Monday, June 7, 2010

Umrah Jun 2010

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Esok abe ngan wife akan berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadat umrah. Abe berangkat lebih kurang jam 2 ptg, tapi kena ada kat airport 3 jam awal, ikutlah mana yang patut. Ikut perancangan Uda yang akan hantar kitorang, dia ambik cuti lagi untuk tujuan tu. Abe harap semuanya berjalan lancar. Abe akan berada di sana dalam 12 hari, hari sabtu 19/6, abe barangkat balik.

Rasa berat jugak nak tinggalkan anak2. Nurin baru hari jumaat lepas balik rumah, dapat bersama dengan dia cuma 4 hari je. Kesian dia, tapi abe cakap, gunakanlah masa 4 hari ni sebaik2nya, jgn dok sedih2. Nafisah dan Adib mcm okay je. Agaknya dorang pon faham kot. Insyaallah, abe akan bawak mereka gi umrah sama2 di lain kali. nak bawak sekarang pon Nafisah baru 5 tahun, takut nanti mengganggu urusan umrah pulak.

Malam tadi abe dgn wife siapkan barang2 keperluan kat sana. Abe pon dah habis baca 2 buah buku panduan umrah. Dah tahulah serba sedikit selok belok umrah, tapi abe rasa terkilan jugak kerana tak dpt nak hafal doa2 yang patut dibaca sepanjang mengerjakan umrah, doanya panjang2 dan bahasa arab pulak tu. tapi insyaalah, abe akan cuba ingatkan intipati doa tu, lagipun masa umrah tu nanti akan dibantu oleh orang rayhar. Insayaallah.


jadual aktiviti di sana

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...