi batu karang yang bertapa dalam buah pinggang abe ni keluar pagi tadi. rasanya yang ini paling besar berbanding yang sebelumnya. ini kali keempat batu keluar sendiri. semalam abe rasa sakit masa jalan2 di pesta buku. rasa tak selesa tapi dapat juga pusing2 pesta buku wp tak selesa . sian nurin x dpt nak enjoy sgt kat pesta buku tu, lepas tu pulak masa nak balik asrama boleh tersesat sampai setapak. sampai di asrama dia dah 6.15 ptg gitu. abe pun hairan jgk, cepat benar baru ni jd besar. masa abe masuk wad di kpj baru2 ni, bila discan batu ni masih kecil, hampir x nampak. abe gi scan di hospital kp 2 minggu lps pun doktor x jumpa apa2, kelmarin pun abe gi checkup di hospital kp pun ok aje.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...