Sunday, March 28, 2010

Muntah2 dan Ceret-beret..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam berlangsunglah sukan sekolah abe yang kali tah ke berapa. Abe bertugas sbg pengurus peserta. Habis je kerja abe, abe terus balik, tak tunggu makan lagi dah. Abe makan kat rumah je. Wife abe masak boleh tahan juga. Sotong masak kari dan goreng salad. Petang tu dalam pukul 4, kitorang gi seremban psl nak settlekan credit kard dan ansuran kereta. On the way, perut abe macam meragam, abe rasa loya dan pening. Lepas selesai semua, abe gi masjid negeri, psl tak sedap perut. yang keluar cuma air je. Abe ajak wife abe balik je, pasal tak sedap badan. Tak sempat lagi nak jalan2 window shopping mcm biasa. Bila sampai rumah, abe muntah. Semua yang abe makan tengahari tadi semua keluar. Abe pon tak tahu apa yg tak kena. tapi abe rasa psl abe makan janggut sotong yang lebih makan tengahari tu, saja ratah2.. entahlah.. alhamdulillah, ni dah ok...

Wednesday, March 24, 2010

Happy 40th!!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Maka, hari ini abe dah masuk umor 40 tahun. Abe anggap umor 40 ni dah masuk fasa 'orang tua'. Walau apa istilah orang pakai macam 'life begin at 40' atau '40 is just a number', itu semua nak menyedapkan hati atau nak menafikan mereka tu dah tua.

Agaknya berapa lama lagi abe boleh hidup?? Average umor lelaki kat malaysia ni adalah sekitar 65-70 tahun, so abe kalau tak ada aral melintang (hehehe), abe boleh hidup lagi 25-30 tahun lagi. Tak lama lagi tu. Pejam-celik-pejam celik je tu.

Pada umor 40 ni apalah yang abe dah buat??

wife, of course la satu je..
-guru, masih lagi gkb
-anak dah 3
-ada rumah (wife abe punya)
- kereta 2 buah, moto sebuah

apa lagi nak buat dan yang belum terbuat??
-amalan dah cukup ke??
-bila nak gi haji?? umrah ke??

apa-apa pon...

happy birthday to my self...


Tuesday, March 23, 2010

facebook punya penangan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

dah agak lama abe tak update blog abe nih (alaa.. baru 3 hari). asyik dok bukak facebook je, sampai tak sempat nak update. sekolah pon dah dibukak semula. nurin pon dah balik semula ke ssp. abe pon tak taulah apa tak kena dengan abe, sejak akhir2 ni badan selalu sangat tak sihat sejak kena batu karang kali kedua nih. hari ni abe mc, ingat hari ni je, tengok2 dpt dua hari sampai esok. elok jugak tu, wp abe nampak sihat, tapi abe tak mampu rasanya nak bertugas, kepala pening, dada rasa berat dan sesak nafas. terima kasih buat wife abe, sanggup temankan abe gi klinik hari ni, last2 dia pon tak gi office.

dua tiga hari ni jugak abe dok main facebook, tapi bukanlah abe dok main farmville sume tu. alhamdulillah, abe dapat jumpa balik member2 lama abe terutama member2 masa kat upm dulu. cumanya abe belum lagi dpt carik kwn2 masa sekolah dulu...

Saturday, March 20, 2010

Mandi kolam lagi..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi semalam, selepas breakfast, kitorang terus gi berendam lagi kat slimming pull. Sonok jugak dapat mandi sama2 dengan anak-beranak. Yang paling seronoknya, hanya kitorang je yang mandi kat kolam sebelah kanan ni, guests lain sume mandi kolam sebelah kiri dan tengah, tak tau kenapa, tapi best la gitu. Lepas tu kitorang gi shopping jap dekat Pahlawan Mall sebelah hotel je. Then kitorang balik hotel bersiap2 untuuk check-out. Dalam perjalanan pulang singgah kat jusco air keroh, lunch dan shopping lagi. Kat sini akhirnya adib berjaya juga memiliki crash b-daman impian dia. Kesian abe dan wife tengok dia. Bila dah dapat tu bukan main gembira dia. Bukan tak nak beli tapi harga dia umang ai, mahal...RM43.90 kau..

Thursday, March 18, 2010

Still kat Melaka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Abe rasa ralat la sikit holiday abe kat melaka hari ni pasal abe sekeluarga dah terkena dengan abang beca yang bawak ronda bandar hilir ni. Pagi tadi lepas breakfast, abe ingat nak ronda2 banda hilir ni dengan jalan kaki je, tapi bila abang beca offer ronda2 ronda2 bandar hilir ni dengan rm15, abe pon kira oklah, lagi pon baby dak merengek2 nak naik beca. Kitorang ambik 2 beca.

Dalam masa naik beca ni, abang beca tu sibuk dok terangkan kat abe sepanjang perjalanan, macam dia tu pemandu pelancong pulak. Lepas tu dia dengan senang hatinya memberi peluang kat kitorang singgah kat mana2. Heran jugak, sanggup dorang tunggu lama2 untuk rm15.00. Lepas tengok gerai2 souvenier kat bangunan stardust, gi pulak naik pergola susuri sungai melaka,gi museum samudra, pas tu dorang bwk kitorang ke restoran asam pedas. Masa nak bayar tambang, abe pon rasa kesian jugak kat dorang, lama2 tunggu, kayuh beca penat2, abe nak bagi je rm40, lebih rm10, konon kesian, tapi dorang mintak rm200, alasan dah lebih masa 4 jam. Terkejut dan tergamam jugak tapi abe ngan wife malas nak argue terus je bayar. Tu lah ceritanya. Rupa2nya dorang saja lengah2 kan masa, soh kitorang gi situ sini, rupa2nya nak pau kitorang.

Abe yang bab bayaran tak kisah sangat, tapi kenapa tak cakap awal2. Patutlah abe nampak dorang ni muda2 lagi sanggup jadi abang beca, macam ni caranya. Abe rasa dorang boleh dapat rm200-rm300 sehari kalau macam ni cara dia. Tak salah tapi abe rasa pelanggan kena dimaklumkan dulu tentang bayaran tu, tu dah dikira memperdayakan orang. Nasib baik wife abe ada duit banyak (ehem..ehem..) kalau tak tak tau la..

adib dengan crash b-daman terbarunya..

kat atas gondola sungai melaka

ni la 'limosine' yg bwk kitorang ronda2..

muzium samudra...



Hotel Equatorial Melaka: Room 1606: 3D2N

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kalau tak silap, ini kali ketiga kitorang menginap kat hotel ni. Masa ada nurin, lepas tu adib, kemudian nafisah. Rate boleh tahan, selesa dan dekat dgn pusat bandar.

17/3/2010:
1.30pm     :   Check-in.


macam tajuk cerita VCD pulak..

kat dalam..

pemandangan luar..


2.00pm     :   Take away McDonalds kat sebelah hotel.
5.00pm     :   Mandi kolam.


berendam ramai2 kat 'slimming pull'

all for girls..


sejuuuk...


8.00pm     :   Pergi makan ikan bakar kat umbai.

sorry ye, dah habis..

tinggal kepala je..

Tuesday, March 16, 2010

Servis 110,000km

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Haha.. hari ni abe bwk adib dan amni gi breakfast kat medan selera pilah. Nurin ikut wife abe gi iprm. Lepas bfast abe gi maybank nak settle psl statement kad ikhwan soh bayar rm100 sedangkan abe tak pakai. Tak dapat settle jugak , dorang suruh call. Abe call tapi dorang suruh fax pulak. Menyusahkan, membazir masa, wang ringgit. Kad tu abe tak apply, suka hati dorang hantar, pastu soh bayar annual.
Sebelah petang abe gi servis avanza. Mula booking jam 1, tapi wife abe tak sempat sampai, dia nak ikut. Mula hangin jugak, nak gi servis pon nak ikut. Abe call servis centre soh pospon pukul 2. Sampai bahau dalam jam 2 lebih2 gitu. Tapi sampai pukul 4, kereta abe tak berusik lagi. Nak dekat 4.30 barulah dorang buat. tak sampai 15 minit dah siap. Kenalah dalam 198.++. Abe ingat lepas ni abe nak gi servis kat seremban jelah. Kat sana kena tunggu jugak, tapi at least kat seremban banyak mekanik. Kat bahau ni 2-3 orang je nak kerjakan berpuluh buah kereta. Sakit hati je..

Jalan-jalan buat penat badan..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam abe gi seremban uruskan abe dan wife abe punya income tax. Orang boleh tahan ramai, tapi urusan abe tak lama, cuma nak reset password e-filling je dan wife abe pun sama.

Lepas tu kitorang pakat2 naik komuter saja jalan2 ke midvalley. Punyalah penat, boring dan lama nak menyampaikan ke midvalley, abe dan anak2 terlelap2. Bila jaga tak sampai2 lagi. Tenaga dan mood habis kat naik komuter je. tapi enjoy jugaklah. Masa pegi mmglah tak bersesak, tapi bila balik bersesak mcm dalam tin sardin. Abe rasa kebanyakan penumpang adalah student upm dan ukm, bila dah lepas dua2 transit tu, barulah abe anak beranak boleh duduk. Abe rasa yang bersesak sangat psl kebanyakkan dorang berlonggok kat pintu komuter tu. Bila tren berenti, yang nak masuk tak sabar2 nak masuk, yang nak keluar lagi satu hal. Nasib baik tren ada aircond, kalau tak rasanya ada yang pengsan terutamanya budak2.

Saturday, March 13, 2010

Result SPM

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari khamis lepas abe gi ambik result spm kat ppd. Berdebar tu ada jugak. Bila dah tengok result sekolah abe, rasa frust jugak pasal gps sekolah jatuh byk jugak, sedangkan sekolah2 lain boleh dikatakan meningkat. Student terbaik sekolah abe cuma dapat 4a je. Kelas yang abe ajar bm tahun lepas cuma 3-4 orang je lulus bm, yang lain lingkup. Mana taknya ada antaranya tak tau membaca, apatah lagi menulis. Kerja yang dibagi tak pernah hantar apatah lagi siap. Abe tak kata abe ni bagus, tapi rasanya abe dah jalankan tanggung jawab abe sebaiknya, selebihnya terpulanglah pada mereka. Kalau abe ada kuasa magik tu lainlah...

Friday, March 12, 2010

Cuti lagi seminggu..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ari ni start cuti 1st mid term. Nurin pon dah ada rumah, abe dengan wife jemput dia tengah hari tadi. Macam-macam benda dah plan dalam kepala sepanjang cuti nih... wait n see...

fyi: abe dah pakat ngan wife abe, cuti ni kitorang x balik kelate. Banyak benda nak buat cuti ni: servis avanza, settle income tax, buat pasport, jalan2, etc...hehehe..

Wednesday, March 10, 2010

Cuti lagi..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Abe sebenarnya dalam dilema nih, 2-3 hari lagi cuti sekolah, abe tak tahu lagi nak balik kelate ke tidak. Peluang tu ada kalau nak balik. Tapi kalau abe tak balik, bila pulak abe boleh balik, pasal cuti bulan 6 nanti abe ngan wife plan nak gi umrah. Itu dah sah tak dpt balik kelate lagi. Tapi pulak, kalau abe tak balik kelate cuti ni, banyak benda jugak boleh buat. Entahlah tgk dulu camana..

Saturday, March 6, 2010

Karnival Pendidikan dan Kerjaya

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Rupanya majlis hari ni bukanlah majlis anugerah kecemerlangan semata, tapi karnival pendidikan dan kerjaya bawah juara rakyat anjuran umno. Dorang buatlah sekali anugerah utk pelajar2 cemerlang dalam akademik. Patutnya MB yang datang tapi biasalah dia tak dapat hadir psl ada program lain, ganti dengan yb ismail lassim. Abe terkilan jugak gambar nurin yg abe ambik masa dia terima anugerah tu blur, tak jelas. Gambar kawan2 dia boleh pulak abe ambik jelas. Nilah padahnya digital camera, objek x leh bergerak masa shoot. Punyalah standby bukan main tapi  gambar kabur..

patutnya mb yg dtg, tapi biasalah...

ni fatin, elok je gambar eh..

ni nurin, blur la..

Lepas terima anugerah tu (sijil dan rm50), nurin terus balik ssp dengan fatin, mak dan ayah fatin hantarkan. Kitorang ucap terima kasihlah. Lepas lunch kat kfc, kitorang balik terus terbongkang pengsan tak sedar diri...

Friday, March 5, 2010

CT100

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Petang tadi abe gi alignment tayar spectra. Rupanya tayar dah haus sebelah, tu sebab dia bunyi macam bearing yang rosak. Abe soh dorang timbang, balancing dan alignment sekali, semua sekali rm89.00. Lepas tu abe singgah kedai motor yang abe booking motor tu. Tak disangka motor dah ada dan dah siap. Abe terus bayar dan terus bawak balik. Abe tukar dua-dua rim dan tayar asal dengan rimsport dan tayar racing....tu dia. Tambah lagi RM300.00. So semua sekali dalam RM4080 termasuk helmet sekali.

saya dapat moto..

tu helmet free, yang abe beli lain.

ni la budaknya yang tak menyempat nak merempit
dengan abe..

peace dan tanduk dari baby...

Lepas maghrib, abe rush gi seremban anak beranak psl nak ambik nurin kat petronas bukit putus. Tah macam mana pulak nurin boleh balik, mak kawan dia yang ambik dan kitorang janji nak ambik kat situ. Tapi besok pagi lepas acara tu, kena rush hantar dia ssp semula. Tu pon mak fatin yang hantar jugak..

Moto baru sampai??

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dah nak dekat seminggu abe tunggu call dari kedai motor kat pilah tu. Akhirnya kejap tadi abe dpt call, dia kata moto baru sampai. Aduhh..masa booking hari tu kata hari isnin moto boleh sampai. Lepas tu dia kata kalau sempat daftar kat jpj, petang karang dapat la ambik, kalau tak isnin nantilah. Abe pon cakap, "iyolah.."

Majlis Anugerah pelajar Cemerlang??

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi tadi wife abe tanya ada tak dpt call dari sk senaling. Rupanya ppd pilah ada majlis anugerah untuk pelajar cemerlang esok kat dewan bahaman. MB yang sampaikan hadiah. Jenuh lah wife abe call ke sana ke mari kemudian call pulak seri puteri nak bwk balik nurin supaya dia dpt ambik anugerah tu. Tapi wife abe ckp ssp tu byk prosedur kena buat. Abe fikir tak payah la, nnt penat nurin balik semata2 nak ambik anugerah tu, lagi pon next week dia ada test. Abe ingat dorang buat majlis tu tak kena masa, buat la minggu depan kan dah cuti sekolah. Ni nak raikan pelajar ke nak raikan mb??

Monday, March 1, 2010

Berat terkini: 85kg

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tadi abe timbang lagi kat sekolah dan berat abe kalau ikut timbangan tu 85kg. Sejak bertahun-tahun, abe tak pernah capai berat 85kg nih. Abe rasa makin bersemangat nak capai berat 70kg dalam masa 2 tahun. Abe rasa boleh capai target 80kg sampai hujung tahun ni.. Insyaallah..

Dah repair..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari tu wife abe tergesel spectra kat bahu jalan nak mengelakkan terkena kereta yang parking kat foyer iprm. pagi semalam abe spray je kasi hilang calar tu. Kira ok ajelah cumanya tak kilat je. tak kisahlah ni kereta abe, abe punya sukalah nak buat camana pon.


sebelum....

selepas....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...