Showing posts with label My Friends. Show all posts
Showing posts with label My Friends. Show all posts

Monday, June 6, 2011

Memori Kawan-kawan Lama

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

alhamdulillah, Abe balik cuti kelate kali ni berpeluang jumpa teman-teman masa sekolah menengah dulu. Ada sesetengah tu dah tak pernah jumpa sejak habis sekolah tahun 1987. Ada yang abe langsung dah tak ingat siapa orangnya dan ada yang abe ingat nama tapi dah tak cam orangnya. kepada kawan-kawan yang abe tak ingat tu mohon maaf banyak. Bila dah tengok gambar2 lama abe mula la ingat sikit-sikit. Mereka ni sebenarnya dah lama dan dah banyak kali buat perjumpaan dan abe pun baru join mereka ni.


perjumpaan pada 3 Jun 2011 lalu

Kelas Tingkatan 2X1 tahun 1984



semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Saturday, June 4, 2011

Panasnyaaa...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Dah dua hari abe berada di kampung halaman dan cuacanya masyallah panasnya tak boleh tahan. Boleh dikatakan sepanjang masa abe asyik berpeluh satu badan walaupun kipas berputar ligat. Disebabkan cuaca panas juga abe rasa senang sangat mata nak lelap, pantang letak kepala atas bantal, mesti lelap punya. Walaupun mata lelap tapi berpeluh satu badan, habis basah bantal. 

Hari ni abe berpeluang jumpa dengan rakan-rakan sekolah dulu. Kami buat jamuan kecil kat rumah salah seorang dari kami. Ada sesetengahnya sudah berbelas tahun tak jumpa. Ada sesetengahnya pula abe tak ingat dan tak kenal langsung. Tak hairanlah pasal abe ni bukan yang berkawan sangat. Di sini abe dapat tengok betapa hubungan tetap erat walaupun dah berbelas tahun. Kami juga bercadang nak tubuhkan koperasi yang ahlinya terdiri dari kita semua. insyaallah berjaya.


semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Monday, May 9, 2011

rakan duet 17 tahun lalu..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam semasa abe sedang menolong-nolong masak-masak kat rumah orang kenduri di selaru, abe dapat panggilan telefon dari cikgu Jidin, iaitu coursemate abe masa kat upm dulu. Dia kata dia ada kat pilah. Abe apa lagi terus ajak jumpa. tak lama lepas tu dia call lagi kata dia dah ada kat matrikulasi. Abe apa lagi terus start motor terus cabut ingat nak tunggu kat bus stop biru tu, tapi masa lalu kat jalan bengkak-bengkok selepas selaru, abe selesih dengan dia. Dia pun bila nampak abe, terus berentikan kereta dia dan abe pun terus berentikan cagiva abe dan abe terus ajak dia ikut abe balik rumah. Bila dah berborak, terselak baliklah lembaran-lembaran kenangan lama, kisah kawan2 terutama kisah nyanyian dalam bilik air di KK2 dulu Itu dah hampir 17 tahun. Tak sangka dapat jumpa lagi Cikgu Jidin ni.



semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

Monday, February 14, 2011

Pasal Reunion..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nampaknya abe tak dapat la nak join reunion dengan kawan2 abe masa sekolah menengah dulu. Reunion ni dah dirancang hampir 2 bulan dah. Masa tu abe mmg komited nak hadir tapi tak berani nak confirm, tapi nampak gayanya tak dapat abe join psl cuti sekolah nnt wife abe kena ngajar pulak. Melampau jugaklah kalau abe balik kb sorang-sorang. Yalah bukan senang jugak nak kumpulkan ramai2 pada satu masa lebih2 lagi sekarang ni masing2 terikat dengan komitmen sendiri. Tapi kwn2 pulak janganlah ingat sesiapa yg tak dapat join reunion tu anti sosial pulak atau kera sumbang, jangan pulak pandang serong dan anggap mcm2. Jangan pulak reunion ni jd sebab nak bergaduh pulak. Yang dapat join tu oklah, yg tak dapat ikut mungkin next time boleh join dan yg dapat join skrg belum tentu dapat join next time..

Dan abe rasa nak buat reunion ni x payahlah nak grand sangat. Tak payahlah  buat kat hotel2 besar, kedai mamak pun jadi. tak semua kawan2 kita berjaya mcm kita, ada yang bisnes psr mlm, kerani, potong getah pun ada. matlamat asal jgn menyimpang.

Monday, December 27, 2010

Kunjungan ke Puncak Alam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Akhirnya semalam tercapai jugak hajat abe nak jumpa sahabat lama yang dah lama tak jumpa sejak masing2 posting lepas habis belajar kat upm kira2 16 tahun dulu. memang abe dah lama merancang nak gi rumah dia sejak mula2 'terjumpa' dia kat facebook pada awal tahun ni. Sebelum tu pun banyak kali jugak merancang nak jumpa tapi dek banyak kekangan masing2, baru ni berpeluang jumpa. Alhamdulillah perangai masih sama cuma bentuk fizikal masing2 dah berubah sikit.

selamat datang, kau bawak petai ke di??

jumpa jugak kita akhirnya..

nilah dia..

teman kami sepanjang hayat..

anak-anak....dah membiak dah...

buat team futsall boleh la..

dah nak balik...

Lepas balik dari rumah musa, kami check-in di Royal Bintang dan kemudian ke jusco untuk dinner dan lansung tengok wayang Gulliver's Travel. Balik bilik jam 12.30. Terus tumbang..

Monday, August 9, 2010

Perjumpaan Kawan2 PBMP

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam seperti yang dirancangkan, perjumpaan dgn kawan2 abe masa kat UPM dulu telah terlaksana. Kawan2 yang janji nak datang mmg dorang datang walaupun lewat sikit. Terkilan jugak pasal masa 2 jam rasa sekejap saja. Walau bagaimanapun, rasa seronok pasal dah lama sangat tak jumpa; 16 tahun sejak bergraduat dulu. Memang masing2 dah berubah tapi berubah dari fizikal je la bukan orangnya. yang paling awal sampai ialah shamsul, lepas tu yati, then abe, faizah, norzai, suria, liza dan hasziyati.

Kwn2 sama2 PBMP UPM dulu. Kiri: norzai, hasziyati,
wafa, faizah, suria aida, liza, shamsul, yati dan suhaidi

Friday, July 9, 2010

Mini Gathering PBMP 2010..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wah, dah agak lama jugak abe tak menulis kat blog nih. Sibuk tu tak la, ambik masa jugak untuk tempoh rehat lepas balik umrah itu hari.  Sejak balik itu hari, tak ada hari yg betul2 abe boleh relax, tiap2 minggu ada je aktiviti. Minggu pertama ada jamuan hari guru di Seremban dan minggu kedua ada gotong royong kubur.

Dalam seminggu dua ni, abe ada kontek beberapa orang kawan masa kat UPM dulu untuk buat perjumpaan kecil-kecilan. Alhamdulillah, semuanya memberikan respon yang positif. Dah tetapkan tarikh jumpa pada 7 Ogos 2010 di Royale Bintang Seremban. Harap kawan2 yg lain dapat join. InsyaAllah.

Tuesday, May 25, 2010

Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah majlis bacaan yassin dan doa selamat dah selesai hari ahad lepas. Ramai jugak kawan2 abe yg datang walaupun ramai lagi yang tak datang...hehehe..tak apalah, tak kisah yg penting ikhlas. Yang abe terkilan ialah lauk pulak tak cukup, sedangkan nasik banyak lagi. Adalah 2-3 orang tak dapat makan, cuma makan kuih-muih je... walaupun gitu masa lauk habis tu, waktu pon dah petang sgt dah, dah lebih pukul lima.


Sempena dgn majlis ni jugak, mak abe dari kelate pon turun seremban hari sabtu tu, abang abe kat seremban gi jemput dia. Belah ptg abe gi ambik dia. Abang2 ipar abe pon ada balik ngan family masing2. Gegak gempita jugaklah dengan gelak ketawa dorang sesekali bertemu.

Abe ingin ucapkan terima kasih kepada semua kawan2 abe yang sudi datang jauh2 seperti cg nasir & family, cg fadzillah & family, ustaz shahyar, ustaz fairuz, cg shima, cg siti salina dan suami, cg rozana & cg amir, cg hairuddin & family, cg ros saifulizam & family, cg hairul, cg rusli, ustazah hasmaliza & family...

bacaan Yassin dan doa selamat


jamuan makan

kwn2 yang hadir


kwn2 dari pasoh


boss kita


abang rosli dan keluarga


kwn2 pasoh

kwn2 sekampong

kwn2 pasoh

ustaz pon ada

Monday, February 1, 2010

Ucapan Terima Kasih

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Di sini abe nak ucapkan terima kasih kepada semua yang ambik berat pasal abe semasa abe terlantar kat KPJ hari tu: (appearing order)

1. Wife abe yang sentiasa berada di sisi abe, anak-anak abe, walaupon tak faham sangat, tetapi nampak mcm faham.

2. Mentua abe yang mengurut sakit abe pada malam abe kena dan andak yang jauh2 datang KPJ.

3. Dr Yoong yang telah merawat abe dulu, kini dan maybe akan datang...

4. Bang Chek dan Kak Jun yang sanggup datang tengah2 malam tengok abe di KPJ bila dapat tahu abe kat situ. Tima kasih bagi pinjam baju dan tuala.
5. Mak abe, kak Jarah, Kak Som, abg leh, Eni, Madi, Mat Him ngan wife, abg rosli dan kak midah yang sanggup datang melawat walaupon dah tengah malam. Abe tau mak abe nak temankan abe malam2 tapi abe rasa elok mak balik pasal kalau teman pon abe tido je sampai pagi. Abe mampu lagi uruskan diri abe. Tima kasih mak.
6. Uda, kak su dan anak2 dorang: Yaya, Jija, Sya dan Emil. susah2 datang dari jauh tengok abe..

7. Angah dan kak ngah pon dari jauh tengok abe. (p/s: Ngah, tima kasih RM50/- tu ye...)

8. Ka teh, abg norman, kak lang dan bang lang yang berkirim salam dan bertanya khabar dari jauh, thanks.

9. Nasbi, Hairul, Yussaini dan Cg Norma yang sms tanya khabar.

10. Kawan2 surau yang datang melawat kat rumah tadi: Bang Mi, Abg Zarin, Abg Bakar, Abg Jali, Abg Ali dan anak, Datok Baharin dan isteri, Rafi, Suman dan anak, Bang Lang, Adik dan Ayie.

Tuesday, January 5, 2010

BacK To sChoOL

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni abe mula kerja. First thing abe buat bila sampai sekolah ialah abe cari jadual waktu, kot2 abe kena masuk kelas 1st period. Tapi alhamdulillah, mase abe lepas rehat. So abe join kawan2 gi minum kat warung bawah. Sekolah abe ada dua orang cikgu baru, sorang pompuan (cikgu sains) dan sorang ustaz. Lepas tu dua orang cikgu sandaran tahun lepas pon dah ada semula. Masa abe hari ni 2 period je tapi abe tak ngajar pon psl tak ready apa pon lagi, cuma abe bagi briefing sesikit kat bebudak tu. Abe dtg sekolah hari ni konon nak pulang paku buah keras, tapi tak jadi pulak. Rasanya everything is going to be fine. Forget the past.

Masa breakfast kat warung bawah cikgu jamal pulak hulur kat abe rm500, bayaran water filter bio aura yang dia ambik ngan abe sebelum cuti tahun lepas. Terus abe terbayang hp blueberry yang abe nak ambik tu. Pasal water filter bio aura ni nnt abe cerita lain kali. Sad story...huhuhu. Ingat masa balik abe nak singgah kat pilah tgk hp tu dan terus angkat je, tapi fikir punya fikir, abe nak selesaikan credit card abe dululah, nnt kalau ada rezeki lebih nnt, abe angkatlah hp tu. Its not necessary yet. Lepas tu abe cubalah kenen2 waterfilter tu kat cg ali pulak. Agaknya dah nak jadi rezeki abe, dia pon sanggup ambik. So, kalau diikutkan, tinggal lagi 1 unit lagi water filter.

Balik rumah abe sambung projek abe masak buah jering. Abe siap call mak abe kat KB tanya mcm mana masak jering nih. Sonang je, rebus sampai empuk, pastu masukkan sikit abu nak bagi dia kaler perang, tapi mana abe nak cari abu?? Kelapa parut buah penyecah dia mungkin ada kot dalam fridge. Tengok nanti.

Abe nih kalu menulis kat blog abe nih mcm tak nak berenti. Hari ni sume family abe gi sekolah kecuali anak sulung abe tu si nurin aka shushima tu. Dia tengah menganggur sekarang nih...tak lah, dia mula sekolah 11/1 nih. So seminggu ni dia lepak rumah jelah. Hari ni saje abe tinggalkan laptop dan broadband kat rumah supaya dia tak boring sangat. Rupanya dia jugak ada masak breakfast, iaitu cokodok bilis. Ade lagi bawah saji, abe tak rasa lagi, nampak pucat je. Yelah dia pon baru nak cuba2, biasala...

Hari jumaat lepas abe ade topup prepaid abe. Pastu celcom bagi bonus rm9. Bonus ni akan luput lepas 7 hari bila tak pakai. So, sekarang nih abe tengah bertungkus-lumus nak menghabiskan kredit RM9 tu. Abe pon tak tau nak call sape lagi. Yang abe call sekarang nih sumenya list 15pax abe, jadi caj tak banyak. Tinggal lagi 2 hari.

Abe: Ada credit susah, tak de pon susah...

Wednesday, December 2, 2009

Cuti kat Kelantan (4th Post)

my view point of..

Hari ke-6
Hari ni rancang nak gi KB cari barang yang kawan kirim. Sebelah pagi hujan lebat tak berhenti2 sampai air naik depan tangga dan hampir menjejaskan perancangan hari ni. Tapi dalam pukul 3 petang tadi aku ajak wife aku keluar jugak temankan. Anak2 tinggal kat rumah. Mcm biasa jem kat traffic light dekat 1/2 jam. Terus gi Pasar Siti Khadijah n naik kat tempat jual barang2 perak. Barang yang Suli pesan tu ialah tepak sirih, dulang tembaga dan set renjis air mawar utk kahwin dia nnt. Semua barang ada kecuali dulang je tak de. So aku bayar dululah dalam rm500. Short duit aku nak byr keta bulan nih, tapi tak apalah, nnt claim balik. Pastu kitorang ambik peluang pusing kejap kat pasar tu cari apa yang patut. Beli makanan kering mcm keropok utk bwk balik Pilah hari Jumaat nnt.

Tuesday, November 10, 2009

Ambik gambar..

Hari ni pagi2 lagi cg2 berbaris ambik gambar. Patutnya semalam tapi pospon pasal cg2 bertaburan, tak dapat nak kumpulkan sama2...hari ni lepas assembly, terus pegang cg2 ambik gambar dan nilah dia ghomannya...


Depan: rosman, suhaidi, nasbi, misliah, hamidon, shimah, ajura, kak yati, maznita. Tengah: hasmaliza, azizah, aida, ezura, bedah, yuslida, fazilah, kak normah, liza. Belakang: saiful, zul, nasir, ashraf, hairul, rusli, jamal, yussaini, ali.

Saturday, November 7, 2009

Result PTK..

Result PTK yang aku ambik bulan 8 baru ni dah keluar...stil band 3/3 macam dulu jugaaak, tapi kali ni dorang pakai abjad pulak B/B...sama latu. dah 3 kali ambik tu la jugak result dia....rasa macam nak give-up pon ada...ada satu chance lagi.. kalau tak kena tunggu time base je la... lama lagi tu...

Baru2 ni berlaku perubahan dalam perjawtan psl ramai dah naik pangkat pindah.. member aku cg razali sblm ni PK koko dah naik jadi pk hem pulak, cg elmy dr ketua bidang dah naik jd pk koko, mcm tu jgk cg masri dah jd pk koko jgk. Aku nak kata jeles tu jeles juga tapi rasa gembira jgk utk dorang. tapi bila kenang balik pasal diri sendiri, aku dok mcm nih jugak, rasa dah dekat 7-8 tahun aku jd ketua bidang nih, tak kemana2 lagi still di sekolah yg sama, rs terkilan pon ada. Aku rasa aku antara yg awal dpt DG44 nih n dpt pgg ketua bidang, dulu rasa jgk kembang lubang hidung psl org lain yg lg senior tak dpt lg DG44, antara org yg untung, tapi sekarang ni DG44 dah melambak2 dan ada yang lebih junior dr aku dah dapat DG44 P2 lagi tuh... Dulu dorang target aku tak lama akan dilantik jd PK, tunggu punya tunggu x de pon, dok mcm tu jgk sampai la ni.. Rasa dok kat pasoh ni mcm org x peduli pon. Rasa tak ade lagi cg2 kat pasoh ni dinaikkan pangkat n bertugas di sekolah lain. Kalau cg dari sekolah lain dtg sini naik pangkat adalah.. Aku rasa makin lama kat sini mcm tunggul kayu pulak...lama-lama reput pulak...

Saturday, October 24, 2009

Family Day at Tiara

Hari ni the pasohan buat family day kat Tiara beach resort pd. Start jam 11 pagi kat Bt 4 pasal chech in jam 3, aku x ikut sesi pagi ni psl g sban buat urusn bayar kredit card n car payment. Then sampai tiara pukul 3 terus check in. Lepas solat asar terus g berendam sampai jam 7. Malam ada dinner, penyampaian hadiah n cabutan bertuah.

Nurin x ikut pasal dia ada camping ibadah kat sekolah dari jumaat tuhari lagi sampai esok. Kitorang pon esok gak habis. Lusa igt nak g seri menanti tgk pertabalan Yamtuan.

Wednesday, October 21, 2009

Rasa frust la jugak..

Mana taknya. rasa2nya aku kongsi everything dgn dia. 99% rasanya,dia tak tanya, sukarela aku bagitau. tapi bila tanya dia tak ngaku. alih-alih mmg ya. tanya ngapa tak ngaku, dia jawab dia tak penah kata tak pon... yala salah aku latu. aku ingat kitorang rapat. aku tak kisah la dia tak bagi tau pon, tapi at least apa salahnya mengaku kalau aku tanya utk dpt kepastian....tah lah. kalau dah rezeki apa salahnya bagitau, nitak, meniya tidak, nafi pon tak, mcm nak tak nak je..aku mmg rasa frust sangat. cara ckp pon mcm meninggi diri, mcm dia je ada, org lain pon ada jugak tak yah la nak menunjuk2...best friend ke cam tu??

Wednesday, October 14, 2009

Meja dah sampai

Hari sabtu lepas gi jalan2 semban, dah tu singgah kedai perabot, mmg rancang nak beli set meja makan, set ruang tamu n set bilik tido. dan dalam persinggahan tersebut....hehehe.... kami terbelilah almari sudut, cermin dinding, almari ruang tamu, set sofa dan meja makan. Semalam (13/10) set meja makan sampai, punyalah berat, tak terangkat, terpaksa mintak tolong kwn2 kat surau datang angkat. Meja makan bulat dengan tempat duduk 8 orang. Marmar you...tapi harganya mahal la..terkilan jugak..mahal sgt...Rm2780.. fuh.. tapi dah terbeli..apa nak buat...nampaknya kat situ la letaknya meja tuh, dah takkan ke mana2 dah..berat nak mampus..

Thursday, October 8, 2009

Avanza 100,000km mileage


Wah...smlm dah anta keta avanza aku untu servis 100,000 km n ptg tu jugak meternya dah capai 100,000 km. Itu dah 4 tahun since beli pada 2005. 3 tahun lagi bayar. Semalam pon wife aku anta spectra g servis 60,000km kat seremban. habis jugak rm500 utk spectra dan avanza dlm rm250. Tu sume 750...fuh..
Hari selasa lepas, masa kat sekolah dpt msg yg ayah cg nasbi meninggal kat kampung dia di temerloh, mulanya rs tak dpt nak pegi psl jauh sgt. pas tu tgh hari dah berubag fikiran, ajak Hashim gi n mintak kebenaran kak mis. dalam 12 tghari kitorang bertolak la g temerloh. Bila sampai, jenazah dah selamat dikebumi, tgh baca doa. Tu la fikir2 tak do sorang yg pegi, dalam berat2 nak pegi, aku volunteer la wakil kawan2 lain. Dalam pada tu aku mintaklah hashim tunjukkan rumah ustaz khairuddin kat situ yg dorang ckp cantik, tapi mmg cantik la...hehehe...sapai umah dalam 5.30, pas tu ikut kwn2 jemaah surau g ziarah ahli jemaah yg accident terlanggar lembu...kira mcm g beraya jgakla..penat tol la hari tu...esoknya lak mula jg exam PMR kat SMJK Chung Hua.. Firsr day ok lagi, tapi 2nd day, hari ni, dorang mula tunjuk belang...kalau dilayan sakit hati... Sibuk punya pasal, hari ni baru ada can bukak laptop n internet...

Tuesday, November 4, 2008

SMK Pasoh 2 buat hi-tea...

Huhuhu...buat sekian kalinya cikgu2 pasoh buat jamuan akhir tahun.. dah bertahun rasanya tak buat jamuan kat luar...kast time kat allson klana seremban, pas tu dok buat dalam sekolah je..
kitorang makan2 biasa2 je...pas tu buat cabutan bertuah...aku mmg tak de tuah... tak sangkut apa pon...
Pas makan kitorang main bowling...huhuhu...buruk nau cikgu2 ngan ustazah sekali main bowling. wawawah... sonoh gak main bowling ni ek?? tak penah seumor hidup main, tapi aku dapat srike 2 kali la...masuk longkang tu tak yah cakap la...tapi group aku dapat highest mark tau...sonok la...tak berat sangat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...