Sunday, June 20, 2010

Alhamdulillah, dah selamat sampai ke tanah air..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, setelah hampir 12 hari abe meninggalkan tanahair, akhirnya semalam jam 3.30 petang flight saudi arabia selamat mendarat di KLIA walaupon penerbangan delay hampir 1 jam. Saudara mara yang menunggu kat airport gelisah mcm cacing kepanasan. Mana taknya dah lah lambat pasal delay, lepas tu nak tunggu pulak ambik bag semua dekat sejam. dapat keluar dari airport dekat 5.30 petang dan abe sampai rumah jam 7.30 petang. Terima kasih buat mak, angah, kak ngah, bang chek, kak jun, uda, kak su, andak dan anak2 abe; nurin, adib dan nafisah yang datang jemput abe kat airport. Mintak maaf jugak kerana kena tunggu lama. Flight patut landing 1.30 ptg, tapi meleret2 sampai 5.30 ptg.

Sampai rumah, mcm biasalah sesi bukak-membukak beg, belek-membelek, dan bahagi-membahagi buah tangan buat dorang berlangsung dengan meriahnya. Tak banyak kitorang beli barang, rasanya cukuplah untuk tandahati buat sudara-mara dan kawan2 terdekat.

Abe pon tak tahulah, masa kat sana byk jugak abe berjalan dan aktiviti, tapi rasanya tak la sangat rasa letihnya. tapi tidur malam tadi tadi abe pengsan terus. Sedar pagi jam 7.00 tapi tak larat nak bangun sampai jam 10.30. Badan rasa sakit2 dan lemah2 yg abe tak penah rasa masa kat sana. Insyaallah, nnt ada kelapangan, abe akan tulis pengalaman abe kat sana siap dengan gambar2 sekali.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...