Thursday, December 31, 2009

good bye 2009...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Abe: selamat tinggal 2009

Review balik 2009

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Beberapa minit lagi kita akan menyambut tahun baru 2010. 2010 bermakna bertambahlah setahun lagi umur abe dan umor kite semua. Tahun 2010 abe akan masuk 40 tahun, hmm dah tua dah abe ni, walaupun rambut tak ade putih sgt lagi, tapi tua tetap tua. Orang putih kata life begin at fourty tu jgn dok pegang sangat. Tu semua nak menyedapkan hati yang dah dah memang tua. tapi abe bersyukur jugak, sampai sekarang abe sihat walafiat, tak ado sangat penyakit datang bersarang, anak isteri abe pon mcm tu jugak, syukur alhamdulillah. Cumanya kalau dah 40 tu , walaupon sekarang tak ade apa2 penyakit, abe kena beringat jugak, kalau nak kena tu kena jugak. tapi abe enalah jaga makan minum, berat badan tu kena turunkan sikit, macam tu jugak perut abe nih!!

Hp wife abe tu menjerit2 psl mesej masuk ucap tahun baru. Tapi hp abe cam tu yo, sonyap mcm selalu. Tak apo, abe pahamlah, org ramai kwn itulah adatnya, orang yg tak ramai kawan, mcm ni pulak gayo dio.

Sepanjang-panjang 2009 ni banyak jugak perkara2 penting berlaku pada abe, antaranya ialah:

                 # wife abe dapat naik gred DG48
                 # nurin dapat 5A PMR  
                 # adib bersunat
                 # nurin dapat tawaran masuk sri puteri
                 # nafisah dpt tawaran masuk prasekolah

Abe harap 2010 nnt lebih bayk lagi perkara2 yang menggembirakan akan berlaku dalam hidup abe.
                
Abe: semalam adalah memory, hari ini adalah realiti dan esok adalah  harapan....chewah..

Projek Bumi Hijau

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nilah antara pokok2 yang abe tanam kat keliling rumah abe... tapi tolong abaikanlah semak-samun yang melatari gambar2 ni. Bukan apa tanah kat halaman rumah abe ni tersangat subur, bukan pokok yg abe tanam je yg naik, pokok yg abe tak tanam pon naik sama, malah lebih subur lagi dari pokok yang  abe tanam...:-)



ni pokok pisang yang abe ambik benih dia dari kelate.
rasa dah setahun lebih dah. dah mula keluarkan buah



ni pulak pokok pisang yang abe beli kat MAHA
tahun bila tah, mals dia nak membesar,
anak dah tiga, terpaksa abe buang anak dia satu,
kacau mak dia.



pokok manggis ni pon abe beli kat MAHA.
masa beli dulu pon besar ni lah jugak,
cuma daun bertambah sikit



ni pon abe beli kat MAHA.
pokok mangga ni kira ok jugak.
pembesaran dia kira impresive jugak.



ni pkok pisang benih dia abe ambik kat sekolah.
dulu dah nak mati dah, tapi abe jaga intensive sikit, nilah rupa dia.



ni pokok lengkuas. abe tanam saja sebagai
hiasan kat pagar, takla open sgt.




poko ciku. abe baru je tanam ni,
tapi dah ada putik buah, kena jugak pagar,
nanti kena patuk dek ayam2 gila tu..



pokok kelapa pandan nih abe beli rasa dah setahun dah,
dok besar tu je..



pokok pinang raja. abe tanam kat tepi pagar,
tak mati tapi tak besar2.




ni anak pisang yg abe ambik dari induk psl dia kacau pembesaran
induknya. kena jemur dulu 2-3 hari baru tanam




mana satu pokok nih?? ni pokok mangga yang abe
campak bijik dia. suburkan??

abe: tangan abe ke yg panas atau abe tak pandai jaga pokok sampai pokok2 yg abe tanam semua bantut2.

CRKlah nampak gayanya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi tadi masa abe tgh ralit belek2 laptop nih, abe dpt sms dr boss no 2 abe tu, kate abe ade kelas waktu ke3 dan ke7 hari isnin nih, so dia suggest abe ambik crk je la. Abe pon malas nak cakap ape, terus abe reply ok je. Abe pon sedarlah kalau nak memintak2 tu biarlah bertempat. Maybe jugak dia marah kat abe psl semalam abe janji nak dtg sek ambik BRM dan jadual waktu, tapi abe tak datang, kan abe soh kawan abe tu je. So, abe pikir2 balik, esok2 kalau ada apa2 hal, abe tak nak lagi tanya dia, abe nak tanya terus boss no1 abe. .  nampak gayanya CRK abe utk tahun depan dah burn 2 hari, satu pd 4/1 nih untuk daftar prasekolah anak abe si nafisah dan satu lagi 11/1 nih untuk daftar nurin kat sri puteri cyberjaya. Abe fikir tak kisahlah cuti pon psl nak dpt peluang daftar anak2 sekolah nih bukan selalu ada, sekali seumur hidup jer, tak akan ada lagi for the next time. Tadi pon abe ade gi sekolah senaling untuk bayar yuran adib, ramai juga yg dtg. Nurin pon ikut, dapat dia jumpa dgn cikgu2 dia dulu.

Abe: ada ubi ada batas, ada duit boleh beli...

Macam-macam hal...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni hari terakhir mesyuarat kedua. Sepatutnya habis dalam pukul 10 atau 11 pagi gitu, tetapi perubahan pada saat2 akhir mengisi borang claim menyebabkan, berlanjutan sampai pukul 1 ptg. Hangin betul abe, bukan apa, semua abe dah siap, tup-tup, kena buat 4 salinan. Hari tu dia cakap 2 salinan je. Abe memang x suka kerja2 mcm tu dibuat last minit. Nasib baik ada kawan2 yang bawak printer 3 in 1. Tapi kesianlah kat member tu, habis ink printer dia buat fotostat dokumen2 kitorang sume. Tapi at last sume selesailah. Jumlah tuntutan semua adalah dalam RM17++.00.


Masa nak balik pulak tanpa disangka2, keta avanza abe tak boleh start pulak daaah... Bila tengok rupanya abe ada terpasang lampu fog light. Aduiiii..... nasib baik member sume belum cabut balik lagi. Minta jump dari bateri dorang. Abe memang standby jer kabel jumping dalam keta, takut jadi malapetaka mcm ni lah. Kalau keta manual boleh gak tolak, tapi kalau auto mcm nih, mampus nak menolak. So lepas jumping keta dapat hidup balik. Mula abe nak singgah Giant Tampin, tapi kensellah takutkan tak dapat nak start pulak. Sampai rumah dlm pukul dua, dapatlah lunch dengan wife dan anak2. Sebelum lunch, telan dulu pil X-Tummy yang abe beli hari isnin tu for the first time .

Dalam pukul 6 ptg, abe gagahkan jugak angkat mesin rumput dan mesin semak-samun yg mula nak bermaharajalela kat atas bukit belakang rumah tu. Sekejap je, dalam 1/2 jam, separuh je psl pukul 7 plan nak gi surau. Yang sebelah lagi tgklah senang nnt dalam masa terdekat.

Ni abe nak cite masa abe gi surau tadi. Masa abe sampai surau, ada sorang budak anak jemaah dtg pada abe dan tunjukkan abe senarai yuran dan pembelian barang2 sekolah dia utk tahun depan. Tergamam abe dibuatnya. Sebenarnya dua tiga hari lepas budak ni mula rapat2 dengan abe psl abe nampak dia suka kat hp abe. So abe layan je la, budak2. Lepas tu abe nampak budak ni bukan main suka kat abe, dan dia mcm nak share everything ngan abe. Abe mcm biasa layan je la.. Tup2 hari bila abe turun je keta, terus dia keluarkan checklist tu dan tunjuk kat abe.....camano tu?? Sebenarnya budak ni susah, ayahnya pekak sikit, kerja kampung, menoreh getah. Abe pon kesian kat dia, mak dia tak ade dah, dah bercerai ngan ayah dia sejak umur 3 tahun. Lepas tu mak dia tak de tgk2 dia lagi sampai sekarang. Umor dia sekarang dalam10 tahun kot, tua dia setahun dengan anak abe si adib tu. Budaknya comel, jatuh kasih kalau tengok dia. Kesian. Terdetik jugak dalam hati abe nak sedekah singgit dua untuk dia bayar yuran sekolah, tapi yolah, abe pon nyawo2 ikan, wife yang banyak bagi life support. Tapi tgk dululah camno, kalau kena cara, abe tak kisah, abe boleh bagi yo, tapi takut abe yang tersalah pulak, lain pulak jadi dia.

Tadi masa dok belengkar atas katil, abe picit2 hp abe, hantar sms kat kak mis (2nd boss abe) tanya bila nak buat mesyuarat kurukulum, dia kata next week. So abe pon bagitau dia abe dtg lambat sikitlah hari isnin nanti psl nak uruskan anak abe si nafisah tu. Dia kan nak masuk pra. So dia ckp ok, tapi esok kena dtg sekolah ambik BRM dan jadual waktu. Apa lagi abe ckp ok la. Tapi abe pikir balik, alamak, takkan nak gi sekolah esok untuk ambik tu je? Abe pon sms kawan abe si hairul soh dia ambik benda2 alah tu sume dan letak atas meja abe nnt. So settle. Yang sebenarnya esok abe dah plan dengan wife abe nak gi ala2 window shopping gitu kat semban, tapi pagi esok nak kena jugak bayar yuran sekolah adib. Lepas tu la kot!!

Tuesday, December 29, 2009

Tengah Key-In

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Woooh!!!  boringnya tunggu page nak download. Masa ni tgh peak hour, sume tgh nak upload markah. Tapi bukak web page lain laju gila. Tapi tak syok la nak surf internet kalau kerja tak siap lagi. Ramai lagi belom upload.

Tadi wife abe sms kata ada bunyi kat atas siling. Abe pon penah dengar dulu. Abe takut ada biawak je kat atas tu, kalau biawak camano abe nak buat?? Takkan abe nak tangkap?? Abe pon takut dan goli yo... Jawabnya tahan racun je la.... Furadan... huuuu... :-)

Monday, December 28, 2009

100th Post!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tadi gi semban buat medical checkup nurin dan buat xray sekali kat colombia. Mula sampai doktor tak ada, tapi buat dulu xray ngan blood test. Pukul 2.30pm baru doktor ada. Sementara tunggu 2.30pm tu kitorang gi sopping barang2 keperluan nurin kat tesco. Lepas dah selesai jumpa doktor kitorang terus balik. Rasa tak best dan tak sempurna la kalau jalan2 ahli tak cukup nih. Tak senang nak jalan2 atau window shopping ke pasal adib tinggal ngan wan dia kat rumah. Sian jugak dia. Dia siap pesan soh beli ikan 'angelfish'.... tah, aku pon tak penah dengar. Nurin cakap ikan mcm dalam finding nemo tuh. Rasa kalau ikan lautan nih mana ada orang jual.

Bila sampai rumah, ada surat pulak dlm letter box, surat makluman yang nafisah dapat masuk prasekolah tahun depan...alahai, semua anak aku dah sekolah. Nurin gi asrama, baby pulak masuk sekolah. Adib tetap ada kawan kat sekolah tu...

Adib nampaknya dah makin baik, cuma sesekali merengek dan mengeluh, agaknya dia boring tak dapat bergerak bebas dan tak selesa. Abe pon rasa lega sikit. InsyaAllah semuanya is going to be ok!!!

Esok abe dah mula balik meeting menanda koteh yg ke2. Abe dah siapkan mana2 yang patut, cuma yg finishing touch tu abe tinggal dulu psl tak sure. Dah tak banyak dah. Tadi pon abe ada terima sms dari boss abe soh bawa laptop psl nak key-in markah. Abe ok je..

Wah, sedar tak sedar, abe dah ada 100 post kat blog abe nih!! Kalau tengok statistik abe post nih, bulan 12 nilah yg paling banyak. Mana taknya, masa free banyak, cutilah katakan. Taip2 hari post blog. Cerita tah apa2. tTak kisahlah, bukan kena bayar pon.  Blog abe nih rasa abe dah setahun lebih usia dia dan dah mcm2 nama dah pakai. Kalau tak silap abe mula2 chemekmolek, spectra6710, talknchalk, teacherscopy dan last sekali yang ada sekarang nilah!!!

Alaah, si sushima rukawa ni kacaulah, abe sibuk nak mengarang, dia pulak sibuk nak pakai laptop nih!! Abe permisi dulu la.... :-)

Baby dapat masuk Prasekolah!!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuan/Puan

PENDAFTARAN MURID-MURID PRASEKOLAH BAGI TAHUN 2010

Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Sukacitanya dimaklumkan stelah dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Peringkat Sekolah, permohonan tuan/puan bagi anak jagaan tuan/puan memasuki Prasekolah JPNS di Sek. Keb. Senaling adalah diterima.

3.        Sehubungan itu tuan/puan dijemput hadir ke sesi pendaftaran, taklimat seperti ketetapan berikut:-

                              Tarikh                                : 04 Januari 2010 (Isnin)
                              Masa Pendaftaran         : 8.30 pagi - 10.00 pagi
                              Taklimat                            : 10 pagi
                              Tempat                              : Kelas Prasekolah

4.          Kegagalan mendaftar pada ketetapan tersebut di atas bermakna tuan/puan menolak tawaran dan tempat akan digantikan oleh senarai simpanan.

Sekian, terima kasih.

Sunday, December 27, 2009

Risau nih...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Abe dah mula risau nih! hari ni masuk hari kelima dah adib bersunat, tapi dia masih rasa sakit, gelembung tu pon tak surut2 lagi. Abe rasa luka dah sembuh, cuma disebabkab gelembung tu la yg buat dia sakit. Camana nak surut gelembung tu ha??? Hari tu abe dah beli pati ikan haruan, dia tak nak telan, setakat masuk mulut je, lepas tru diluah balik. Rasa dan baunya pelik sgt, abe pon rasanya tak le telan. Risau, risau... :-(

Dah settle...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, lepas kenduri tadi gi ambank, settlekan hutang kereta 2 bulan tak bayar, sumenya RM3470.00, fuh! Kan aku dah cakap, bukan tak ada duit, tapi masa tak ada. (poyo je!!) Hujan lebat mengiringi pembayaran tu, huhuhu..

Musim kenduri...

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni gi kenduri rumah abg kamal. Elok je kami tengah makan, pengantin pon sampai. Ramai jugak org2 kampung kat sana. Anak2 abang kamal pon masih kenal lagi aku kecuali si syasya, selisih bahu pon dia tak kenal. Dah lama tak jumpa, agaknya dekat 10 tahun kot. Abang kamal ni lebih kurang sepupu la dengan aku. Masa aku awal2 belajar kat UPM dulu, selalu jugak gi rumah dia kat selayang tu, boleh dikatakan tiap2 minggu, sampai dorang muak dengan aku, mana taknya hari minggu je, terjongol muka aku kat muka pintu dorang. Masa aku interview kat UPM tu pon abang kamal yang hantarkan. Punyalah aku kerap sgt gi umah dia, sampai anak2 dia pon rapat dengan aku. Yani, Hilmi, Azwani dan Syasya. Macam tu jugak bila aku posting sabah, dia pon masa tu dah posting sabah sekeluarga, tabiat aku masih tetap sama. Hujung minggu je aku pegi gi rumah dia kat mana tah aku pon dah lupa, sampai diorang naik muak. Aku pulak masa tu tak sedar diri. Masa tu belum kawin lagi, bila dah kawin, jarang la berkunjung rumah dorang.

Ada satu ketika, masa ku gi rumah dia, dia sekeluarga keluar, aku pon nak keluar, jadi kunci aku peganglah. Kunci rumah dorang, dorang tak letak sekali. Kunci pagar gugusan lain, kunci grill gugusan lain dan kunci pintu gugusan lain. Aku ni punyalah bangang, aku letakkan kunci2 tu dalam satu gugusan, nak senanglah konon. Hari tu dahlah aku sampai lambat, dorang tunggu, tengok kunci pulak dah berubah, adoooiii..

Satu peristiwa lagi, aku cukup malu sgt. hari raya haji, aku gi rumah dia, psl tak balik kampung. Hari tu dorang nak gi jalan raya, tapi dorang tak nak bwk aku, aku tak faham. So, lama jugak dorang tunggu aku nak balik, dah lama tu aku pon mintak diri balik. Belum jauh lagi dari pintu pagar dorang dah start keta keluar. Kat situ barulah aku faham, dorang tunggu aku blah dulu lah... Banyak lagilah peristiwa yang memalukan aku sepanjang2 tinggal rumah dia tu, tapi bukan salah dorang, salah aku yang bangang tak malu, tebal muka tak sedar diri nih. Tapi layanan dorang sangat baiklah sepanjang2 tu. Itu cuma kenagan yg buat aku rasa malu. Rasa nak pusing balik masa. Malu sangat. hehehe.

Abang kamal nilah yg tolong aku belikan kereta masa kat sabah dulu. Kereta Proton Iswara Aeroback SA7836U warna putih. Bukan setakat tolong beli, dia pon tolong aku bawak balik keta tu ke Kota Belud, psl masa tu aku belum terer lagi bawak keta. Adduuh, kalau ingat balik peristiwa lalu, rasa bodohnya aku... 

Tapi yang kelakarnya ialah, bila dia balik posting ke N9, aku pon boleh balik posting ke N9 jugak tu. Tapi masa dia kat sini aku dah jarang berkunjung rumah dia, seingat aku adalah 3-4 kali je,   maklumlah dah kawin, tambah2 pulak dia dah pindah rumah lain, tapi x tau mana satu.

Akhir sekali, terima kasihlah abang kamal pasal banyak tolong aku masa aku bodoh bebal babil dan bangang tu dan minta maaflah segala perangai aku masa aku bodoh, bebal babil dan bangang dulu tu.. :-)

Saturday, December 26, 2009

Seawal jam 4.00 pagi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam dah hantar mak aku naik bas balik kelantan. Bas sampai jam 9.35, tapi kitorang dah tunggu depan RHB tu dari pukul 9.15 lagi. Taklah lama menunggu. Agaknya sekarang dah sampai kot. Entah sempat ke tidak dia jumpa aina. Call aina semalam dia kata bertolak ke arau jam 8 pagi. Tapi biasa dalam pukul 7-8 pagi mak dah sampai rumah. Aku ada kirimkan aina rm100, wife aku tambah lagi rm50. Oklah tu kot.

Pagi ni jam 4 pagi dah jaga, mcm semalam dengar adib merengek, sakit. Pegi tengok n tenangkan dia. dah ok, luka pon dah makin sembuh, rajin dia makan ubat. cuma keliling batang tu bengkak. Tu tak de apa, nanti jahitan dah bukak hilanglah, mintak2 mcm tu lah.

Bangun tadi terus tak tido takut jadi mcm semalam, kepala pening. Bila tido balik, bangun jam 10.30. So tadi baring2 kejap then gi solat subuh. Lepas tu terus ngadap laptop nih. Sesekali tgk adib yang merengek sekali-sekala. Jap lagi gi pilah kot cari breakfast ke apa...

Friday, December 25, 2009

Ngantuknya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni 4.30 pagi dah terjaga pasal terdengar adib merengek sakit. Kejutkan wife aku suruh tengok (hehehe). Anu dia tegang ke apa tu pasal sakit. tak tahu nak buat apa, suruh dia tahan atau pergi kencing atau jalan2 nak kurangkan tegang, tapi tak mau dia. Rasanya bab2 tegang ni sesape pon tak dpt tolong kecuali diri sendiri, ni berkaitan dgn mental sebenarnya...hehehehe...berdasarkan pengalaman. Aku tengok adib ada progress lah, bengkak keliling dah mula surut, jahitan cantik jugaklah. Ingat hari ni nak gi cari apa2 pati ikan haruan utk bagi dia biar cepar sembuh luka. InsyaAllah, adib akan cepat sembuh. Semalam gi jumpa doktor mcm yg disuruh, bukan main takut adib, trauma agaknya kena suntik hari tu. Doktor cuma bubuh ubat antibiotik kat luka tu je..

Walaupun bangun awal, tapi tak gi pon surau utk solat subuh, solat kat umah je, hehehe. Malam ni pon rasa ponteng jugak psl nak hantar mak aku naik bas balik kelantan. Bas agaknya sampai dlm 9.30 mlm, tapi kono la gi awal sikit. Hari ni genap mak aku 3 minggu kat sini sejak balik ke sini raya hari tu. 27/12 ni pulak anak sedara aku, aina gi daftar UiTM kat arau. Aku rasa ralat jugak tak dapat nak hantar dia sama... kalau aku kat kelantan nih, sure aku gi punya...dan rasa aku patut jugak bagi dia duit sikit buat belanja...sian dia, dia anak yatim, baik budi bahasa. Nanti aku kirimlah kat mak aku nnt...

Semalam nurin dah dpt surat tawaran ke sri puteri, kena jwb cepat2 dan banyak jugak senarai keperluan kena ada, tu sume tak kisah, asalkan dia mahu... Isnin ni gi buat medical check-up nurin kat colombia dan cari keperluan mana2 yang belum ada..

Thursday, December 24, 2009

Dah nak tarik ke??

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam masa tengah syok tido, lepas dekat seminggu struggle mark paper, dapat call dari bank pasal kereta tak settle lagi. Wife aku yg angkat, aku malas nak layan, soh wife aku cakap nanti aku bayarlah. So, dia cakap mcm aku suruh cakap, dia kata orang tu mcm boring jer...hehehe.. Dia suruh bayar paling lewat hari isnin nih.

Lepas makan tengahari aku terus keluar pilah, konon nak bayarlah pakai CDM maybank, kebetulan tak de orang, tekan punya tekan kot2 boleh byr ke ambank, tak ada pulak. Tanya pak guard, dia kata tak ada. So aku ambik keputusan gi bahau je la (jauh siot!!). Dalam perjalanan otak jalan, apa macam kalau mesin rosak ke apa, sambil tu pikir2 dalam masa terdekat nih, bila pulak nak keluar seremban. Kemudian, baru teringat hari sabtu nanti nak ke seremban kenduri rumah abg kamal, terus aku turn balik.

Yelah, bukan tak nak bayar dan bukannya tak ade duit nak bayar, tapi masa tak ada, tak sempat. Kalau kat pilah ni ada Ambank, dah lama bayar dah. Tapi branch dia kat seremban, tak pon kat bahau, jauh siot!! Tak ade hal aku nak gi bahau atau seremban semata2 nak bayar keta. Dulu branch ambank ni ada kat pilah, tulah yg aku ambik loan ambank, nnt senang nak bayar, tapi tup-tup, ditutup pulak branch kat pilah nih. Kalau nak bayar kenalah gi seremban ke atau bahau. Tapi sekarang nih senang sikit, tak payah berkejar office hour pasal dah ada mesin CDM. Hari tu aku dah nak bayar, tapi mesin pulak tutup psl tgh maintenance.

Tapi rasa ralat jugaklah bila dapat call mcm tu. Baru sebulan lewat bayar dah kecoh call. Setidaknya dorang kenalah tgk jugak rekod pembayaran aku, tak pernah miss punya. Cuma kali ni agak lewat, cuti dulu budget lari sikit, tapi sekarang dah ada cukup untuk bayar 2 bulan. Dua2 keta aku avanza & spectra tu sebulan kena RM1635. Kalau 2 bulah RM3270.00.... fuh!! tapi ada, jgn risau...malas nak tangguh lagi, kot bertambah2, segan pulak nak bayar... :-)

Wednesday, December 23, 2009

Alhamdulillah semua dah selamat...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, mcm2 perkara berlaku hari ni, semuanya tentang anak2 aku; nurin, adib dan nafisah.


Nurin:
Berita yang menggembirakan ialah Nurin dapat tawaran ke Seri Puteri, Cyberjaya. Kitorang check internet pagi tadi. Semua takut nak tengok termasuk wife aku. Bak sini ayah tengok. Mula aku bagitahu dorang tak percaya, bila tengok sendiri baru percaya.Wife aku punyalah happy sampai menangis and peluk2 nurin. Daftar pada 11/01 nih. Lepas tu kawan baik dia fatin pon dapat seri puteri jugak. Alahai, tinggal tak berapa hari lagi dia dok rumah dan bersama kitorang, lepas nih dia dok kat asrama, tak tahulah mcm mana keadaan nnt nih...huhuhu....

Adib:
Wah bukan main lagi gelak2 adib hari nih, nampak dia mcm tak sabar nak bersunat...hehehe..
              "ayah, nanti lepas bersunat belikan adib keretapi boleh tak?"
              " boleh."
Masa kat klinik kitorang nervous bukan main lagi, dia nampak relaks je. Lepas tu sorang budak keluar dari bilik rawatan, baru berubah air muka dia.
              "ayah, sakit tak?"
              "sakit tu sakit, tapi sikit dan sekejap je."
Bila masuk bilik rawatan (wife aku tak masuk), doktor suruh tanggalkan seluar dan baring. Semuanya okay sampailah doktor sapu ubat bius, terkejut dia. Bila doktor suntik ubat bius, barulah dia menjerit sikit sampai keluar air mata. Doktor suruh baca kalimah syahadah dan surah2 lain yg dia tahu. Masa doktor potong dia tak rasa sakit, tapi masa doktor jahit tah macam mana dia rasa sakit pulak. Dalam masa 10 minit semua selesai.
bila balik rumah, lain pulak ceritanya, bila ubat bius hilang kesan, dia mula rasa sakit dan meraung jugaklah, adalah dalam setengah jam menahan sakit.
             "adib tak nak sunat lagi"
              "mak, macam mana nak kasi selesa ni.."
              "boleh tak bukak benang ni (jahitan)?"
Then, dah lama tu, dia boleh pulak sapu2 sendiri kesan2 darah kat anu dia tu. Nasib baik jugak wife aku, wan dan nenek dia ada tengok2kan. Berpeluh jugak aku berhadapan dengan situasi nih. Tak senang duduk, ke hulu ke hilir risau dan kesian tengok keadaan diaKesakitan fasa pertama dan kedua dah lepas. Dia sekarang tengah tido, malam nanti tak tahu macam mana. Biasanya malam rasa sakit akan muncul balik...fuh!!

Nafisah:
Baby pulak dah mati kutu pasal tak ada kawan nak bergaduh....:-)

Tuesday, December 22, 2009

Esok Adib potong..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Esok jam 11.30 pagi Adib akan dikhatankan. Dah buat appointment sebulan lepas kat Klinik Bakti. Tapi dia nampak mcm biasa je, gelak2 lagi. Kitorang pulak yang mcm nak panik dan risau semacam je. Tapi aku dah terangkan kat dia 'situasi' bersunat nih dan aku rasa dia pon faham apa yang akan berlaku nanti. Dia okay je dan nurin kata dia tak sabar pulak nak bersunat. Janganlah cuba nak acah2 dia, kata sakit ke, potong habis ke, dia akan tanya korang balik, dulu korang sunat macam tu ke?? Aku rasa dia dah bersedia dan kena la pada masanya. Cuma aku risau takut lambat sembuh je, pasal sekolah nak bukak kurang 2 minggu lagi. Tapi ada pulak dia boleh cakap lepas khatan gi jusco!!!

Apasal lambat sgt, 23/12 baru nak sunat? Iyelah, mmg silap kitorang, mmg dah rancang nak sunatkan dia cuti hujung tahun nih, tapi lambat sangat gi booking kat klinik. Bila gi klinik, doktor kata 23/12 je free, nak tak nak terima jela. Bayaran dalam rm100. Tapi lambat buat nih ada hikmah jugak, kitorang enjoy puas2 cuti nih, semua dah buat cuti nih, tinggal hal adib ni je lagi... tunggulah esok, berdebar jugak.... :-)

Dah beres!!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, dah habis tanda pagi tadi lebih kurang jam 8.20 pagi dan wife aku pun agaknya kejap lagi selesailah kot. Skrip yang KP kitorang hantar balik pon dah sama2 sampai pagi tadi. Banyak jugak kerja2 rumah yg aku geram nak buat, dah pon aku buat pagi tadi mcm basuh dua2 buah keta, kemas rumah sikit2. Lepas dah habis tanda pagi tadi aku gi tabur baja tahi kambing yang tinggal setengah beg lagi kat pokok2 pisang dan pokok2 pinang tu. Nanti beli lagi. Tengahari tadi keluar Pilah beli tiket mak aku nak balik malam esok, tapi tak ada. Yang ada hari sabtu malam Jumaat. Bila dah beli baru perasan, kenduri rumah abg Kamal keesokkannya, tapi nak buat macamana, dah beli. Tengah2 kemas tadi jumpa 2 keping postcard yang anak2 aku beli dulu, nasib baik gambarnya lain. Tadi aku dah scan dan kejap lagi nak upload. Masa tengah2 bergolek dgn wife aku tadi dapat pulak mesej dari Lang Amir kata malam nih ada kenduri kat surau sempena aniversary salah seorang jemaah kitorang,  murah rezeki....hehehe....:-)

Dah nak selesai

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Aku
baru jer
balik solat
subuh jemaah
kat   surau    tadi.
Masuk ni baru 3 kali
sejak cuti. Patut cuti2 nih
dapat kerap sikit solat subuh
kat  surau,  ikut kemampuanlah.
Macam biasa wife aku ada kat sebelah
nih tgh menanda skrip dia. Dia tu pon tengah
kalut nak menghabiskan skrip tu, aku ingat ada dalam
30 skrip lagi. Dia kalut psltakut tak sempat, masa pon tak
banyak lagi, banyak masa terbuang psl byk benda lain yg nak
kena bagi komitmen jugak, lagipon calon nih jawab panjang2 dan
soalan yang sama. Alhamdullilah, aku rasa hari nih habislah aku menanda.
Tinggal dalam 13 skrip je lagi. Pagi nih boleh selesai kot, lagipon ni tinggal yg
hujung2, calon tak menjawab sgt dah, kalau menjawab pon melalut2 je.. So masa
yang ada nnt bolehlah rasanya buat mana2 kerja yg tertangguh, terutamanya basuh kereta. :-)

Rumput Mutiara

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Agak lama jugak aku tak post blog nih. Bukan apa, broadband ni slow sgt tak dapat nak bukak internet langsung. Masa pon suntuk jugak.

Biar pon masih lagi penat balik dari genting, tapi hari sabtu lepas kitorang gi seremban rumah sepupu aku kat senawang. dah lama tak pegi rumah dia dan dah lama tak jumpa dengan family dia. sebenarnya anak kedua dia nak kawin dan nak gi rombongan rumah pengantin pompuan kat Kedah. Kebetulan mak aku ada sini, dia ajak mak aku gi sekali, tapi almaklum sajalah, kitorang masih kepenatan. Aku ngan wife pon dah tinggal kerja2 marking paper dah berapa lama, kalau gi kena lagi tangguh 2-3 hari, banyak terjejas tu. So, kitorang gi la melawat sebagai ganti tak ikut gi rombongan pengantin. Tapi pengantin dah tak ada, dah lepas gi Kedah awal2 lagi, tapi sempat jugaklah borak2 dgn sepupu aku td.

Sudah pegi rumah dia tu, kitorang singgah giant senawang beli barang2 mana yg patut, dah lama tak shopping kat giant, best lah kat situ, barang2 kira ok jugak. Aku angkut satu seluar army, berkenan sgt, suka dgn stylenya dan harga pon kira ok jugak. Masa kat giant aku tgk ada satu TV LCD skrin jenama panasonic, harganya RM1500 je, sungguh menawan hatiku, kira mampu miliklah! Bagitahu wife, dia pon mcm suka, tapi benda2 mcm nih kena pikir banyak kali jugak. Tapi tengah ada duit nih lah kalau nak berangan pon. Esok2 dapat tengok je la... Tak apalah...suatu hari nanti...

Pas gi giant, on the way balik, singgah kat satu nursery depan petronas jln bukit putus tu nak tanya rumput laman. dah lama nak singgah tapi asyik tertangguh. Kitorang agak tekejut jugak psl harga rumput mutiara dorang jual murah jugak, 3 keping RM10, macam tak percaya! Dulu aku pernah jugak beli rumput mutiara nih, tapi harganya mahal jugak, rasanya masa tu RM7.00 sekeping. Bila dah harga mcm tu, aku terus ambik dulu 9 keping, harganya RM30. Aku suka dengan rumput mutiara nih psl dia lasak dan senang tumbuh. Esoknya terus aku tanam sikit kat laman rumah aku  nih. kebetulan pulak musim hujan. Laman rumah aku nih sebenarnya dah tak ada rumput lagi pasal aku dah sembur racun. Bukan apa, selama nih, kalau potong sekejap saja dalam seminggu dah panjang balik, last2 aku sembur je racun. hari tu, bilamusim hujan, rumput kasar dah mula nak tumbuh, tak sempat dia besar, aku sembur lagi sekali. Sekarang nih laman aku licin, tak ada rumput kecuali kat satu dua tempat je. jadi senanglah sikit aku tanam rumput nih, gali tanah sikit, terus letak dan tekan sikit. Baja tunggu dulu.


...dah tinggal lagi 6 keping..



...3 keping dah selamat...

Malam tu wife aku ajak gi makan luar psl tak sempat nak masak. Aku orait je. So malam tu aku pekena sup ekor lepas tu tolong selesaikan nasik goreng anak2 aku yang tak habis tu.


sup ekor woit!!

Hari ni kitorang buat jamuan makan sikit kat surau dan doa selamat untuk adib yang nak sunat hari rabu nih.Mak aku yang masakkan nasi dagang. Berasnya dah ada yang wife aku beli masa balik raya puasa dulu. Ingatkan untuk makan jemaah yang datang datang dalam 12-13 orang, tapi malam nih dekat 25 orang, aku dah risau takut tak cukup makanan, tapi alhamdulillah semua dapat makan walaupun ada kesilapan teknik sikit. Masa nak gi surau agak kelam kabut sikit pasal leka berborak dgn abang aku yg dtg petang tadi. tak sedar jam dah 6.45. Kelam kabut sikit.

Tadi pagi aku ada mesyuarat kat sekolah, wife aku pon sama. Rancang nak bfast sama2 dulu kat KP, tapi wife aku tak sempat, so lepas dia pegi, aku gi senaling beli sarapan utk mak aku dan anak2 sebelum gi sekolah. Sonok jugak dapat jumpa kawan2 psl dah lama tak jumpa sejak cuti nih. Sempat jugak gi minum ngan nasbi kat simpang. Sekolah tak lama lagi, lebih kurang 2 minggu lagi. Aku rasa cuti kali ni terisi jugak, walaupun ada beberapa perkara yang aku rancang pada cuti kali nih tak dapat dilaksanakan mcm nak pasang batu paver kat laluan parking, nak alih suis lampu depan nih, nak kemas2 rumah. Kalau nak tahu keta aku tu pon tak berbasuh lagi sejak sebelum cuti lagi... Tapi alhamdulillah, semuanya boleh dikatakan beres!!!...:-)

Saturday, December 19, 2009

Serba tak kena..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alamak,
rasa frust jugaklah semalam
tak dapat nak merasa main permainan outdoor game
kat genting pasal cuaca tak elok. Dua kali nak beli tiket tapi kami dinasihatkan
oleh cik adik yg jaga kaunter tiket supaya pikir 2-3 kali pasal masa tu byk permainan tak dibukak psl cuaca tak elok. yalah, bayar mahal2 pon buat apa kalau tak dapat main. So bagi tahu kat
anak2 lain kalilah kita datang, walaupun sukar, tapi dorang terima jugak.
Kemudian pegi masuk indoor, main kejap, pas tu balik.
Balik pulak ikut KL,
tah mcm mana pulak boleh termiss jalan, kenalah pusing ikut puchong...jauh wak...
Bila dah dapat jumpa hiway Seremban, jem pulak, accident sikit je, tapi jem mau 3/4 km.
Then singgah perhentian Nilai, makan, solat terus balik.
sampai je terus pengsan.
:-)



muahahah...posing kat sebelah polar bear... dia pon dah boku dek terlampau sojuk...muhahah..

Friday, December 18, 2009

Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Muharram 1431 Hijrah.
Aku tak tahu nak tulis apa sempena tahun baru ni.
Tapi aku berdoa agar Tuhan sentiasa memberkati kehidupan aku sekeluarga.
Moga juga tercapai cita2 kami untuk mengerjakan umrah pada tahun ini dan seterusnya mengerjakan haji.
Minta Tuhan jauhkan kami dari melakukan segala larangannya dan menggerakkan hati kami untuk melakukan segala suruhannya.


Merangkak keta aku..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah kitorang dah ada kat genting.
Semalam sampai lebih kurang jam 3, terus check-in kat awana, punyalah ramai orang sampai wife aku kena beratur nak check-in.
So, lepas letak barang dalam bilik, terus kitorang gi kat puncak, pon ramai jugak.
Nak cari parking punyalah susah, at last dpt jugak parking kat tg 14 kat bangunan khs utk parking, tapi jalan dah tak jauh, ada lift lagi. 
Jam pon dah pukul 4 lebih gitu, nak masuk taman tema dah lewat sgt, rugilah bayar mahal2 kalau masa tak banyak, walau pon kitorang banyak duit.
So kitorang decided pigi makan dulu kat plaza world.
Mana ada nasik, susah nak cari nasik, kitorang bedal pizza je lah.
Then lepas tu gi amik tiket untuk indoor game khas untuk petang je.
So sempat jugak merasa game2 yg extreme kat dalam tu mcm naik ferris wheel, train kepala rusa tu, snow wolrd dan naik pergola yang sgt mencabar mcm kat sungai colorado...fuh.


aku x ade la kat sini psl aku yg amik gambar..

Balik bilik dekat pukul 12, masa nak balik bilik, kabus punyalah tebal, aku drive macam mak nenek mana tah, slow sgt.
Yelah, jalan bukan biasa pon, kabus tebal lagi, brek keta aku bukannya makan sangat pon.
So hari ni lepas breakfast, kitorang akan teruskan adventure kitorang yang mencabar mental dan fizikal nih...:-)

Wednesday, December 16, 2009

Belum settle lagi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ansuran 
kereta utk bulan 11 aku belum bayar 
lagi, masa tak ada. Hari tu dah nak bayar tapi mesin deposit 
pulak tutup. Bukan tak ada duit, ada tapi tak cukup, hehehe.. Bukan apa, 
budget ada, tapi dah banyak lari, maklumlah musim cuti2 malaysia ni. Tuharikan
balik kelantan, pas tu berapa kali pulak gi hotel tu hotel nih, sikit sebanyak tertarik jugalah
selai dua note yang dah diprepare dlm wallet tu. Tapi ingat dapat jugak settle kot psl mungkin 
akaun rimau aku akan terisi tak lama lagi dgn duit claim jaga PMR tuhari. Tidak pon boleh guna 
wang ihsan rm500 nnt. Tu dapat gaji bulan 12 nnt, 2-3 hari lagi. Rasanya bulan nih aku last bayar 
avanza psl wife aku kata dia nak sambung bayar. Bulan ni wife aku mula dapat gaji dg48, so aku lapang
la sikit. Tapi banyak lagi psl keta nih tak settle terutama spectra tuh. Baru ni wife aku terlanggar buntut lori masa 
nak 
gostan, pecah lampu belakangtu belum ganti  lagi.Lepas tu   tayar spectra tu ponlain mcm je. Ada bunyi bila jalan, tu nak kena tengok jugak. Avanza pon macam tu jugak, enjin dia dah rasa lain macam, berdesir dan macam berat je...hujung2 tahun nih tu lah dia...
:-)


At Last..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
Pagi tadi aku dah post hantaran ke-3 kat KP. Malas nak tulis 3copy, aku buat satu copy, pastu fotostat jela. So hari ni hari terakhir aku bertugas sepanjang cuti nih. Patutnya hari ni bukan aku tapi aku switch dgn cg nasbi, dia ganti aku hari jumaat lepas. Sampai tadi agak lewat jugak, dalam pukul 10.00 pagi psl urusan pos tulah. Hari ni pon hari last SPM sejak 17/11 lepas. Dekat sebulan jugak. Tinggal lagi 2 minggu cuti sebelum sekolah dibukak semula, rasa kejap pulak..:-)

Esok plan nak gi genting, stay kat awana. bawak anak2 dan mak aku sekali. tak tahu nak ikut kat mana lagi. Ikut mancis tu jalan mcm ular, kalau kot kl jauh pulak, tgk camana...:-) 

Tuesday, December 15, 2009

Kena Lagi??

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 

Aku sekarang kat computer lab sekolah. nampaknya sesi menanda skrip terbengkalailah psl internetnya laju jugak... Tadi sampai sekolah terus mintak kunci dr staff dan terus dtg sini. Sebelum tu aku breakfast dulu ngan wife aku kat warung depan gedung. pekena kueteow goreng kat situ. Bila masuk je complab nih, suprise jugak psl pc kat meja guru ni monitornya dah tukar baru, flat skrin pulak tu. Aku tak tahu pon dah tukar. Tadi mat pon masuk sini, dia kata masa budak exam PMR dulu dorang dtg tukar. Dah lama aku tak masuk sini, rasa rimas kalau kat sini psl aircond tu tak berapa elok sgt. Kalau bwk budak2 pon rasa cuak je, dorang tak tahu nak guna, main game, tgk laman yang tah apa2, lebih baik tak yah masuk.


Rupa2nya banyak perkara dah berlaku kat sekolah ni sepanjang cuti. yang paling mengejutkan ialah kecurian laptop kak shimah semasa raya haji ari tu. Laptop dia letak dlm kabinet bilik dia tapi dpt jugak dicapai oleh malaun mana tah. Tgk dalam CCTV tak ada sape pulak yg masuk pejabat. Repot kat polis, boleh diorang kata orang dalam yg buat. Then satu lagi ialah kecurian besi penutup longkang. Wah nampaknya sekolah ni jadi lombong duit la buat pencurik2. Aku pon tak tahu nak kata apa. Pak Guard bukan tak ada, berkawal siang malam, boleh jugak benda yang mcm tu hilang.


Nanti esok2, jgn pulak keta cikgu pulak yg hilang!! :-)



Shopping Baju Anak-anak.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hari tu lepas amik mak aku kat rumah abg aku, kitorang gi shopping jusco nak beli pakaian sekolah anak2  tahun depan. Beli awal sikit psl adib 23/12 nnt nak sunat, takut jugak tak sempat nnt. Adib rasanya semua dah ada termasuk beg ben10 pujaan hatinya tu. Nurin pon cam tu jugak cumanya beg belum beli lagi, nnt keluar lagi sekali la kot.. Tapi dalam pada tu, si kecik tu pon nak menyibok sama, dia nak jugak beli kasut bila tgk sume orang dapat kasut baru. Nasib baik kat jusco tu ada jual kasut extra small, saiz 6 comel je. Balik rumah esoknya satu hari tu asik dok pakai kasut tu je... Thanks to my wife kerana berhabis beli sumenya utk anak2. Abang ni dah kering-kontang yang oii....:-)

Monday, December 14, 2009

aku, broadband, pen merah, baby, lomang dan rendang

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Aduusss....
susahnya nak online...
broadband nih mcm apa ntah,
agaknya dah sampai limit dia kot,
susah sgt., buang masa aku je.
tapi kalau tak online, rasa mcm nak online,
bila dah online, rasa mcm nak terajang je laptop nih!!
Coverage siap ada 5 bar, tapi trafffik hampes!!!
Tengahari tadi dah cuba, melangut je tgk skrin putih.
sampai bila la aku nak dpt coverage yang perfect nih!!!
nak harapkan streamyx..lupakan sajalah, berapa tahun lagi belum tentu ada coverage
kat ulu naling nih...
huhu
huhu
huhu
sabo je la, tak dapek den nak nolong...

hari nih dah mula bertugas sampai rabu nih. sampai je sekolah dalam pukul 9, terus bukak skrip dan terus tanda sampai jam 2. dpat jugak 22 buah skrip. Aku rasa tanda skrip spm nih lagi senang la dari PMR tak stress sgt. Dapat tanda 30 skrip dalam satu hari ok gak lah. Hari ni wife aku pon ada lecture, tapi dia lagi terok, start jam 8 pagi td sampai pukul 5 nih, tu nak cover supaya dia tak yah dtg byk kali kat college. Aku tak kisah asal dia larat.
Dalam masa dok menanda kat sekolah tadi lang amir call soh dtg surau mlm nih ada 'balun' sikit. Aku sejak jumaat lepas, tak gi surau psl domam. So aku bg tau lah sobab musabab tak gi surau 2-3 hari tu. Kata dia tak apa, nnt balik singgah dulu rumah dia, ada barang nak bagi. tak kisahlah, mmg lalu depan rumah dia pon kalau balik rumah. sampai je aku horn, tgh nak parking dia keluar bwk 2 batang lomang paneh dengan rondang. Terkejut pakcik!!
"apo nih bang??""
"ado barang sikit nih hah"
"rayo ko nih bang?"
"tak do, anak menantu ada balik nih"
"ooo..timo kasih yo bang"
"yolah, ok yo"

Sampai rumah terus aku bantai lemang dan rendang yang masih panas tu.
Humang aih, sodapnya...
bedal 2-3 ketul
sambil ajak mak aku join sekali.
aku mmg suka kalau lemang nih lembik2 sikit dan masih panas.
cukuplah 2-3 ketul.
tak pyh mkn tengahari lagi.

"ayah, mak balik pukul berapa hari ni??"
"hari ni mak balik lambat sikit, mak banyak kerja."
"pukul berapa?"
"pukul 6 kot"
"huhuhu"
.....zzzzzzzzzzzzzzzzz....

Saturday, December 12, 2009

Badan tak sihat pulak..


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dah 3 hari tak post blog nih, sibuk la sikit dalam masa mesyuarat 3 hari nih.  Agaknya terlampau sibuk, badan pon jadi tak sihat. Mula2 rasa sakit tekak n batuk2 sikit, suara pon garau semacam, lepas tu badan rasa lemah2. Semalam wife bagi ubat demam 2 bijik, lega sikit. Nnt jap lagi nak gi klinik.

Masa mesyuarat hari tu aku dpt dalam 250 skrip utk ditanda dalam 17 hari. Ingatkan boss nak 10 skrip hari terakhir, tapi rupa2nya hari kedua dah nak kena hantar, so malam tu aku berjagalah sampai jam 2.30 pagi. Bila nak masuk tido dah tak boleh lelap sampai jam 4.00 pagi. Itulah agaknya salah satu punca badan tak sihat. Gi mesyuarat pagi tu melepek la sampailah tengahari tu aku telan 2 bijik panadol. Stop dulu tanda kertas, agaknya malam nih mula balik.

Hari tu mak aku telefon bila nak datang ambik dia, alamak kesiannya. Aku sebenarnya mmg dah teringat kat dia dan mmg nak gi ambik hari ni, tgk2 dia dah telefon. Agaknya dah boring and lama sgt kat sana, lagi pon hari tu aku mmg janji nak dia dtg balik ke sini. Mak oiii, rindu woi...:-)

Wednesday, December 9, 2009

Nurin pulak kena muntah2...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Entah kenapa dengan nurin hari ni bangun pagi tiba2 je muntah2 mcam nafisah hari tu. Bezanya baby muntah dgn batuk2 tapi nurin muntah2 dengan pening kepala. Nak kata food poisoning tak jugak psl dia je yang muntah2, kitorang tak de pon. Agaknya dia alergik dengan mee sarawak kot? Malam tadi gi rumah suraya kat bangi, kawan wife aku masa kat batu kikir dulu. Dia jamu kitorang mee sarawak. Nurin kata sedap mee tu, banyak dia makan, menambah2. So pagi tadi tak adelah dia gi mandi kolam dengan adik2 dia yg lain, just stay dalam bilik hotel je. Sarapan yang aku beli lepas hantar wife aku gi mesyuarat pon tak diusik lansung. Lepas check-out belikan dia minyak cap kapak dan panadol, nampak lega sikit. tapi sementara menunggu wife aku habis, entah berapa kali dia muntah2. Kitorang lepak kat masjid UKM...tulah, dari hotel lima bintang terus ke masjid je.. Sampai rumah ptg tadi aku ngan wife flat habis, tertido sampai maghrib. Malamnya kitorang bawak nurin gi klinik psl ubat fisah dulu yg wife aku bagi dia makan tak berkesan, makan sikit terus muntah. Balik tu tu terus dia tido..

Esok aku mula mesyuarat SPM. Masa perjalanan balik tadi pon ketua pemeriksa ada telefon ingatkan supaya hadir esok pagi. So sepanjang 2 minggu nnt balun menanda skrip jawapan calonlah jawabnya...:-)

Tuesday, December 8, 2009

Berat terkini: 90.3kg!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni bangun pagi sikit temankan wife mark skrip contoh. Semalam dia dah mula meeting and dpt 200 skrip. saje je temankan dia, aku pon bukan ada buat apa sgt nak simpan tido, di samping tu dpt jugak layan2 internet pagi2 buta ni. Ni dah dengar azan subuh.

Hari tu masa kat Tesco Kelantan aku sempat timbang berat kat satu mesin. Mesin ni special sikit pasal, di samping timbang berat, dia ukur ketingggian, beri anggaran BMI kita, nyatakan berat berlebihan dan siap bagi print lagi. Bayar cuma 40 sen aje. Tak mcm sesetengah mesin timbang, siap bagi ramalan lagi, mengarut je. Semua anak beranak aku timbang sama. Aku rasa maklumat yg mesin tu bagi betul pasal aku ada jugak kebelakangan ni timbang berat badan dan tinggi aku pon mcm tu jugak.

Kalau dilihat pada slip tu, aku terlebih berat sebanyak 20kg!! Fuh!! memanglah ada keinginan nak capai berat ideal tu, sapa tak nak, lebih2 lagi dengan umur aku yang mcm sekarang nih. Bukan tak bersyukur, tapi ada sikit risau. memang bersyukur psl wp aku ni tergolong dlm group terlebih berat, tapi setakat nih, alhamdulillah, belum ada penyakit menyinggah. Memanglah sekarang nih belum ada apa2 penyakit lagi, sihat walafiat, boleh makan apa saja tapi esok belum tentu lagi. Bukan tak pernah cuba nak kurangkan berat badan, kurangkan makan dan buat senaman sikit2, tapi biasanya hangat2 tahi ayam je.

Orang kata, nak turunkan berat ni kena kurangkan makan nasi, memang betul, ramai dah kawan2 aku yang nampak sikit kurus psl kyrangkan mkn nasik. Tapi mcm mana pulak nak kurangkan nasik? Pagi, petang, malam asik makan nasik je. Kalau tak kena nasik, bisa menggigil gua punya badan. Lagi pon kalau tak makan nasik, nak makan apa?? Bukan apa, sejak dua menjak ni, aku rasa tak selesa sgt dengan perut aku ni. Rasa saiz dia lebih besar sikit. Sebelum ni pon bukannya perut aku ni kecikpon. Saiz seluar masih mcm dulu jugak, tapi tak boleh nak kata jugak psl musim cuti nih bukannya pakai pon seluar kerja, asik dok pakai kain pelikat dan seluar katok je..

Tapi aku rasa aku kena 'kecikkan' saiz perut aku nih. Dah terlampau sgt besarnya sampai hilang kehenseman sebenar aku (kah-kah-kah). Tak kisah sgt apa org nak kata psl perut aku nih (mcm dorang tu bagus sgt), tapinakkan selesa, selesa bergerak, selesa pakai seluar baju dan selesa (ehem..). Aku teringin jugak nak mandi kolam kat hotel2 menemankan anak2, tapi dengan tubuh badanku yang seksi giler ni, takut jugak ada wanita2 jelita kat kolam renang tu fall in love kat aku... (soryy na, gurau je..). tak adalah tak pakai baju masa nak mandi, tapi kalau pakai baju mandi masa mandi kat kolam, mesti nampak ketulan otot2 perut dan dada aku yang macho ni. InsyaAllah..

Monday, December 7, 2009

Cerita kat KB Mall (Utusan Malaysia)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Petikan dari Utusan Malaysia (7/12/2009)


Dua pelajar maut, dua parah


Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB

utusankelantan@utusan.com.my



KERETA yang terbabas remuk antara dua eskalator setelah terjatuh dari tempat letak kenderaan di atas bangunan pusat beli-belah KB Mall di Kota Bharu, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------
KOTA BHARU 6 Dis. - Dua sahabat maut manakala dua lagi parah apabila sebuah kereta yang hilang kawalan terjunam dari aras atas tempat letak kenderaan sebelum terhempas di dalam pusat beli-belah KB Mall, di sini hari ini.

Mereka yang terbunuh dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang ini ialah Siti Nur Amira Shamsuddin, 19, dan rakannya Siti Nordiana Azman, 18, yang berasal dari negeri ini.

Seorang lagi rakan mereka Rashidah Ahmad Latfi, 18, dari Besut mengalami cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Kesemua mangsa yang dipercayai ditimpa serpihan runtuhan semasa di eskalator tingkat dua bangunan itu, merupakan penuntut di sebuah kolej kejururawatan berhampiran pusat beli-belah itu.

Turut parah ialah pemandu kereta berkenaan, Norain Said, 19.

Kejadian itu menggemparkan beratus-ratus pengunjung dan pekerja di pusat beli-belah tersebut dengan kebanyakan daripada mereka bertempiaran lari dalam keadaan kelam kabut.

Keadaan itu menyebabkan bunyi dentuman yang kuat, seolah-olah bumbung bangunan tersebut sedang runtuh sejurus kereta berkenaan terjatuh dari ketinggian dianggarkan 50 meter bersama ketulan batu dan serpihan kaca bertaburan.

Pihak pengurusan kemudiannya bertindak mengarahkan kesemua mereka yang berada di dalam premis itu supaya keluar dan menutup pusat beli-belah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah ketika ditemui di tempat kejadian berkata, kereta itu dipercayai hilang kawalan semasa berada di kawasan letak kereta tidak berbumbung di atas bangunan itu.

"Sebelum kejadian, kereta itu dinaiki oleh tiga orang iaitu dua perempuan dan seorang lelaki tetapi tiba-tiba mengalami kerosakan," ujarnya.

Katanya, lelaki itu yang dikenali sebagai Sabri kemudian menolak kereta itu yang dikawal oleh Nurain, 19, di dalam kereta manakala adiknya, Nurul Atikah, 17, pula hanya memerhati dari luar.

Menurut beliau, bagaimanapun enjin kereta itu dikatakan berfungsi tiba-tiba serta meluncur laju lalu merempuh dinding yang menempatkan sistem pengudaraan bangunan berbumbung dan terjunam.

Tambahnya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 42 (1), Akta Jabatan Pengangkutan Jalan kerana memandu secara melulu.

Sementara itu, seorang pengunjung pusat beli-belah berkenaan, Ismail Mamat, 50, memberitahu, dia tergamam mendengar dentuman yang kuat disusuli dengan gegaran.

"Saya begitu takut lalu berlari keluar daripada bangunan itu. Saya diberitahu kemudiannya ada kereta terjatuh dari tingkat atas dan syukur saya selamat," ujarnya.

Hazura Ariffin, 25, yang bekerja di medan selera kompleks tersebut, berkata, dia dan rakan-rakan yang lain terkejut apabila tiba-tiba mendengar dentuman yang kuat dari tingkat atas.

Katanya, pengunjung mula panik dan bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri kerana menyangka bangunan itu akan runtuh.

"Apabila saya keluar dari medan selera, saya nampak kesan runtuhan, bila dongak ke atas nampak sebuah lubang besar dan di tingkat bawah ternampak sebuah kereta yang terjatuh," katanya.

Cerita kat KB Mall (Berita Harian)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Petikan Berita Harian (7/12/2009):

Terhumban celah dua eskalator 
KERETA jenis Ford Laser hilang kawalan dan terjatuh menerusi bumbung serta terbalik menghempap tiga pelajar perempuan Kolej Kejururawatan Masterskill di celah eskalator tingkat bawah pusat beli-belah, KB Mall.

Kereta alami masalah enjin ditolak sebelum rempuh dinding kompleks
KOTA BHARU: Dua penuntut kejururawatan Kolej Masterskill meninggal dunia, manakala seorang rakan mereka cedera parah ditimpa sebuah kereta yang terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall, di sini, petang semalam.


Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Gua Musang, mati di tempat kejadian, manakala rakannya, Siti Nordiana Azman, 18, dari Wakaf Bharu, Tumpat, meninggal dunia ketika dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). Kedua-dua mangsa yang menuntut di Kampus Metro Masterskill Kota Bharu itu cedera parah di kepala.

Rakan kolej mereka, Rashidah Ahmad Lotfi, 24, dari Jerteh, Terengganu dan pemandu kereta, Nor Ain Said, 19, yang cedera parah pada kepala dirawat di HRPZII. Adik Nor Ain, iaitu, Nor Atikah, 17, yang berada dalam kereta berkenaan tidak cedera, tetapi melarikan diri.
Kejadian jam 5 petang itu berlaku apabila kereta jenis Ford Laser itu merempuh dinding lubang angin di ruang meletak kereta di tingkat tiga lalu terjunam dan menimpa mangsa yang ketika itu berada atas eskalator di tingkat dua.


Ketua Polis daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata Siti Nordiana tercampak ke tingkat bawah kompleks akibat ditimpa kereta berkenaan.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika seorang lelaki yang dikenali sebagai Sabri menolak kereta yang tidak boleh dihidupkan di ruang meletak kereta di atas bumbung kompleks itu.



PEMANDU kereta, Nor Ain yang cedera ditenangkan anggota penyelamat.
"Nor Ain yang memandu kereta mungkin tidak dapat mengawal kenderaan apabila enjin berjaya dihidupkan lalu merempuh dinding lubang angin dan terhumban melalui celah dua eskalator serta terhempap di aras bawah.


"Sebelum terhempap, kereta berkenaan mungkin menimpa tiga pelajar kolej berkenaan yang berada atas eskalator, menyebabkan Siti Nordiana tercampak ke aras bawah. Siasatan awal mendapati Nor Atikah yang tidak cedera berjaya keluar dari kereta dan melarikan diri," katanya.


Beliau berkata, lelaki yang dikenali sebagai Sabri, dipercayai kenalan mereka turut melarikan diri dan polis sedang mengesan mereka.


Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahril Yusman Md Yusof, pula berkata siasatan awal mendapati kereta itu jatuh daripada ketinggian 20 meter.





SEORANG mangsa yang parah diusung, sementara rakannya, Siti Nor Amira mati di tempat kejadian.
"Kereta terbabit terbabas lalu memasuki siling di aras tiga sebelum terjatuh dan terbalik di celah tangga bergerak di aras bawah," katanya yang mengetuai enam anggota ke lokasi kejadian.

Seorang saksi, Mohd Jawaidi Moha Zain, 23, berkata ketika kejadian, beliau yang juga Penolong Pengurus Kyros Kebab, yang terletak bersebelahan eskalator sedang melayan pelanggan.


"Tiba-tiba, saya terdengar bunyi dentuman. Saya sangka ada kebakaran di tingkat atas, tetapi amat terkejut apabila sebuah kereta terjatuh dan terbalik di celah tangga bergerak depan premis saya.


"Kejadian menyebabkan orang ramai menjerit ketakutan. Saya meminta pelanggan menyelamatkan diri kerana bimbang kereta terbabit meletup dan terbakar," katanya yang kemudian menutup premis perniagaan itu.


Beliau juga mendakwa melihat seorang mangsa yang terbunuh terjatuh sehingga menyebabkan pelbagai barangan peribadinya bertaburan.


Berikutan kejadian itu, semua premis niaga di pusat beli-belah itu ditutup sementara bagi memudahkan kerja menyelamat dan membersihkan kesan kemalangan.






Oleh Fazurawati Che Lah




Check-in Room 559, Equatorial Bangi


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdullilah, dah check-in kat equatorial ni lebih kurang jam 3.30 ptg td. Sebelum tu singgah rumah abg aku kat kg Jimah. Kebetulan mak aku nak stay situ jap, dia kata dah lama tak jumpa abg aku tu. Boleh tahan jugak hotel ni, kira macam 3-4 star jugak lah. tah macam mana wife aku dpt kecek bell boy sampai kitorang dpt reserve parking kat depan hotel nih, tapi kena byr rm10, siap buat signboard lagi utk keta kitorang. Petang tu kitorang keluar rayau2 kwsn kolam hotel. Boleh tahan juga cantiknya. Ada kolam ikan kap merah, nampak je kelibat org lalu terus ikan2 tu berenang dekat kitorang. Sekali nafisah tabur sikit mami, berebut2 ikan2 tu dtg. Then kitorang gi kajang, ambik kesempatan beli sate haji samuri, 15 cucuk je & bungkus!!


Lepas tu terus gi alamanda putrajaya, makan kat situ, then pusing2. Dalam masa pusing2 tu dpt pulak msg dari kelate kata KB Mall runtuh!! Astaghfirullah!! 3 orang meninggal. Dengar2 cerita laluan ke tempat parking yang roboh. Aku tak hairanlah psl mutu buatan bangunan sana teruk sgt. Masa jalan2 kat KB Mall tu, banyak kwsn parking kat bumbung ada air bertakung wp bukan musim hujan. Tak ke bahaya tu?? Lepas tu pulak masa wife aku Q nak bayar buku kat Popular, tetiba je dua orang anak India terus potong Q. Apalagi hangin satu badan la wife aku, ye la biar pon budak, kena la tau beratur dulu, tak pon excuse dengan cara yang baik. Dah dua kali kitorang kena mcm ni dan dua2nya India, tak tahu bahasa. ingat awak je ke ada duit nak beli buku??  Si cashier ni pulak boleh layan pulak berok dua ekor tu.Nak kata nak cepat tak jugakpsl lepas tu aku pulak masuk kedai tu, ada lagi dok berlegar2 dan dok kecoh mcm kedai tu dia yg punya.. However, chewah... hari ni kira lucky day kitorang lah, selain kejadian kat counter Popular tu, banyak juga orang yg kami jumpa hari nih baik2 dan peramah. Masa nak masuk UKM nak tgk tempat wife aku meeting esok, pak guard tu kan main lagi nak menolong kitorang, siap bagi peta UKM lagi kat kitorang. Aku mula2 takut jugak nak masuk, kot2 kena ambik pas ke atau tak dibagi masuk langsung, tapi alhamdullilah, today was our lucky day..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...