Wednesday, June 23, 2010

Umrah Jun 2010: Makkah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Pada hari keenam, selepas solat jumaat, kitorang bertolak ke Makkah. Masa ni dah nak kena pakai ihram psl nak bermikat kat Bir Ali. First time pakai ihram dan dalam ni rasa tak selesa dan janggal jugak, bak kata uda macam nak tercicir je, tapi kena pakai jugak. Bila sampai Makkah dalam pukul 10.30 malam, lepas makan dan masuk bilik hotel sekejap, dalam pukul 11.30 malam, kitorang terus gi Masjidil haram buat kerja2 umrah, iaitu tawaf dan saei dipimpin oleh mutawif. Alhamdulillah, lepas selesai saei, abe terus gi kedai gunting cukur rambut, tapi tak cukur habis, pakai yg no.1 je, taklah botak sangat.

Stop kejap kat Wadi Gadib sebelum memasuki Makkah

Masa kat Makkah ni, abe menginap kat hotel mawaddah, hotelnya taklah sebaik hotel kat Madinah, tapi abe redha jela. Tapi satu perkara yang abe rasa terganggu ialah pasal aircond bilik abe ni bunyinya kuat sangat. Bunyi macam enjin kereta. Bayangkan kalau tidor sebelah enjin kereta!! Dah tu tak sejuk pulak. Tapi dek kerana letih dan mengantuk abe terlelap jugaklah. Esoknya abe bagitahu mutawif masalah abe ni, tapi sampai tengahari tiada apa2 tindakan. Abe pon gi bagitahu staff kat kaunter abe nak tukar bilik dan bagi tahu masalah abe. Dorang pergi tgk dan setuju nak bagi bilik lain. Lepas zohor abe dapat bilik baru, barulah tenang jiwa sikit.

Hotel Makkah Mawaddah. Dalam masa setahun ni, mungkin hotel ni
akan lenyap dek pembangunan di sekeliling masjidil haram.

Setelah selesai kerja2 umrah malam tu, keesokkan harinya wife abe pulak datang bulan. Memanglah ia dah dijangka, tapi kitorang terutama wife abe agak sedih jugaklah pasal tak dapat teruskan buat ibadat kat masjidil haram. Tapi abe pon turut rasa bersyukur sangat psl wife abe sempat buat kerja2 umrah sebelum tu. kami mmg berdoa sangat2 supaya wife abe tu sempat baut kerja2 umrah. Tetapi dalam pada tu abe ngan wife abe berdoa sangat2 supaya tempoh haid wife abe kali ni pendek dari biasa dan alhamdulillah pada hari ke9 kat sini, wife abe dah bersih dah dapat buat kerja2 umrah bermikat di Tanaem.

Hari kedua di Makkah, kitorang di bawa ziarah sekitar Makkah, iaitu Jabar Thur, Padang Arafah, Muzdalifah, Mina, Jabar Nur dan mikat di Jaaranah. Bila balik hotel masa nak buat kerja2 umrah kali kedua, berlaku peristiwa tak diduga. Bermula dengan spek hitam abe tercabut lense. Masa abe nak ketatkan skru dengan gunting. Dalam keadaan kelam kabut tu hujung gunting yg tajam tertusuk kat jari telunjuk tangan kiri abe. darah bukan main banyak keluar sampai terkena kain ihram. Nasib baik wife abe ada bawak minyak gamat, darah terus stop keluar. Abe suruh wife basuh kain ihram yg kena darah dan terus gi buat umrah.


jabar nur (gua hirak)

jabar rahmah


tempat melontar 4 tingkat


Hari keempat pulak kitorang dibawak ke Hudaibiah untuk bermikat di sana, sebelum tu singgah jap kat ladang ternak unta. Sempat jugak abe minum susu unta. Orang kata susunya berselirat tapi bagi abe rasanya lebih sedap dari susu lembu.

tengok unta dulu sebelum perah susu dia..

Hari keenam pulak kitorang buat tawaf lagi sekali, mikat di Tanaeem. Kali ni kitorang gi sendiri naik cluster, tapi dibayar oleh Rayhar. Alahamdulillah, kali ni abe dapat lagi sekali buat kerja2 umrah dengan wife abe. Sepanjang abe kat sini, alhamdulillah, dapat buat empat kali umrah, 2 kali untuk abe sendiri, 1 kali untuk arwah ayah abe dan satu kali untuk arwah bapa mertua abe. Wife abe pulak buatkan umrah untuk uwe.

Hari terakhir, selepas solat jumaat, kitorang kena buat tawaf wada', iaitu tawaf selamat tinggal. bagi abe tawaf ni sangat mencabar, tapi alhamdulillah, abe dapat laksanakan dengan baik dan lebih cepat dari tawaf2 sebelum ni. Selesai je tawaf wadak kitorang terus bertolak ke airport Jeddah untuk balik ke Tanah air. Perjalanan ke Jeddah sedikit agak tak selesa pasal panas. tak tahu panas badan ke atau aircon tak sejuk sangat. Dalam pada tu abe rasa dahaga sangat, air tak bawak. Sampai Masjid Terapung kat Jeddah, abe teguk air sepuas2nya.

masjid terapung kat jeddah, hampir sama dengan
masjid terapung kat kuala ibai terengganu

Urusan kat airport Jeddah berjalan lancar walaupon memakan masa yg lama ditambah pulak dengan flight yng delay hampir 1 jam. Urusan balik ke malaysia diuruskan di terminal haji airport jeddah. Masa kat dalam flight kitorang bebas dok mana2 seat. Seat tepi tingkap dah tentulah dah penuh. tapi abe dpat duduk sama2 dengan wife kat row tengah. Sampai KLIA lebih kurang 4.30 petang, ditambah dengan nak ambik bagasi sume, dapat keluar dari airport lebih kurang 5.30 petang.

"apo dibuek dek budak duo orang dopan ni??"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...