Wednesday, June 15, 2011

Di Hospital Colombia lagi..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini tibalah hari yang dijanjikan. Hari ni anak abe, amni nafisah buat opretion buang tonsil yang menggangu pernafasan dia sejak sekian lama. Kemuncaknya pada minggu sebelum cuti sekolah itu hari di mana dia demam teruk dan abe dengan wife ambik keputusan untuk buat operation untuk buang tonsil tu. Habis je cuti di kelate, wife abe buat appointment dengan doktor gilbert iaitu doktor yang sama buat operation adib dulu. Hari ni pun abe terpaksa ambik cuti dan nampak gayanya esok pun sama. kami sampai hospital jam 7.40 pagi tadi. lepas register, wife abe temankan amni sampai bilik bedah. dalam pukul 1 lebih pembedahan selesai dan alhamdulillah berjalan dengan lancar. baby pun dah okay dan dah boleh makan. Walau bagaimana pun tadi wife abe ada sms kata dia muntah tapi sekarang dah tidur semula. Abe harap tak apa-apa dan semuanya akan berjalan lancar, insyaallah. Sekrang ni abe ada kat hotel oakland, hotel budget je. Dulu masa opretaion adib, abe tido dalam kereta aje. tapi kali ni tak boleh la pasal abe bwk adib sama. Insyaallah esok discaj. Abe tak risau sangat pembedahan ni psl ada pengalaman dengan adib dulu..

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...