Sunday, February 27, 2011

Kenduri 26 Februari

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semalam berlangsungnya majlis perkahwinan ain iaitu anak jiran saya abang azmi. Seawal jam 6.30 pagi saya sudah ada di perkarangan rumahnya untuk tolong memasak. Masa saya sampai, sudah ada beberapa orang di situ. Lantas saya diarahkan menghidupkan api untuk memasak rendang ayam. Saya diberikan sehelai tuala muka (ada istilah lain, tapi saya lupa). Pada kain tersebut ditulis nombor untuk cabutan bertuah. saya dapat nombor 026. Kebetulan agaknya kerana semalam tarikhnya 26/2 dan kena pulak tarikh lahir anak lelaki saya, Adib. Alhamdulillah dia sudah 11 tahun. Pada masa yang sama, di rumah datuk perdana, kumpulan yang lain pula sedang melapah lembu dan lebih kurang jam 8.00 pagi daging lembu pun sampai. Disebabkan ramai juga yang datang membantu, kerja jadi senang dan ringan. Kerja-kerja memasak selesai lebih kurang jam 10.30 pagi.

Alhamdulillah, cuaca semalam baik sekali, walaupun malam tadi hujan turun dengan lebat sekali. Kasihan saya tengok abang azmi masa hujan turun tu, takut keadaan yang sama akan berlaku pada keesokannya. Tapi alhamdulillah, cuaca baik sehingga petang wlaupun masa saya keluar dari rumah subuh semalam, ada sedikit rintik-rintik hujan, dan awan mendung berarak sebelah pagi. Majlis berjalan lancar bila mana tetamu mula makan lebih kurang jam 11.30 pagi. Ketika tetamu menjamu selera, Datok Hassan Malik, Ahli Parlimen Kuala Pilah tiba dan beliau diberi penghormatan untuk melakukan cabutan nombor bertuah. Memang bertuahlah agaknya, nombor saya naik dan disampaikan pula oleh YB Datok.

Satu peristiwa yang agak melucukan berlaku apabila saya dan beberapa orang lagi diminta untuk membantu menolak sebuah kereta yang tersekat dalam lumpur. Semasa menolak, habis seluar saya terkena tanah apabila pemandunya menekan minyak. Selepas kereta itu berjaya dinaikkan, saya terus pulang ke rumah dan datang semula pada sebelah petangnya untuk membantu mengemas.

Hari ini pula, saya akan menyertai rombongan pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki di Shah Alam. Rombongan kami akan bertolak lebih kurang pukul 10.00 pagi ini.

semalam sejarah, hari ini kenyataan, esok impian..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...