Wednesday, February 23, 2011

Bawak lori la pulakkk..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi tadi dah berlangsung sukan sekolah. Abe bertugas sbg pengurus peserta, buatlah apa yg patut. Semalam abe ada tolong2 cg Jamal pasang khemah, wp abe bukan ajk khemah, tapi kesian jugak dia dgn cg rusli dok terkial2 pasang khemah dan hari ni pon abe tak terus balik lepas habis sukan, tapi abe tolong jugak lagi ncg jamal bukak khemah tu semula. Tak ramai yg datang tolong. Tak sampai hati tgk dia dgn budak2 QM dok bukak khemah tu. Cg rosman yg ajk khemah ni pon langsung tak turun tolong, rasa muka dia pon x nampak sepanjang sukan berlangsung. Tapi yang menariknya hari ni, buat pertama kalinya abe bwk lori cg jamal gi hantar barang2 kat dewan, tapi mcm okay je..

Balik aje dari sekolah, abe terus ke balai polis kp nak bayar saman, kena jugak beratur psl ada 4-5 org yang tunggu nak bayar. Abe ambik kesempatan discount 50%. Sebenarnya semua saman abe dah jelas bulan januari hari tu, tapi yang ni saman motor WBF9297 yang abe pakai masa di UPM dulu. Motor ni ayah abe dah jual tapi tak tukar nama. Motor ni kena saman tapi abe yang kena. nak tak nak, sementara ada discount ni abe bayar ajelah. Harap2 lepas ni motor ni tak ada saman lg. Saman ni pon tahun 2005.

balik rumah tadi abe ingat ada gotong royong nak sediakan tempat parking kereta kenduri nnt tapi tunggu punya tunggu tak ada pulak org datang, terpaksa tangguh esok,tapi sempat jugak gi ambik pinggan kat kp. Nampak esok abe dapat jugak ikut dorang carik umbut kelapa pasal mesyuarat sivik esok cg rusli sanggup ganti.
semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok impian..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...