Friday, December 4, 2009

Cuti kat Kelantan (5th Post)

my view point of..
Hari ke-7: Weiii....Mak datang sini ngan kak teh.

Hari ni hujan lagi, tapi tak selebat semalam. Dalam pukul 2 ptg kitorang keluar KB, saja jalan2 kat KB Mall lagi. macam biasa jem la tapi tak lah seteruk sebelum-sebelum nih. Rupanya kat KB Mall ada PC Fair, tapi tak lah besar sgt, aku ingat ada 12 booth gitu. tak ada apa yg menarik sgt. Kat KB Mall ni jugak aku dah belikan adib beg sekolah ben10 dia, mcm yg dia nak, ada troli dan besar. harganya rm69.90Belah petang mak mentua aku dtg WCY dengan kakak ipar aku, kakteh ngan suami dan anak2 dorang. Datang sini psl nak g najklis kawin kawan dia, langsung dtg kelantan singgah sini utk shoping2. Kitorang gi sama kat pasar malam tadi, beli apa yang patut. Gi jalan kaki je, jarak bukan jauh sgt pon, lagi pon takut nnt susah nak parking. Bila sampai sana, orang pon tak ramai sgt, byk juga tempat parking. Tak taulah psl musim hujan ke atau masih awal lagi ke atau mmg org dah tak ramai lagi. Aku tangkap seluar army satu dan wife aku faham2 je la, sure dia cari tudung la, walaupun tudung dah banyak; petang tadi pon dah gi aziz textile pon dah ambik tudung. Layan je la... Masa nak balik, kitorang balik sendiri2, tapi abg norman sekeluarga agak malang sikit, masa dorang dlm perjalanan balik, hujan turun tiba2, basah kuyup! Nasib baik kitorang tak kena psl dah balik lebih awal. Tu la sekarang ni hujan tak tentu, kejap hujan, kejap tak, kejap renyai, kejap lebat kan main.

Cakap pasal hujan ni cukup merisaukan aku dan wife psl esok (Jumaat) kitorang rancang nak balik Pilah. Dengar2 ada beberapa tempat di jalan laluan kitorang balik tu dah dinaiki air. Tapi rasanya esok kitorang tetap balik jugak, kira redah ajelah. Rasanya kalau banjir pon tak lama, ambik beberapa jam jugak nak surut air tu. Tak tahulah tgk dulu mcm mana. Alternatif boleh ikut lebuh raya timur barat, tapi jauh sikit la. Alhamdulillah, setakat nih, sepanjang2 kitorang balik Kb ni rasanya tak pernah sangkut kat banjir walaupun pernah juga nyaris2 sangkut.  Harap2 balik kali nih pon mcm tuh jugaklah, insyaAllah. Esok mak aku pon akan ikut sama psl dia nak ziarah besan dia kat Kg Jimah yang tengah sakit, tu mentua abang aku tu. Esok ni tak kisahlah lambat pon asalkan selamat sampai. InsyaAllah.... :-)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...