Tuesday, February 22, 2011

Kenduri lagi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nampaknya hujung minggu ni masa abe akan penuh terisi. Apa taknya, jiran abe akan adakan kenduri kawin anaknya. Sebenarnya kerja2 persiapan dah mula 2 bulan lepas. Mula dengan pasang khemah untuk masak2. Masa tu kitorang pasang jugak khemah tu walaupun dalam hujan. Tak lama lepas tu kitorang berkumpul lagi nak buat pulak khemah tempat sediakan makanan dan tempat basuh pinggan. Esok pulak rancang nak sediakan tempat parking kereta dan nak pegi ambik pinggan dekat pilah. Kemudian hari khamis pulak nak carik umbut kelapa sawit sebagai sebahagian hidangan. Hari Jumaat akan dilangsungkan akad nikah sebelah petang, tapi sebelah pagi dah nak mula kerja2 masak memasak untuk jamuan selepas akad nikah. Hari Sabtu pulak hari langsung. Hari Ahad pulak abe nak ikut rombongan ke rumah pengantin lelaki di Shah Alam. Jiran terdekat kenalah terlibat sedikit sebanyak. Kebetulan pulak abe pon sibuk jugak dengan hal sekolah. Semalam ada acara akhir sebelum sukan. Esok acara sukan akan berlangsung, kemudian petang khamis pulak nak kena gi mesyuarat panitia sivik. Hari Sabtu asalnya ada LDP tapi nasib baik ditunda, kalau tak abe mesti excuse punya. Kawan2 abe kat sini semua dah mohon cuti hari Jumaat ni khas untuk kenduri tu. Abe mulanya nak apply cuti jugak, tapi fikir balik, hari jumaat separuh hari saja, rugi jugak. Abe tak dapat nak bayangkan hari Isnin minggu depan mcm mana keadaan abe kat sekolah nnt, mesti flat habis..

..semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok harapan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...