Monday, December 27, 2010

Kunjungan ke Puncak Alam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Akhirnya semalam tercapai jugak hajat abe nak jumpa sahabat lama yang dah lama tak jumpa sejak masing2 posting lepas habis belajar kat upm kira2 16 tahun dulu. memang abe dah lama merancang nak gi rumah dia sejak mula2 'terjumpa' dia kat facebook pada awal tahun ni. Sebelum tu pun banyak kali jugak merancang nak jumpa tapi dek banyak kekangan masing2, baru ni berpeluang jumpa. Alhamdulillah perangai masih sama cuma bentuk fizikal masing2 dah berubah sikit.

selamat datang, kau bawak petai ke di??

jumpa jugak kita akhirnya..

nilah dia..

teman kami sepanjang hayat..

anak-anak....dah membiak dah...

buat team futsall boleh la..

dah nak balik...

Lepas balik dari rumah musa, kami check-in di Royal Bintang dan kemudian ke jusco untuk dinner dan lansung tengok wayang Gulliver's Travel. Balik bilik jam 12.30. Terus tumbang..

Friday, December 24, 2010

1st servis after 5 years!!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selepas 3 hari berusaha nak servis aircond avanza, maka akhirnya hari ni dapatlah abe hantar kereta ke kedai servis. Sejak selasa lepas lagi abe hantar tapi tak dapat pasal dah petang sangat. Nak hantar rabu tak boleh ada mesyuarat. Hari khamis abe hantar tapi kedai dah penuh kereta. Pagi tadi abe sampai kedai belum bukak, sampai je cina tu abe terus bagi kunci dan telefon wife abe soh datang ambik. Lama jugak nak siap tu, mau makan satu hari pasal kena bukak dashboard.


 tgh dok meraba cari batu sempadan..

Semalam acara cari sempadan tanah berlangsung. Dah agak petang jugak tapi matlamat tercapai. Menakjubkan jugak pasal pagar yang abe buat tempohari jauh sangat dari sempadan asal. Rasanya ada dalam 10-12 kaki.

Sempadan tanah nak kena cari pasal jiran abe nak pasang pagar rumah dia. Kongsi bayar dalam rm370.

Hari tu jiran abe ni mintak izin nak sambung aje dengan pagar abe, tapi wife dan mentua abe suruh dia buat ikut sempadan.

Iyalah bab tanah ni sensitif sikit lagipun esok2 senang.

                                                       


 

Thursday, December 23, 2010

Full settlement??

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dua tiga hari ni abe dok berkira2 nak buat full settlement utk kedua2 kereta abe tu. Pasal la ni abe kena bayar semuanya dekat rm2k, abe fikir kalau abe buat reloan, adalah lebihan sikit kot untuk abe buat duit poket. Abe pon dah mula kumpulkan pamplet personal loan dari beberapa buah bank dan bila abe bandingkan abe boleh dapat dalam rm400 sebulan. Tadi lepas bayar installment, abe panjat tingkat satu ambank dan mintak statement kalau abe buat full settlementent. Semuanya dalam 50k. Tapi lepas bincang2 dgn wife abe, abe kanselkan niat abe nak buat full settlement dan kanselkan juga nak buat loan kerana abe fikir kalau buat mcm tu kira mcm 'pi mai pi mai tang tu' jugak. Abe rasa baik abe bertahan mcm sekarang, bayar hampir 2k setiap bulan untuk setahun setengah dan lagi 1200 untuk setengah tahun lepas tu. Lagi pun gaji abe bertambah setiap tahu, dapatlah menampung sikit sebanyak. Memanglah dari dulu abe igt abe kena ikat perut sikit sampai langsai bayar dua2 kereta ni.



Sunday, December 19, 2010

Dah Beres!!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, abe dah habis menanda pada hari rabu lepas setelah struggle selama 3 hari. Sampai saja dari kelate hari ahad lepas, abe tgk ada lagi 130 lebih skrip belum bertanda. Penat drive selama 9 jam sejauh 580km bertambah. Esoknya abe pulun sungguh2 dari pagi sampai malam. Bukan apa, abe nak siapkan cepat psl byk lagi benda lain nak buat. Hal2 pengkeranian pun dah sttle, esok mesyuarat kedua dah tak byk lagi benda nak buat cuma cross checking lagi.

Malam sebelum abe balik kelate, abe kononnya gi main futsal dgn kwn2 masa sekolah dulu. Iyalah, mmg tak dapat disangkal lagi, abe ni memang kaki bangku. Banyak gol bolos dek penangan abe. Futsal malam tu membuktikan abe memang tak boleh dan tak tahu main bola. Jadi lain kali, abe tak akan join main mana2 game bola pun, kalu tak akan memalukan diri sendiri.

Hari ni abe keletihan jugaklah pasal dah tiga hari terlibat dgn kerja2 kenduri jiran2. Dari petang jumaat, sabtu petang dan pagi tadi. Balik je dari kenduri abe tido kejap. Wife abe pulak bersiap2 nak ke bangi pasal esok dia ada mesy marking stpm sampai hari selasa, dia bwk nurin bersama. So abe tinggal membujang 3 hari dua malam bersama dengan adib dan nafisah. Walau macam manapun esok sampai rabu abe pun ada mesy pelarasan markah. Lepas tu mb kitorang akan teruskan agenda cuti sekolah yg tinggal tak berapa hari lagi.

Saturday, December 11, 2010

Cuti di Kelate

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Agak lama jugak abe tak menulis kat blog ni. Banyak sebab jugak, antaranya abe agak sibuk jugak, mood nak menulis pun tarak selain line yang lembab mcm apa. Sekarang ni abe ada kat kelate. Abe sampai sini hari selasa lepas selesai mesyuarat tanda skrip pada isnin hari tu dan esok dah nak balik semula ke negori.

Sepanjang abe dok sini banyak jugak benda yang abe dapat buat. Macam biasalah abe mesti berwindow shopping kat tempat2 wajib macam tesco, kb mall pasar borong dll. Dalam masa yang sama abe sempat jugak menanda skrip jawapan, baru pagi tadi abe habiskan 65 skrip yang abe. Itu dah cukup baguslah dalam keadaan bercuti ni,,hehehe. Masa kat sini abe jugak sempat jumpa kawan2 masa sekolah menengah dulu. Dorang ajak sarapan pagi kat jamabatan salor makan nasi kerabu dan malam ni pulak konon nak main futsal. Sepatutnya abe balik hari ni, tapi kawan punya pasal, abe delay satu hari.

Tapi pagi ni abe agak risau jugak pasal mak abe pulak tak sihat hari ni. Dia kata pening2 dan subuh tadi muntah2. Ajak ke klinik dia tak nak. Tapi rasanya lepas ni nak jugak ajak dia gi klinik.

Sunday, November 28, 2010

Equatorial Melaka: Room 1324

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah lepas berada di melaka selama 3 hari 2 malam, abe dah sampai rumah semula semalam. Percutian kali ni tak rasa syok sangat, mungkin tempat ni dah selalu sangat dikunjungi atau pun mungkin jugak badan penat atau pun mungkin jugak poket tengah kosong....hehehe.

Tapi walaupun dah biasa bercuti kat Melaka, ada beberapa perkara baru yang abe sekeluarga lakukan iaitu menonton wayang yang kali kedua abe sekeluarga lakukan setelah 7 tahun tgk wayang buat kali terakhir. Yang sebelum ni dah tengok wayang lebih kurang seminggu lepas cerita Megamind di seremban dan kat melaka tu cerita Rapunzel. Dua2 best la jugak wp kategorinya masuk kategori budak2.

Nak mandi kolam pun rasa tak selesa mcm dulu, tapi mandi jugaklah menemankan anak2. Hahaha seluar yg abe gunakan untuk mandi kolam kena terbang dek angin di tingkat 13 masa abe sidai nak keringkan. Tah mana dia hinggap tu.

Kemudian masa nak balik, abe mintak tiket parking dr wife abe, rupa2nya itu buka tiket parking tapi tiket free broadband untuk stay kat situ. MasyaAllah, kalu abe tau, abe online je 24 jam. Download apa saja, tapi nak buat camana, tak tahu. Tak apalah next time....hehehe.


Sunday, November 21, 2010

Cuti dah mula..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selepas cuti raya korban 2 hari, sekolah dibuka semula pada hari jumaat, tapi hanya untuk sehari sahaja pasal keesokan harinya cuti sekolah bermula. Walau pun mcm tu, kehadiran murid tg5 agak memberangsangkan, mungkin dorang nak ada pada program 'restu ilmu', mintak maaf drp cikgu2, mintak halalkan ilmu dan mintak didoakan kejayaan mereka dlm spm. Bagi abe, itu semua tak timbul pasal dah jadi tanggung jawab cikgu2 menurunkan ilmu pengetahuan buat mereka dan sudah tentulah mendoakan kejayaan mereka dan insan mana tak cair hatinya kalau ada yang minta maaf, begitu jugak cikgu2, walaupun ada terasa hati, terguris perasaan dek telatah dan karenah murid2, tetap akan memaafkan mereka, macam ibubapa memaafkan anak2. Cumanya mungkin tak semua ilmu dan kemahiran dapat diturunkan kepada mereka, almaklum sajalah cikgu bukan perfect, cuma manusia biasa yang mencuba sedaya upaya memberikan yang terbaik.

Dan semalam, cuti hujung tahun dan penggal ke dua pun bermula. Kalau tengok planner abe, mcm bukan cuti pun jugak walaupun tempohnya agak panjang, lebih kurang 40 hari. Abe hanya sempat balik kelate cuma 4 hari aje. Kebanyakan hari cuti kena bertugas dan mesyuarat, tambahan pulak wife abe ada kelas lagi. Lagipun jadual kitorang tak sama, so mana2 ada masa free, time tu lah gunakan sebaiknya untuk bercuti.

Semalam, sebagai pengisian pertama cuti kali ni, kitorang pigi tgk upgrading talipinggang taekwando adib. lama jugak menunggu yg senior2 buat dulu, tambah pulak rasanya semua pusat latihan sekitar kuala pilah, jempol dan jelebu datang buat apgrading kat sini. Alhamdulillah, adib dpt buat dgn baik, nampak dia dapat ingat step tanpa ikut org lain. Yalah, tali pinggang putih cuma ingat gerakan tertentu aje. Sebelah petang, abe anak-beranak pergi menonton wayang filem Megamind. Filem pertama abe tgk kat pawagam selepas 7 tahun tak tengok wayang. Kali terakhir kalau tak silap tahun 2003, masa tu cerita Spiderman yang pertama. Lepas tu tak tengok2 sampai sekarang. Bukan apa, masa tak ada tapi yang utamanya anak abe takut nak tgk wayang psl bunyinya kuat sangat. Lama tak lama tak tengok wayang, masa beli tiket semalam, abe dan wife terkejut jugak masa nak bayat, semuanya RM80. Fuh!!..


Bisnes Online Terhebat!!
Ketahui Rahsianya..


Saturday, November 13, 2010

Toughest weekend!!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hadooiii... agaknya mmg dah faktor usia agaknya, mana taknya banyak perkara yang dah dirancang awal abe langsung tak ingat, kelam kabut jadinya. Rancang tu rancang jugak tapi main belasah je. Bila rancang abe tak fikir clash ke tak, kira sanggup je. Bayangkan banyak perkara yang memerlukan masa, tenaga dan komitmen datang serentak pada hujung minggu ni.

Wife abe pulak tah mcm mana nama dia pulak naik kena jadi ketua pengawas utk mtest hari ni, banyak kerja tu sedangkan dia dah rancang nak gi ambik nurin kat ssp cyberjaya hari semalam, tak dapatlah dia jemput psl kena uruskan soalan untuk exam tu. Terpaksalah abe ambik alih, itu tak ada masalah. Malam tadi pulak tiba2 yusaini sms abe suruh tunggu dekat bus stop kat jalan besar, nak gi konvoi esok pagi katanya. Abe pun terkejut, nak ke mana? Hari keluarga katanya. Astaghfirullah, baru abe ingat, sekolah abe ada buat family day kat melaka, tapi abe dah lupa tarih. Abe kenalah pegi jugak pasal bilik dah tempah, abe janji akan sampai sana sebelum dinner. Kemudian, hari ni pulak, selain wife abe jd pengawas (abe regret pasal tak dapat teman dia), jiran sebelah rumah ada pulak kenduri doa selamat dan dalam masa yang sama abe kena hantar adib ke kelas taekwando. Aduh, nak terkencing abe fikirkan mcm mana nak settlekan perkara yang datang serentak ni. Abe pegi kejap kenduri pagi tu, lepas lapah kambing abe balik dan hantar adib ke kelas taekwando kemudian pergi kenduri semula. Dalam masa sibuk berkenduri tu, datuk gompo pulak pesan kat abe esok jangan lupa jam 2.30 petang. Baru abe teringat, besok petang ada gotong royong bersihkan tanah perkuburan. Tarikh tu abe yang cadangkan. Astaghfirullah...lupa!! Kepala ligat fikir macam mana nak selesaikan benda ni semua. Nampak gayanya abe kat melaka nanti tak lama lah, pagi kenalah sampai rumah sebelum petang. Aduiih...sakit badan..


Monday, November 8, 2010

a few days more..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

alhamdulillah, abe dah selesai menanda skrip pmr semalam. Bukan abe nak cakap, tapi abe rasa enjoy menanda kali ni, cuma masa agak menekan psl byk jugak benda2 lain nak dibuat. Bolehlah masa yang ada ni abe buat kerja2 pengkeranian mcm masuk markah, claim dsbnya.

Besok jadualnya abe kena gi bengkel peningkatan ketua bidang, tapi tah macam mana pagi tadi abe dpt idea mintak tangguh ke hari rabu pasal esok sekolah abe buat hari kantin, rugilah kalau tak join. Nasib baik pegawai yang bertugas bagi kebenaran. So, hari rabu ni abe gi smk sedia raja, rembau  yang sepatutnya esok buat kat smk sri jempol.

Sunday, October 31, 2010

Tahniah Kelate Menang 2-1

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Malam td telah berlangsung perlawanan bolasepak piala malaysia antara kelate dgn n9 dan keputusan pun dah tahu di mana kelate menang 2-1. Abe mulanya tak kisah sangat sapa yang menang pun, bukan ada effect apa2 kat abe pon. Tapi malam tadi tgk jugaklah kat tv psl wife dan anak2 pon tengok sama. Dorang semuanya sokong n9, abe tak kisah pon, kelate menang ke n9 menang ke sama je (kaki bangku). Tapi bila sokongan tu mcm lain mcm aje dan bila pasukan kelate diperlecehkan, dikutuk2 dan direndah2kan, abe rasa tak senang jugak, sedangkan abe ni org kelate, sikit sebanyak terasa la hati, geram pun ada. nampak keterlaluan sangat semangat tu. Abe pun dalam diam2 berdoa pd Tuhan mintak kelate menang, tunjukkan bahana pada org yang berlagak ni, nak tgk reaksi dorang di pihak yang kalah. Tak lama lepas tu, Tuhan tunjukkan kebesarannya dengan kelate sumbat satu gol dan seterusnya satu gol lagi. Padan muka. Selesai je game, abe terus ambik mercun roket 3 batang dan terus gi bakar kat luar tu...menang punya pasal beb. Tapi abe taklah nak mengutuk2 sangat dan riang sangat. Macam yang abe kata, menang ke kalah ke sama aje, life must go on..

Friday, October 29, 2010

Hari-hari terakhir...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wah, mcm suspen je dengan title kat atas tu....tapi tak ada benda cuma ini catatan apa yang abe lalui menjelang hujung sesi pesekolahan 2010 ni.

Aktiviti Perkhemahan. 
Minggu lepas sekolah abe ada buat aktiviti perkhemahan, nak tak nak sebagai pengarah (ehem..) abe terpaksalah tido kat sekolah, buka apa sangat, nampak la komitmen walau tak adalah sangat. Dengar ceritanya pada malam tu dah ada budak nampak hantu mcm tahun lepas jugak tapi setakat ni abe belum jumpa apa2 lagi...takut!!

Mark Paper
Lepas camping, hari isnin lepas abe gi mesyuarat marking paper pmr sampai hari rabu, tak tension mcm kebiasaannya. Ni group baru abe. Walaupun baru, tapi ahlinya dah familiar, alah..kwn2 bm jugak. Dengarnya group abe dulu dah kena bubar, ketuanya kena gantung sekejap, tak tahu kenapa. Setakat ni abe masih slow lagi dalam bab penandaan, belum masuk gear lima lagi, tapi abe dapat siapkan 15 skrip satu hari.

Kereta buat hal.
Dalam post sebelum ni abe ada cerita yg kereta abe tak dapat start satu pagi tu. Lepas tukar bateri, ada 2-3 kali jugaklah enjin kereta abe mati secara tiba2 masa tengah drive. Dua kali masa lepas solat jumaat kat simpang pertang masa camping hari tu dan satu lagi hari ahad lepas masa bwk family breakfast kat pilah. Risau bukan main. Abe tanya kawan2 pasal apa jadi lagu tu, dorang ckp psl ekon lama tak servis. Ada betul jugak, pasal abe tak pernah servis ekon avanza. Walau macam mana pun sebab sebenarnya terbongkar masa hari pertama abe tanda kertas bila masa nak balik, kereta abe tak boleh start langsung. Cemas la abe pasal hari dah petang. Dalam masa dok mintak tlg kwn2, abe pon usik2 la bateri. MasyaAllah, kepala bateri dapat abe cabut dengan mudah, lepas abe ketatkan, terus dapat start dengan mudah. Terus saja abe sumpah seranah cina yang jual bateri itu hari. Bukan main dia cakap kat abe suruh tukar kepala bateri psl tak sesuai. Abe ingat dia dah settlekan. Balik rumah terus abe cari skru kecik, abe sumbat kat celah2 kepala bateri, sampai sekarang masalah enjin mati tiba2 hari tu tak ada lagi. Setan punya cina..

Saturday, October 23, 2010

Perkhemahan Perdana

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, abe dah selesai menanda kertas exam budak2 tingkatan 5. Minggu depan abe dah nak mula menanda kertas pmr, tu yang struggle siapkan jugak sebelum minggu depan. Hari ni pulak dah mula camping walaupun cuaca tak elok sangat sejak tengahari tadi. Dah lama tak hujan, tak semena2 pulak hari ni hujan turun tan berenti sampai sekarang. Budak2 tak dapat dirikan khemah pasal tapak camping basah. Nak tak nak terpaksa dirikan khemah kat kantin saja, dan aktiviti buat kat dalam dewan saja. Abe malam ni tido sini. petang esok baru balik.

pagi td sampai lewat kat sekolah psl sibok siapkan barang2 utk malam ni. Sampai je sekolah, dorang dah mula baca yassin. Selesai baca yassin, tiba2 boss suruh bagi taklimat psl camping ptg nanti. Abe boleh aje, prinsip abe, abe on je, pantang dicabar, jgn tunjuk lemah. Lepas assembly, abe diberitahu kena bagi ucapan pulak sempena perasmian, pon abe on jugak, belasah je la, tak panjang sangat tapi abe rasa menyentuh jgk secara keseluruhan..hehehe.


Wednesday, October 20, 2010

Double Trouble..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni abe tak tahu mana yang tak kena sampai dua kejadian yang abe ingat agak tak baik jugalah dan boleh juga jadi trauma buat abe dan wife.

Pertamanya pagi tadi masa nak gi kerja kereta avanza yang sepatutnya wife abe bawak tak dapat start. Abe cepat2 buat jumping dengan kereta spectra dan nasib baik hidup dgn sekali start. Tapi wife abe bawak spectra dan abe bawak avanza. Lewat jugaklah abe dan wife sampai office. Dah tu abe pesan awal2 kat Hairul nnt tgh hari jgn balik dulu, kot2 kereta abe tak dapat start, boleh jumping dengan kereta dia. Memang kereta abe tak dapat start lagi dan malangnya tak jugak dapat start walau pun jumping, mcm2 cara buat, tapi tak dapat. Last sekali abe pinjam bateri cg zul, terus hidup. Bila sampai pilah, abe terus ke kedai alat ganti kereta dan angkat satu bateri yuasa rm145. Duit tu mmg ada lebih abe keluar th buat bayar bil.

Tapi peristiwa petang tadi buat abe dan wife betul2 trauma sekarang. Petang tadi sekitar jam 6.30 gitu, abe baru je bukak laptop, tgh dok cuba layan fb, abe dengar mcm basikal anak abe kat luar tu jatuh. Mula abe tak kisah sangat, tapi bila abe dengar macam bunyi bising lain macam, abe jenguklah ke luar, masyaallah..."besarnya ular" spontan je abe menjerit. Wife abe yg tengah tgk tv pon terkejut. Ular tu tak jauh dari pintu depan rumah abe, sedang menjalar ke arah garaj kereta. Besar jugak, rasa ada sebesar lengan budak 5 tahun. Abe gaman, nak pukul takut jugak, kot2 ular tu menerkam, dlm pada tu abe jugak nak pastikan ke mana ular tu pergi. Dalam kelam kabut tu abe capai telefon mintak bantuan jiran depan rumah, tapi yalah sementara dia sampai, ular tu dah ke mana perginya. Rasa takut dan risau tak payah ceritalah. Jiran abe tu cakap tu ular tedung selar, lagi kecut perut abe. Badan bintik2 dan kepala kecil. Astaghfirulllah...takutnya. Memang belakang rumah abe ni semak sikit dan abe ingat ular tu dtg cari telur agaknya pasal ayam2 mertua abe selalu datang bertelur tak kira tempat. Allahu Akbar!! Wife abe pon cdgkan upah org bersihkan semak belakang rumah dan esok abe ingat nak beli belerang banyak2 nak tabur keliling rumah. Lepas tu kwn2 abe kat surau cadangkan bela kucing pasal kucing ni alert kalau ada haiwan berbisa dalam kawasan rumah. Abe pon cakap mcm tu jugak kat wife abe. Kat luar rumah ni pon ada seekor kucing, tak tahu kucing sapa. Abe ingat biar kucing tu kat situ, nnt abe bagi dia makan.

Sunday, October 17, 2010

PTK...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, exam PTK dah berlalu. Abe sampai ke pusat agak lewat jugak, dalam 2-3 minit dah dan exam pun dah mula. Abe bertolak dari rumah jam 1.15 pm, terlewat sikit psl isi minyak kereta pastu pulak ada perarakan cina mati dari pekan pilah sampai kubur cina kat gentam, sabar je la.

Alhamdulillah abe dapat duduki kedua2 paper dari mula sampai akhir. Paper generik mcm dapat jawab, tapi paper fungsional mcm blank je, susah. Ramai jugak yg keluar awal, tapi abe tetap dgn prinsip abe bila berada dalam dewan peperiksaan: jgn bazirkan masa yang ada. Abe tunggu sampai habis, sempat semak berulang kali, padam dan ganti jawapan yang kedua2 abe tak pasti. Entahlah, kalau ada rezeki alhamdulillah, kalau tak tak apa, itu yg terbaik. Lagi pun tahun depan ptk ni nak dimansuhkan dan abe pon ni yg last ambik PTK. Lepas ni apa jenis penilaian la pulak..

Friday, October 15, 2010

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Esok exam PTK akan berlangsung. Sebelah pagi utk dg41 & petang dg44. Masuk ni dah 4 kali abe ambil ptk dg44, ketiga2 result sebelum ni sama je band 3/3. Kali ni kalau dpt 3/3 k3 atau 4/4 ke, ni lah yang last. Tak ada lagi lepas ni, last kopek, tapi harapan org ambik ptk tentulah nak band 3/3 atau A/A. Sebenarnya slip peperiksaan dah lama diberi, abe igt dah sebulan. Masa mula2 daftar dan dapat slip bukan main semangat nak study biar dapat pulun band 4/4 atau A/A, tapi lama2 semangat jd pudar sampai la minggu terakhir barulah abe kelam kabut nak study, itu pun bila tgk kawan2 abe study. Abe pon terus gi bookstore kat pilah ni cari buku nak study. Hari isinin hari tu, masa abe gi beli byk lagi buku, tapi bila abe gi hari ni nak beli yang generik, byk yg dah tak ada. Nampaknya bahagian generik ni main hentam keromo la.. Orang kata study PTK ni bagai nak gila pun result mcm tu jgk, org yg tak study pulak dapat band 4/4. Tak kisahlah, rasanya tak rugi apa pun kalau study. Insyaallah abe akan jwb sebaik mungkin dan mohon Allah berikan ilham, permudahkan abe menjawab soalan dan seterusnya mencapai keputusan yang diiginkan, yang terbaik buat abe....amin..

click for onlineincome

Thursday, October 7, 2010

Anak-anak ayah.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hujung minggu lepas anak2 abe, adib dan nafisah demam. Mula2 adib deman hari jumaat, lepas tu sabtu nafisah pulak kena. Panas bandan diorang. Abe bawak ke klinik dan bagi ubat mana yang patut. Adib batuk2 dan nafisah pulak muntah2. Cian jugak dorang, tapi la ni dah ok la sikit. Walau macam mana pon sehari dua ni abe tengok adib lain macam, diam saja dan tak banyak cakap. Mungkin sebab baru lepas baik sakit, makan pon masih tak berselera sangat. Sedih abe tengok dia. Risau jugak kalau ada apa2 yang sebabkan dia mcm tu. Abe takut jugak dia rasa terpinggir atau rasa kecil hati. Bukan apa, dia dengan nafisah ni selalu bergaduh. Si nafisah ni selalu provoke adib dan adib pulak pantang diprovoke. Adib ni mudah kecik hati, kalau kitorang marah dia, dia cepat merajuk. Fisah pulak, kalau abe marah, mak dia kata abe lebih sayangkan adib. Serba salah dibuatnya, tetapi memanglah abe seboleh2nya berlaku adil; fisah baru 5 tahun, adib dah 10, tapi susah jgk kalau situasi macam ni.

Abe terus terang abe akan cepat hiba bila teringatkan anak2. Semuanya abe sayang, cuma lain caranya masing2. Nurin anak yang sulung, perempuan lagi tentulah abe layan dia lain, adib anak lelaki, kalau salah gaya, susah jugak dan nafisah abe rasa gabungan layanan abe kepada kedua2 abang dan kakaknya. Memang dulu masa nurin layanan abe pada dia agak kasar. Tak sepatutnya layanan mcm tu abe bagi pada dia masa umur dia sebaya fisah, mungkin dia anak sulung dan cepat matang, maka abe layan dia mcm budak yg dah besar. Bila kenang semula, abe rasa menyesal sangat dgn layanan abe pada dia. Itu sebab wife abe selalu bandingkan layanan abe pada nurin dengan layanan abe pada adib dan nafisah, berbeza sangat. Nurin dulu selalu kena jerit dan kadang2 sampai jugak tangan abe kat dia masa umur dia sekecil tu, tapi kat adib dan fisah, dah jarang abe jerit, tangan pun sekali sekala. Tapi abe amat sesal sgt lepas tangankan dorang, terutama bila teringat apa abe dah buat kat nurin dulu yang abe cuba elakkan berlaku pd adib dan nafisah. Bukan layanan berbeza tapi abe nak ubah sikap abe jgn lagi berlaku pada adib dan nafisah sebagai mana berlaku pada nurin dulu. Maafkan ayah yin.

Malam tadi wife abe cakap rumah kitorang mcm tak meriah dan sunyi aje. Memang abe akui. Sekarang kitorang tinggal berempat, nurin dah tinggal di asrama. Adib pulak baru pulih demam, diam dan tak banyak cakap. Biasa dia selalu bergaduh dengan fisah. Tulah yg abe risau tadi, takut dia kecil hati selalu kena marah psl selalu bergaduh dengan fisah. Walau macammana pun abe harap adib tak apa2 dan kembali mcm biasa.

Nurin pun macam tu jugak, abe harap dia selesa dan gembira berada di asarama ssp. Abe rindu jugak tapi abe buat2 tak tahu je, kalau teringat mesti abe hiba, wife abe lagilah. Kdg2 abe fikir jugak kerelevanan menghantar nurin masuk asrama seusia dia 13 tahun, tak puas lagi bersama dan bermanja2 dengan dia. Satu yang abe risau ialah abe takut pemergian dia ke asrama tu sebagai satu cara nak lari dari abe yang selalu marah2 kat dia, lebih2 lagi dia pon selalu mengadu nak balik nak dok ngan mak. Abe dgn wife pon jadi risau. Dia tak seronok ke kat sana. Abe sebenarnya tak kisah dia kat mana sekali pun, asalkan dia selesa. Abe tak nak dia sangka abe hantar dia ke asrama sebagai membuang dia dari rumah, abe nak dia ada kat rumah. Tapi abe nak penuhi kehendak dia belajar di ssp. Nanti abe dgn wife nak bincang hal ni dgn dia elok2.

Friday, September 24, 2010

Autolock??? Aduuiih... kacau!!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Masa perjalanan balik sekolah semalam, abe singgah di petrolpam gentam nak isi minyak. Sebenarnya sebelah pagi tu pun abe dah nak isi tapi dek kerana dah lewat tambah pulak petrolpam penuh, abe posponelah isi masa balik nnt. Bila sampai kat pam, macam biasa sebelum keluar kereta, abe cabutlah kunci bila dah matikan enjin. Terus abe cucuk kredit kad kredit dan angkat pam minyak. Bila nak cucuk ke lubang minyak, baru sedar lubang minyak kat sebelah satu lagi. Abe cuba bwk pam ke sebelah sana tapi tak sampai. Abe letak balik pam tu dan cepat2 masuk kereta dan gerakkan kereta ke depan sikit, kelam kabut pasal takut transaction kad kredit tadi tak valid. Bila dah gerakkan kereta, abe tengok transaction dah kansel. Abe cucuk kredit kard semula dan isi minyak mcm biasa. Dah selesai, abe gi kat kaunter suruh dia cop resit dengan borang peraduan merdeka raya. Dah isi borang semua, abe kembali ke kereta. Masa nilah abe perasan kunci kereta tak ada dengan abe. Abe pon berdoa janganlah pintu kereta ni terkunci sendiri. Bila abe sampai di kereta, perkara yang tak diingini tu terjadi jugak. Abe tak boleh nak bukak pintu kereta. Astaghfirullahalazim. Ligat kepala abe berfikir camana nak selesaikan masalah ni. Orang pertama terlintas di kepala abe tentulah wife abe, tapi dia kata hari ni balik lambat.


tersadai..

Perkara pertama abe buat ialah gi kat kaunter ceritakan masalah abe dan nasib baik dorang memahami. Dorang suruh ambik kon kecemasan dan letak belakang kereta. Lepas tu abe call wife abe, mmg dia kat seremban (tgh buat facial pulak tu), tapi dia tak dpt tolong. Lepas tu abe terfikir nak tinggalkan kereta kat situ dan abe balik naik bas sajalah, nanti malam dtg ambiklah. Tapi kalau buat camtu lama pulaklah abe tinggal kereta kat sebelah pam tu, marah pulak tauke petrolpam. Abe pon fikirlah siapa kawan2 terdekat yang abe boleh mintak tolong. Abe pon call Lang Amir (jiran abe), abe ceritakan masalah abe dan dia sanggup tolong. Abe pon tunggu dia datang, tapi tak lama dia calll tanya abe kat mana. Rupanya dia salah petrolpam, dia gi petrolpam senaling. Dia berpatah balik, bila dia sampai dia bagi abe pakai motor dia untuk gi ambik kunci kat rumah abe. Abe pun apa lagi, pecut selaju mungkin gi balik rumah. Terima kasihlah abg azmi, bersusah-payah menolong saya, hanya Allah yang mampu membalasnya. Sepanjang perjalanan balik rumah ambik kunci, abe selisih dgn budak sekolah yang bermotor, ada pulak dia boleh angkat tangan kat abe?? Adoii, gelihati abe dibuatnya. Ingat abe ni mat rempit ke??Alhamdulillah dapat abe sampai rumah sebelum pukul lima petang. Sebelum tu abe singgah dulu di kedai kek belikan kek untuk nafisah, psl hari ni birthday dia.

Monday, September 20, 2010

life goes on..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni dah mula kerja balik lepas kira2 dua minggu cuti raya. Budak2 pon ramai datang tak mcm hari jumaat lepas. Semalam abe sekeluarga gi hantar Nurin balik ke SSP. Puas hati dan seronok dapat berlama2 dengan dia. Nanti cuti hujung tahun abe nak bwk semua gi jalan2 kat tempat2 menarik, biar cuti nnt dapat diisi dengan aktiviti yng berfaedah. Lepas hantar Nurin semalam, abe singgah rumah abg rosli, sampai dah dekat pukul 7 malam, pasal jalan jem di hiway KL-Seremban. Lepas solat maghrib, kitorang bertolak balik, sampai rumah dalam pukul 9.30 malam. 

Friday, September 17, 2010

Days goes on..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, sekarang abe dah ada kat sekolah, dah kembali bertugas semula, tapi malangnya kelas abe hari ni cuma ada 2 org saja, so aktiviti 'buat kerja masing2' aje la..

Semalam abe sampai KP jam 1945 malam selepas bertolak dari rumah di WCY jam 1000 pagi. Jalan tak sesak sangat, tapi abe pilih mood safe drive wp ada sekali sekala abe memotong. Ambil masa 10 jam wp biasanya dalam 9 jam boleh sampai. Mulanya abe rancang nak balik Rabu, tapi pospon ke Khamis agaknya tak puas lagi beraya kat WCY, tapi tak ke mana pun.

Raya kat Kelate baru ni pon tak adalah meriah sangat, ala kadar aje, tapi baju2 raya meriah. Tahun nilah agaknya abe sama family beraya pakai sedondon betul. Tapi ramai pulak yang baju sama kaler dengan kitorang. Balik raya ni abe ingat boleh ambik kesempatan nak jumpa member2 lama, mmg ada perjumpaan tapi abe tak dpt maklumat. Mungkin silap abe jugak tak ada kontek2 dorang. Frust jugaklah tapi tak apa, kali ni mb x ada rezeki, next time abe pastikan tak akan lepas peluang lagi..

Monday, September 13, 2010

Hari Raya Aidilfitri 2010

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni dah masuk raya keempat. Abe masih kat kelate lagi. ingat hari rabu atau khamis nak balik semula N9. boring gila jugak pasal tak tahu nak buat apa. Nak keluar jalan2 ke kb pon takkan asik nak ke kb aje, lepas tu kena  pikir 2-3 kali jugak takut terperangkap dalam traffik jam, tapi kereta pon dah tak banyak, bolehlah setakat nak gi jalan2. Abe raya ni tak ke mana pon, nak gi rumah kawan2 pon tak tahu dan dah lama tak jumpa. Last sekali melingkar ajelah kat rumah. malam tadi abe dpt tahu kawan2 masa sekolah dulu ada buat perjumpaan tapi abe dpt tahu last minute, itu pon ada yang msg abe dalam fb bagi tahu, tapi dah tak sempat, masa tu dah jam 10.30 mlm. kalau pegi pon mesti trap dalam trafik jam, nak cari tempat tu lagi, parking lagi...next time je la.

Sambutan raya kat kelate ni especially kat WCY ni teramtalah meriahnya. Bunyi letupan mercun tak putus2 macam tengah dilanda peperangan, agaknya mcm kat iraq kena serang dek amerika dulu la kot. Bunyi mercun jauh dekat berdentum-dentam, sakit telingan dan terkejut jugak, tapi sabar jela, namanya lagi raya. Abe tak pon beli mercun dan tak main pon cuma tumpang tengok anak2 sedara main mercun dan bunga api yang gadang2 macam pesta apa. Tapi nak jadi cerita abe terbeli jugak bunga api yang bodoh2 untuk anak2 abe. Dalam berhati2 nak mengelakkan perkara tu terjadi, tapi terjadi jugak. Dalam abe dok mengawasi anak2 abe main bungan api, anak abe yang bongsu terkena jugak bunga api si abang kat mata dia. Berderau darah abe, dah lah api, lepas tu lidi pulak. Abe tgk2 mata dia mcm bulu mata terbakar sikit dan matanya merah. Dia tak kasi tgk, langsung terus tidor. Si abang ni lepas abe marah, dia pulak yang merajuk. Esoknya mata amni ni dah nampak ok sikit. Mata dia kena api tapi tak tercucuk dengan lidi. Lega abe, risau jugak memikirkan psl kwn2 abe yg kat senaling sana sampai kena operate, tapi itu pasal kena batu masa mesin rumput. Hari ni mata dia dah ok, dah tak ada merah, luka pon dah sembuh, bulu mata yg terbakar pon dah tanggal. Abe harap dia tak apa2 dan tak ada kompication lagi lepas ni.

Tuesday, September 7, 2010

Balik Kelate

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, abe dah selamat sampai kampung kelahiran abe, iaitu Kampung Wakaf Che Yeh. Abe bertolak jam 7.45 pagi tadi (lepas subuh...heheheh) dan sampai sini lebih kurang jam 4.30 petang. Perjalanan lancar, sampai di bandar muktafibillah sebelum jam 12 tengahari. Biasa kat masjid ni kitorang solat zohor dengan asar, tapi zohor jam 1 lebih, lepas berehat kejap, abe sambung perjalanan, solat jamak kat rumah ni ajelah.

Sunday, September 5, 2010

Dah 26 hari puasa.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dalam sedar tak sedar, hari ni dah 26 Ramadhan. Beberapa hari lagi raya. Sekolah pun dah mula cuti semalam. Agaknya perantau2 lain dah ada kat kampung halaman masing2. Tapi abe masih kat sini. Rancang nak balik wcy esok atau lusa. Tak nak rush sangat, lagi pon rasanya tak ada benda sangat nak buat kat sana. Ada jugak masa sehari dua di sini, buat persiapan mana yang patut. Abe pun tak kemas rumah sangat kat sini psl nak beraya kat kelate, tapi kemas jugaklah apa yg patut cuma tak beriya2 sangat. Dua tiga hari lepas, abe ada jugak sembur racun kat laman rumah yg dah semak samun ni dan semalam abe mesin lagi mana2 yang degil tu. Tak larat nak heavy sangat...puasa.

Semalam abe keluar lagi ke seremban dengan family, gi ambik baju raya yang abe tempah kat oscar taylor. Okay jugaklah, tapi rasanya ni yang terakhirlah abe nak tempah baju raya, rasanya beli yang dah siap lagi baik. Lepas tu abe gi seremban parade psl wife abe nak shopping baju raya utk anak2 yang belum sempat beli lagi. Ingat nak bukak puasa kat seri malaysia, tapi dah penuh, cepat2 abe suruh wife abe gi beli nasik ayam kat chicken rice, Walau pun masuk waktu masa tengah drive balik, tapi dalam 15 minit dapat sampai rumah, ada accident kat tanjung ipoh, tu yang jem sikit.

Petang ni pulak ada majlis khatam quran dekat masjid, abe pun serba salah nak pergi mulanya psl abe pun belum khatam lagi, lagi pun abe bukan reti sgt baca quran, tapi masa tarawikh smlm bilal tanya abe datang tak utk majlis tu?? abe pon serba salah, ingat pergi jugak kot nanti, insyaallah.

Monday, August 30, 2010

Komputer Pajak..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari isnin minggu lepas, semua student sekolah abe diberitahu bhw masing2 akan dpt sorang satu netbook di bawah program komputer 1 malaysia kecuali yang ibu bapa berpendapatan rm3 ribu ke atas. Ada 2-3 org saja yg tak dapat selain adik beradik yg hanya dpt 1 netbook saja. hari Khamis minggu lepas dorang dapatlah netbook tu tapi kena gi ambik kat pasoh 1.

Dalam pada tu ada jugak student yg tak nak dan lepas di bawa berunding oleh 'kitorang', beberapa org student yg tak nak ni setuju untuk 'pindah milik' netbook ni utk 'kitorang'. So, abe dgn beberapa org kawan abe dapatlah sorang satu netbook tu lepas kitorang bagi sikit saguhati utk dorang.

Tetapi, hari jumaat keesokkannya, alih2 dtg pulak sorang saudara budak2 tu nak cliam semula netbook tu, so terpaksalah diberi balik. Hari ni pulak dtg lagi sorang ibu budak2 tu dengan tujuan yg sama dan ptg ni pulak abe dpt berita ada lagi ibu bdk2 tu call salah seorang dari 'kitorang' nak ambik balik netbook tu. Abe pon rasa bahagian abe tak lama lagi, bila adik beradik budak tu balik, mesti dorang akan mintak netbook tu. Abe akan bagi psl abe dah janji ngan budak tu, kalau dia nak balik, bila2 masa abe boleh bagi tapi dgn syarat, 'saguhati' tu pulangkan balik. Lagi pon sampai sekarang abe tak pakai pun netbook tu, abe asik dok godek2 laptop abe ni aje.

Sunday, August 22, 2010

Convert 68 to 48

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam abe gi celcom seremban utk convert plan broadband abe dari 68 ke 48. Ingat dulu nak tamatkan yg 68 dan ambik 48, tapi bila gi kat celcom pilah itu hari dia kata kena jugak byr deposit rm100 wp dpt modem percuma. Abe kira2 balik dah lah kena bayar rm100 lepas tu kena settle pulak bil plan 68. Lepas tu pulak cina tu ckp boleh pulak convert tapi kena gi seremban. Yalah bila downgrade, volume pun downgrade jgklah, dari 3g ke 1g je, dr kelajuan 512 ke 256, tapi x kisahlah bukan pakai byk pon dan dok di us ni bukan laju sgt pon. Pas tu abe terminate juga supplement line abe yg tak pakai lagi tu..

Friday, August 20, 2010

Jumaat: Hari kerja & solat Jumaat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dulu masa abe kat upm, bila tiba hari jumaat, ternampaklah kelibat budak2 sekolah dgn pakaian baju melayu naik bas selepas selesai waktu sekolah. Maka abe terbayanglah macam manalah dorang nak solat jumaat. Dah tentu dorang tak dapat nak gi masjid dengan ayah masing2. Masa abe kat kelate, biasanya budak2 dilatih gi solat jumaat dengan dibawa oleh ayah masing2 ke masjid. Tapi di negeri2 yang cutinya hari ahad, mcm mana nak latih anak2 gi solat jumaat. Rumah dah tentu jauh dari tempat kerja, takkan nak balik dan pergi solat jumaat bersama anak2. Tak mungkin terjadi apatah lagi anak2 pon baru balik dari sekolah. Macam manalah agaknya budak2 ni nak biasakan diri solat jumaat di masjid. Mungkin juga mereka pergi dengan kwn2 sebaya, tapi kalau kita tengok setiap kali solat jumaat di masjid, budak2 ni bermain-main dan membuat bising. Sekurang-kurangnya dgn mereka boleh diawsi tingkah laku jika bersama dengan bapa mereka. Itu yang abe terfikir kalau abe bekerja di negeri yg cuti ahad ni. Tapi alhamdulillah, kerja cikgu ni memberikan abe peluang untuk bawa anak abe gi solat jumaat sama2. Sempat sampai rumah sebelum masuk waktu dan bawak sama2 gi masjid untuk solat jumaat.

Thursday, August 19, 2010

Hujan Pagi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Malam tadi abe tak gi masjid. Hujan turun renyai2 lepas berbukak. Nak redah takut amni deman sdgkan dia yg beriya2 nak pegi.  Pagi tadi masa abe keluar rumah, cuaca mendung. Bila sampai batu kikir, hujan turun lebat jugaklah. Dah lama abe tak rasa hujan masa pegi kerja pagi2, tapi bila sampai serting tengah hujan dah berhenti.

Wednesday, August 18, 2010

Terawikh malam ke-7

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam solat sunat terawikh malam yg ketujuh. Macam biasa abe bwk family dan solat mcm biasa. Tapi mlm2 kebelakangan ni nampaknya beberapa org bdk lelaki  ikut sama. Sebelum ni adib solat kat saf belakang elok jesampai habis. Dia sorang je yg solat sampai habis, bdk2 lain tah ke mana pergi. Tapi mlm tadi abe bengan betul psl tengah2 solat bunyi bdk2 bergurau kat belakang, bila abe pandang dorang buat tak tahu. Bila solat witir 2 rekaat pertama selesai, abe pandang belakang tgk adib tgh usik kwn dia tu sampai berguling2. Abe terus pegi cubit lengan dia dan suruh jgn bergurau lagi dan abe teruskan solat witir yg selebihnya sambil hati menahan geram. Abe tahu bukan adib yg mulakan bergurau tu tapi kwn dia yg usik dia ms dia solat, so dia cuma bertindak balas je la. Bila balik rumah abe pon tak dpt nak marah sgt kat adib psl nampak dia mcm takut2. Abe pun tanya dia nape gurau org tgh solat. Dia ckp lah mcm yg abe sangkakan td. Terus dia masuk bilik dan nak tido. Adib mmg mcm tu, jiwa dia ni sensitif sikit, dia rasa sedih sgt kalau kena marah. Abe tanya dia nape nak tido awal, ngantuk katanya, matanya merah berair, kesian jugak. abe pon jelaskan perkara sebenar dan abe mintak maaf. Abe bagitahu yg abe kenalah marah dan bg tahu dia psl dia anak abe, bdk tu biar ayahnya yg marah. Abe tgk matanya pon dah kuyu dan lentok, mmg betul dia mengantuk, tak lama dia lelap. Biasa adib tido lambat. Bulan puasa ni biasa jam 11 mlm, tak kisahlah psl dia dpt bangun awal tanpa byk karenah. Tapi mlm td awal dia tido, belum pukul sepuluh lagi. Malam ni abe nak dia solat sebelah abe, tak apalah abe tak dok saf depan pon, asalkan dia tak diganggu oleh bdk2 tu..

Sunday, August 15, 2010

Hari Kereta!!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam abe pergilah hantar avanza untuk diservis 120 ribu km wp rasa berat hati psl ongkosnya ngak ada. Abe bergantung dgn kredit kad je. Sampai sana tepat jam 9 pg mcm yg abe booking 2-3 hari sebelum tu. Masa abe sampai adalah 4-5 buah kereta tunggu nak diservis. Setelah dicalculate kos semuanya dalam rm450 je wp masa booking hari dorang ckp dlam rm700...phew, lega. Lepas register abe pon ambik tempat nak hibernate, nasib baik ada satu seat lagi dan tunggu...tunggu..tunggu dan tunggu sampai jam 12.30 tgh baru selesai. 3 jam setengah menunggu tanpa buat apa. Nak jugak abe bukak laptop atau baca quran, tapi segan jugak org ramai. Masa dok menunggu tu, sorang mekanik dtg panggil abe masuk dlm workshop bagi tahu yg cap tempai isi minyak gear patah dan dia gantikan dgn yg baru tapi abe kena byr rm10.50. abe pon kira okay jela. Tapi abe rasa cap tu patah disebabkan dia la, tapi abe malas nak banyak songel kat situ.

Sampai je rumah, abe terasa ringan badan pulak nak vacuum kereta. Tengah2 vacuum tu abe terpandang tayar kanan depan spectra kempis. Pancit la tu. Abe cepat2 vacuum spectra then cepat2 abe pakai baju dan bawak spectra tu gi pilah nk tampal pancit. Rupa2nya ada satu screw kecik terbenam kat tayar. Tampal tak mahal cuma rm6.

Friday, August 13, 2010

Kena Observe

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari selasa lepas, tah mana silapnya, hujan tak ada, guruh tak ada, tiba2 ada seorang nazir datang. Mula2 ingat ppd dtg nak pantau perjalanan pep percubaan pmr. Abe baru habis kelas, dia nak jumpa tang tu jgk. Tapi mana boleh, abe makan dulu, pas tu baru layan dia. Lepas abe mkn, abe pon pergilah jumpa dia. Nak dijadikan cerita, pegawai ni nak pulak pantau subjek sejarah. Dia bagi tahu nak observe cikgu2 jugak, kalau tak dpt hari ni, esok dia nak observe. Lepas je dia ckp gitu, dia dpt panggilan, esok dia kena gi tempat lain....lega lagi. Seingat abe, hari ni tak ade masa sejarah...lega. Dia mintak dokumen2 berkaitan subjek sejarah dan abe bagi ajelah. Ingatkan dah selesai setakat tu. Tapi keesokkannya alih2 dia dah tercegat je kat sekolah. Abe dapat berita pulak dia nak observe abe dgn cg yati. Aduss, terus abe rasa tak sedap badan. Sebenarnya abe dah habis silibus, sekarang ni abe suruh budak2 buat folio sejarah. lepas tu dia mintak pulak buku latihan/nota budak2...alamak, abe belum tanda lagi buku budak2 tu, gasaklah, hantar ajelah. Masa abe last sekali, abe rancang nak bwk budak2 masuk labrary dan cari bahan2 kat situ dan abe buat sedikit kertas tugasan utk dorang. Bila tiba masanya abe buatlah mcm biasa, nasib baik bdn tak berpeluh2 dan bdk2 pun bg kerjasama yang baik jugaklah.

Thursday, August 12, 2010

Terawikh dan Puasa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni masuk hari kedua bulan ramadhan. Dah dua malam abe bwk anak beranak gi solat terawikh di masjid senaling. Abe bwk wife, anak2 abe amni dan adib. Mertua abe pon join sekali. Malam pertama tak ramai sgt org solat terawikh, dan mlm tadi adalah sedikit pertambahan. Masjid senaling buat solat terawikh 10 rekaat + witir 3 rekaat. Habis lebih kurang jam 10 mlm. Sebelum ni abe tak penah bwk anak bini gi solat terawikh, psl sebelum ni anak2 kecik2 lagi. Sekarang adib dah besar dan amni pon nak sgt ikut gi masjid. Malam pertama amni tanya kenapa banyak sangat solat ni?? Dia tak la ikut solat cuma duduk kat sebelah wan dia je. Adib pulak bagi tahu kaki dia sampai bergoyang2 psl banyak solat. Tapi dia solat jugak sampai habis. Malam pertama abe ada jugak sahur, tapi mlm tadi rasa tak selera tgk hidangan. Abe makan sebiji kurma dan teguk air milo dgn air kosong. Tak tahu dpt bertahan ke tak. Agaknya mmg puasa gini kot, psl bijik mata pagi2 ni rasa berat semacam..

Monday, August 9, 2010

Perjumpaan Kawan2 PBMP

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam seperti yang dirancangkan, perjumpaan dgn kawan2 abe masa kat UPM dulu telah terlaksana. Kawan2 yang janji nak datang mmg dorang datang walaupun lewat sikit. Terkilan jugak pasal masa 2 jam rasa sekejap saja. Walau bagaimanapun, rasa seronok pasal dah lama sangat tak jumpa; 16 tahun sejak bergraduat dulu. Memang masing2 dah berubah tapi berubah dari fizikal je la bukan orangnya. yang paling awal sampai ialah shamsul, lepas tu yati, then abe, faizah, norzai, suria, liza dan hasziyati.

Kwn2 sama2 PBMP UPM dulu. Kiri: norzai, hasziyati,
wafa, faizah, suria aida, liza, shamsul, yati dan suhaidi

Saturday, August 7, 2010

Jadi Pomen Basikal Untuk Anak-anak..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi tadi lepas sarapan, abe bwk anak2 cari kedai basikal kat pilah (mak dorang kerja hari ni). Abe belikan tayar sokong utk basikal amni dan belikan loceng basikal utk dorang. Balik dari pilah abe terus pasang tayar tu dan loceng kat basikal masing2. Kejap lepas tu, berdering2 bunyi basikal kat rumah abe nih...

Friday, August 6, 2010

Stupid Nigerian Liars...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bulan lepas abe ada letak iklan nak jual jam abe kat mudah.com.my dan abe ada dapat beberapa email tanyakan pasal jam tu. Dalam banyak2 email tu adalah 2-3 email dari luar negeri tanyakan jam tu. Abe pon jwb dan bg infamation yg dia nak, lepas tu tak ada jwpn atau balasan. Tadi abe bukak email abe yang kedua, rupa2nya ada balasan. Rupa2nya email tu dari orang nigeria yang nak beli jam tu dengan harga yg mahal, konon nak bagi hadiah kwn la, bg anak dia la. Abe pon tergelak sendiri bila dpt email mcm ni. Macamlah kat tempat dia tu tak ada jam nak dibeli, jam abe ni pulak yang dia nak beli, mahal pulak tu. Dia ingat kita ni bodoh sgt ke untuk dia nak tipu hidup2 gitu. Mangkuk hayun puunya nigeria, tapi kalau org terkena dgn dorang lagilah mangkuk hayun..

Kat bawah ni email balasan yang dorang kirim, konon emergency respond la konon...


  yang ni konon org kanada, mcm kat kanada tu x de kedai jam..


Ni betul2 nigeria, tadak tipu punya, kahkahkah...


yang ni konon dok london, jam abe jgk yg dia nak..


Wednesday, August 4, 2010

Berilah seikhlas hati abang..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Abe baru balik sekolah ni. Ha..ha.. terjadi peristiwa yang bodoh lagi memalukan masa balik tadi. Masa abe sampai kat ladang juasseh, abe potong satu keta ni. Memang la tempat abe potong tu line putus2, tapi bila abe nak masuk balik lane abe, line puutus2 tu dah habis. Kat depan dah tercegat uniform taik cicak. Alamak, sure abe kena punya. Memamg ya, bila sampai kat situ, dorang suruh abg ke tepi. Abe pon ke tepi dan buat2 bingung hehehe... dia tanya abe tahu tak kesalahan abe, abe ckp tak. Dia kata abe memotong kat double line, abe ckp mmg abe potong tapi tempat line putus2. Dia berkeras jugak kata abe potong kat double line. At last abe pon mintak maaf psl abe rasa tak ade sudahnya kalau berkeras dgn dorang, tambah pulak abe ni bukan jenis yang pandai bertekak. Lagi pun abe pikir abe dah banyak saman belum bayar. Dia minta ic dan lesen abe, terus pegi kat dua org lagi kwn dia, bisik punya bisik, kwn dia sorang lagi gamit abe soh dtg tempat dorang. Abe kata dlm hati, ni sah nak mintak duit kopi. Memang ya, dia kata kita selesai kat sini, abg belanja kopi kitorang, berapa abe nak bagi terpulang. Alamak, mintak rasuah ni!!. Kalau dorang saman abe, sure RM300 melayang. Abe nak jolok jugak tapi duit paling kecil dalam dompet abe ialah rm5. Takkan rm5?? Aduii...nak tak nak abe keluarkanlah rm50...huhuhu. Abe sebenarnya tak sangka jugak ada lagi polis trafik yg mintak duit kopi secara terbuka mcm tu. Nilah first time abe bagi duit kopi kat polis psl kesalahan trafik. Tapi boleh ke abe anggap duit tu sebagai duit bayar denda abe potong kat double line tu..huhuhu...

Tuesday, August 3, 2010

Outing dgn Nurin.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam abe anak beranak gi lagi Cyberjaya untuk tgk nurin. Semalam hari outing dia. Sebelah pagi abe gi berkampung kat rumah depan ada kenduri cukur jambul. Dalam jam 12.00 tengah hari, abe pon cabutlah. Sebenarnya anak bongsu abe, amni demam terok, tapi dek krn nak jugak jumpa nurin, kuatkan jgk smgt, bwk dia jugak, nasib baik dah okay sikit. Sampai sana dalam pukul 2 ptg, lepas wife abe panggil dia, tunggu punya tunggu, tak jugak dia turun2. Abe dah hangin dah ni,  kereta yang parking sebelah kereta abe silih berganti datang dan pergi, tapi abe masih dok situ jugak dok tunggu nurin, tapi abe sabar jela, tak nak marah2 mcm dulu2 lagi. Dekat setengah jam barulah dia turun, rupa2nya dia tidur kat atas sana, tu pun kwn dia yg dtg kejut. Punyalah abe bengang sangat. Boleh dibantainya tido time kita datang nak jumpa dia, patut tunggulah. Lepas tu mulalah drama air mata antara dia dgn wife abe. Sebenarnya kitorang tgh tension psl amni demam, lps tu pulak dia buat mcm tu pulak. Ni bukkan pertama kali, ada dulu sekali pon mcm ni jugak, dibantainya tido masa kitorang dtg. Tak ke bengang?? Tapi sekejap je la, lepas tu dia dgn wife abe kebali mesra melepaskan rindu dendam, abe pon gitu jugak, geram sekejap je..

Kitorang gi alamanda mcm biasa, tapi kali ni kitorang pakai gps yg kat hp wife abe, kejap je sampai. Hari tu lama sikit habiskan masa dgn nurin, sampai jam 6 baru hantar dia balik asrama. Masa di alamanda, abe beli case dan charger untuk iphone abe. iPhone abe tu baterinya mcm dah nak kong, lepas cas dpt guna 1 hari je, tu yg abe beli charger utk pakai dlm kereta..

Saturday, July 31, 2010

Amni deman..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hujung minggu ni patutnya abe gi tiara, plan nak jumpa musa kat sana, tapi bila call tiara, bilik dah habis, yg tinggal rate dia rm360. Fikir punya fikir, tak payah lah, lain kali ajelah. Lagi pun ahad ni (esok) nak gi tgk nurin, nnt terkejar2 pulak dari tiara ke ssp. Pulak tu punyalah banyak kenduri hujung minggu ni. Nak dijadikan cerita pulak, amni pulak demam agak teruk jugak, badan panas sangat, tak pernah anak2 abe demam badan panas mcm ni. Semalam wife abe bwk dia gi hospital colombia, doktor suruh dok kat wad, tapi dia menagis2 tak nak, nak tido kat katil dia kat umah, langsung tak jadi. Tapi ada lagi berita yang mencemaskan aku dan wife (top secret).

ubat yg dia kata pedas la, pahit la...hehehe..
Minggu ni pon jugak ada pc fair kat melaka. Abe dan wife mmg dah lama rancang nak gi. Tapi nampak gayanya tak jadilah tu...

Adib & Tae-kwan-do..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam adib kata dia nak masuk tae-kwan-do mcm kakak dulu (nurin dulu masuk karate-d0). Abe [pon rasa pelik bila adib cakap gitu. Betul ke?? Tapi susahlah nanti adib nak ikut dia (gerak langkah). Abe kata adib betul ke nak masuk?? Betul. Kalau betul, cubalah sampai dapat. Kejap tadi abe gi hantar dia kat dewan Senaling, dah ramai jufgak dah budak2 datang nak daftar. Lepas abe daftar dia, abe pon baliklah. Entahlah adib ni mcm2 perangai dia, abe ikut je asalkan baik, nak dia outing sikit, asyik dok depan tv je..

Adib dgn basikal..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dalam seminggu lepas adib ada mengecek2 suruh belikan basikal, nak naik basikal katanya, siap buat drawing lagi kat A4 tunjuk kat kotorang. Adib ni biasa mcm tulah, kalau dia minat sgt atau nak sangat kat sesuatu benda tu, dia akan lukis dan tunjuk kat kitorang. Siap dgn measurement dan statistik lagi. Sebenarnya dulu kitorang dah belikan dia basikal tapi dah rosak. Dah rosak tu langsung tak dibaiki. Bila dia sound nakkan basikal baru, abe pon berkira2 nak baiki basikal yg lama tu. Rosaknya tak ada apa sgt cuma dua2 tayar bocor, rantai dan spoket dah berkarat. So, kelmarin abe bukak dua2 tayar dan hari semalam abe hantar kat kedai basikal kat senaling suruh cina tu tukar tiub dan spocket. Abe beli rantainya sekali. Balik rumah terus abe pasang, tapi jenuh jugaklah nak memotong rantai yg baru tu supaya ngam. Lepas dah selesai, abe bagi adib soh dia cuba bawak. Tak lama, dlm setengah jam aje dia dah boleh tunggang basikal tu dengan baik. Sebenarnya adib tak dpt pon tunggang basikal sebelum ni, dia tunggang pon yg pakai tayar kiri kanan.

Abe dan wife bukan apa usahakan jugak basikal utk dia, psl abe tgk kebelakangan ni dia asyik dok dpn tv aje tak nak keluar rumah. Risau jugak. Bila dah ada basikalnya nampaknya dapat jugak dia main2 kat luar.


Sunday, July 25, 2010

Handphone baru lagi ke???

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam abe turun Seremban pagi2 lagi pergi hantar wife abe opis, dia kerja psl ganti cuti raya depavali nnt. Di samping tu abe ambik kesempatan untuk hantar spectra gi servis 90 ribu km. Servisnya sekejap aje, tapi bab merayau2 tu yang lama, beli barang2 dapur kat Giant.

Dalam masa dok tunggu servis tu, dorang dtg bagitahu yang 'mounting' kat enjin pecah, kalau tak ganti cepat 'drive shaf' pon akan rosak nnt. Kos tukar dlm RM600 gitu2. Nak tukar ambik masa 2 jam. Abe pon tak selesa nak tunggu lama pasal uda sekeluarga ada kat rumah tunggu anak2 abe. Dia pon nak balik KL pasal ada epoinment kata dia. Abe kata lain kali ajelah, tapi wife abe kata tukar jelah. Lepas campaur, tolak kira bahagi, wife abe akn dtg lagi isnin atau khamis ni untuk tukar benda tu.

Lepas tu kitorang gi Giant beli brg2 dapur. Kebetulan pulak kat situ ada jualan hp dari kilang, abe singgah kejap tgk2 kalau ada yang berkenan. Baru lepas 3 gerai, abe dah sangkut kat satu gerai. Lepas belek2 dan tawar-menawar, satu iphone jadi milik abe dan telefon bluberry csl abe pon pergi bersama-sama dgn duit rm460 (abe rasa abe dah terkena). Bila balik rumah, abe tak dpt caj pon telefon tu. Wife abe cdgkan gi balik seremban esok untuk tukar charger sementara penjual tu masih ada situ. So hari ni abe keluar lagi ke Seremban bawak anak-anak jalan2. Masa nak balik, singgah Giant untuk tukar charger tu. Dia test dgn charger baru tapi tak dpt jugak, last sekali dia bagi set lain, abe pon ambiklah asal dpat caj je

So sekarang ni abe ada gadget iphone 3gs (mengikut kata cina tu la..)

Thursday, July 22, 2010

Mimpi malam tadi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Malam tadi abe bermimpi yang agak terkesan jugak diingatan abe. Kisahnya abe dianiaya dan diperangkap oleh kawan2, semua org tak caya kat abe. Tiba2 datang arwah ayah abe bagi jalan suruh lawan balik dan tegakkan kebenaran. Semangat yang luntur masa tu kembali membara dengan kata2 ayah abe tu. Ada yang tersirat dalam mimpi abe ni...

Muka Bulan 21/7

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dah hampir seminggu adib beli teleskop dia, tapi baru malam tadi dapat tgk bulan pakai teleskop tu. Sebelum tu tak dapat tgk psl malam gelap, bulan pon baru nak keluar. Sebenarnya adib kumpul duit belanja sekolah dia senyap2 utk beli teleskop tu. Mulanya dia nak beli teleskop kat tesco, tapi bila gi tesco, tinggal satu je, lagi pon mcm dah tak elok, kotaknya dah rabak dan nampak mcm dah rosak, lagipon teleskop tu mainan je bukan betol2. Harganya RM75. So abe fikir dr beli yg mainan, rosak pulak tu, mahal lagi, lebih baik gi giant tgk teleskop yg real punya. Kitorang gi giant tapi masyaallah, harganya rm150, adib cuma ada rm75, nak tak nak belilah jugak...mak dia tambah yg selebihnya.
So, malam tadi masa abe balik surau, bulan ada kat atas kepala, abe keluarkan teleskop ni dan halakan ke bulan. Nilah hasilnya yg abe snap dgn kamera lumix abe..





Wednesday, July 21, 2010

Kucing ada 10 nyawa??

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni abe lewat sikit keluar, syok tido. Masa lalu kat shell kp, seekor kucing melintas secara tiba2 dan kereta depan tak sempat lagi nak mengelak lalu terlanggar kucing tu. Abe tgk kucing tu hidup lagi, tapi tak boleh bangun cuma dapat angkat kepala je. Abe pon tak sampai hati, takut lagi teruk kena gilis kat keta lain, abe terus berenti kat tepi jalan nak alihkan kucing tu ke tempat yg selamat. Tapi bila abe sampai kat kucing tu, dia dah tak bernyawa lagi. Alang2 abe dah sampai, abe angkat bangkai kucing tu dan letakkan kat tepi jalan. Abe sampai ke sekolah tak la lewat sgt, bdk2 baru nak beratur..

Saturday, July 17, 2010

Abe @ Shangri-La Putrajaya

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni abe ada kat Shangri-La Putrajaya psl pagi tadi abe gi majlis Bicara Akademik nurin. Pihak sekolah bagi bwk balik anak2 bermalam, tapi kitorang rasa alang jugak nak berulang alik, esok dah kena hantar, wife abe cadangkan bermalam la kat hotel mana2. So dia booking hotel ni.
Bicara akademik tu tak lama, abe sampai pukul 11.00 pagi, ibu bapa yg hadir ramai jgk. Kitorang jumpa dgn 2 org cikgu nurin, pas tu terus gi check-in hotel. Sampai petang abe dok dlm bilik dok belek2 facebook kat laptop. Broadband boleh tahan jugak, tapi ptg tadi slow sgt.
Petang tadi abe ajak anak2 gi kolam mandi-manda. Tak seronok sangat psl kolamnya terlalu open tapi mandi jugak. malam kitorang keluar alamanda utk lunch, tapi tak dpt nak rayau2 psl dah dekat 10 malam. Esok sambung lagi.

....dari balkoni bilik...masjid putrajaya terlindung dek pokok palma di sebelah kanan...

Friday, July 16, 2010

Kantoi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Last week abe gi servis motor abe kali ke 2, mileage baru 300km lebih. Minyak pon abe rasa baru isi penuh 4 kali dalam masa 4 bulan nih. Bila sampai kat kedai motor tu, abe pon tongkatlah motor, masa tu ada sorang brader tgh servis moto dia jugak. Sambil2 bukak helmet dan rayban abe dengan bergayanya tu, abe pon turunlah moto pon dengan penuh gaya, tapi aduuuuh...kaki seluar jeans abe pulak tersangkut kat clucth motor, apa lagi terhoyong-hayang abe cuba seimbangkan bdn nak elak dari terjatuh. Kalu abe terjatuh, maknanya motor tu pon akan tumbang himpap badan abe. Terkial2 abe cuba seimbangkan dan fuh!! nasib baik selamat, pomen dan brader tu tersenyum tgk abe. Malu mmg malu tapi abe cover "..nasib baik motor tak tubang..." brader tu pon angguk sambil tersengih. Abe pon buat2 la muka serius mcm tak kisah lagi tapi dlm hati...aduuuu...maluuuu..

Abe @ mudah.my

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Abe dah letakkan iklan jam seiko abe tu kat mudah.my dalam seminggu lepas. Setakat ni ada 3-4 org yg tanyakan psl jam tu. Dorang nak ambik jam tu dgn harga rm400, abe keberatan psl banyak jugak abe rugi kalau abe ambik harga tu. Tengok dululah kalau ada tawaran lagi baik..

Pemantauan Berkelompok.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tengahari tadi masa tgh bersiap2 nak balik, dtg cc bagi tahu yang rombongan dr JPN akan dtg hari isnin depan, awal seminggu dari yg dijadualkan. Apalagi semua tergamam dan terkejut, maklumlah byk lagi benda tak settle. Sebenarnya dorang dah bagitahu nak dtg dah dekat tiga bulan lepas, tapi biasalah last minit baru nak buat persiapan. Tapi tak sangka pulak dorang nak percepatkan, tinggal seminggu lagi. Abe pon banyak lagi benda tak settle mcm headcount, pbs sejarah dan plbs. Nak tak nak bagi ajelah apa yg ada. Ikut dalam surat makluman lebih kurang 11-12 org yg nak dtg. Jgn masuk kelas abe ngaja sudahlah..

Friday, July 9, 2010

Mini Gathering PBMP 2010..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wah, dah agak lama jugak abe tak menulis kat blog nih. Sibuk tu tak la, ambik masa jugak untuk tempoh rehat lepas balik umrah itu hari.  Sejak balik itu hari, tak ada hari yg betul2 abe boleh relax, tiap2 minggu ada je aktiviti. Minggu pertama ada jamuan hari guru di Seremban dan minggu kedua ada gotong royong kubur.

Dalam seminggu dua ni, abe ada kontek beberapa orang kawan masa kat UPM dulu untuk buat perjumpaan kecil-kecilan. Alhamdulillah, semuanya memberikan respon yang positif. Dah tetapkan tarikh jumpa pada 7 Ogos 2010 di Royale Bintang Seremban. Harap kawan2 yg lain dapat join. InsyaAllah.

Tuesday, June 29, 2010

Jam dan alahan.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Abe pernah bercerita pasal jam yg abe beli beberapa bulan lepas dan alahan yang abe alami bila pakai jam bertali besi nih. Masa gi umrah hari tu, abe tak bawak pon jam abe tu, bukan saja tak nak bawak, tapi terlupa. Wife abe cadangkan beli jam baru kat Madinah ke atau Mekah, tapi abe kata tengok dulu. Memang abe memerlukan jam masa kat sana tapi keperluan membeli jam kat situ tak mendesak sangat sehinggalah abe ternampak jam digital casio yang dijual 10 rial kat luar pintu pagar Masjid Nabawi. Tali jam tu walau macam manapon ialah tali besi. Abe suka jam tu dan abe pakai pada kebanyakan masa abe kat sana. Walau macam mana pon pada beberapa hari terakhir abe kat sana, abe tak dapat pakai lagi jam tu pasal ruam2 dah mula timbul di pergelangan tangan abe. Sejak tu abe tak pernah pakai jam sampailah hari sabtu lepas.

Sabtu lepas ada majlis makan malam untuk semua guru2 dai seluruh negeri sembilan di padang perbandaran seremban dianjurkan oleh MB sempena hari guru. Abe bawak anak-beranak abe gi sekali. Takut susah nak parking, abe pegi awal2 dan parking kat Seremban Parade. Acara bermula jam 8 malam, sementara tu abe ronda2 berwindow shopping kat situ. Bila sampai depan kedai jam, abe ternampak satu jam jenama adidas, terus abe belek2 dan terus beli. Rasanya jam sukan, jam digital talinya getah. Harganya dalam RM160. Sejak tu abe pakai jam tu sampai hari ni dan alhamdulillah tak ada ruam yang muncul lagi. Jadi jelaslah abe memang tak boleh pakai jam yang bertali besi. Jam seiko  yang abe beli dulu tu tak dapatlah abe pakai lagi. Sayang jugak. Masa beli jam adidas tu abe tanya jugak tauke kedai jam tu, boleh tak abe tolak jam tu kat dia, dia kata nak tengok dulu jam tu. Abe pon ingat nak jual juga jam tu, sayang tu memang sayang, tapi kalau tak boleh pakai, macam mana pulak? Tengoklah dulu. Nanti nak iklankan jugak dalam mudah.com.my, manalah tahu..

umang ai, dah dekat sejam sejak aku snap gambar ni..

Berbalik pada jamuan hari guru tadi. Lepas solat maghrib, abe anak beranak pon turunlah ke padang perbandaran. Rupanya dah ramai orang. Meja yang disediakan dah diisi orang lain, main bantai je dorang duduk. Dapat jumpalah cikgu2 sama sekolah dan kawan2 lain. MB datang jam 9 malam masa kitorang nak mula makan. Masa MB nak mula makan, abe anak beranak dah angkat punggung meninggalkan majlis. Pada malam tu, bandar seremban meriah dengan cikgu2 yang berpakaian batik. Masa abe ronda2 seremban parade, rasa seronok jugak pasal kebanyakan pengunjungnya berpakaian batik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...