Saturday, February 23, 2013

Kisah abe masa praktikal....

Ini kisah abe praktikal pada tahun 1994 sebelum abe jadi cikgu. dah dekat 20 tahun dah tuuu... Abe telah ditempatkan di SMK Sungai Rawang, iaitu berhampiran pekan Sungai Pelek. Jarak sekolah ni dengan pekan ni lebih kurang 10km kot. Abe tinggal di rumah sewa di Sungai Pelek bersama 3 orang lagi coursemate abe yang semuanya merupakan xteacher. Salah seorangnya iaitu cikgu Hasibsama praktikal dengan abe di SMK Sungai Rawang dan dua orang lagi (nama dah lupa) praktikal di SMK Sungai Pelek. Abe berulang ke sekolah tu dengan motor kapchai abe, honda fame WBF9297 dan jadang-kadang tumpang kereta cikgu Hasib kalau dia bawak kereta. Abe praktikal kat sekolah tu selama tiga bulan dalam suku pertama tahun tu.



teman2 serumah abe

teman2 serumah abe..


Rumah sewa abe ni sebenarnya dah dicari oleh dua orang cikgu tu, jadi kami tumpang sekakilah, kongsi bayar sewa, rasanya dalam RM150 masa tu. masa mula-mula abe sampai kat rumah tu, ada abe tinjau2 kat dalam rumah tu, semua okay kecuali dalam kolah yang masih ada air, ada satu bangkai tikus. Selain daripada tu, abe dapat tahu kat belakang rumah tu ada tanah perkuburan. Masa first time sampai tu abe cuma nak hantar barang sahaja supaya mudah nanti. kali yang kedua abe sampai kat rumah tu, hari dah gelap dan dah pun ada kawan-kawan abe kat rumah tu pasal mereka sampai awal. memandangkan hampir maghrib dan abe pun belum solat asar, abe pun cepat-cepat ambil wudhuk kat kolah tadi. Pada ingatan abe, kolah tu tentulah sudah dibersihkan oleh kawan abe yang sampai lebih awal. Abe tak nampak apa-apa dalam kolah tu kerana mentol lampu bilik air belum dipasang. kawan abe tadi pun nampak macam pelik dengan tindakan abe yang dengan selambanya ambik wudhuk dengan air dalam klah tu. keesokan aharinya bila abe masuk bilik air tu, abe terkejut besar bila tengok dalam kolah tu, bangkai tikus masih ada. Rupanya kawan2 abe pun semalam baru sampai, tak sempat nak bersihkan kolah tu. Tak tergambar rasa dan perasaan abe masa tu. rasa geli tekak tapi tak lah termuntah.

Pekan sungai Pelek ni tak la besar sangat (pada masa tu). Kedai-kedainya tu di kiri-kanan sepanjang jalan. Rumah sewa abe sebelah kiri sebaik sahaja lepas selekoh ke arah Pantai Bagan Lalang. Sungai Pelek nilah tempat asal pelakon yang selalu berlakon dengan Yusof Haslam selalu jadi gengster, badan besar, muka macam cina, rambut selalu toncang, lupa nama dia, kalau tak silap dia jadi stuntman sekarang. Masa tu dia belum jadi pelakon, tapi dia ada restoran kat sungai pelek, ada sekali dua abe makan kat situ, tu yang perasan dia bila tengok muka kat tv. Sekolah abe pulak terletak dalam kawasan Kampung Bukit Bakong. Kawasan ni pemastautin majoritinya orang jawa dan orang asli. jadi sekolah abe ni ada lah jugak murid2 orang asli. Kedua2 orang jawa dan orang asli ni baik2 belaka.

Masa abe praktikal di SMKSR ni pengetuanya bernama En Zulkifli, cikgu2 lain abe dah lupa namanya. Abe mengajar di tingkatan 4 dan tingkatan 1. Umur budak2 ditingkatan 4 tu sekarang agaknya dah 36 tahun dan tingkatan 1 mungkin dah 33 tahun. Nama mereka pun abe dah lupa. Bersama kitorang praktikal ada 2 orang guru pelatih dari MPI bangi yang masuk ke situ kemudian daripada abe, kalau tak salah namanya mariani dan nasriah
menyampaikan hadiah bg acara guru masa
kejohanan sukantara

bersama guru pelatih MPI, mariani dan nasriah

Yang menariknya masa hujung minggu. Kebiasaannya housemate abe yang tiga orang tu akan balik kampung maklumlah masing2 dah kawen, tengok anak isteri, bayar bil air dan sebagainya ;-) jadi tinggallah abe keseorangan di rumah tu. Untuk ingatan tadi abe ada bagitahu di belakang rumah sewa tu ada tanah perkuburan. So bayangkan kalau rumah tu yang dah lama tinggal kosong, ada pulak kubur kat belakang dan tinggal pulak keseorangan. Nak tak nak abe kena lalui jugak. Jadi apa yang abe lakukan ialah mula dari waktu maghrib, abe dah selesai makan dan mandi semua, abe lepak ajelah atas tilam tak beralih2 sampai lah ke pagi esoknya. Itulah yang abe buat tiap kali housemate balik kampung. Sekarang ni abe terfikir pulak kenapalah abe tak gi tumpang tidur rumah kawan2 yang tinggal berdekatan yang sama praktikal? Ada jugak kawan berbual.
atas tilam nilah abe tak beralih sejak maghrib sampai
 pagi besoknya kalau member2 serumah balik kampung..

Ada satu perkara yang abe tak boleh lupa sampai sekarang. Masa abe praktikal ni, rumah sewa masa study kat UPM abe serahkan dekat junior yang terdiri daripada cikgu2 jugak. Sampai satu masa dorang siap bagi notis suruh kami keluarkan barang dari rumah tersebut. Abe dengan kawan2 yang lain cukup terasa hati dengan tindakan dorang ni. sedangkan kamilah yang ajak dorang ambik rumah ni daripada kitorang (transition). Lagipun salah seorang daripada mereka memang sewa dengan kami sebelum ni. Ada sekali tu, masa abe datang hujung minggu untuk siapkan tesis dorang buat tak layan dan cikgu yang sama duduk dengan abe tu pun buat tak layan, sakitnya hati. Diberi bunga dibalas tahi... abe pun ada juga jahatnya, masa dorang balik kampung, tinggal salah seorang cosmate abe yang masih stay kat rumah tu, abe ambik pasir, curah kat tempat minyak hitam motor salah seorang, padan muka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...