Wednesday, January 27, 2010

Menonjolkan diri??

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Malam tadi masa kat surau, abe berborak dengan sorang jemaah ni pasal ada sorang budak kat kampung abe yang dilantik jadi kaunselor kat tempat dia kerja psl katanya terlalu menonjolkan diri. Abe tanyalah, menonjolkan diri macam mana? Dia kata budak tu kalau ada apa2 dia sanggup buat. Abe pon termenung jugak memikirkan pasal ni. bagi abe kalau tak ada orang yang nak menonjolkan diri ni, maka tak akan jalan lah apa2 program pon. Dan orang yang men'low profile'kan diri dia ni tak patutlah mengutuk orang yang menonjokan diri nih, patutnya berterima kasih psl ada pak sanggup yang sanggup buat kerja yang dia tak nak buat. Dan abe rasa inilah sebabnya org2 yang menonjolkan diri ni cepat naik pangkat ke apa psl dorang sanggup terima cabaran. Tapi masalahnya pulak dorang ni menuduh orang2 yang menonjolkan dir ni sebagai 'kaki bodek'....

abe: entahlah....

Monday, January 25, 2010

Buat sekian kalinya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wah...agak lame jugak abe tak post kat blog nih. dah tak ada apa nak ditulis, apa nak dipostkan. Sibuk pon ada, line internet hampeh pon ade. Sibuk tu sibuk yang dibuat2 je..

So, kali ni abe tukar lagi template blog abe nih. Ada dua tiga hari jugak abe usahakan template baru nih. Dah dapat download hari tu tapi x dapat nak extract file dia. Tadi abe mintak tolong saiful. Dia bagi installer dreamweaver, terus dapat bukak dan balik rumah, abe terus upload kat blog abe nih. Terima kasih pul. Abe tak tahu template ni boleh bertahan berapa lama psl byk template yg cantik2 kat internet nih.

Cerita semalam...

Dah seminggu dah abe dok rancang2 nak panjat bumbung umah nih pasal air paip abe tu keluar perlahan. Abe ingat ada tersumbat ke. Tangki air kat dalam bumbung. So semalam abe panjat masuk dalam bumbung. Bukan senang wak, abe terpaksa merangkak dalam bumbung tu psl ruang dia muat2 je tubuh abe yg slim nih tambah kat dalam tu mcm kat dalam microwave, berpeluh sampai ke betis. Abe takut dalam tangki tu ada bangkai apa2, tapi air tak ade rasa busuk pon. memang tak ada bangkai, abe tak buat apa2 pon cuma abe godek2 je tangki tu dan cuba pam sikit. Menjerit2 lah jugak abe kat wife abe kat bawah tu suruh bukak paip dan tgk air kuat ke tak. Air memang la keruh, tapi alhamdulillah sekarang dah jernih dan laju je keluar.

Petangnya pulak abe ada mesyuarat ajk kat madrasah al-bahaman. Mesyuaratnya tak ada apa sangat, tapi gempak kenalah lebih sikit, jemput semua orang kampung, siap rasmi lagi kat ketua pemuda. Abe tukang lapor aktiviti 2009 dan catat minitlah, s/u lah katakan. Lepas tu makaaan..tu mesti. Dalam dok bermesyuarat, ajk lama tetap kekal. Lepas tu tambah satu dua jawatan lagi. Kena pulak wife abe dilantik jadi pemeriksa kira2...kah-kah-kah.

Tapi yg abe rasa ralat semalam ialah psl katil yg wife abe order last week tak sampai pon. Janji minggu ni. Geram jugak abe. Abe ni kalau lambat tak apa, tapi kalau janji tak tepat ni yang abe fedup. Tak dapat nak buat kerja lain, dok menunggu dia datang. Tak datang2, semua kerja terbengkalai. Abe dah pesan jgn hantar barang malam2, byk benda lain nak buat malam2 (hehehe). Takut jadi macam hari tu. Dek kerana kesian kat tukang hantar, kita main sain je, tanpa tengok barang betul ke tak, elok ke tak. Masuk malam ni dah tiga malam abe tidor kat lantai dan rasanya sampai hujung minggu ni la...hampeh!!

Hari sabtu hari tu nurin ada call kata ic dia hilang. Abe ngan wife risau jugak, tapi nak buat camana. suruh dia tunggu je la. Kalau kitorang gi pon bukan boleh buat apa pon. Tengok2 semalam dia kata dah jumpa ic tu kat dalam poket seluar dia masa dia nak basuh seluar tu. Lega jugak abe dan rasa nak gelak pon ada. Tulah, masa dok ngan mak ayah, semua mak ayah uruskan, bila dok sendiri, kelam kabut jadinya. Yin...yin... Tu satu pengajaran dan pengalaman bermakna tau tak yin??

Abe: tak sabar nak jumpa yin...

Saturday, January 23, 2010

Bertiga je..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni wife abe kerja, ganti cuti raya cina nanti. Abe, adib dan nafisah tak pulak ada sekolah ganti. So hari ni tinggal kitorang bertiga. Lepas wife abe gi office, abe kemas rumah sikit2, sebenarnya buang sampah yang bersepah dalam rumah nih. Pas tu abe soh adib & fisah gi mandi psl nak gi breakfast kat pilah. Tu dah pukul 9.20am. Sampai tengah jalan, baru abe teringat bahan mesyuarat esok yang abe nak fotostat tertinggal kat rumah. Abe biarkan aje, gi breakfast dulu. Lepas dah breakfast abe balik semula dan ambik bahan tu, pegi balik pilah hantar kedai fotostat. Balik rumah abe sambung kemas rumah. Abe bukak katil dalam bilik tido abe dan pasang balik dalam guest room. then abe bersihkan bilik abe terutama lantai bawah katil tadi dan mop sekali lantai dapur. Abe pon dah jemur kain baju yang dah keluar mesin basuh. Baru ni ada peluang bukak laptop.

Sebenarnya abe dok tengah tunggu orang hantar katil dan kerusi yang wife abe order last week. kalau dorang tak datang hari ni, maknanya kena tido atas lantailah atau tido dalam guest room. Petang ni abe ada gotong royong kat surau. Nak bersihkan kawasan surau pasal esok ada mesyuarat agung suraulah katakan.

abe: byk lagi benda nak buat...

Friday, January 22, 2010

"b-e be cikgukan?"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Abe ada sorang student nih, namanya izwan. Sebenarnya abe ajar dia sejak tahun lepas lagi. Dia ni walaupon dah tingkatan 5, tapi belom dapat membaca lagi. Dia kenal huruf tapi tak dapat nak membunyikan sukukata. Dia ni kalau bab menyalin memang terer, tapi abe rasa sepatah pon dia tak tahu ape yg dia salin. Abe kesian jugak dengan dia. Masa dia tingkatan 4 dulu, abe ada juga tolong2 dia membaca kalau ada masa lapang selepas P&P. Iyelah, tak dapatlah abe nak tengokkan dia sepanjang masa. Semalam abe buat latihan cakap ajuk dan cakap pindah, dia menyalin mcm biasa, tapi bila time nak tukar ke cakap pindah, dia stop tak dapat buat psl dia tak faham. Mmg la tajuk ni susah jugak. Budak yg tahu membaca pon susah jugak nak faham, nikan pulak dia yang tak tahu membaca.


Bila abe tgk dia terkebil2, abe pon pegi tempat dia dan cuba nak tolong dia. Dia cakap dia tak faham. Abe terangkan lagi, tapi abe nampak dia mcm blur je. Terus abe soh dia tulis apa yang abe cakap, pon satu lagi masalah. Dia tak dapat tulis. Bila abe cakap sepatah, dia mcm ragu2 nak tulis. kalau abe cakap perkataan 'berkata', dia siap tanya abe, "b-e be cikgukan?". Cuba bayangkan setiap suku kata dia akan minta kepastian kita sebelum tulis. Abe dah bagi jawapan soh dia salin. Kalau itu tak dapat nak salin, macam mana abe nak ajar dia tukar cakap ajuk kepada cakap pindah. Abe pon rasa fedup jugak. Last2 terstop kat situ jugak.


Sebenarnya tahun lepas, izwan ni tahap bacaan dia sama aje dengan anak abe yang masa tu darjah 3, baca merangkak2. Tapi anak abe adib tu sekarang adalah improve sikit, dah boleh bunyikan perkataan, dan dah boleh menulis walaupon ada satu dua perkataan yang dia salah eja. Tapi si izwan ni abe rasa tak ada improve rasanya lebih teruk dari tahun lepas. Nak eja suku kata pon teragak2. Abe rasa tak adil kalau abe biarkan dia dan tak adil jugak kalau abe asyik tumpukan perhatian pada dia. Abe rasa dia perlu iniasiatif dia sendiri. Abe byk kali suruh dia cuba2 baca buku2 kalau kat rumah. Dia kata ada baca, tapi baca tajuk buku je. Abe tanya tak ada ke kakak ke mak ke tolong dia baca, dia kata ada sikit2. Abe rasa dia terlalu bergantung pada orang tanpa berusaha sendiri. Abe rasa jugak dia kena gi kelas pemulihan, belajar membaca balik. Kalau dia terus di kelas tu, dia tak dapat apa, rugi masa dia dan rugi jugak masa cikgu2 yang mengajar dia. Masa kat form 4 dulu, dia kata dia tak nak masuk kelas pemulihan, malu katanya. Tapi kalau dah mcm tu, macam mana pulak, takkan cikgu nak tgk dia aje, budak2 lain camana. Dia tak dapat buat sendiri, perlukan bimbingan sepenuhnya yang cikgu2 tak dapat nak berikan kepada semua pelajar kalau dah ada di tingkatan 5. Walau apa pun abe ucapkan izwan terus berusaha dan berjaya.

abe: kena sabar lebih la sikit...

Wednesday, January 20, 2010

Cerita Katil

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sejak semalam abe dah mula bukak katil kat guest room pasal bilik tu nanti abe akan isi dengan katil yg abe pakai sekarang ni. Bilik tido abe tu nanti nak letak katil baru yang wife abe order hari sabtu lepas. Ikut jadual, katil tu akan sampai hari sabtu atau ahad ni. So, kenalah sediakan tempat awal2. Malam sabtu nanti abe akan bukak katil bilik tido abe tu dan pasang pulak kat bilik guest room, nanti bila katil baru sampai, terus boleh pasang kat bilik tido abe. Katil yang akan sampai nanti adalah katil yang ketiga abe & wife beli sejak kawin. Katil yang first beli katil kelamin dua tingkat, pasal masa tu duduk dengan mentua. Bila dah ada rumah, baru abe beli katil yg abe pakai sekarang. Katil yg dua tingkat tu kitorang letak kat guest room. Sekarang ni katil tu abe simpan dalam stor garaj. Katil tu rasanya dah tak sesuai lagi, nampak crowded dan tak selesa sangat kalau tidor, lantai dia dah mcm tak kuat, lepas tu ada bunyi. Pendek kata dah tak sesuai la utk kitorang..hehehe. Bila katil abe pakai sekarang pasang kat guest room, nanti adalah tempat altenatif untuk tido ke apa...hehehe...

abe: best la tido semenjak dua menjak ni..

Tuesday, January 19, 2010

e-mail dari Yin.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tengah2 bersiap2 nak ke sekolah tadi, wife abe bgi tahu yin ada hantar email kat dia. Cerita ttg pengalaman dia kat sana. So kejap tadi abe bukalah email wife abe tu. Nampak mcm dia enjoy dengan life sana, dia agak sibuk sikit dan tgh nak menyesuaikan diri dengan keadaan di sana. Abe harap yin gembira dan sihat walafiat di sana, amin..

abe: ..........

Monday, January 18, 2010

First outing..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam abe gi lagi lawat yin. Bawak mak mentua dan pak andak. dapat jumpa dia dan bawak jalan2 alamanda. Dia nampak tak happy, penat agaknya. Tapi dia kata dia happy kat sana dan tak ada apa2 masalah. Lega abe bila dapat tengok dia dan bawak jalan2 mcm dulu2. Tapi kitorang tak adalah berlama2 sampai jam 6 petang, yin mintak balik awal psl dia nak basuh baju dan rehat. Taka apalah, abe tak kisah. Abe harap lepas dah selesai orientasi ni semua, dia dapat sesuaikan diri dengan hidup kat asrama. kitorang pon dah dapat jadual outing dan tarikh nak ambik dia bawak balik bermalam. bawak balik sebulan sekali, begitu jugak outing. Tapi tak kisahlah psl pihak sekolah ada sediakan bas utk dorang keluar alamanda jalan2 pada tiap hujung minggu.

Semalam abe sampai ssp awal dalam 11.45am gitu, nampak ada 4-5 buah kereta parents parking kat tepi jalan. Wife abe suruh masuk terus, abe pon pegi la kat pintu pagar, tengok2 sebelah putrajaya sana berderet kereta berbaris nak masuk. Abe sempat dapat tempat parking. Ramai orang tunggu anak nak dapatkan tandatangan warden sebelum dapat bawak keluar.

Masa hantar yin balik asrama semula, abe ada jumpa dengan kawan bau2 bacang. Dia pon lawat anak dia. Kitorang pon pakat2 lah nnt kalau ada masalah apa2 masing tolong ambik anak antara satu sama lain. Abe ok aje, tapi rasanya kalau tak ada apa2, insyallah abe akan pergi ambik sendiri yin. Tak kisahlah kalau kawan abe tu nak mintak tolong ambik anak dia.

abe: kalau boleh, nak gi tgk yin tiap2 minggu.

Saturday, January 16, 2010

Dapat jumpa sekejap..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tadi abe anak beranak dah pegi ssp nak jumpa nurin dan kalau boleh nak bawak dia jalan2 kat alamanda. Dapatlah jumpa dia tapi kejap aje dan tak boleh bwk dia keluar. Dia tgh buat latihan dikir barat kat dewan untuk minggu orientasi dia. Wife abe yang gi carik dia, abe tunggu kat asrama je. Terkocoh2 dia dtg jumpa abe salam2 dan cium2, muka nampak cemas aje, abe pon jadi cemas. Ingatkan dia tak suka dok situ, tapi rupanya dia tak boleh nak jumpa abe sefamiliy hari ni psl sibuk buat latihan. Dia sungguh2 suruh datang esok pagi. Dia nak sgt jalan2 especially ngan wife abe. So abe lega jugaklah. Tak kisahlah, esok pon esoklah abe akan pegi lagi. Terubat jugaklah rindu abe kat dia, tapi wife abe nangis2 pasal dok rindu sangat.

Lepas tu kitorang terus baliklah psl esok nak datang lagi. masa nak balik, adib ada kasi tau apa kena dengan lampu belakang spectra abe. Abe tak syak apa2, ingat yg pecah wife abe gostan dulu, abe tampal je. Lepas tu masa isi minyak kat satu stesen minyak, wife abe pulak bagi tahu, lampu yang abe tampal tu dah tanggal, sampai nampak mentol. So tadi abe decided nak gi singgah mana2 kedai accesori kereta dan tukar. Nasib barang ada, abe terus tukar, tapi yang mengongkosinya ialah wife abe... kosnya rm295. Tak nampak ketara sangat dengan lampu sebelah kanan, psl lampu kanan masih nampak baru lagi.

Masa dok menunggu dorang siapkan kereta abe, abe ajak wife gi tinjau kedai perabot kat seberang jalan. Tinjau punya tinjau, wife abe berkenan pulak dengan satu katil dan tilam ni, so kitorang ambiklah. Lepas tu pulak berkenan pulak dengan sofa bed dan anak abe yang dua orang lagi tu nafisah dan adib nampak pulak handchair. So angkat semua empat2 barang. Harganya taklah mahal sangat. Katil dan tilam dalam rm12++, handchair dengan sofabed tu dalam rm7++. Semua sekali dalam rm2 ribu lebih. Okaylah tu.

Sebelum gi spp, abe singgah kat tesco psl nak layan kehendak si adib. Dia nak microskop mainan pulak. Dia kata ada kat situ. Ada tu memang ada, tapi harganya rm49.90. Tapi wife abe belikan ajelah pasal adib nak sgt. Bila abe letak balik microscope tu, air muka dia berubah, macam nak nangis. Bila adib ada permainan, baby pon nak jugak. Dia nak baby doll. Belikan ajelah. So dalam pada nak gi tengok nurin, benda lain pulak yang dapat.

abe: sume tu wife abe yang bayar...

Tukar jangan tak tukar

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kalau korang perasan, abe byk kali jugak tukar2 title dan template blog abe nih. Macam tu jugak dia punya widget, tambah buang, tambah buang. Ontahlah, abe ni rasanya cepat boring dengan satu2 benda, tu lah agaknya abe asyik tukar title dan template tu. Tapi kali ni rasanya akan kekal lama sikit kot?? Template kali ni wp ada gambar tengkorak, tapi menenangkan mata dan macam sinonim je dengan template blog sushima rukawa tu. Sesuai la dengan konsep blog abe yang gedebe dan ada jiwang sikit2...hehehe.

abe: kot2 boring tukar lagi kot??

Friday, January 15, 2010

Tambah gambar...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Abe bukan tak update, tapi 2-3 hari ni abe upload gambar2 masa daftar nurin itu hari. Gambar2 tu boleh dilihat di post bertajuk "Nurin dah sampai kat seri puteri". Ambik masa sikit psl internet slow sangat. Satu gambar upload dalam 10 minit. Tak dapat abe nak upload byk2... tengok la mana2 yang ada...hehehe...

abe: esok gi ssp, tengok nurin....

Thursday, January 14, 2010

Bateri weak

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari selasa lepas, masa nak gi kerja wife abe start kereta spectra, tapi  abe tak tau pasal apa tetiba je tak boleh hidup. Abe suspect mesti pasal bateri weak ni. Abe pon kelam kabut pasal abe pon dah lewat masa tu. Nak tak nak abe cubalah jump bateri avanza ke spectra. Itu la jalan penyelesaian saat terdesak walaupun abe tau bateri avanza tak dapat nak tampung spectra psl ada sekali dulu abe dah pernah buat. Lagi pon masa last day tanda paper hari tu, avanza pon penah tak dapat start psl bateri lemah.

Tapi  what a miracle, dalam abe cuba2 tu dpt pulak start spectra tu. Abe suruh wife abe tekan minyak avanza tu kuat2 sambil abe cuba start spectra. Alhamdulillah, nasib baik abe ada spare jump cable dalam avanza abe tu. Wife abe terus hulur rm300 soh beli bateri baru. Ambil je la kan?? (heheheh). Abe soh wife abe bwk avanza dan abe bawak specrtra. Pas tu abe terus pecut gi sekolah, pasal dah lambat dah. Mujur sampai sekolah tak la lambat sgt, budak2 baru masuk kelas dan ada lagi umat yg lambat dari abe... lega.

Satu lagi yang abe risau ialah masa nak balik nanti, kot2 tak boleh nak start. So abe pesan kat hairul & yus soh tunggu abe dulu kalau nak balik nnt. Dan alhamdulillah, masa nak balik keta abe dapat start dengan jayanya....selamat.

Lepas abe isi minyak semalam, masa abe nak start, mula2 mcm tak nak hidup, start kali kedua....fuh...nasib baik hidup.

Agaknya spectra abe ni nak bagi amaran. Pagi tadi masa nak gi pilah beli paper, sekali lagi tak leh start. So abe decided gi beli bateri sekali. Duit pon ade, wife abe bagi hari tu.Abe gi pilah & beli bateri kering harganya rm265. Balik abe terus pasang. Cina tu cakap kalau bawak bateri lama tu kat dia, dia pulangkan rm25. Tu dah cukup baik...

Tuesday, January 12, 2010

Rindu la kat Yin...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Abe tak tau parents lain, tapi abe betul2 emo. Bila teringatkan nurin kat asrama seri puteri tu, abe terus emo. Mata rasa pedih, tekak rasa perit, hidung rasa berair, tak lama air mata meleleh. Macam mana keadaan dia kat sana kalau abe pon dah rasa tak tentu arah mcm nih. Kitorang selama ni tak pernah terpisah, tiba2 je dia hilang dari mata. Abe paling sedih bila teringat  masa dia baby, terus je air mata meleleh. Rasa tak tentu hala bila teringatkan dia. Bukan abe saja yang rasa macam ni, wife abe lagilah.  Kalau abe yang hati batu pon boleh tangkap leleh, dia yg sentimeter tu lagilah. Adib pon kata suasana lain mcm la kakak tak ade ni. Abe tahu dia kat sana okay, dikelilingi kawan2 dan cikgu2 yang membantu. Wife abe cadang hari sabtu nih nak gi tengok dia. Abe pon ingat mcm tu jugak. Selain dapat tahu keadaan dia kat sana, dapat jugak lepaskan rindu...

Abe: gedebe, gedebe jugak, tapi abe tak dapat tahan...

Nurin dah ada kat Seri Puteri

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, semalam dah hantar nurin kat SSP. Semalam abe pegi hantar dia dengan wife aje. Tolak lebih kurang 7.30 pagi sampai lebih kurang jam 10 pagi. Bila daftar, nurin diberi seorang college sister, mcm senior jugalkah untuk tolong nurin masa daftar dan sesuaikan diri kat situ. Baik budaknya. namanya Fazira. Satu je yang abe ralat. Masa nak pegi abe lengah2 jugak, maklumlah masa panjang. Tapi bila pegi masuk dalam kelas dia, rupanya dah ramai dah booking meja & locker dalam kelas tu. tak dapat Nurin dok kat depan. Tapi nurin nampak hepi bila jumpa best friend dia, Fatin. Bila sampai rumah kami semua muka bonyok psl teringatkan nurin sampai meleleh air mata..


...gambar2 masa pendaftaran.


nurin dengan 'college sister' dia, nur fazira.

 
berbaris menunggu upacara ikrar


majlis penyerahan anak kepada guru


pendaftaran kelas, nurin masuk 1P.


kelas nurin, 1P


katil dan almari nurin dalam dorm.


putrajaya dari dorm nurin



blok topaz, asrama nurin


nurin & fatin, satu blok tapi lain dorm.


bangunan utama seri puteri.


abe: nak jugak menyelit tu..


Sunday, January 10, 2010

Hari terakhir Yin kat rumah....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Esok abe dan wife akan gi hantar anak sulung abe, nurin gi daftar masuk asrama penuh sri puteri, cyberjaya. Bermakna, hari ni adalah hari terakhir dia bersama kitorang. Bukanlah tak jumpa lagi, tapi lepas ni dia akan tinggal kat asrama. maksudnya dua minggu atau sebulan sekali baru boleh jumpa dia semula. Itulah baru umur 12 tahun dah terpaksa berpisah ngan mak ayah dan adik beradik yang lain. Abe pon tak tau macam mana life abe satu family nanti kalau dia dah tak ada kat rumah nih. Abe kalau boleh nak dia tinggal bersama dengan kitorang dulu at least samapai umo 18 tahun ke, tapi abe sekeluarga redha je la. Bukan nak gi ke mana pon, nak gi belajar, tuntut ilmu. Lagi pon bukan pegi terus tak jumpa, boleh jumpa tapi tak mcm sekarang la. Abe tak kisahlah kalau itu yang dia nak, janji dia dapat belajar dengan baik dan yang penting sekali dia gembira. Abe pon dah hiba dah ni ha...

Tadi adib ada cakap kat nurin, "adib harap kita akan berjumpa lagi..." alamak syahdunya. Anak2 abe yang lain tak ikut sama esok psl dorang sekolah. Abe suspect baby and adib akan gi sama, tapi dorang nak gi sekolah especially baby psl last week 2 hari dia tak pegi. Abe dan wife abe, awal2 lagi dah apply cuti. Abe pon sama dengan wife nak rasa suasana hantar anak2 ke sekolah asrama. Merasa jugaklah nanti wp abe tak pernah gi sekolah asrama penuh.

Abe harap yin dapat jalani cara hidup baru di asrama dan dapat menghadapi apa saja cabaran semasa tinggal di asarama. Life kat sana dah tentu berbeza, jauh dari mak ayah, semua dah kena buat sendiri. Abe pon berharap nurin belajar bersungguh2 agar cita2 yin tercapai. Mak dan ayah akan sentiasa mendoakan kesejahteraan yin di sana nanti.

Abe: sedih pulak aih...


Abe Yang Agak Musykil (AYAM)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi tadi masa pegi pasar, abe ternampak satu peristiwa yang patut abe kongsi dengan korang semua. Masa abe tunggu wife abe beli ayam kat satu kedai ayam, abe tengoklah kat kedai ayam sebelah. Abe nampak nyonya ni dengan selambanya pegang kepala ayam dengan tangan kiri dia dan terus sembelih ayam tu dengan pisau kat sebelah tangan kanan dia. Terus dia campak ayam tu masuk tong. Abe ingat dia nak buang apa kat kepala ayam tu, rupanya sembelih 'islamic style'. Abe mcm tak percaya. Biasanya kalau kat pasar ayam bukan islam, dorang gajikan orang islam tukang sembelih, tapi agaknya pekerja dia cuti, dia sembelih sendirilah. Biasa orang Islam beli ayam kat pasar2 ni tanpa kira melayu ke cina, atas kepercayaan dorang gajikan tukang sembelih islam.


So kalau ada sesiapa terbaca post nih, hati-hatilah kalau beli ayam kat kedai2 ayam cina kat pasar pilah nih. Kedai ayam yg abe maksudkan ialah kedai no6 & no7. Iyelah, kitalah yang patut jaga makan minum kita halal ke tak. Tak akan orang agama lain yang akan jaga halal haram makan minum kita.


abe: habis keta abe dicakar ayam...:-)

Saturday, January 9, 2010

Blueberry punya pasal

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

2-3 hari ni abe kurang sikit bukak laptpo nih. Iyelah namapon cuti dah habis, banyak benda lain nak kena buat. Lagipon anak abe nurin tu esok lusa dah nak daftar kat sri puteri, byk juga persiapan kena buat (konon, yg sebenarnya wife abe je yang penat uruskan). Lepas tu pulak kena uruskan kes accident abg ipar abe tu. Balik rumah badan dah penat. Tapi yg abe rasa abe dok tgh concentrate la ni ialah kat hp blueberry yang abe beli 2-3 hari lepas. Sibuk dok setting biar sesuai dengan selera abe. Agak leceh jugaklah psl abe dah biasa dengan nokia. Menunya lain sikit. Petang tadi melilau abe dok cari kat mana letak screen saver. Lepas tu pulak butang2 dia terutama navigation key dia punyalah kecik, susah nak handle. Iyelah, kena terima jugaklah hakikat kekurangan dan kelebihan hp lama dan hp baru. Hp baru abe abe akan simpan, sayang lagi. Tadi pagi abe singgah kat kedai abe beli hp soh dia tengok blueberry tu psl dia punya bluetooth tak berfungsi. Puas si ah ping tu membelek, last2 dia bagi set lain kat abe. Tak kisahlah, asalkan masalah abe settle!!

Tengahari tadi abe gi kenduri kat kampung sebelah, gi makan je, selesai makan baliklah....hehehe...sejak dulu abe anak beranak memang mcm tu. Nak gi menolong rasa kekok...hehehe. Esok pon ada jugak kat kampung lain pulak, tu pon gi makan je. Dah orang jemput, poie yolah...

Friday, January 8, 2010

Tak syokla kerja macam ni...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Abe kat sekolah tadi banyak jugak masa masuk kelas. Hari jumaat lagilah masa singkat. Tak kisahlah minggu depan pakai jadual baru, hari jumaat abe ada kelas sebelum rehat. Lepas perhimpunan pagi tadi, 1st boss abg adakan taklimat utk guru2. Ada beberapa perkaralah yang dia sampaikan sebagai peringatan utk cikgu2:

Pertama sekali dia pesan cikgu2 supaya rajin2 lah tegur kelakuan tak senonoh budak2 takut kalau dibiarkan nanti melarat2. Kemudian dia tegur cikgu2 yang makan kat luar supaya makan kat kantin. Pastu dia juga ada beri ingatan ttg pakaian guru2. Dia jugak tegur psl bilangan guru kat bilik guru yang semakin kurang kerana berada di tempat lain. Kalau ngajar tu jgn dok duduk kena berdiri

Pada abe, semua yang dia tegur tu ada kaitan dengan abe terutama pasal makan kat luar dan cikgu2 kat staff room tu. Abe ngan kawan2 abe adalah makan kat warung bawah tu sekali-sekala, bukannya selalu. Tu pon pasal dah muak sangat dengan menu kat kantin. Menunya ialah mee goreng, kueteow goreng dan nasik goreng. Itulah yang kitorang hadap tiap2 hari. rasanya tak salah kalau sekali-sekala kitorang ubah selera makan kat bawah. Lepas tu psl guru yang semakin kurang kat bilik guru tu memang kena tepat kat batang hidung abe. Dari tahun lepas lagi abe dah bukak meja kat bilik disiplin psl abe dah boring kat bilik guru. Abe ngan cg ali yg gi bukak meja kat situ. tapi abe rasa bukan pasal abe yang menyebabkan bilik guru nampak mcm dah tak ada guru, memang dah mcm tu. Penghuni bilik guru cuma lebih kurang 14 orang saja. Kalau waktu P&P, mmglah tak ada ramai guru kat bilik staff, psl sumenya masuk kelas, dah cikgu pon tak ramai. Lepas tu dia cakap cikgu2 nih lepas mengajar mesti dok kat staff room, senang nak cari kalau ada apa2 katanya.

Abe pon rasa hairanlah. Abe tengok apa saja yg cikgu2 lelaki buat mcm berkumpul, borak2 mesti dorang tak senang. Dulu kitorang makan dan lepak2 kat bawah pokok tanjung kat belakang kantin, tak dibenarkan. Nampak pulak kami berkumpul kat bilik disiplin bersembang di suruh dok kat bilik guru. Sampaikan coach pon dah dipindahkan ke tempat lain, tak senang tengok kitorang dok baring2 situ. Entahlah, agaknya lama2 cikgu2 ni jadi robot sudahnya. Buat tension je cerita pasal sekolah nih.

Masa nak balik tadi abe dapat pulak call dari sushima kata adib belum balik lagi. Rupa2nya motor abg ipar abe belum ambik lagi. Abe pon apalagi, memecutlah balik. Bila sampai, ada adib tunggu kat bus stop. Abe takut dia menangis je psl lambat tunggu, tengok dia happy je, lega abe.

Belah petang abe gi pulak balai polis nak settlekan kes abg ipar abe. Alhamdulillah, semua settle walaupon terpaksa tunggu lama. Dan sempat pulak abe gi kedai celcom nak selesaikan line postpaid yg abe tunggu hari tu tak aktif lagi. Ni pon setlle. So sekarang  ni abe dah ada 2 line: 1 postpaid dan satu prepaid. Suka hati koranglah nak contact abe pakai line mana, tapi dua2 celcomlah...

Wednesday, January 6, 2010

Abang ipar abe accident

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam masa abe tengah syok2 mengarang blog, wife abe dpt call yang abg dia (abg ipar abe) terlibat dengan accident. Terkejut jugak abe. Tu yang abe tergesa2 tutup blog tu (konon). Kitorang terus gi  Melang tempat accident tu.  Abg ipar abe yang kitorang panggil Andak tak apa2, cuma luka kat lengan sikit. Motor dia pon tak teruk sangat. Budak pompuan tu  teruk jugak kena, dengar patah jari kaki dan daging kat tumit terkeluar, selain cedera sikit kat kepala. Nak kata salah, memanglah salah budak tu, pasal dah lah laju, pas tu dia potong andak kut sebelah kiri, tergesel handle motor andak. Dua2 jatuh. Masa abe sampai, polis ada lagi, tapi budak yg terlibat tu dah tak ada, dah di bawak ke hospital. Orang pon dah tak ada. So abe bawak motor dia gi hantar bengkel, lepas tu kitorang hantar andak gi dapatkan rawatan kat hospital pilah. Masa kat hospital, kitorang jumpa ngan ibu bapak budak pompuan tu. Dorang pon mintak maaf kat andak pasal accident tu. Memang salah anak dorang dan dorang setuju nak bayar kos baiki motor andak. Abe ingat benda ni dah settle la. Petang tadi wife abe dengan andak gi melawat budak tu kat hospital. Abe rasa setakat ni okay la. Motor andak esok siaplah repair kot.

Bila andak accident, timbul satu masalah lagi. Andak ni kalau korang nak tahu, dialah yang tolong ambik anak2 abe balik sekolah. Jadi bila dia accident, tak dapatlah dia nak gi ambik anak2 abe lagi. Dia okay aje, tapi motor dia masih di bengkel. Poning kepalo abe dan wife semalam dok memikir mcm mana nak settle masalah anak2 abe nih. Kalau nak dipontengkan sekolah dorang, tak patut jugak psl sekolah baru 2 hari, lagi pon baby dah mula excited nak gi sekolah. Abe mula2 ingat nak mintak tolong kawan2 surau, tapi abe decided abe akan balik sekolah awal sikit hari ni, untuk ambik dorang. So bila sampai sekolah tadi terus abe cari kwn2 yang boleh masuk kelas abe 2 masa akhir. Nasib baik ada kawan yang sanggup tolong. Mula2 cikgu jamal sanggup, tapi last minit tak jadi psl dia ada kelas. Pas tu mintak tolong kat cg maznita, nasib baik dia sanggup. Kak Mis pon tak kisah, abe pon bagitau bos no1 abe, dia pon bagi kebenaran. So, dapatlah abe ambik anak2 abe kat sekolah dorang hari ni. Untuk esok, abe dah mintak lang amir ambik adib, baby esok tak nak gi sekolah, dia tak mau lang amir ambik dia.


Masa kat sekolah tadi, abe bagilah water filter yang cg ali nak semalam. Terus dia bayar rm400. Abe pon tak sangka jugak dia bagi. Nampak gayanya cerahlah impian abe nak ankat blueberry tu. So tadi, lepas abe hantar adib gi sekolah sebelah petang, abe pon gi pilah, bayar credit card. Pas tu abe terus gi kedai hanphone survey dan angkat sekali Bluebery@300. Harganya rm470. Pas tu abe gi pulak kat agen celcom, abe tambah satu line lagi celcom 1+5. Line ni untuk call wife abe je. No lama kekal. Blueberry tu boleh pakai 2 line sekali gus. Alah, nak hiburkan hati. Abe bukan tak suka hp lama, tapi boring jugaklah pakai yg sama lama2. Abe sayang hp tu, 3G wak.. ..:-)

abe: ade 3 hp yang masih elok tapi tak pakai. isk...isk..isk..

Tuesday, January 5, 2010

BacK To sChoOL

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni abe mula kerja. First thing abe buat bila sampai sekolah ialah abe cari jadual waktu, kot2 abe kena masuk kelas 1st period. Tapi alhamdulillah, mase abe lepas rehat. So abe join kawan2 gi minum kat warung bawah. Sekolah abe ada dua orang cikgu baru, sorang pompuan (cikgu sains) dan sorang ustaz. Lepas tu dua orang cikgu sandaran tahun lepas pon dah ada semula. Masa abe hari ni 2 period je tapi abe tak ngajar pon psl tak ready apa pon lagi, cuma abe bagi briefing sesikit kat bebudak tu. Abe dtg sekolah hari ni konon nak pulang paku buah keras, tapi tak jadi pulak. Rasanya everything is going to be fine. Forget the past.

Masa breakfast kat warung bawah cikgu jamal pulak hulur kat abe rm500, bayaran water filter bio aura yang dia ambik ngan abe sebelum cuti tahun lepas. Terus abe terbayang hp blueberry yang abe nak ambik tu. Pasal water filter bio aura ni nnt abe cerita lain kali. Sad story...huhuhu. Ingat masa balik abe nak singgah kat pilah tgk hp tu dan terus angkat je, tapi fikir punya fikir, abe nak selesaikan credit card abe dululah, nnt kalau ada rezeki lebih nnt, abe angkatlah hp tu. Its not necessary yet. Lepas tu abe cubalah kenen2 waterfilter tu kat cg ali pulak. Agaknya dah nak jadi rezeki abe, dia pon sanggup ambik. So, kalau diikutkan, tinggal lagi 1 unit lagi water filter.

Balik rumah abe sambung projek abe masak buah jering. Abe siap call mak abe kat KB tanya mcm mana masak jering nih. Sonang je, rebus sampai empuk, pastu masukkan sikit abu nak bagi dia kaler perang, tapi mana abe nak cari abu?? Kelapa parut buah penyecah dia mungkin ada kot dalam fridge. Tengok nanti.

Abe nih kalu menulis kat blog abe nih mcm tak nak berenti. Hari ni sume family abe gi sekolah kecuali anak sulung abe tu si nurin aka shushima tu. Dia tengah menganggur sekarang nih...tak lah, dia mula sekolah 11/1 nih. So seminggu ni dia lepak rumah jelah. Hari ni saje abe tinggalkan laptop dan broadband kat rumah supaya dia tak boring sangat. Rupanya dia jugak ada masak breakfast, iaitu cokodok bilis. Ade lagi bawah saji, abe tak rasa lagi, nampak pucat je. Yelah dia pon baru nak cuba2, biasala...

Hari jumaat lepas abe ade topup prepaid abe. Pastu celcom bagi bonus rm9. Bonus ni akan luput lepas 7 hari bila tak pakai. So, sekarang nih abe tengah bertungkus-lumus nak menghabiskan kredit RM9 tu. Abe pon tak tau nak call sape lagi. Yang abe call sekarang nih sumenya list 15pax abe, jadi caj tak banyak. Tinggal lagi 2 hari.

Abe: Ada credit susah, tak de pon susah...

Monday, January 4, 2010

First day school 2010

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni hari pertama sekolah. Pagi2 lagi dah kejut baby soh gi mandi, ok jer dia terus gi mandi. Sebelum tu dah kejut adib mandi. Adib pon dah ok, dah tak sakit lagi, dah boleh pakai seluar semua wp dia punya butterly belum betul2 sembuh lagi. Dia punya semangat nak gi sekolah tu sampai lupa sakit.

Masa sampai sekolah, pra belum ramai lagi, tapi dah boleh daftar dan bayar yuran semua. Adib terus masuk kelas simpan beg dan ready untuk assembly. Sebenarnya taklimat utk pra 10 pagi, so kitorang melangutla  dekat 2 jam setengah kat situ. Kelakar gak tengok gelagat budak2 5-6 tahun nih, terubat jugak menahan pedih perut lapar nih. Then lepas taklimat, kitorang gi sarapan. Lepas tu wife abe terus gi kerja. Abe balik rumah tunggu 1.30 ptg untuk ambik adib.

Ingat sebelah petang nak gi pilah, nak selesaikan home prepaid fix line abe nih. Macam dah diterminate. Lepas tu ingat nak tambah line celcom 1+5 dan nak tengok maybank kot2 duit marking dah masuk. Kalau dah masuk nak la angkat blueberry satu. Gi pilah tu memang gi, tapi satu je settle. Memang home prepaid dah diterminate psl tak topup. Yang lain2 tu tak jadi, pasalnya akaun maybank tetap macam tu je, tak de tambahan. So, tunggulah dulu...:-)

Abe: walaupun first day school, tapi bukan untuk abe dan nurin. Abe cuti dan nurin next week baru daftar...

Sunday, January 3, 2010

Hari terakhir cuti...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pejam celik, pejam celik dah 3 hari kita di tahun baru, bermakna esok dah mula bukak sekolah. Tapi abe extra lagi satu hari esok nak hantar baby gi prasekolah. Dah dua tiga hari bila dia bangun pagi asyik tanya, "hari ni ke sekolah?" Dah tak sabar dia nak sekolah.

Semalam abe bawak family abe gi jenjalan kat semban dan sebagai memenuhi janji abe & wife kat adib sebelum sunat hari tu, dia nak keretapi mainan. Tapi kat Jusco semalam tak ade, so dia ambik hot whells je yang ada track. Lepas tu baby pulak nak jugak. Takkan nak beli dua benda yg sama. Pujuk punya pujuk, baby setujulah beli rumah mainan. Dua2 tu adalah dekat rm200. Fuhh..

Malamnya pulak, lepas habis surau, abe gi tahlih rumah orang meninggal kelmarin. Ramai jugak orang yg datang. Tahlil kat N9 ni lain dr tempat abe kat Kelate. Sini lepas tahlil, tuan rumah bagi sedekah kat orang yang datang tahlil. Biasa rm2.00 sorang. Bayangkan kalau yg datang semalam adalah dalam 60-70 orang, dah rm120. Itu satu malam, kalau 3 malam? Lepas tu pulak ada makan2. Kalau kat kelate, makan pun ada tapi makan tak berat mcm mee goreng, bihun goreng, roti cicah kuah kari dsb. Kat sini makan berat, kira lepaslah makan malam. Tapi kata orang, lain padang, lain belalang, lain dulang lain kakinya.

Abe: Rasa risau hari ni, tapi tak tahu kenapa. Agaknya cuti dah nak habis kot??

Friday, January 1, 2010

Innalillahi wa innailaihiraji'un..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Petang tadi gi ziarah org kampung meninggal. Abe pon rasanya tak pernah jumpa orangnya. Dorang pon cakap tak dengar pon si mati ni sakit. Masa aku sampai tu pulak kebetulan van jenazah pon sampai, tak de lah tunggu lama. Aku ingat nak baca yassin ke apa, tapi kat dalam rumah, penuh ngan org pompuan, so longgok kat luar jela. Lepas tu aku gi pulak kubur, tunggu jenazah kat sana, lama jugak menunggu, pukul 6.30 pm baru jenazah tiba. Lepas dorang masukkan jenazah dalam liang lahad aku pon cabutlah psl wife aku ajak gi pasar malam.

Masa kat kubur tadi, aku tinjau2 jugak kubur2 kat situ. Rupa2nya banyak jugalah kubur2 yang wujud sepanjang aku menetap kat sini. Ada beberapa buah kubur je yang abe ingat aku dtg tgk masa kebumi. Maksudnya aku dah miss byk majlis pengkebumian...huhuhu..

Masa abe dok menunggu jenazah tiba kat kubur tadi, abe menyelitlah dekat orang tengah berborak2 kat tepi lubang  kubur tu. Yang jadi tumpuan kat situ ialah orang kampung abe yang buat kerja kampong. Abe tak pernah berborak dengan dia. tadi abe dapatlah dengar dia berborak. Abe tak join, abe tadah telinga je dengar. Tak sangka jugak, selama ni abe ingat dia jenis tak banyak cakap, sekali dia cakap, banyak jugak cakap2 dia yang  boleh dipakai, antaranya:

                   # kalau kita nakkan sesuatu, kita usahalah ke arah tu.
                   # kalau kita sendiri yang susah, macam mana kita nak tolong orang susah
                   # barang tak laku kerana tak dijual, kenalah usaha jualkan
                   # kita berniaga nakkan untung, bukan nak buat kebajikan
                   # bersusah dulu, baru senang kemudian
                   # orang baik tulah yang sebenar2 jahat dan orang jahat tulah yang sebenar2 baik                 
                     (yg ni abe tak paham, agaknya dia maksudkan orang jahat tu berpura2 baik,tapi org jahat
                       tu tak hipokrit)
               
Kemudian dia ada cerita pengalaman dia bukak kebun. Macam dia tanam pokok durian belanda. Dia minta tunjuk ajar dari jabatan pertanian, jabatan pertanian jawab dorang tak buat research lagi durian belanda nih. tapi dia tanam jugak. Bila dah hidup subur, orang jabatan datang nak bagi tunjuk ajar. Dia kata kat orang jabatan tu: "saya tak ada masa. kalau tuan2 bekalkan benih, baja, saya boleh luangkan masa. Tapi ni tuan2 tak buat apa2. Mintak maaf." Betul jugak kata dia tu. Abe terpegun jugak dengar ckp2 dia, tapi bukan semua la, mana yg boleh pakai la.. hehehe..

abe: rambut sama hitam, hati lain2..

First day of 2010

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, kita dah berada di tahun 2010. Bila abe tgk tarikh kat hp abe 01/01/2010, abe tersengih sendiri, bukan ape betapa cepatnya masa berlalu. 10 tahun lepas dok gedebap-gedebup nak tunggu tahun 2000, millineum barulah, Y2K lah, tapi sekarang tu semua dah berlalu dah pon sampai 2010. Agaknya sekarang ni dok gedebab-gedebup nak tunggu tahun 2012 pulak. Bukan orang mayan (betul ke?) saja yg ramal ada bencana tahun 2012, tapi ada hadis nabi kata ada bencana akan berlaku di bumi ni pada hari jumaat pertengahan bulan ramadhan yang menyebabkan 2/3 umat manusia terhapus. Sapalah yang masuk dalam golongan 1/3 tu? Wallahu 'aklambissawab.. 

Apa buat cuti tahun baru ni? Apa nak cutinya, mmg dah cuti pon. Pagi tadi lepas gi pasar, abe mesin rumput, bukan jugak rumput, boleh dikatakan semak-samun kat belakang rumah. Selesai dalam masa sejam. Lemah longlai badan abe, agaknya dah lama abe tak pakai mesin. Kali terakhir pakai mesin masa gotong-royong kubur sebelum raya haji lepas. Wife abe pulak apa mimpinya, dia buat nasi ayam pulak untuk lunch. Abe lepas menebas, terus bergolek kat katil.

Yang paling buat abe happy hari ni ialah adib nih dah sembuh lah dari berkhatan itu hari. Semalam abe ngan wife abe paksa jugak dia pakai seluar, dia pakailah sampai malam. Tido pon pakai seluar. Abe risau jugak. Tengok pagi tadi masa abe bangun, tengok dia bukan main lagi tidur berbalik2, terkepit. Dah tak rasa sakit lagilah tu. Bila abe balik pasar, tengok dia dah siap mandi semua. Suka hatinya abe ngan wife abe. Semalam boleh jugak dia cakap, "betol cakap mak, bersunat tak sakit," kitorang congkeh gelakkan dia. Hari ni dia tanya, "bila tali (benang) tu nak tanggal," abe cakap, "tak lama lagi, yang penting dah tak sakit dan boleh pakai seluar,"

Tengah makan tadi mak mertua abe call kate ada orang meninggal kat kampung sebelah abe nih, so abe nak bersiap gi ziarah kejap.

Abe: abe ni kalau tak silap pengerusi tanah perkuburan...fuh!

...welcome 2010

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



abe: selamat tahun baru 2010...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...