Tuesday, March 1, 2011

Suratan @tau Kebetulan???

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini pelbagai perkara berlaku menyebabkab saya kadang-kadang tersenyum sendiri. Macam-macam perasaan ada, marah, geram, gelihati dan kadang kala ada juga perasaan hairan dan terkejut. Pertamanya pagi tadi semasa saya sampai di sekolah. Ketika saya ingin menulis nama kehadiran, saya terpandang senarai kehadiran semalam. Saya ternampak nama saya berada di bawah garisan merah. Sedangkan nama sebelum saya pun tercatat masa sampai 7.25 pagi, kenapa pula nama saya diletakkan di bawah garisan merah? Adakah saya tiba pada jam 7.25:05 saat??
Masa balik pula terjadi satu peristiwa. Apabila sampai di simpang keluar sekolah, saya pasti sudah tiada sebarang kenderaan di kiri atau kanan jalan, lalu saya pun keluar ke jalan utama, tetapi kira-kira dalam 20 meter, saya tengok cermin sisi. Saya namapak macam ada sedikit kekecohan. Ada penunggang dan pembonceng motosikal memandang saya dengan pandangan tidak puas hati. Alamak!! Adakah saya tidak nampak mereka semasa di simpang tadi?? Dalam hati rasa was-was jugak, tapi saya teruskan memandu. Dulu pun pernah terjadi peristiwa di mana saya tidak nampak sebuah kereta mahu masuk di simpang yang sama, nasib baik kereta iru perlahan, tidak sempat berlanggar.

Bila saya sampai di kuala pilah, saya ambil kesempatan untuk membayar bil-bil bulanan saya serta menghantar sedikit wang untuk emak saya di kelantan. Di pejabat pos tu ramai orang, selepas saya mengambil nombor giliran, saya terus keluar untuk ke maybank bagi membatalkan kad kredit saya. Selepas itu saya kembali semula ke pejabat pos. Giliran saya akan tiba selang 3 orang lagi. Nampak gaya kerani di kaunter tidak begitu cekap melakukan kerja. Selepas menyerahkan bil-bil, kerani tersebut mula melunaskan bil-bil saya. Saya agak terkejut juga kerana jumlah bayaran kurang sedikit dari jumlah asal yang telah saya jumlahkan sebelum ini, tetapi saya diamkan. tak lama lepas tu barulah dia sedari yang dia tersalah kira, tetapi yang hairanya dia tidak pula minta saya menambahkab bayaran. Selepas itu saya hulurkan pula borang kiriman wang untuk emak saya. ketika kerani itu sedang memasukkan maklumat ke dalam komputer, tiba-tiba bekalan elektrik terputus selama beberapa minit. Apabila bekalan elektrik kembali pulih, komputer terpaksa dihidupkan semula dan terpaksa menunggu beberapa lama. Saya tak dapat bayangkan perasaan orang lain yang menunggu giliran masing-masing. Selepas beberapa lama urusan saya selesai dan kebetulan pula seorang kakitangan pos sedang menunggu di pintu pejabat pos. Apabila dia ternampak saya sedang memegang sampul pos ekspress, terus dia meminta sampul itu untuk diposkan kerana ketika itu jam sudah hampir jam lima petang. Saya rasa lega juga kerani tadi tidak meminta bayaran lebih kerana wang yang saya khaskan untuk membayar bil sudah tak ada lagi...entahlah siapa yang silap pun tak tahu...
semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok impian..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...