Thursday, February 7, 2013

Pertimbangan untuk Ijazah Kedoktoran

Memang dulu sebaik sahaja habis buat master, abe langsung tak terfikir dan tak mahu meneruskan pengajian ke peringkat PHD, tetapi bak kata orang sekali air bah sekali pasir berubah. Dalam tempoh setahun yang lepas, terlintas pulak difikiran abe nak meneruskan pendidikan ke peringkat PHD, tapi bukanlah terdesak sangat pun, cuma lintasan fikiran sahaja. Lagipun abe dah ada sedikit bosan bekerja di sekolah ni, dah muak kata orang, nak tukar angin pulak, tapi tak ada peluang.

Namun begitu banyak pertimbangan yang perlu difikirkan kalau nak ambil PHD. Salah satunya umur abe pun dah lebih 40 tahun, tak ada sesiapa lagi nak support abe lagi, cuma yang mungkin dapat ialah cuti belajar, kos tanggung sendiri. Keduanya, ambik PHD ni perlukan tumpuan 100% yang kemungkinan besar tak terdaya abe lakukan. Kemudian bab nak interview, proposal ni jugak satu masalah pasal abe pun tak cekap berbicara terutama dalam bahasa Inggeris. Lagi pun apa permasahalahan pun abe tak tahu nak buat PHD ni. Okaylah, kalau pun dah diterima belajar PHD, macam mana pulak sesi penilaian akhir?? Dah penat spent masa, duit dan sebagainya, tiba2 tak diluluskan, macam mana??

Abe dah banyak dengar pelajar PHD ni banyak yang sangkut tengah jalan, krisis dengan penyelia, tukar tajuk berkali-kali, bertahun-tahun tak selesai jugak. Lagipun ijazah sarjana yang abe ada sekarang ni pun tak bawak abe ke mana-manapun. Dah 10 tahun usia master abe. Khabar berita nak berikan kenaikan gaji kepada pemegang master dan PHD kedengaran sejak dulu lagi, tapi sampai sekarang habuk pun tarak. Jadi biarlah abe dengan master sains pentadbiran pendidikan yang abe ada sekarang ni...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...