Tuesday, June 22, 2010

Umrah Jun 2010: Madinah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Penerbangan Saudi Air SV dari KLIA ke Madinah mengambil masa lebih kurang 8 jam. Kami berlepas lebih kurang jam 2.30 petang dan sampai di Madinah lebih kurang jam 11.00 waktu Malaysia, tapi kalau waktu di Madinah jam 5 petang gitu. Sampai di hotel di Madinah lebih kurang 1/2 jam lagi nak masuk Isyak. Kalau nak dikirakan kami tak tidur lebih 24 jam, tapi tak pulak rasa mengantuk atau letih.

penerbangan selama lebih kurang 8 jam. Bertolak 2.30 ptg tapi
sampai jam 4.30 ptg.

Masa mula2 sampai di airport madinah pon kami dah kena pau kat pak arab. Naik je bas yang bawa kami ke hotel, naik pak arab offer sim card prepaid dengan harga 50 rial, abe ngan wife tak pikir panjang terus ambik dua. Tak lama lepas tu, ustaz yang menyambut ketibaan kami kata jgn beli dulu psl harganya mahal, ustaz tu kata beli dengan dia harganya 35 rial je...aduiii... itu satu, satu hal lagi sepanjang kami di madinah, dua2 sim card tu tak boleh pakai, coverage ada, tapi tak dapat buat call, puas abe godek hp abe, lepas tu call pulak centre dia bg tahu problem dgn bahasa inggeris abe yang abe sendiri tak faham. Last2 sebelum bertolak ke Makkah, abe sedekahkan dua2 sim tu kat ustaz tu dan beli satu lagi sim card dengan dia. Handphone abe pon mcm tu jugak sekejap boleh buat call, sekejap tak; sekejap boleh sms, lepas tu tak dapat. Rasa jelous jugak tgk kwn2 lain boleh buat call tanpa masalah apa pon.

ni gambar pertama masjid nabawi sebaik abe sampai hotel,
rasa takjub sgt.

Bila sampai hotel di madinah, org berpusu2 nak gi solat isyak. Kitorang cepat2 naik bilik sembahyang maghrib dan terus turun ke masjid nabawi untuk solat maghrib. Abe ikut abang Fendi, iaitu kawan yang sama ikut pakej umrah ni. Dia bawak abe jauh masuk ke dalam berhampiran dengan raudah. Alhamdulillah, lepas solat isyak, abe dapat masuk ke dalam raudah dan sembahyang solat sunat dalam sana. Orang ramai jangan ceritalah, tapi dapat jugak ruang untuk solat. Lepas tu abang Fendi bwk pulak abe lawat makam nabi, dan alhamdulillah juga melewati makam nabi (saw), saidina abu bakar (ra) dan saidina usman (ra). Abe sampaikan salam kawan2 kepada nabi (saw).


payung ni orang kata hasil kerja tangan
orang malaysia, wallahu aklam..

Suhu kat Madinah ni agak panas jugak tapi berangin dan abe tak berpeluh sangat pon, mungkin dah terbiasa suhu panas kat Malaysia.

kawan2 yg turut sama masa ziarah dalam

Hari kedua rayhar buat program ziarah dalam, iaitu ziarah dalam masjid nabawi. Kitorang dibawa berhampiran raudah dan ziarah makam nabi tapi agak terkilan jugak psl tak dibawa ke tanah perkuburan bakiq.

dalam Masjid Quba'

Hari ketiga program ziarah luar. Kitorang di bawa ke Masjid Quba, Medan Perang Uhud, Perang Khandak, Ladang Kurma, Pasar Kurma dan masjid qiblatain. masa ni kitotorang ambik kesempatan membeli-belah mana yang sempat sementara duit masih ada.

Hari keempat di madinah, aitu hari jumaat ialah hari terakhir kitorang di Madinah. Selepas solat subuh abe buat ziarah wada' di makam rasulullah (saw). Abe tak tahulah betol ke tak psl abe nnt akan bertolak ke makah lepas solat jumaat. Abe rasa okay kot pasal ziarah wada' ni sunat je dan tak mcm tawaf wada' kena terus meninggalkan makkah lepas tawaf tu, tak boleh tunggu lama2 atau buat urusan lain lagi. Masa nak gi Makkah, kitorang terus pakai ihram pasal nak bermikat di Bir Ali.

menunggu bas untuk bertolak ke Makkah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...