Sunday, April 3, 2011

Spek mata aku..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alamak, spek mata hitam yang abe dah pakai sejak bertahun-tahun dulu dah hilang semalam. semalam abe pakai spek tu untuk sembur racun kat kebun abe. lepas meracun, abe konon letak kejap spek tu kat viper spectra sementara abe tukar persalinan, tapi terus lupa nak ambik. tengah hari tu wife abe pakai spectra tu gi ambik mentua abe kat senaling. masa nak makan tengahari baru abe ingat spek tu. Abe gi tengok dah tak ada. Sekitar halaman rumah pun tak ada. Abe pon start moto pegi tinjau sampai senaling tapi langsung tak ada kesan. abe redha je la. mungin setakat itu aje rexeki abe dengan spek tu. Spek tu abe dah beli lama, rasa 6-7 tahun adalah. kedai yang jual spek ni pun dah tutup. harganya tak mahal cuma 240 saja, tapi tahan sampai sekarang. kenalah abe pakai satu lagi spek rayban tapi yang ni murah sikitlah 150 je..
semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...