Monday, May 31, 2010

1 Jun 2010: 14th Anninersary

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Huh... sedar tak sedar, pejam celik pejam celik rupanya dah 14 tahun abe kawen. Semalam abe selongkar almari kat bilik ultiliti, maka terjumpalah 4-5 keping lebihan kad jemputan kawen dulu yg abe tak dapat nak hantar. So, abe scan la buat kenang-kenangan. sebenarnya abe dgn wife tgh poning kepala memikirkan mana peginya satu album gambar besar wife abe punya. Album tu penuh dgn gambar2 masa kawen dulu. Puas kitorang cari sana-sini tapi tak jumpa. Rasanya dah habis tempat2 simpanan abe selongkar, tapi tak jumpa...dah kena buang kot??

<<<7/6/2010...album gambar tu abe dah jumpa. ada dalam kotak kat tingkat atas. abe tertukar dgn satu lagi kotak yg abe isi dgn permainan bdk2 ni....teringat balik nostalgia lama bila tengok gambar2 dlm album tu..>>>




Sunday, May 30, 2010

Kursus Umrah II

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam abe ngan wife pefi sekali lagi kursus umrah kat rayhar tu. Kursus kali ni mmg untuk group abe. Bilangan yang hadir kursus semalam lebih ramai dari yg abe dengan wife pegi yang first dulu tu dan abe pon berkesempatan jumpa dengan mereka yang sama pegi dengan abe nnt. Ada 9 orang semuanya termasuk abe dan wife, yang lain tu ada yg pegi 31/5, 7/6 pon ada. Kursus semalam pon lebih panjang dari  kursus pertama yang abe hadiri dulu. Tapi nak kata kursus pon bukan kursus jugak, dia mcm taklimat je, abe pon masih belum clear lagi sebenarnya, tapi insyaallah semuanya akan berjalan dengan lancar.

Dah terlajak sampai seremban semalam, apa lagi, abe pegi la shopping sikit2 (sikit2 kau kata??) kat Giant. Abe belilah selipar yang sesuai untuk umrah, baju dan seluar untuk naik flight nanti. Sebelum ni abe pening kepala memikirkan apa pakaian nak pakai masa nak pegi nanti, abe bukan ada pakain yg menampakkan 'kewarakan' pon...hehehe.. Abe beli seluar 'khaki' dan baju kemeja. rasanya cukuplah untuk pakai masa pegi. Kata orang tak payah bawak byk pakaian, kat sana nanti boleh beli dan bukan banyak pakai pon kat sana, insyaallah mintak2 begitulah..


Semalam juga dah lepas shopping, abe tersinggah pulak kat kedai cermin mata, terpandang pulak spek mata rayban, kebetulan harga tengah diskaun 50%, tilik punya tilik, belek punya belek abe ambiklah, harganya rm290. abe rasa okaylah tu, jarang nak dapat spek rayban dgn harga mcm tu dan design dia pon mmg abe suka. Lepas tu abe ambik kesempatan untuk chek mata abe sekali psl kebelakangan ni abe tak dapat lihat dgn jelas kalau tulisan yg kecik (rabun dekat kot), cik adik tu cakap, mata abe mmg kurang power dia sesuailah dgn umur dah 40 ni...tah abe pon kurang faham sgt apa yg dia explain..

spek baru


check mata

Lepas tu abe singgah pulak kat money changer kat situ. Abe tukar rm1000, dapat 1052 rial, tapi dibagi balik bagi 60 sen (RM999.40 =1000 rial). Dan sebelum balik abe singgah kat SC bayar credit card dan Ambank bayar hutang kereta.

tukar pitis

 
Sebenarnya malam tadi ada kenduri kat surau, abe ingat sempat balik dan pergi surau, tapi abe sampai rumah semalam dah 8.50 mlm, so abe tak pegilah. Malam sebelum tu pon ada kenduri jugak, tapi abe ada program kat sekolah, so nak buat camano....

Friday, May 28, 2010

Program kat sekolah..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni sekolah ada program untuk bdk2 tg3 dan tg5. Kem Ibadah yg dikendalikan oleh pelajar2 timur tengah. Kitorang ni bergilir2 la bertugas tunggu budak2 tu, bukan ada buat apa pon, makan2 dan borak2 je. Abe bertugas petang ni sampai tengah malam ni, pas tu orang lain pulak ambik alih. Tadi pon sampai lewat, tengok LCD projektor dah ada orang pasang, tak kisahlah. Satu perkara abe agak terkilan ialah abe tak bwk sehelai pon kain pelikat, ni perut dah rasa memulas. Bilik air tu pulak gelap gelita...camano tu??

Rasa dah okay kot???

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ruam kat tangan abe akibat pakai jam hari tu dah ok. Then abe cuba2 lagi pakai jam tu, tapi kejap2 je, masa masuk ke kelas, lepas tu abe tanggalkan. Nampaknya tak ada lagi ruam yang timbul dan abe pon tak ada rasa gatal2 kat pergelangan tangan. Rancangan abe supaya tangan abe ni immune dgn jam tu...abe rasa berjaya kot...tapi tengok lah 2-3 minggu lagi, kalau ruam tak timbul dan tak rasa gatal2 seperti sebelum ni, kira okay lah kot???

Wednesday, May 26, 2010

Tanpa facebook...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tanpa facebook, abe mempunyai lebih banyak masa, banyak kerja dapat disiapkan, tidak tergesa2 dan lebih banyak masa bersama keluarga.

Tuesday, May 25, 2010

Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah majlis bacaan yassin dan doa selamat dah selesai hari ahad lepas. Ramai jugak kawan2 abe yg datang walaupun ramai lagi yang tak datang...hehehe..tak apalah, tak kisah yg penting ikhlas. Yang abe terkilan ialah lauk pulak tak cukup, sedangkan nasik banyak lagi. Adalah 2-3 orang tak dapat makan, cuma makan kuih-muih je... walaupun gitu masa lauk habis tu, waktu pon dah petang sgt dah, dah lebih pukul lima.


Sempena dgn majlis ni jugak, mak abe dari kelate pon turun seremban hari sabtu tu, abang abe kat seremban gi jemput dia. Belah ptg abe gi ambik dia. Abang2 ipar abe pon ada balik ngan family masing2. Gegak gempita jugaklah dengan gelak ketawa dorang sesekali bertemu.

Abe ingin ucapkan terima kasih kepada semua kawan2 abe yang sudi datang jauh2 seperti cg nasir & family, cg fadzillah & family, ustaz shahyar, ustaz fairuz, cg shima, cg siti salina dan suami, cg rozana & cg amir, cg hairuddin & family, cg ros saifulizam & family, cg hairul, cg rusli, ustazah hasmaliza & family...

bacaan Yassin dan doa selamat


jamuan makan

kwn2 yang hadir


kwn2 dari pasoh


boss kita


abang rosli dan keluarga


kwn2 pasoh

kwn2 sekampong

kwn2 pasoh

ustaz pon ada

Saturday, May 22, 2010

Rasa nak slow down facebook...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Abe rasa bukan abe saja yg banyak menghabiskan masa depan laptop melayan facebook. Abe sendiri dalam sehari 2-3 kali bukak facebook, sekali bukak sejam dua tak kurang. Bukan ada apa sangat, baca komen2 kosong kwn2 kemudian tulis komen2 kosong jugak. Semalam abe terfikir, betapa banyaknya masa terbuang begitu saja tanpa mendapat apa2 faedah atau manfaat. Banyak jugak kerja abe terbengkalai dan tertangguh kerana apa yg dikatakan orang sebagai ketagih atau addict facebook. Masa free kat sekolah habis dengan facebook, bila balik rumah pon cam gitu jugak.

Abe rasa mulai hari ni, abe nak kurangkan bukak facebook. Kalau abe nak bukak pon nanti abe pastikan pada masa lapang aje dan bila semua kerja abe dah selesai. Kemungkinan juga abe nak berenti sekejap dgn facebook ni kerana abe rasa facebook ni banyak mempengaruhi kehidupan abe. Abe selalu tido lewat malam, badan rasa lesu bila bangun pagi, lambat pulak tu.

Alhamdullillah abe rasa bersyukur jugaklah kerana sedar hal ini awal2 sebelum menjadi parah. Memanglah facebook dapat menemukan kembali dengan kawan2 lama, tapi ia melekakan kita, hampir tak ada langsung manfaat bila berinteraksi di facebook. Minta maaf pada kwn2 kalau ada terbaca psl post ni. Abe kena hadkan aktiviti abe di facebook. Abe tak mahu masa berharga abe terbuang begitu saja tanpa apa2 manfaat. Umur pon dah banyak, maksudnya masa untuk abe dah makin sikit. Banyak cara kita boleh berkawan, bukan dgn facebook saja ye tak???

Maknanya abe akan aktif semula dgn blog abe ni. InsyaAllah, abe akan buat catatan di blog abe ni apa2 saja peristiwa yang berlaku seperti sebelum ini, insyaAllah.

Thursday, May 20, 2010

Batu keluar lagi..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam masa abe kencing keluar sikit darah beku dan sebiji batu sebesar malukut. Tapi abe tak rasa sakit masa kencing tu cuma rasa sikit senak masa kat sekolah. Masa kat sekolah pon abe ada kencing dan airnya pekat sangat. Tak tahulah sama ada masa tu batu turut keluar sama ke tak.

Alhamdulillah, abe harap kesihatan abe tambah baik seiring dgn pemakanan abe sekarang...insyaallah.


 
yg besar tu keluar masa lepas keluar KPJ hari tu,
yg kecik tu yg keluar semalam

diperbesarkan...

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semalam sambutan hari guru dan hari ni sekolah abe buat sambutan secara sederhana je.. tapi ada acara baru yang menarik iaitu pertandingan memancing kat kolam sekolah tu. Ikannya boleh tahan besar2 tapi tak terbela. Apalagi masuk je mata pancing, ikan terus menyambar. Abe pon kalau tak kerana mata pancing kecik sgt, rasanya boleh dapat ikan kalui. Mata kail sampai bengkok tak dpt menahan rontaan ikan kalui tu.

ikrar gitu..

semat bunga

telefon rosak

pasang umpan..

cuba nasib..

belasah je..

potong..

Hari guru tahun ni agak kecoh sikit pasal sebelum sambutan hari guru pada hari ahad, semua sekolah kena buat gotong royong pada hari sabtu. Hangin la cikgu, patut guru diraikan, ini kena buat gotong royong, hari sabtu pulak tu. Sekolah abe tak buat pon tapi rasanya tangguh ke rabu minggu terakhir sebelom cuti. Okay jugaklah, psl rumah abe pon perlu digotongroyongkan jugak. So, hari sabtu hari tu, abe angkat mesin rumput dan tebas rumput2 kat halaman yg dah paras pinggang. Rumput kat belakang abe biar dulu, tak larat.

"Guru Pembina Negara Bangsa"

Friday, May 14, 2010

Allergic??

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selain tak selesa pakai jam tangan, sebab lain ialah abe mcm ada allergic jugak kalau pakai jam. Pergelangan tangan abe tempat pakai jam tu akan timbul ruam. Perkara ni berlaku kalau abe pakai jam bertali logam. Dulu abe perasan semua jenis tali jam pon tak boleh, tali getah ke, kulit ke atau besi, sume tak boleh, dalam dua tiga hari akan tumbuh ruam-ruam gatal. Tapi dalam setahun dua ni, bila abe pakai jam bertali getah, tak ada pulak tumbuh ruam. Tu yang abe berani beli jam bertali logam baru2 ni. Ingat ruam2 ni dah tak ada, tapi tak sampai seminggu abe pakai, ruam timbul balik. Terpaksa abe tak pakai dulu jam tu tunggu ruam hilang. Sekarang ni kalau abe nak pakai jam tu, abe akan pastikan pergelangan tangan abe akan basuh sebelum dan selepas pakai. Pakai pon tak lama, cuma untuk masuk kelas je, lepas tu abe tanggalkan. Abe harap akan ada imun nnt untuk ruam tu. Tak payah lagi pakai sekejap2. Kalau boleh nak pakai sokmo..

Monday, May 10, 2010

Dah baiki dah..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dalam minggu lepas rasanya, hujan lebat beserta dengan petir, satu rumah abe ni blackout. Papan litar utama menendang suis utama. Abe ingat tendang biasa je, tapi bila abe tolak balik suis tu, dia tendang balik. Rupa2nya lampu pagar dengan pintu pagar ada short circuit. Abe malas nak panggil org betulkan. So dekat seminggu jugak abe terpaksa bukak dan tutup pintu pagar secara manual. Tapi semalam abe paggil haji amat wiring suruh dia tgk mana tak kena. Dia dapat betulkan lampu pagar sampai menyala tapi bab pintu pagar dia surrender. Terpaksalah abe kena panggil cina yang pasang autogate ni dulu. Petang tadi dia datang, dalam sekejap saja pintu tu dah elok. Ada barang dalam kotak litar tu terbakar. Satu papan litar kena ganti. Sekarang pintu pagar dah okay. Abe kena charge RM280. Semuanya RM290 lah pasal hari tu byr hj amat rm10.

Wednesday, May 5, 2010

Tikus makin mengganas...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dulu abe penah cerita pasal ada benda kat dalam siling yang abe sangkakan tupai atau biawak. Rupa2nya tikus. Sekarang ni bunyi kat dalam siling tu makin kuat, dulu kadang2 je tapi sekarang ni makin kerap, tak kira masa. Rasa tak selesa dengan bunyi2 tu.

Baru2 ni sebelum pasang tangki, abe ada naik kat atas siling tu dan suluh ke tempat yg bunyi bising tu. Tak ada apa2 pon. Tapi abe terkejut besar pasal banyak rumput2 kering ada kat situ. Penuh satu beg plastik sampah biru abe kumpulkan.

Tak lama lepas tu, abe cuba pasang perangkap tikus kat bilik ultiliti (kat dalam tu pon ada, abe penah nampak), malam tu jugak bila abe tengok dah ada dua ekor tikus masuk perangkap. Abe letak kat luar rumah, ingat balik kerja kang nak settlekan. Malangnya bula sampai rumah, tikus2 tu dah tak ada. Dari cerita2 anak2 abe, tikus tu dah dilepaskan. Punyalah frust. Sejak hari tu, puas abe tahan perangkap, tapi tak seekor pon masuk perangkap.
Satu cara lagi yg abe tak cuba ialah racun tikus. Tgk camana nnt..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...