Thursday, June 24, 2010

Catatan Umrah Jun 2010

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Suhu 50*C
Sebelum berangkat ke Tanah Suci, abe diberitahu bahawa pada masa sekarang adalah musim panas dan suhunya dalam lingkungan 50 darjah celcius. Memang benar, bila abe sampai di madinah, udaranya memang panas dan kering, macam berdiri di sebelah unggun api rasanya dan kalau berjalan2 diperkarangan masjid nabawi, rasa mcm ada orang buat unggun api kat bawah. Tapi alhamdulillah, mungkin dah terbiasa dengan cuaca dan suhu kat Malaya, tak kisah sangatlah, cuma panas sikit je dan kadang2 mengeluh juga dalam redha dengan cuaca panas tu. Dan alhamdulillah juga, kebanyakan masa solat di masjidilharam, abe dapat solat berhampiran dengan baitullah, yang ajaibnya, bahangnya tak terasa sangat, walaupun nampak panas, cuma dua tiga hari terakhir saja abe solat dalam masjid kerana tak tahan panas. Abe rasa kalau tak pakai spek hitam susah jugaklah nak solat dekat baitullah kerana panasnya menyilaukan tapi tak berbahang sangat, mungkin disebabkan lantainya dari marmar.

Ibadat di Tanah Suci
Alhamdulillah, dalam usia 40 tahun dapat jugak abe menjejakkan kaki ke Tanah Suci Madinah dan Makkah. Suatu perkara yang tidak terlintas di fikiran abe. Kalau tak kerana ajakan wife abe, rasanya tak tahu bila boleh sampai. Mula2 dia ajak dulu, abe rasa masih awal sangat lagi kot dan masih tak bersedialah konon. Lepas tu abe fikir2, ketika ada kesempatan baiklah pergi dan kesempatan tak datang selalu. So, dari tak bersedia, lama2 abe rasa makin tak sabar2 nak pergi dan hasrat tu tertunai pada 8hb Julai lepas.

Sebelum ni pon abe tak tahu apa itu raudah, pancuran emas, hijir ismail malah saei pon abe tak tahu. Masa nak pegi alhamdulillah, abe dapat tau sikit2 melalui taklimat dan bacaan. Satu lagi yang jadi masalah ialah doa2 dan bacaan2 masa melakukan tawaf atau saei, langsung abe tak tahu, tapi kemudiannya abe diberitahu semua bacaan dan doa tu sunat saja, boleh baca atau berdoa apa2 saja masa ibadat tu.

Alhamdulillah juga sepanjang berada di madinah dan makkah, abe sedaya upaya pergi solat berjeaah di kedua2 masjid. Orang kata pahalanya berlipat kali ganda, peluang yang tak harus dilepaskan mcm tu saja. Ada sekali dua abe terlepas ke masjid pasal terlewat bangun. Abe juga dapat solat sunat beberapa kali dalam raudah, ziarah makam nabi (saw), saidina abu bakar (ra) dan saidina usman (ra). Masa kat makkah pon abe dapat jugak solat sunat kat Hijir Ismail, dapat juga kucup kaabah, dapat sentuh jenang pintu kaabah, berdoa di multazam cumanya abe tak dapat nak kucup Hajarul aswad pasal terlalu ramai orang, walaupon pada satu ketika jaraknya dengan abe tak sampai sedepa lagi. Mungkin keazaman tak kuat kot.. Dan sepanjang berada di Makkah abe berusaha untuk solat depan kaabah, baiar kaabah ada depan mata. Peluang mcm ni abe rasa tak patut dilepaskan, pasal kalau balik tanah air peluang sebegini tak ada lagi.

Cultural Shock?
Selalunya kita di Malaysia ni memang memuliakan masjid atau surau. Kita selalu jugak jaga kebersihan surau, bersopan santun dan jarang sekali melakukan perkara yg kurang elok dalam masjid, jaga tingkah laku dan sebagainya. Bila nak ke tanah suci abe pon dah dimaklumkan tentang gelagat sesetengah gelagat jemaah dari negara2 luar yang besikap kasar seperti melanggar jemaah lain, melangkah kepala masa kita sujud dan sebagainya. Dan abe tanamkan dalam diri abe supaya dapat menerima keadaan ini dengan redha. Orang kata masa di sana jangan banyak songel sangat, kena redha dengan apa yg ada. Memang betullah seperti yg digambarkan itu, langkah melangkah ni perkara biasa, ada yang lebih teruk ada jemaah yg sedang baca quran dengan selamba saja dilangkah; satu perbuatan yg sangat biadap kalau di tempat kita. Melintas di depan semasa solat jangan cakaplah, dah terbiasa sangat, kadang2 susah nak rukuk atau sujud kerana mereka melintas sesuka hati tanpa mengira kita sedang solat. Tapi nak menegur pon tak boleh jugak, psl budaya berbeza, mungkin di tempat mereka ini perkara biasa. Abe pon pernah dipijak kaki masa duduk tahiyat kerana orang pakistan yang melangkah jemaah dalam saf ni mcm dorang melangkah pokok lalang; angkat kaki tinggi2 supaya lepas ketinggian bahu jemaah yg sedang duduk, tanpa rasa bersalah apatah lagi nak memohon maaf. Kalau di tempat kita agaknya dah tersandar di tepi dinding kena terajang.

Satu lagi yang abe rasa janggal ialah pasal selipar. Di tempat kita, walau macam mana pon selipar atau kasut 'sila letak diluar', tapi di kedua2 masjid nabawi dan masjidil haram, kita boleh bawak masuk kasut, berbungkus atau tidak, sehinggakan kasut atau selipar yg kotor tu diletakkan di hadapan tempat kita sujud. Abe rasa janggal sangat selipar diletakkan dalam masjid apatah lagi tak berbalut dan letak tempat sujud sedangkan ada tempat meletak kasut disediakan dalam masjid. Sepanjang di sana alhamdulillah, selipar abe tak penah hilang. Abe bungkus dengan beg rayhar dan letakkan satu tempat yg abe ingat. Tapi masa2 terakhir pon abe bwk jugak bungkusan selipar tu letak kat celah kangkang masa solat...takut hilang.

Cakap pasal selipar ni pon kelakar jugak. Bayangkan sebelum pegi ke sana, wife abe belikan abe selipar yg belit kat kaki, harganya boleh tahan RM59.90 khas untuk dipakai masa dalam ihram dan abe juga beli selipar jepun harga RM2.50. Bila sampai sana ustaz bagitahu yg selipar yg pakai masa ihram mesti nampak kelima2 jari kaki. Selipar yg wife abe beli tu tak bolehlah pakai pasal jari kelingking kaki terlindung. Jadi sepanjang dok kat sana abe pakai selipar jepun tu je..


Shopping..
Abe rasa kalau gi umrah ke atau haji ke, bab-bab shopping-menyoping ni memang tak tinggal punya. Awal2 lagi masa kat tanahair dah siap tukar duit arab. Masa abe nak gi, mujur juga tukaran rial dengan ringgit nak hampir sama. 1rial = RM0.96 gitu. Abe bawak duit ke sana tak byk cuma RM1 ribu je. Wife abe yg bwk banyak, banyak jugaklah barang yang dibelinya. Bershopping  sama ada di Madinah atau Makkah, masing2 ada keistimewaannya. Di Madinah atau Makkah dah disediakan bazzar, cuma di Madinah masih ada lagi orang2 berjual di kaki lima di luar pagar Masjid Nabi lepas solat fardhu mcm kat masjid negara tu lepas solat jumaat. Di Makkah lagi hebat, rasanya jualan kaki lima jumlahnya kecil, peniaga dah berniaga di shopping2 kompleks. Satu perkara yang menarik masa berwindow shopping kat kedua2 tempat tu ialah mereka akan menyapa kita dalam bahasa Melayu: "Mari, lihat-lihat dulu, murah-murah," Urusan tawar-menawar pon rasanya tak ada masalah pasal hampir semua peniaga boleh berbahasa melayu: "berapa?" "dua puluh rial". Sampaikan orang Habsyi yang berjual di tepi jalan tu pon tahu menyebut patah2 bahasa Melayu.

Satu lagi yang menarik ialah apabila masuk kita kedai, dorang bukan main mesra lagi, macam sahabat yang dah lama tah jumpa. Siap peluk2 lagi. Tanya bini dah berapa, anak dah berapa. Bila cakap bini baru satu, dorang suruh tambah bini lagi, siap offer nak bagi percuma lagi. Abe gelak je, tapi dalam gelak2 tu rasa kecut perut jugak. Dalam shopping-menyoping ni, abe dan wife byk kali jugak terkena sama ada barang yg dibeli mahal berganda atau terkena barang tiruan. Yalah mana kita nak tahu. Itu bab masuk kedai dengan beli barang, tapi kalau kita masuk je, tanya2, belek2 barang tapi tak beli, keluar melenggang je, silap2 kita kena tengking atau dimarah2 pasal tak beli. Gayanya mcm kat Petaling Street yang abe banyak dengar tu. Tapi dorang ni pon bijak jugak. Bila dah kenakan kita dengan letak harga mahal2 atau jual barang tiruan, semuanya jadi halal pasal sebaik bayar, dia terus dah akad; "halal-halal", kita pon mengiya je la..

Peristiwa-peristiwa menarik.
Ada jugak beberapa peristiwa menarik berlaku semasa abe berada di sana. Ada satu ketika semasa abe sedang tawaf masjid nabawi (tak jumpa pintu masuk, pasal keluar pintu lain), ada seorang gadis malaysia datang pada abe (agaknya dia tgk slingbag raihar ada bendera malaysia). Dia tanya mana pintu babussalam. Abe kata pintu babussalam kat masjidil haram, kat sini mana ada. Dia pon tengok abe mcm pelik je. " ooo, tak pernah sampai ek? tak apalah, terima kasih". Abe pon dalam masa berjalan tu terfikir jugak, ye ke kat sini pon ada pintu babussalam??. Bila abe balik tgk dlm buku raihar, mmg ada pintu babussalam di masjidil haram, iaitu pintu yang menuju ke makam nabi. Tapi pintu tu perempuan tak boleh masuk, itu untuk laluan lelaki je.

Satu peristiwa lain ialah ketika abe sedang tunggu solat fardhu dlm masjid nabawi, abe didatangi oleh seorang lelaki bangsa arab. Abe pulak boleh tegur dia (abe kat sana mmg peramah, semua org kalau boleh nak ditegur), "where you come from?" abe pun tak tahu pakai bantai je la. " Are you from Iran?" " No, Palestine, you?" (dia cakap arab, abe main agak je la) "i'm from malaysia". Bila dengar malaysia, terus berseri2 muka dia, terus dia keluarkan duit malaysia RM50 (mana dia dpt tak tahu). lepas tu dia cakap dalam bahasa arab kesian kat palestine kena tindas dek celaka israel. Abe pon dengar perkataan sedekah (mintak sumbangan la tu). kebetulan abe ada bawak RM yang mak abe bagi RM100, abe keluarkan RM50 terus bagi dia. Bukan main gembira dia. "New money", kata abe pasal duit tu duit RM50 Tun Abdul Rahman. Terus dia ucap terima kasih, baca doa dan peluk dan cium abe sekali. Lepas tu dia terus pergi. Abe pon tak tahu dia tu betul2 palestine atau saja menyamar nak pau, wallahu aklam tapi abe tak kisah pasal niat abe nak sedekah duit yang mak abe bagi tu dah tertunai.

Satu kisah lagi pon dalam masjid nabawi jugak. Masa tu dah selesai azan solat fardhu, abe bangun dan pergi tepi tiang untuk solat sunat. Tiba2 dari belakang datang pak arab hulurkan barang dia nak letak tepi tiang tempat abe solat. Abe buat tak kisahlah, tapi pak arab tu marah2 abe pulak, konon abe tak bagi dia letak barang. Abe pon mengalahlah. tapi dia punya barang, mak datok mcm nak berkampong. Yang herannya lepas solat, dia ambik barang dia dan terus ke depan lagi.

Kawan-kawan satu kapal.
Sebenarnya group umrah rayhar 8 Jun adalah dalam 40 orang dari seluruh negara tapi dari N9 cuma 9 orang saja termasuk abe dan wife. 7 orang lagi abe dah jumpa masa kursus umrah seminggu sebelum tu. Makcik Milah dengan anak lelakinya 3 orang, Kak Bedah, suaminya Abang Fendi dengan anak dorang Ezah dan abe dgn wife. Alhamdulillah, masa kat Madinah pon kitorang dok di hotel yang sama, kat mekah pon mcm tu jugak, walaupon jemaah dari negerii lain dok pi dok hotel lain. So sepanjang di tanah suci, kitorang boleh dikatakan sering bersama. rancang aktiviti dan pergi sama2. Dah jadi macam adik beradik pulak. Insyaallah satu masa nnt kitorang buat reunion pulak...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...