Sunday, February 27, 2011

Happy Birthday Adib

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


gambar lama..

Semalam, Sabtu 26 Februari 2011 ialah harijadi adib yang ke 11 tahun. Tengok, dalam diam tak diam, pejam celik pejam celik, rupa-rupanya anak saya Muhammad Adib Nuqman sudah pun berusia 11 tahun. Tetapi kami sekeluarga agak terkilan juga kerana tidak berkesempatan untuk meraikannya kerana sibuk dengan kenduri jiran sebelah, tetapi ucapan selamat hari jadi tidak kami lupakan. Mungkin kami akan meraikannnya dalam masa terdekat dengan membelikan kek harijadi. Walau bagaimanapun malam tadi kami telah membawanya untuk makan diluar.

Selamat Hari Jadi Adib, semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapa, keluarga, bangsa, negara dan agama.


semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok impian..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...