Monday, November 23, 2009

Hari ni dapat gaji..

Pagi2 lagi dah keluar pilah, 1st sekali pegi BSN, cucuk duit. Gaji dah keluar 2 hari lebih awal, tak tahulah psl nak raya Haji ke atau pasal dah lama tak dpt gaji..hehehe, mana taknya yang last dpt gaji hari tu pada 8/10. Pegi psr beli biskut utk surau. Then beli roti utk sarapan budak2 ni. Lupa pulak nak buang sampah yg dah sipa isi dlm keta, terpaksa keluarkan balik. Lepas dah siapkan bfast budak2 ni, aku jemur kain :-) dan lepas tu aku racunkan rumput2 yang mula nak tumbuh kat laman. Petang ingat nak mesin rumput kat belakang rumah, tak do yg menarik cuti2 nih!!!

Cuti nih nak kira cuti betol2 tak juga, ada jugak kerjanya, aku kena tanda SPM, bertugas di sekolah, wife aku pon kerja jugak, tapi x kisahlah asalkan terisi. Hari tu msg ketua pemeriksa, dia kata mesy pertama pada 9,10 dan 11/12, mesyuarat kedua pada 29-30/12. Bertugas kat sekolah pulak pada 11/12, 14-16/12 then sambung lagi pada 21/12. Wife aku pulak mesy STPM pd 12-13/12. nak balik KB lagi. Ingat balik KB hari khamis nih then balik sini semula rasanya isnin atau selasa, 2-3 hari je tu...tak byk masa jugak. tak apa, kat rumah ni byk kerja nak dibereskan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...