Sunday, February 20, 2011

Projek baru??

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mungkin seronok dengar cerita kawan2 yang menoreh getah yang dapat pendapatan lumayan kerana harga getah naik, abe pun tiba2 timbul idea pulak nak tanam getah kat belakang rumah. Dengar mcm lucu jugak tapi bila fikir balik, bagus jugak. Lagi pun laman belakang rumah tu agak luas jugak, tak ada pokok apa pun. Dulu abe cuba jugak tanam poko pisang, tapi habis dikerjakan dek monyet. Kalau abe tanam pokok2 buah pun mcm tu jugak, dah tentu habis dikerjakan dek monyet. Abe bagi tahu wife abe pasal ni, dia pun mcm okay jugak. Memanglah tak banyak yang boleh ditanam, tapi adalah jugak pokok dari tak ada pokok langsung. Abe ingat dalam 100 batang boleh muat kot. Buat masa sekarang ni abe nak pagar dulu tanah antara pagar abe dengan pagar jiran sebelah, kemudian baru abe boleh mula tanam. Nampaknya lepas ni abe akan jadi penoreh getah part time!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...